Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

09 November 2011

RUMAH BARU, SMILE, SERI-SERI-SERI, TUTTI FRUTTI RAYA HAJI, JERANTUT & WJX YANG MARAH

Salam.

Panjang betul himpunan tajuk entry aku kali ni. Lama betul tak menaip semnjak berpindah ke rumah baru.

RUMAH BARU


Alkisah, kami sudah berpindah ke rumah baru... yey! Seronok dapat duduk rumah yang sedikit besar dengan design yang sedikit lebih baik berbanding dengan rumah yang lama. Dan, rumah baru ini ada halaman yang sangat luas - sebagaimana yang aku idam2kan. Yey!

Sudah kurang lebih 7 tahun kami menetap di rumah yang lama tu. Mula2 masuk dulu masa 'taman' tersebut baru dibuka. Rumah pun masih belum dipasang grill. Tapi, sekarang dah macam2 ada dalam kawasan 'taman' tersebut. Sedih juga nak tinggalkan kawasan tersebut sebab sudah agak selesa dengan persekitaran dan apatah lagi aku adalah Timbalan Pengerusi KRT kawasan.. ehem, ehem!

Tapi, rumah baru lebih baik... dan lebih baik lah kami pindah.

Proses pindah rumah memang memenatkan. Mujur juga kami dah gagahkan bawa sikit2 barang2 yang boleh di angkut dengan kereta. Tinggal barang2 yang besar sahaja untuk diangkut dengan lori. Walaupun macam tu, 3 trip juga lah nak settle semuanya. Memang letih. Mujur kaum kerabat ramai yang datang membantu. Thanks All!

Semua dijamu dengan mee kari cik puan kpp yang best dan mendapat pujian itu... ehem, ehem!

Kini dah masuk minggu kedua berpindah secara rasmi. Kunci rumah lama pun sudah di serahkan. Namun, barang2 kesan pindah tempohari masih lagi bersepah2 dan belum habis di punggah dan susun. huhu!

The most thing yang aku akan miss ialah... jiran kiri kanan yang sangat baik. Terutamanya Syahmi-Ana. Memang jiran yang terbaik lah!


SMILE

Smile ini bukan senyum ye... ianya singkatan kepada nama kursus (ofis hantar & wajib) yang aku attend - seminggu di Semua house. So, the whole of last week memang kerja aku berulang alik ke Semua house je. 

Kursus ini actually ialah salah satu 'Certification course' yang mana at the end of each segment akan ada test. All in all ada 3 phases semuanya. Yang aku attend ni adalah phase 1.

Kursus nya boleh tahan la...being handle with some activities and a bit of fun. But, when come the time for the test.. emmm.. agak tense juga sebab test nya bukan open book.  But, the trainer sometime give us tips and purposesly leave the room during the test session. Sure depa tau yang kami tka sabar2 nak meniru dan open book!

The best part pergi training ialah... kita boleh ignore other thing that happened at the office.. hehe! Awal2 lagi aku dah assign one of the staff to be the team leader. So, apa2 hal they will refer to him lah... smart eh ?


SERI-SERI-SERI

Sudah tiga weekend jiwa aku terbakar sebab Liverpool asyik2 seri je. Those game sepatutnya boleh menang sebab The Reds yang menguasai permain. First game with ManU. Lawan tempat endiri. Control game gila2... tapi, last 10 minutes lacked of concentration membuatkan Liverpool hanya seri dengan musuh ketat nya ManU. Baru ingat nak berlagak dan 'membakar' peminat2 ManU di facebook... hampeh!

The next week lawan dengan Norwich pun seri - frustrating 1-1 draw. Liverpool control most part of the game but the Canaries got their luck when a mixed up and confusion in front of Liverpool's goal granted them their goal. Too bad.

The other game was last saturday, bila Liverpool seri dengan Swansea - frustrating goaless draw. terkebil2 mata aku dok menahan mengantuk malam2 raya haji tu sebab nak nengok Liverpool menang. But, to my dissappointment... seri lagi di tempat sendiri pulak tu!

Next 2 games will be the toughest around.. away to Chelsea and at home to high flying Man City... fingers-cross.

TUTTI FRUTTI RAYA HAJI

  
Petang sebelum raya, sempat lagi gi 'makan' Tutti Fruity di Putrajaya. Baru buka outlet di situ. Sebabnya, Nurin hana yang dah lama 'mengidam' nak 'makan' Tutti Fruiti.. tapi disebabkan batuk yang masih belum baik maka nya terpaksa di tangguh2 sehinggalah petang sabtu yang lalu.

Tahun ini beraya di rumah 'cik Mori. Oleh itu, kami sekeluarga berangkat ke rumah 'cik Mori pada petang sabtu tersebut. 

Sampai di rumah 'cik Mori, nengok di dapur sedang sibuk memasak mee kari. Kata 'cik Mori, tahun ni malas nak masak2 rendang segala bagai... hanya ada mee kari, nasi impit dan kuah kacang sahaja. Oleh itu, my favourite asam pedas daging tetel... TAK ADA! huaaaa!!

Alasan 'cik Mori sebab Raya Haji tahun ini 'cik Mori join korban di Gombak (kawasan bisan beliau) dan semua kenalah pergi sana untuk makan. 

Tapi udahnya, aku tak pergi pun. Secara lazimnya, kalau pagi di rumah 'cik Mori... petang pula kami sekeluarga akan ke rumah 'cik Ro pula. Kena lah pergi dua2 side baru adil. Petang tu memang mengantuk gila dan ditambah pula dengan hujan sepoi2 bahasa... juga selepas melantak berpinggan2 mee kari, aku pakat tidur je kat rumah 'cik Ro. Entah apa benda yang 'cik Mori bubuh dalam kari beliau sampaikan semua orang mengantuk gila2 hari tu...

Dok sibuk melantak mee kari, kubur pun aku tak gi melawat hari tu... emmm..


JERANTUT

Isnin, raya kedua. Sepupu aku, Idan, bertunang dnegan orang Jengka 17. Asalnya majlis tersebut nak dibuat pada hari raya haji. Tapi, setelah puas aku dan Busu Hashim 'bersilat'... akhirnya, kedua2 pihak telah bersetuju untuk buat pada hari raya kedua yang kebetulan nya adalah cuti umum. Ada ke patut nak buat majlis bertunang masa hari raya haji ? emm...

Perjalanan ke Jengka 17 ambil masa lebih kurang 3 jam. Tapi, adat berkonvoi.. tunggu punya tunggu semua jadi lambat. Janji jam 12 tengahari.. alih2 lewat 30 minit sebab dok tunggu-menunggu punya hal.

Majlis bertunang nya serba ringkas. Kami serombongan sahaja dah dekat sepuluh buat kenderaan (kereta dan van). Mujur lah rumah ornag felda sekarang ni besar2 belaka... sumbat punya sumbat, penuh satu rumah. Hampir2 nak ke dapur!

