3 letter word to describe the movie!
image : skop.com.my
Dalam kegilaan blockbuster movie dari Hollywood, KL Gangster mencelah di tengah2. Aku pula memang ternanti2 buah tangan Samsul yang terbaru ini selepas apa yang beliau dah buat dengan Khurafat (another brilliant malay movie!)
Ini cerita pasal gangster. Oleh itu, sedia maklum yang aku tak boleh pergi menonton dengan cik puan kpp sebab Nurin hana memang tak sesuai menonton cerita ini. Untuk meredakan ketidak-puasan hati cik puan kpp aku telah offer untuk "bershopping" di Nilai 3 untuk cari kain baju raya nanti. Dan, cik puan kpp senyum tanda setuju.
Bila aku dapat je confirmation daripada cik puan kpp pasal aktiviti sabtu pagi untuk ke Nilai 3, aku congak2 masa dan terus buat phone reservation di GSC untuk cerita KL Gangster jam 5:30pm. Harus kena booking dulu. Kalau beratur jawabnya sudah tentulah tidak sempat nanti sebab cerita tersebut tengah panas macam hot cake masa tu.
5:30pm
Aku masuk dalam panggung berbekalkan GSC Combo no 2. Kebetulan dapat tempat duduk di ailse. Dan, kebetulan lagi 2 kerusi sebelah aku tu kosong.. possibly, orang yang booking tidak datang.
KL GANGSTER
Ceritanya mengisahkan tentang dunia gangster. Heronya ialah Malek (Aaron) iaitu ex-ganster besar di KL yang baru dibebaskan daripada penjara. Alkisahnya, beliau diperangkap oleh anak tiri King (Redzuan Hashim - Kawan gangster Malek) iaitu Shark (Samsul). Malek sudah "cuci tangan" dan mahu menjalani kehidupan yang normal. Namun, beliau diburu oleh kumpulan2 ganster untuk kembali ke dalam kumpulan mereka.
Jai (Adi Putra), adalah adik Malek yang terjebak dalam kancah gansterism dan sukar dikawal. Jai menyertai kumpulan gangster yang diketuai oleh Dragon (Corrie) yang dibantu oleh Ajib (Sopi Jikan).
Kemelut diantara kumpulan King & Dragon tercetus kerana perebutan kuasa untuk menguasai kawasan yang sebenarnya di dalangi oleh Shark. Beberapa siri pergaduhan berlaku disebabkan masalah yang di timbulkan oleh Shark dan Jai.
Kesabaran Malek tercabar apabila keluarga dan kawan beliau Fadil (Zizan) diganggu oleh konco2 Shark dimana telah berlaku sedikit kekecohan yang menyebabkan Fadil ditikam. Akibat daripada tikaman itu, Fadil meninggal.
Malek membalas dendam secara bersemuka dengan Shark. Didalam pergaduhan itu, kumpulan Shark di tumpaskan - dengan bantuan kumpulan Dragon. Di akhir cerita, narration menyatakan yang Malek di tangkap dan dipenjara kan semula.
Komen aku :
1) The best gaduh2 movie produced by Malay director!!
2) Watak Jai (Adi Putra) adalah yang paling berkesan sekali sebagai watak gangster. Cara bergaduhnya sangat stylo
3) Watak komedi Fadil (Zizan) sangat berkesan membuatkan penonton gelak pecah perut! Namun, Ajib (Sopi Jikan) juga tidak kurang kelakarnya walaupun dalam nada serius
4) Babak sedih dalam cerita ini terkesan kepada aku terutamanya babak bila Malek melihat kesukaran Emak beliau menjaja di tepi jalan untuk mencari nafkah hidup
5) Babak pergaduhan nampak sangat real dan well rehearse antara pelakon2. Tidak nampak seolah2 ada stunt-man pun dalam movie ini untuk aksi2 lasak bergaduh di antara watak2 tersebut (mungkin memang tak ada stunt-in pun! - aku tak pasti sangat hal ini)
6) Aksi kejar mengejar di awal cerita sedikit mengganggu aku sebab angle kamera dan cara pengambilan shot yang bergegar2 sampainya boleh buat aku rimas dan pening. But, overall kamera angle dan shot yang di ambil adalah sangat baik pada pandangan mata "professional" aku ini
7) Watak Sheera sebagai adik Malek sangat longgar dan sekadar penyeri sahaja - don't know what is the link up in the story selain untuk menyatakan "Aku benci ada abang macam engkau"
Again, overall picture are outstanding. Samsul you did it again! TAHNIAH!
Highly recommended for aksi freak out there whom really want a good fighting scene in a filem. Memang sangat berbaloi!!
TAHNIAH, SAMSUL!!
1 ulasan:
wah. sanggup pegi tgk sendiri tu! lamanya tak tgk movie melayu baru. blk msia br dpt beli dvd.....
Catat Ulasan