30 Jun 2011

MEETING! MEETING! MEETING!

Hari2 meeting.. hari2 meeting.. 

Bila meeting, chorum nya bukan main ramai lagi. Tapi, sebenarnya hanya beberapa orang sahaja yang aktif dan positively involved dalam meeting tersebut. Dan, meeting juga kerap melarat2 sampai terekeluar daripada agenda atau melencong jauh daripada topik. Banyak chronology dan explanation being done but it is obvious that only a few whom pay their attention. 

Minutes writer pula termenung sakan dan blur apa yang nak di masukkan dalam minutes nanti. Ceritanya panjang, tapi catitannya hanya 2 baris.

Kadang2 dalam meeting, ada sub-meeting yang berdiscuss sesama sendiri sahaja. Entah apa decision yang di ambil tidak pasti. Tapi, bunyi discussion nya bukan main rancak lagi. Kenapa tidak kongsi sahaja dengan semua ahli meeting ?

Sekali sekala, minutes writer akan angguk2 kepala tanda faham. Chairperson pula, sesekali tanya soalan untuk tambah kepastian. Manakala, ahli meeting yang lain semuanya blur dan ada yang buat hal sendiri di depan laptop masing2.. keletap, keletup, keletap, keletup bunyi papan kekunci di tekan. Apa yang pasti, bukan lah berkaitan dengan meeting yang sedang berlangsung.

Nak control crowd meeting bukannya mudah kalau chairperson tu bukan orang yang berjawatan tertinggi dalam crowd meeting tersebut. Kalau semuanya separas sahaja, sure ada ego yang berlaga. Sesekali, chairperson akan tujukan soalan kepada ahli2 yang macam dah hanyut dalam meeting supaya mereka kembali ke dalam meeting. Sebabnya, walaupun ramai yang ada.. masing2 hanya nak focus atau respond pada item yang berkaitan dengan mereka sahaja. Kalau di fikir2kan, betul juga pendirian yang diambil tersebut. Kalau bukan dalam kawalan mereka, tentu nothing much they can contribute, right ?

Secara lazimnya dan menjadi common knowledge yang handphone sepatutnya di silent kan semasa meeting. Malangnya, masih ada lagi yang buat2 tidak faham. Mungkin juga sebab nak menunjukkan yang mereka itu sangat busy. Ada juga yang setkan ring tone sms nya dengan lagu. Punya lah panjang padahal sms nya hanya sekadar.. "Nak lunch kat mana ?". 'Busy' betul.

Bila masuk meeting yang tidak berkaitan atau tidak memerlukan involvement yang tinggi.. sure terasa nak keluar awal dan sentiasa ambil peluang (atau create peluang) untuk keluar daripada meeting. Ndak2 pula kalau kena jadi wakil kepada orang dalam sesuatu meeting.. emmm..

Bila la meeting ni nak abis ? huhu..

3 ulasan:

Hanis Azla berkata...

mmg biasa sgt senario mcm ni berlaku dalam meeting.. Nasib baik dah lama tak handle meeting.. klu tak sblm meeting pun dah ada problemnya.. muak dok kena panggil org suruh attend meeting.. sdgkan e-mail dah hantar awal.. kena juga nak follow-up dgn call.. aduhai..

ibunurin berkata...

Ha, tu pasal kitorang tak dibenarkan bawak laptop semasa meeting. Takut jadi mcm ni la. Pengerusi prung prang prung prang kat depan, ahli meeting kat belakang sibuk ber internet....Heh...Heh...

ibunurin berkata...

Ha, tu pasal kitorang tak dibenarkan bawak laptop semasa meeting. Takut jadi mcm ni la. Pengerusi prung prang prung prang kat depan, ahli meeting kat belakang sibuk ber internet....Heh...Heh...