Wakil kedua2 pihak berbicara dan menetapkan dan memperjelaskan janji2 yang telah di persetujui. Bila dengarkan jumlah hantaran nya, emm... lumayan - RM10 ribu ko.. Mujur sekarang ni orang dah tak pakai dah 'serba-satu' atau 'serba-tegak' lagi. Kalau idak, memang kes naya la. Bank Rakyat, boleh bantu ?

Selesai majlis aku sekeluarga meneuskan agenda kami ke Jerantut - rumah keluarga angkat cik puan kpp. Kurang lebih perjalanan mengambil masa dalam 1 jam - tanpa sesat.

Masa sampai tu, ramai juga yang ada kat rumah tersebut. Aku tak kena semua nya. yang aku pernah jumpa hanya mak, kak long dan abang long sahaja. Lebih2 tu, cik puan kpp lah layan...

lebih kurang lepas maghrib kami bertolak balik ke KL. Orang kata, sengaja nak mencari nahas dok pakat balik petang tu sebab it is expected yang jalan akan jammed sebab semua orang dok pakat berebut nak balik kerana esok nya kerja - untuk rekod, aku dan cik puan kpp dah mohon cuti awal2 dah untuk esok hari nya.


WJX YANG MARAH

As expected jammed bermula di sekitar Bentong menghala ke tol Gombak. Bila dari jauh aku dah nampak lampu merah berderetan.. memang sah, jammed!

Lazim bila jammed, barisan ke arah tol memang tidak jelas. Semua kereta berhimpit2 nak masuk - termasuklah aku. Mujur juga aku dah top up touch-n-go. Kalau nak harapkan lorong tunai, tentu lagi parah. Bila kenderaan bersesak2 macam itu, tentulah memerlukan skit menghimpit dan mencelah tahap dewa.

Selalunya, bila aku bawa kereta hitam.. aku akan mengalah supaya dapat mengelakkan kejadian kemek-cara-tak-sengaja dalam berhimpit2 tu. Tapi, masa tu perasaan ego jadi lain macam. Orang himpit, aku lagi himpit. Dua barisan nak jadi satu, tentu lah akan haru. Sepatutnya, bila dua barisan converge menjadi satu ke arah tol... sudah tentulah kenderaan akan masuk dengan kaedah berselang seli. Tapi, kereta WJX di sebelah aku tu nak tunjuk skill dia mencelah... dia follow rapat kereta kenari di depan. Aku apa lagi... "Oh, ok... nak tengok siapa punya skill lebih hebat ye..", aku tak bagi chance.. di maju, aku maju.. sampaikan hampir2 nak tergesel side mirror.

Aku tak nak mengalah... bila kereta depan bergerak, aku terus bergerak... WJX pun sama. Tapi, aku tahu aku akan menang sebab aku dah masuk lane utama. Manakala WJX pula, datang dari aranh sisi. Sama2 masih bersaing nak berebut kedepan. Dia maju, aku maju... dia maju, aku maju.. tak bagi chance. Aku senyum je, sebab aku tahu.. kalau dia maju lagi bersaing dengan aku, dia akan sangkut kat tembok tol!

Sudahnya, WJX terpaksa mengalah dengan skill aku yang lebih hebat. Maka, dapat lah aku bayar tol dulu.. hehe! bukan boleh laju pun, sebab selepas tol tu... jammed lagi teruk!

sebaik aku bayar dan maju, tiba2 ada sebuah kereta bergerak laju je pergi sebelah kerata aku... rupa2nya mamat WJX tadi. Mungkin nak tunjukkan gangster dia kot. Tapi, aku gelak dalam hati sebab aku tahu yang ego beliau betul2 tercalar tadi sebab kalah dengan aku di tol.. haha!

Dia pandang, aku buat bodoh je... lalalalala.. lalalalalala..

Malam tu, kami sampai rumah jam 12 tengah malam.. 

***

Ok, ini kiranya aku buat entry balas dendam sebab lama tak buat entry kat sini... lepas ni, entah bila lagi lah entry baru.. 

Sekian.

08 Ogos 2011

ANAK YANG TUNGGAL

Perbualan satu masa dahulu (kalau tak salah aku pernah buat entry pasal ini)..

Situasi - Dalam kereta, mengambil Nurin Hana daripada school

Aku : Belajar apa kat school tadi ?

NH : A B C.. alif, ba, ta..

NH : Papa, Nurin Hana tak ada abang, tak ada kakak, tak ada adik. Nurin Hana ada tiga je... ada Ibu, ada Papa, ada Nurin Hana je...

***

Situasi - Bermain2 di rumah

NH : Papa, jom la main cikgu dan budak2 dengan Nurin Hana. Papa jadi cikgu, Nurin Hana jadi budak2.

Aku : Main la dulu... Papa tengah buat kerja ni (mengadap internet baca website berita bola)

NH : Ibu, ibu main dengan Nurin Hana ?

Cik Puan : Ibu nak masak ni. Nurih Hana main la...

NH : Nurin Hana main sorang2 je.. tak de kawan.. (buat muka sedih)

Aku : Ye la, ye la... jom!

***

Situasi - Depan komputer sedang ber-internet

NH : Papa, bagi lah Nurin Hana mian game..

Aku : Nanti lah.. Papa kan tengah buat kerja ni..

NH : Nak main game... asyik Papa je..

Aku : Ye la, ye la...

Aku bukakan game cooking2 dia dan bagi main...

15 minit kemudian..

NH : Papa, jom main game dengan Nurin Hana

Aku : Main la.. Papa nak tengok tv. Tadi, Nurin Hana nak main kan ?

NH : Nurin Hana main sorang2 je... Papa mari lah main sama2..

***

Sabtu Ahad, aku satu family gi buka puasa kat rumah 'cik Mori - memang sudah pre-planned dengan semua adik beradik aku pasal buka puasa sama2 rumah 'cik Mori ini. Macam biasa, kitorang go for BBQ ++ session.

Bila balik ke rumah 'cik Mori dan As anak beranak serta Zila anak beranak ada... amat gamatlah rumah 'cik Mori jadinya. Mujur di depan rumah ada lama.. boleh lah budak2 memekak di depan laman rumah. 

Cucu 'cik Mori ada 7 orang semuanya (5 perempuan, 2 lelaki). Paling tua, Wawa - umur 9 tahun. Paling kecil Dalilah - umur entah berapa bulan.. lupa.

Bila dah ramai, memang seronok lah Nurin Hana bermain. Seharian  Nurin Hana main kehulu kehilir dengan sepupu sepapatnya. Tapi, bila dah petang sikit.. agak terbatas lah sebab Wawa dan Mimin puasa.. tak larat nak min havoc2 lagi (Nurin Hana cucu ke-3 tertua). Mungkin cik puan kpp tak berapa gemar bila Nurin Hana dok main pasir habis sampai naik ke kepala pasir2 tu semua.. namun, pada aku.. kegembiraan Nurin Hana bermain dengan adanya kawan bermain tu is PRICELESS!!

Lepas berbuka, Nurin Hana dan konco2 nya sambung main lagi... dan, aku dapat rasakan yang Nurin Hana happy.. SANGAT HAPPY!

