06 Jun 2011

KARAK

Another one from Yusry

image : krustudios.com

Seperti yang aku mengidamkan, akhirnya dapat juga aku tengok cerita ini. Expectation sangat tinggi dengan hasil kerja Yusry yang terbaru ini selepas aku tengok HMM beberapa bulan yang lepas.

Haruslah aku pergi tengok sorang2 sahaja sebab dah sah2 ini cerita seram terlampau, mana boleh nak bawa Nurin hana. So, bila tak boleh bawa Nurin hana secara automatiknya cik puan kpp pun tak boleh di ajak sama.

Macam biasa aku booking tiket thru phone. Sebab sekarang ini penuh dengan cerita blockbuster, kalau tak booking dulu.. haruslah panjang gila kena beratur nanti. Sampai ke GSC, aku terus ke kaunter reservation. Orang2 yang tengah beratus panjang tu macam tak puas hati pula kat aku - pandang semacam je. Hey, I dah booking okeh!

Mujur juga aku dah booking awal, sebab nya masa tu entah kan ada masalah teknikal ke apa tah lagaknya.. semua skrin tv yang memaparkan jadual tu jadi "blackout". Kalau aku tak booking dulu, sah akan terlepas waktu tayangan yang aku pilih tu. 

Dalam panggung, seat aku kat tengah. Sebelah kanan brader, sebelah kiri pula budak2 sekolah menengah kot. Punya lah dia duduk menghimpit ke tepi jauh daripada aku. Apa ? dia ingat aku nak "godam" dia ke ? hehe!

Masa mula iklan, ok lah.. aku bukan ambil port sangat just enjoy my 1901 dan mentekedarah pop-corn. Tiba2, skrin jadi blur macam time iklan kfc (scene yang ayam tolak masuk kolonel roland sanders masuk panggung). Brader kat sebelah aku pakai spek hitam dia...,"Haha! ini 3D la wey" - buat lawak. Rupa2nya, masalah teknikal tu berlanjutan sampai ke cerita Karak yang sebenarnya dah bermula. Apa lagi! satu panggung lah naik angin! Aku toleh kat berader sebelah tadi dan kata, "Wayang pun ada cerak rompak ke ?".. hehe! brader tu sengih je. 

Komplen punya komplen, akhirnya orang GSC perbetulkan masalah tersebut. Sebaik cerita bermula, aku usha2 seat kat bahagian depan2 yang kosong dan pindah! Dapat duduk dekat kawasan ailse best sikit. Tak lah rasa "lemas". 

Cerita Karak :
Basic ideanya, ini cerita untuk menunjukkan jenis2 hantu dekat Karak berdasarkan mitos penceritaan daripada mulut ke mulut. Pembuka cerita di tunjukkan mitos bila sepasang family yang mengalami kerosakkan kereta dan si suami pergi meminta bantuan. Tiba2, polis datang dan minta si isteri keluar kereta dan tidak menoleh ke belakang. Namun, bila si isteri menoleh.. beliau lihat suami nya sedang di baham oleh hantu di atas bumbung keretanya.

Cerita ini berkisar kepada 4 rakan (Shahir, Sheera Aiyob, Along Eyzend, Kilafairy yang menyeksi itu) yang hendak ke Kuantan namun terperangkap dalam jammed yang sangat teruk sehinggakan kereta tidak bergerak. Dan, mereka mengambil keputusan untuk melencong ke jalan lama.

Mereka berhenti di pekan Karak untuk ke tandas. Dan, berlaku lah beberapa scene yang menemukan along Eyzend dengan hantu penanggalan yang cantik berkebaya dan hantu budak sekolah.

Bila mereka meneruskan perjalanan, kereta mereka di potong oleh sebuah Volkswagan kuning yang tiada pemandu. Walaupun, kereta itu sudah memotong mereka.. namun Volkswagan kuning itu masih tetap memotong mereka lagi dan lagi. Dalam keadaan panik, Kilafairy telah memutar stereng untuk mengelakkan terlanggar hantu budak sekolah menyebabkan kereta mereka terhumban ke dalam hutan (gaung). 

Kesemua mereka "terselamat" dan meredah hutan mencari jalan keluar sehingga lah bertemu dengan rumah Tok Malam yang terletak di tengah2 hutan tersebut. Beberapa kejadian aneh terjadi di situ yang akhirnya membongkar kisah sebenar yang terjadi. Endingnya, anda tengok sendiri lah di pawagam

Komen aku :
1) Secara dasarnya, ini adalah himpunan kisah2 atau jenis2 hantu di Karak... bukannya cerita hantu

2) Scene pulas stereng kerana terkejut dan kereta terhumban ke gaung ada persamaan dengan apa yang "berlaku" dalam cerita Khurafat-Syamsul. Aku tak pasti samada ini di sengajakan oleh Norman (penulis cerita) atau hanya sekadar kebetulan. To make things worst, ending nya sebenarnya mempunyai konsep yang sama macam Khurafat yang mana sebenarnya semua mereka kecuali Sheera Aiyob sudah mati dalam accident kereta terhumban ke gaung/hutan tersebut.

3) Kilafairy yang terlampau seksi berkemban tu aku tak pasti apa motif nya. Tapi, tobat memang sangat seksi berkemban dengan tujuan untuk "menayang" kan "sesuatu". Padahal, kalau berkemban betul2 tidak lah se-seksi itu

4) Aku puji lakonan Along Eyzend. Lakonan semua pelakon secara keseluruhan nya tidak lah kaku walaupun mereka pelakon2 baru. But, pada pendapat aku Along Eyzend stands the tallest

5) Beberapa scene jumpa hantu di ulang2. Aku tak sure apa motif nya. Contohnya, scene Along Eyzend jumpa hantu semasa berhenti untuk ke tandas. Adakah hantu itu hanya ilusi beliau ? 

6) Tandas yang terlalu teruk rupanya! Walaupun bertujuan mewujudkan keadaan seram, namun keadaan dinding dan persekitaran nya terlalu teruk. In reality, tentu tak ada siapa tergamak untuk ke tandas macam gitu. Baik "fire" kat semak aje.

Secara keseluruhan nya, cerita ini agak mendebar2kan juga sebab dibantu oleh sound effect yang baik which is kelebihan pada KRU. Cuma, aku agak kecewa sebab beberapa keadaan story line nya ada mirip2 cerita Khurafat - ianya pada situasi dan keadaan berbeza tapi, pada paksi penceritaan yang mirip2.

Walaubagaimanapun, aku highly recommend pada peminat cerita melayu terutamanya cerita hantu untuk menyokong cerita ini di pawagam.

1 ulasan:

Hanis Azla berkata...

himpunan cerita2 seram yg diadun tu mmg yg pernah baca kat e-mail.. klu tgk mahu tak tidur malam.. he..he..