Ya Allah, berkati lah usaha kami dan permudahkan lah rezeki kami.. Amminn..

08 Jun 2011

TIDAK KEMBALI LAGI..

Aku terima call daripada 'cik Mori tengahari semalam bagitahu yang Atuk Bachik meninggal di kampung. Aku terus call bos dan bagitahu nak balik awal untuk balik kampung. Atuk Bachik sebenarnya adalah pangkat datuk saudara sebelah emak. Arwah sebenarnya adalah ipar kepada 'cik Yah iaitu suami kepada Nek Yam - adik kandung 'cik Yah.

Lepas call bos, aku terus call cik puan kpp tanya samada nak follow atau tidak - jawapannya, tidak. Makanya, aku pun pergi seorang menaiki kereta merah aku tu yang baru beberapa hari di uji ketahanannya untuk perjalanan jauh. Memandangkan aku pergi kerja naik keretapi, perjalanan balik ambil kereta approx. setengah jam. Aku ambil sedikit masa untuk top-up air dan "make-up" kereta sana sini sebelum teruskan perjalanan.

Memandu long distance berseorangan ni banyak dugaannya. Pulak tu waktu tengahari. Perlu extra fokus! Ada sekali tu sebuah bas memandu laju (aku lorong tengah, bas lorong memotong), kereta merah aku tu bergoyang2 macam kena angin lintang!!

Sekali sekala aku call 'cik Mori tanya lokasi - mereka dah depan daripada aku. Aku singgah di R&R Seremban untuk cari air dah jajan buat jadi "peneman" aku sepanjang perjalanan. Rupa2nya, 'cik Mori dan konco2 (As & Zila) melencong ke Alor Gajah untuk berhenti makan. Destinasi yang di tuju adalah tidak lain tidak bukan - CUCUR UDANG ALOR GAJAH - yang sangat famous itu!

image : http://rahaniss.fotopages.com/?entry=1571644

Kebetulan pula semasa Mimin call aku masih belum lepas Alor Gajah lagi. Tanpa lengah masa, aku terus melencong ke exit Alor Gajah juga untuk menuju ke kedai yang sama. 

Kedai
image : http://www.matjoe.com/2010/12/kuih-udang-alor-gajah-tekak-aku.html

Nama kedai : "PERNIAGAAN KUIH UDANG ALOR GAJAH". Lokasinya (sini : guide) terletak di medan selera di tengah2 bandar Alor Gajah. Daripada tepi jalan dah boleh nampak - berhampiran dengan bulatan di tengah2 bandar tersebut. Tempat ini memang sangat famous di Alor Gajah. Kalau datang lambat, jawabnya tinggal kuah sahaja lah. Cucur udangnya bukan setakat cucur udang sahaja. Boleh top-up macam2 dalam menu seperti tempe, tauhu, bebola, fish cake, daging ayam, hati ayam, telor dan sebagainya. 

Memang terbaik dari ladang! Most importantly, the sauce - marvelous. 'cik Mori siap beli 6 botol bawak balik. Makan ke mentekedarah sos tu ? hehe!

Eh, cerita makan ke cerita orang meninggal ni ?

Ini semua adalah strategi. Dekat kampung nanti, mana pula nak cari makan ? So, memandangkan bala tentera 'cik Mori yang kecil2 itu sangat ramai - 6 orang (aged 1 to 9 years old) - haruslah kena isi perut dulu supaya semua bala tentera tidak meragam nanti. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang sebenarnya tidak lah jauh mana memandangkan jalanraya di Melaka sekarang ini sangat lah tip-top keadaan nya. TQ Ali Rustam! (eh, unsur2 politik pulak)

Dalam jam 5pm, kami sampai ke kampung di Batu Berendam - betul2 bersebelahan dengan Airport Batu Berendam yang sudah di perbesarkan itu. Malangnya, jenazah sebenarnya baru sahaja beredar ke tanah perkuburan. 'cik Mori beriya2 ajak aku ke kubur. Mana lah aku tau kubur kat mana ? Tapi, 'cik Mori claim yang beliau tahu. Ok, jom!

"Biasa diorang tanam kat Bachang", kata 'cik Mori confident

"Tau jalan ke ? Along tak tau nih", aku balas was2

"Ala.. kat rumah cina yang besar warna putih tu", confident je 'cik Mori

"OK", aku meluru laju walaupun aku sebenarnya tak tau pun mana nak tuju. Memandangkan 'cik Mori tahu, aku ikutkan saja. Aku cadangkan follow Azmi (sepupu), namun 'cik Mori confident kata tahu.

Beberapa minit kemudian, sampai area tanah perkuburan Bachang. Tapi, keadaannya sangat lengang! haha! sure diorang tanam tempat lain. 'cik Mori call Azila suruh tanya orang kat kampung, tanam di mana. Sah! rupa2nya diorang tanam tempat lain - tanah perkuburan baru! Dan, 'cik Mori tak tahu lokasi nya. 

Namun, sebagai anak mithali aku tak nak kecewakan 'cik Mori. Gagah aku pandu laju cari juga (walaupun hakikatnya.. haram tak tahu nak kemana). Aku berhenti tanya orang. Diorang explain entah aku faham ke idak aku pun tak sure. Sudahnya, aku main redah saja. Setelah sepuluh kali sesat dan salah jalan, akhirnya jumpa juga dengan tanah perkuburan tersebut!

Sebaik kami sampai, kereta semua dah bersusun2 beredar daripada tanah perkuburan tersebut. Demi memuaskan hati, aku bawa juga 'cik Mori ke kuburan yang sudah lengang itu. 

***

Malam itu ada kenduri tahlil. Jadi, kami decide untuk stay back until semua selesai. Lepas makan2 jam 1030pm, bergerak pula ke rumah Nek Tam di Belimbing untuk tujuan rehat dan mandi manda. Disebabkan keadaan malam yang kelam tu, aku tersalah jalan (sesat!) lagi - salah simpang!

Masa aku sampai kat rumah Nek Tam, semua orang - 'cik Mori, As, Zila & konco2, Busu Hashim & konco2, Ngah Sudin & konco2, Long Seman & Babuk - dah ada di situ sambil pakat2 gelakkan aku sebab salah jalan! hehe!

Borak2 dan berehat sekajap, mandi dan pekena kopi-O kaw sepam-dua, kami semua berkonvoi balik ikut jalan Alor Gajah.

Jam 1:30am aku sampai rumah dan terus ZzzzzZzzz... 

***

Actually, banyak kenangan aku dengan keluarga Nek Yam + Atuk Bachik ni sebenarnya. 'cik Yah memang sangat rapat dengan adik beliau yang seorang ini. Dulu2, kalau kami sekeluarga balik ke kampung.. memang Batu Berendam lah destinasi di tuju. 

Dan, rumah kampung yang dahulunya bercirikan tradisional itu lah juga tempat berlangsung nya Majlis Berkhatan aku suatu masa dulu. Mudim kampung OK! tak main lah bius2! Memang pengalaman paling mengerikan!!!!!

Anyway, dengan pemergian Atuk Bachik ini... mungkin Batu Berendam hanya akan tinggal dalam kenangan sahaja lepas ini. Dah kurang "sebab" untuk kami sekeluarga untuk singgah ke situ. Walaumacamanapun, anytime aku kalau terdengar perkataan "kampung" atau "Batu Berendam", aku akan sentiasa terkenangkan saat2 indah suatu masa dahulu bila kami sekeluarga pulang ke kampung.

Aisey, sedih pulak aku bila terkenangkan 'cik Yah..

Sekian.

nota : melayan perasaan sedih jap.. huhu!

12 Mei 2011

WEEKEND HUSBAND & WIFE

Fenomena masa kini.. "Weekend husband" atau "Weekend wife"

Bercinta di university, bekerja dan kemudian berkahwin. Seronoknya. Tapi, ada satu masalah - kedua2nya bekerja di negeri berlainan. Sebagai contoh, isteri bekerja di KL.. suami bekerja di Ipoh. What will you do ?

Sebulan, dua bulan.. sanggup lagi berulang alik setiap weekend. Kalau dah setahun ? dua tahun ? forever ?

Dulu, masa zaman bercinta aku pun hampir2 mengalami situasi yang sama. Pada masa itu, aku bekerja di sebuah kilang di bukit beruntung, selangor manakala cik puan kpp pula bekerja di bukit tinggi, pahang.

Nasib baik juga cik puan kpp dapat tawaran kerja lain. Namun, masih tidak menyelesaikan masalah kami. Macam orang tua2 selalu kata... seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir. Masa tu, kami dok tengah2 iaitu di Ampang (rumah FIL). Jadi nya, setiap pagi aku akan dropkan cik puan kpp jam 6:30am di Ampang point untuk naik chartered bus ke tempat kerja. Sebelum aku kemudian nya meneruskan perjalanan ke bukit beruntung.

Begitu lah rutin sehari2 sehingga lah suatu hari aku berasakan bahawa salah seorang perlu berkorban untuk bertukar kerja. Dan, sudah tentu lah aku sang suami mithali yang perlu berkorban.. ehem! ehem!

Kebetulan ada iklan jawatan kosong di sebuah syarikat GLC. Aku pun apply. Bak kata pepatah - test market. Mungkin dah rezeki aku agaknya, aku berjaya selepas di interview dan ditawarkan dengan jumlah gaji yang aku minta. Alhamdulillah. Dan, aku di tempatkan di pejabat syarikat GLC tersebut di sekitar Jalan Raja Chulan.

Walaupun, jarak diantara tempat kerja aku dan cik puan kpp masih lagi jauh.. namun, tidak lah lagi "seorang kehulu, seorang kehilir". Kalau tidak, sesak juga kepala nak pikir.

Baru2 ni aku dan beberapa colleague berborak2 pasal fenomena ini dimana ianya di alami oleh salah seorang colleague kami di ofis ini. Suaminya bekerja kilang di Bentong, Pahang. Manakala ofis beliau di KL. Kedua2nya tidak mahu berpindah dengan alasan "seniority". 

"Seniority" yang aku maksudkan ialah peluang untuk naik pangkat berdasarkan ke-senior-an mereka di unit/tempat kerja masing2. Kalau berpindah ke unit lain, mungkin akan jatuh lah seniority ranking tersebut. Apatah lagi kalau bertukar kerja.

Apa yang terjadi, mereka duduk berasingan dan hanya berjumpa semasa weekend sahaja. Itupun, agak terbatas kerana si isteri tinggal serumah dengan housemate. Jadi, kalau si isteri tiada di rumah.. maka sukarlah kalau si suami nak gi terjah. Silap2 terjah, mahu nya kena pelangkung dengan housemate si isteri. 

Kami mencadangkan agak beliau tinggal di tengah2 di antara kedua2 nya. Oleh kerana kos ulang alik yang tinggi sehingga mencecah RM1000 sebulan, mereka terpaksa berubah ke approach yang berlainan. Dan, memandangkan syarikat GLC ada cawangan yang banyak di merata2 negeri... si isteri mengalah-tanpa-rela dan menghantar borang mohon tukar ke kawasan suaminya. Malangnya, kawasan itu bukan lah bandar besar dan perjawatan di kawasan itu adalah sangat limited serta terbatas pada level yang si isteri memang sudah pegang sekarang.

Perkara ini agak complicated dan aku dapat rasakan tekanan mereka2 yang bergelar "Weekend husband" atau "Weekend wife".

If you are in this kind of situation, what will you do ?

25 April 2011

A BIG WEEK AHEAD

Minggu ini merupakan satu minggu yang very eventful untuk aku. 

Mula dengan isnin dan selasa there will be an ISO Audit by SIRIM. Last year kami dapat a very good achievement on ISO dimana tiada satu pun NCR atau Observation yang di kenakan (Compliance audit). Mungkin Auditor pada masa itu bagi muka sedikit kepada kami yang baru sahaja pertama kali melakukan External ISO audit sebab unit kami ini adalah unit yang baru di bentuk setahun sebelumnya.

Based on cakap2 belakang, normally the Surveillance audit selalunya lebih strict berbanding Compliance audit. Therefore, we may need to put an extra focus and effort in order to maintain the achievement.

(mood rojak pula pagi2 ni.. hantam sajalah..)

Selasa juga adalah hari gaji.. Yahooo!! dimana gaji kali ini dibayar dengan tunggakkan berdasar kenaikan gaji yang telah di umumkan 2 minggu yang lalu. Macam biasa, kat ground floor office dah mula dipacak kan kedai2 yang menjual segala macam benda dengan tujuan untuk menggalakkan orang2 yang baru dapat gaji (dan tunggakkan kenaikan gaji) berbelanja sakan.

Rabu, hari bertenang... masa untuk sambung menghabiskan gaji yang baru dapat semalam nya..

Khamis - aku cuti sebab ada appointment doktor. Fingers cross! I am praying for the best this time around. Please God, help us.

Jumaat,  penghulu hari yang sangat aku nanti2 kan.. HARI BONUS!!!

Dah lama benar berkira2 itu ini, itu ini. Tak sabar rasanya nak nengok angka2 bertuah dalam akaun aku tu nanti.. hehe (senyum lebar!). Err.. saya nak beli camcoder, saya nak beli kasut baru 2 pasang, nak shopping baju, nak shopping di Ikea, nak pergi bercuti, nak belanja makan besar, nak itu, nak ini.. pendek kata macam2 ada!!

Jumaat malam macam biasa, Maharaja Lawak. They really make my day with their usual big laugh lawak! Tak sia2 aku tukat package ambil Mustika. It's a nice one. Most probably, by that time aku dah ada di rumah 'cik Mori sebab the next day nak ada makan2 dan kenduri.

Sabtu malam, As & Zila plan for Birthday party anak2 diorang dan di tumpangkan sekali nama Nurin hana. Juga, diorang nak buat sedikit kenduri doa selamat. lokasi = Rumah 'cik Mori. Dan, most probably it's a BBQ again... 

Sunday will be another hari bertenang sebab cuti 1 may iaitu cuti hari bekerja. Aku macam nak ajak cik puan &  Nurin hana ke Ikea untuk layan Swedish meatball. Tapi, belum pasti lagi

Memandangkan isnin will be off-day, aku sedang berkira2 untuk tambah cuti ke selasa.. namun, masih dalam pertimbangan serius.

That's the plan. Fingers cross, hopefully all will when well. InsyaAllah..

24 Mac 2011

BUKIT GAMBANG RESORT CITY (BGRC)

Selingan : Aduh! dah seminggu diganggu masalah sinus ni & diarrhea. Terseksa jiwa aku ni!

***

Selepas ke kenduri di Ajil, aku sekeluarga berangkat ke destinasi seterusnya - Bukit Gambang Resort City. Orang kata, alang2 dah berjalan jauh.. biar lah ada benda yang boleh di enjoy. 



Arrangement ni memang awal2 lagi aku dah buat. Ambil package je senang. Malas nak pening2 kepala. Boleh tahan juga lah harganya. Packagenya 2 hari, 1 malan termasuk hotel, dinner, breakfast, water park, jungle farm (ala2 mini zoo), tram ride dan flying fox.

Bertolak dari Ajil jam 2 petang, sampai ke BGRC kurang lebih jam 6 petang. Dah check-in, kepala aku bukan main pening lagi. Paham2 je lah kalau dah driving daripada jam 5:30 pagi!

Masa time dinner, memang sangat tak best! bukan makanan tak best, aku yang tak best. Makanan nya banyak - buffet - tapi, aku yang sakit kepala + diarrhea ni langsung tak boleh nak enjoy the meal. Memang rugi betul lah!

Lepas makan, Nurin hana dok main ride2 kat tepi tu, aku ambil kesempatan untuk try kerusi urut ala2 Ogawa tu. Emm.. best juga, lega sikit sakit2 badan aku setelah seharian memandu.

Bila mengenangkan esoknya nak berpesta bagai di Water Park...

"Tak boleh jadi ni, nak kena cari active fast", aku kata kat cik puan kpp. Kebetulan pula, memang ada mini store.. so,  aku pun capai sepapan active fast.

Balik bilik, aku telan 2 biji active fast dan sebiji aries (pil sinus) dan terus landing atas katil. Memang tak ingat nyawa.. sedar2 je dah pagi. Dan, yang paling penting.. sakit kepala aku dah hilang! Yahooooo!!

Pagi2 lagi kami dah ke cafe untuk breakfast. Time memang sangat tight. Water Park buka jam 9:30 pagi, check-out hotel pula jam 12:00 tengahari. Memang agak cramp sikit la. Kami plan balik sedikit awal untuk mengelakkan expected jammed due to last day of school holiday. 

Tiket Water Park dalam package hanya untuk dua orang.. makna nya aku dan cik puan kpp dah covered la. Tapi, Nurin hana kena ukur dulu dengan ketinggian penguin gemuk kat kaunter tu (tingginya 90cm).

"Dik, budak kecil ni kena bayar ke ?", aku tanya cik adik di kaunter

"Ukur dulu.. dekat situ ye", balas cik adik kaunter

Bila Nurin hana ukur, memang sahih la kena bayar.

"Penguin kurus tak de ke ? Penguin gemuk memang lah rendah", percubaan aku membuat lawak. Cik adik kaunter tu senyum je. Duit dan tiket bertukar tangan - RM14.90 (kanak2)

Bila dah settle semua, kami segera ke Water Park yang jauhnya alahai... sepelaung je kot. Beriya2 benarlah aku bawa kereta. Tak sampai seminit dah sampai. Pagi2 tak ramai orang lagi. Kiranya aku sekeluarga jadi antar pembuka gelanggang lah pagi tu. 

Water Park BGRC ni di gelar "cashless" park dimana pembelian adalah berdasarkan kredit yang kita bayar dulu di kaunter luar yang kemudian nya di rekodkan pada "gelang" tangan entry yang dipakai. Setiap kali nak buat pembelian, hulur sahaja tangan yang berlilit gelang, mereka scan dan urusan "pembelian" selesai. Very convinient.

Kami sewa pelampung nombor 8 dan locker untuk simpan barang. Semua barang2 disumbatkan kedalam locker supaya senang nak enjoy the water ride. Kalau tidak, siapa pula nak tolong tengok2kan nanti ? Malangnya, kamera pun di sumbatkan sama sebab tidak kalis air. So, takde lah sessi bergambar di dalam  water park :-(

Sebenarnya, di kaunter luar park, ada dijual "water proof camera beg" dengan tujuan untuk membolehkan pengunjung2 membawa kamera. Oleh kerana kami tak beli.. makanya, tidak adalah gambar :-(


sedih kan kalau tak dapat ambil gambar dalam water park.. huhu!


Main dalam water park memang seronok. All of the usual suspect ada kat sana. Baca sendiri lah kat sini. Yang paling menarik minat Nurin hana ialah Family Raft Ride. Tinggi dan seram juga ride ini. Mula2 naik Nurin hana memang agak kecut la.. ndak2 lagi bila raft tu melambung ke kiri ke kanan macam nak terkeluar daripada track nya. Cik puan kpp pula, jangan cerita la... sepanjang ride tu tutup mata! haha! Aku pula, sekali sekala terasa macam nak tercabut nyawa lah juga. Terasa macam raft tu nak tercampak keluar je..

Bila dah sampai ke bawah, Nurin hana ber-iya2 ajak sekali lagi. Maka, gagah lah kami menaiki tangga sekali lagi untuk 2nd round of the same family raft ride. Kali ini, aku jerit2 sikit semasa ride tu... Nurin hana pun ikut. Aku tau, kalau jerit2 ni... boleh reda sikit rasa seram. Cik puan kpp masih dengan trick nya yang sama - pejam mata rapat2.. :-)

Wave Pool tak kurang best nya.. especially bila time depa pasang ombak. Memang best. We all enjoy the wave very much. But the ride that we enjoy the most is Glacier River / Journey of Ice. Sebabnya, boleh ride satu family atas pelampung no 8 kami mengelilingi tempat tersebut. Memang best!

Pendek kata, aku memang enjoy lah kat water park tu. Cuma, yang ralat sikit ialah.. kekurangan masa sebab kami nak terkejar2 kan waktu check-out hotel. Kalau dapat lagi 2 jam, mungkin lebih seronok!!

Dah berseronok2 di water park, tiba masa untuk check-out dan memandu pulang.. huhu!

Walaupun, cuti2 Malaysia kali ini sangat adhoc dan tidak cukup masa + memenatkan.. aku sangat enjoy dan looking forward for future planning.. Cameron, perhaps ? 

On the way balik, aku singgah di R&R Temerloh untuk try Patin. Aku ambil Patin Buah sepotong (RM12).. emm, not bad. Kedainya di R&R Temerloh arah ke Kuala Lumpur. Highly recomended pada siapa2 yang nak try... kedai nombor 4 daripada kanan dalam kedudukan menghadap kedai. Cuba lah!


Sekian.

01 Mac 2011

9 TAHUN YANG TELAH BERLALU..

"Seindah tiada lagi kau ku ingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayat ku di dunia ini

Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Oh angin, sampaikan lagu ku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah lagu ku jadi teman hidup mu
Untuk selamanya

Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir
Menentukan ia
Oh belaian jiwa"

HAPPY ANNIVERSARY.. MY LOVE!



lyrics source : http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/innuendo/belaian_jiwa.html

23 Februari 2011

BELASUNGKAWA - LONG HAMZAH..

Innalillahi wa inna ilaihirojiuun..


image : mazaaida.blogspot.com

Semalam Long Hamzah meninggal dunia. Long Hamzah ialah pakcik aku sebelah En Omar. Beliau disahkan doktor telah meninggal dunia lebih kurang jam 11:50 pagi, 22/02/2011.

Aku tau pun setelah di maklumkan oleh As. Terus call bos dan minta balik awal untuk menziarah.

Jenazah dah dibawa ke masjid semasa aku sampai dan dalam proses untuk di mandi dan di kafankan. Waktu tu baru solat Zohor.

Babuk : "Along nak tungu sini ke ?"

Aku : "Entah lah. Katanya nak kebumi lepas asar. Lama lagi tu"

Babuk : "Macamana ?"

Aku : "Balik rumah emak dulu la.. petang nanti datang balik"

Babuk : "Jom"

So, petang tu aku lepak kat rumah 'cik Mori yang jaraknya dengan rumah arwah Long Hamzah selang 3 buah rumah. Lama lagi nak asar, aku pun pakat tido.. zzzZzzZzzzzZzz..

Petang, 5pm..

"Nak gi kubur terus ke gi masjid dulu ?", Babuk tanya aku

"Gi masjid dulu la.. pastu follow gi kubur", aku jawab. Dongak ke langit hari macam nak hujan. Awan gelap!

Lepas sembahyang asar dan sembahyang jenazah, semua menyusul ke kubur pula. Sebab aku dengan Babuk naik motor je, kami yang pertama sampai kat tanah kubur. Ada dua tiga orang masjid yang menguruskan kerja korek kubur dah siap sedia menunggu. Sekejap lepas tu, van jenazah pun sampai.

Disebabkan tak ramai orang lagi yang dah sampai masa pak imam sampai.. aku pun sama2 bantu untuk usung keranda ke lubang kubur. Di letakkan di posisi siap sedia untuk di turunkan ke dalam kubur dan seterusnya ke liang lahad. 

Bila ahli keluarga Long Hamzah dah sampai, jenazah pun di turunkan ke dalam kubur perlahan2. 

"Haa.. masuk dalam tu", tok imam bagi arahan pada anak2 Long Hamzah untuk bersedia menurunkan jenazah - yang masuk dalam - Mamat, Kenneth & Shidee.

"Tangan kanan seluk bawah jenazah, tangan kiri peluk daripada atas. Dua orang tolong jaga sangga keranda. Bila jenazah diangkat, terus alihkan ke tepi ye", tok imam bagi arahana cara2 untuk menurukkan jenazah

1.. 2.. 3..

Jenazah diangkat, sangga keranda di alihkan. Posisi jenazah diletakkan di dalam kubur dan kemudian nya dalam liang. Bahagian belakang disendalkan dengan kepal2 tanah supaya jenazah kekal posisi mengiring. Ikatan dibuka untuk mengenakan bahagian muka jenazah ke tanah. Bila semuanya sudah selesai, papan liang lanhad di letakkan dan tanah mula di kambuskan ke dalam kubur perlahan2. Bergilir2 menyangkul dan menyodok. Kalau tak gilir2, memang pancit la. Memandangkan kebanyakkan yang ada di situ sudah biasa dengan kerja2 perkuburan ini, proses tukar2 orang tu jadi senagat smooth dimana sesiapa yang kelihatan letih akan cepat2 diganti oleh orang lain pula. Begitulah seterusnya sehingga selesai.

Sebaik sahaja selesai, hujan mula turun dengan sangat lebat! siap dengan angin2 yang kuat sampaikan air hujan tadi bukan lagi tempias, tetapi seolah2 datang daripada arah tepi! lebat gila! So, orang2 yang berada di sisi2 khemah memang basah kuyup lah.. termasuk aku.

Mujur jugalah pihak masjid menyediakan khemah besar (saiz khemah ornag kahwin) untuk 'memayungi' kuburan tadi, kalau tidak.. memang susahlah imam nak bacakan talkin.

Hujan bertambah lebat, tapi imam tetap terus dengan bacaan talkin nya. Aku pulak, dok menahan sejuk kat sisi khemah dan sudah basah kuyup! "Aku basah takpe, janji henpon tak basah!". Kalau basah masuk air.. harus aku terpaksa beli blackberry lah pulak!!

Selesai semuanya, selepas doa dan di aminkan.. aku dengan Babuk mula bergerak semula ke rumah 'cik Mori - meredah hujan yang masih ada renyai2 lagi.

***

SEMOGA ROH LONG HAMZAH DI TEMPATKAN DIKALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN.. AAAMMMIINNN..

AL-FATIHAH

11 Februari 2011

SELAMAT HARI LAHIR.. KEKASIH HATIKU

cinta hati saya :-)


Panjang umurnya..
Panjang umurnya..
Panjang umurnya serta mulia... 
Serta mulia..

***

Awak mungkin tidak minat bolasepak dan tidak temankan saya bila menonton astro di waktu tengah malam..

Awak mungkin tidak minum kopi, jauh sekali untuk buatkan se-tarmos kopi macam yang awak janjikan dulu..

Awak kata awak minat kaler "biru" macam saya, tapi hakikatnya baju awak banyak yang warna "merah"..

Awak ada Master, tapi saya tak ada :-(

Awak mungkin kurang romantik daripada saya.. ehem2x

Namun, saya tahu.. 

Awaklah.. QUEEN OF MY HEART!

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DICURAHKAN KEBAHAGIAN.. AMIINNN..

SELAMAT HARI LAHIR... CIK PUAN KPP

21 Januari 2011

DALAM KENANGAN #5 - AIS KRIM ALA OSHIN

Siapa pernah tengok cerita OSHIN ?

Kalau korang cukup umur (baca : tua) macam aku, tentu pernah tengok satu drama bersiri jepun yang sangat popular suatu masa dahulu. Kalau tak silap sekitar hujung 80an & awal 90an. Tajuknya OSHIN.

Ceritanya berkisar tentang kisah hidup seorang budak perempuan bernama oshin daripada beliau kecil sampai lah beliau tua. Sirinya memang sangat panjang! Tapi, aku bukan lah nak cerita pasal cerita oshin kali ni. Tapi, entry ini di inspirasikan daripada satu babak dalam cerita tersebut.

Korang tentu penah dengar ais krim Malaysia, kan ? Air krim yang dibuat dalam plastik panjang lepas tu di bekukan di dalam tempat beku peti ais tu la.. tentu pernah dengar, kan ?

OK. ce cite, ce cite.. hehe dah macam "hantu kak limah balik rumah" la pulak!

Kecil2 dulu, mana lah ada duit banyak nak buat belanja macam sekarang ini. Kalau dapat duit belanja sekolah pun sekadar dapat beli nasi lemak bungkus kat sekolah. Tak kenyang dan tak sedap pun. Apatah lagi kalau nak beli ais krim. 

Satu hari, aku dok tengok cerita oshin tu lah. Oshin mengajar cara buat ais krim. Ini bukan cara buat ais krim Malaysia tau.. tapi, lebih kepada ais krim magnolia yang dalam bekas tu. Itu kalau nak beli kat kedai, mau nya makan ringgit2 juga. Budak2 macam aku, mana lah nak ada duit sebanyak itu.

OK, begini resepi dan caranya :

Bahan2 :
1) Susu pekat manis
2) Telur ayam
3) Air
4) Cawan plastik


Mula2, pecahkan telur dalam cawan. Sukatan ikut suka. Kalau nak banyak, bubuh banyak telur. Kalau nak sikit, bubuh satu pun boleh. Biasanya, aku akan bubuh 2 biji telur. Kemudian, tuangkan susu pekat manis kedalam telur tadi. Tuangkan sedikit air. Dikacau sehingga sebati dan kemudiannya di simpan di dalam peti ais tempat beku. So, bila dah beku.. maka siap lah ais krim dan sedia untuk di makan.

Kalau nak sedap, susu tu letak lebih2 sikit supaya terasa creamer nya dan kurang kan air supaya tidak terlalu keras.

Mudah kan ?


12 Januari 2011

SATU MALAM YANG HANGAT

Ini bukan cerita 18SX ye..

Isnin malam selepas balik daripada school, Nurin hana tiba2 demam. Agak pelik juga lah sebab masa aku hantar ke school paginya tak ada pula tanda2 demam. Dah agak lama juga lah Nurin hana tak demam yang panas macam gitu. 

Oleh itu, masa time tidur.. kipas di matikan (begitu juga ekon) supaya badan Nurin hana yang panas tu boleh mengeluarkan peluh. Makanya, aku dan cik puan kpp pun sama2 lah kepanasan dek kerana takde kipas malam tu. Mana idak nya, dah hari2 pulun tidur pasang ekon. Sekali kena takde kipas (atau ekon), 'bercinta' juga lah aku nak memejamkan mata. PANAS!

Tujuan asal tercapai iaitu untuk membuatkan Nurin hana berpeluh. Hasil daripada peluh tersebut, kepanasan badannya berkurangan.

Kepala Nurin hana dah ditampal dengan kool fever dengan tujuan untuk menurunkan suhunya.. namun, mungkin dek kerana kepanasan tidurnya tidak lena. Kejap2 dia tergaru2.. pastu merengek2, beralih2 posisi beberapa kali - serba serbi tak kena. 

Tapi, aku agak hairan juga lah.. sebab cik puan kpp siap boleh selimut segala bagai!

Aku pula, macam2 yang kepala otak aku ni fikirkan.. susah benar nak tidur.

Dalam jam 2 pagi, suhu kepanasannya dah turun sedikit.. aku lega. Hopefully, by morning dah kebah la. Malangnya, jam 3:40 pagi, bila aku dan cik puan kpp tersedar.. suhu badan Nurin hana kembali panas. Seterusnya badan dituam dengan air supaya boleh menurunkan kembali suhunya.

Bangun pagi.. 6:30 pagi..

"Papa, tengok.. Nurin hana dah sihat dah. Tak panas dah", kata Nurin hana pagi2 buta tu.

Bila aku pegang, "Huii.. panas lagi nih", memang panas lagi!

"Dah sihat dah..", kata nya lagi

"Hari ni, Nurin hana tak yah gi school ye. Dok rumah je", kata cik puan kpp pula menandakan yang cik puan kpp "paksa-rela" meng-EL-kan dirinya.

Kalau tak di sebabkan isnin tu aku dah EL.. harus aku EL juga!

10 Januari 2011

HAPPY BIRTHDAY MY LIL BRO..

10hb January

image : mainstreammarketing.ca

Babuk,

Along ucapkan : "SELAMAT HARI LAHIR"

May all your wishes come true.. Amiinnn..

07 Januari 2011

DALAM KENANGAN #3 - SETINGGAN EPISOD MASUK RUMAH TANPA GUNA KUNCI

Masa kecil2 dulu, kedua orang tua aku bekerja. Aku adik beradik akan tinggal di rumah 'cik Yah bila balik daripada sekolah. Jarak antara rumah 'cik Yah dengan rumah setinggan kami ada lah dalam 500 meter kot.

Namun, sebagai seorang yang adventurous.. apa barang dok rumah 'cik Yah ? Jadi, bila balik daripada sekolah.. aku akan makan siap2 di rumah 'cik Yah kemudian terus gi balik ke rumah orang tua aku - rumah setinggan papan.



Ambil maklum yang aku balik ke rumah atas dasar tidak mendapat restu 'cik Yah. Oleh itu, kunci rumah memang tak dapat lah aku kidnap untuk buka pintu nanti. Namun, orang2 yang adventurous tentulah panjang akal nya. Tiada kunci tidak bermakna tak boleh 'masuk' rumah !



Untuk makluman, tingkap rumah papan biasanya menggunakan selak tingkap seperti gambar di atas ini. So, kalau dah selak.. macamana nak buka ?

Strategi sebenarnya bermula pada sebelum keluar rumah lagi - senang cerita pada malam hari. Tingkap rumah di selak dengan selak besi yang biasa kita tengok di rumah2 papan di kampung2 tu. Untuk membolehkan ianya dibuka daripada luar rumah, selak tu hendak lah di posisikan seperti berikut :


Adat rumah yang di pertukangan tangan kan sendiri @ kontraktor tidak bertauliah, gap diantara tingkap dan frame tingkap membolehkan sepasang kayu kecil celus. Oleh itu, dengan keadaan selak yang telah diposisikan supaya boleh dibuka.. kerja membuka tingkap tersebut akan menjadi sangat mudah.

Cuma masukkan kayu tersebut diantara gap tingkap-frame tadi dan songketkan selak ke atas.. maka terbuka lah tingkap tersebut! Aksi "professional" ini hanya mampu dilakukan oleh golongan "professional" macam aku dan Babuk sahaja. Orang lain, tidak cukup "professional" untuk membukanya.

Bila tingkap dah terbuka, panjat ke atas dan buka lah pintu2 lain yang tidak di mangga daripada luar. Maka, bermaharajalela lah aku and the geng dekat rumah tanpa pengawasan orang dewasa.. hehe.

Walaubagaimanapun, segala tingkap dan pintu yang dibuka.. perlu lah di tutup balik bila petang nya sebelum kedua orang tua aku balik. Aku dan Babuk akan balik semula ke rumah 'cik Yah dan berlakon seolah2 tiada apa yang telah kami lakukan.

Sebabnya, kalau 'cik Mori dapat tahu, memang sepanjang malam lah aku kena ceramah !!

06 Januari 2011

MESYUARAT PIBG

Ahad, 02/01/2011

Ewah.. macam real2 je. "Mesyuarat PIBG" ini sebenarnya adalah sessi briefing oleh pihak Taska & Tadika Nurin hana sebelum permulaan "sessi" 2011. Briefing di adakan di dewan serbaguna. Bagus juga sambutan nya walaupun di hari cuti (ahad pagi). Penuh dewan sampai ada yang terpaksa berdiri (bace : datang lambat)

Briefing di jadualkan kan atas kertas bermula jam 9am. Aku, cik puan kpp & Nurin hana pun ber-iya2 lah benar bangun dan sarapan segera di restoran mamak. Kena lah makan dulu. Kalau nak tunggu "pengalas perut" yang school Nurin hana sediakan, mau ber keroncong perut di buatnya nanti.

Macam biasa ucapan alu2an.. bla, bla, bla dibuat oleh penasihat school dan di ikuti dengan ucapan bla, bla bla oleh pengetua school pula. Most of the things are basic items yang memang ramai yang dah dengar dalam sessi tahun2 yang lepas lagi.

Dipendekkan cerita, apa yang menarik perhatian aku sepanjang briefing itu ialah :

1) Kanak2 yang ke tadika (4-6 tahun - termasuklah Nurin hana), di kehendaki memakai kasut ke school. Tidak digalakkan memakai selipar lagi sebab susah kalau cikgu2 nak bawa pergi bermain2 di taman permainan. So, satu item nak kena beli... kasut school

2) Ibu bapa dikehendaki menyediakan satu set telekung untuk anak masing2 bagi aktiviti keagamaan (belajar sembahyang). School nak ajar the correct way of doing it dengan "proper attire". Kena beli la.. telekung budak.

ada ibu bapa yang mengeluh : "Belajar pakai seluar panjang sudah lah.. nak pakai telekung segala bagai.."

huh?!

3) Digalakkan kanak2 tadika bawa air masak dalam botol daripada rumah ke school. Walaupun, school ada sediakan.. namun, untuk elakkan insiden perebutan atau terlalu ramai nak minum on the spot.. maka di galakkan bawa sendiri. Emm.. satu lagi. Nasib baik botol nya memang dah ada.

4) Kalau bagi kanak2 bawa cd ke school, tolong periksa dulu cd apa. Ada kanak2 yang bawa cd hantu ke school. Bukan setakat kanak2 je takut.. dengan cikgu2 sekali takut!

Haha! kalau budak2 tu bawa cd "kaler biru", tak ke haru dibuatnya.. hahahaha

Dan.. bla, bla, bla.. macam2 lagi lah yang di terangkan semasa sessi tersebut. Aku proses mana yang perlu sahaja. Semua sekali sessi briefing tu mengambil masa lebih kurang sejam setengah.

Selesai briefing, masa untuk makan & ambil baju school serta baju sukan (untuk sesiapa yang sudah bayar yuran). Cubalah bayangkan.. dewan yang penuh tadi (maunya dekat dalam 300-400 orang!), tiba2 semua converge ke arah makanan dan juga ke arah meja ambil baju.. tak ke havoc jadinya!

Tengok lah gambar dibawah ni.. macam berebut beli baju bundle!



Tugas ambil baju ini di serahkan kepada cik puan kpp.. sambil aku sedang enak menikmati bihun goreng beserta teh tarik di atas tembok batu.. 

kesian.. hehehe..

05 Januari 2011

DILEMA SEORANG PAPA

Nurin hana dah 3 tahun 9 bulan sekarang. Dan, seiring dengan pembesaran nya.. Nurin hana dah pandai almost macam2. Dah pandai merajuk, memujuk, membodek, menangis, memberontak dan macam2 lagi.

Orang kata, "Ala.. anak seorang, ikut kan sahaja lah kemahuan nya"

Tapi, patut kah aku ikut kan semua kemahuan nya ?

Satu malam tu, Nurin hana tak nak makan nasi. Puas aku dan cik puan kpp pujuk. Nurin hana tetap dengan "pemberontakan" nya tak mahu makan nasi.

Bila tak mahu makan nasi, aku pun kata : "Tak mau makan nasi, NO CARTOON!"

Maksudnya, tak boleh tengok kartun kat tv. Namun, "trick" aku tu tak menjadi. Nurin hana tetap dengan "pemberontakan" nya dan tak mau makan nasi! Sebenarnya, dah seharian Nurin hana tak makan nasi. Risau juga aku dibuatnya. Kes tak mau makan nasi (especially waktu malam) ini dah berulang2 banyak kali sebelum ini, bukan kali ini sahaja.

Cik puan kpp pula kata : "Kalau tak nak makan nasi, tak boleh lagi makan jajan, tak boleh makan sumi". Pun masih tak laku. Nurin hana buat keras dia dengan menarik muka masam serta merajuk kat tepi dinding (muka muncung sambil tangan peluk tubuh)
Aku sebenarnya agak risau dengan selera makan Nurin hana ni. Kerapkali tak nak makan nasi terutamanya sebelah malam. Apa lah masalah yang sebenarnya ?

Nurin hana punya "pemberontakan tidak tamat di situ sahaja. Bila cuba dipujuk, dia menangis.. sekuat2 hati!

Bila pujuk2 suruh makan nasi, Nurin hana kata nak makan honey star. "Malam2 mana ada orang makan honey star ? honey star makan pagi2 je", kata aku. Lagi kuat meraung nya..

"NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR", itu lah perkataan yang di ulang2 nya sambil menangis.

Lama cik puan kpp (dan aku) cuba pujuk supaya makan nasi, namun tak berhasil. Nurin hana terus menangis, sampai akhirnya dia tertidur.

Lebih kurang setengah jam dia tersedar semula, terus menangis lagi dan kata : "NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR!!", tak habis lagi "pemberontakan" nya.

Nampak gaya, merajuk nya masih tak habis dan aku dengan cik puan kpp jadi bingung! Lepas nangis2 dan "NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR" beberapa minit, Nurin hana tidur semula setelah dipujuk rayu cik puan kpp. Tidur dalam keadaan merajuk yang maha hebat!

Patutkah aku bagi saja honey star seperti yang Nurin hana minta tu ?

Patutkah aku sentiasa menurut kemahuan nya ?

Atau, patutkah aku biarkan sahaja dan berikan pengajaran kepada Nurin hana bahawa dalam dunia ini bukan semua benda kita boleh dapat (sekiranya tidak kena pada masa nya) walaupun dengan menangis sekuat hati ?

Apa patut aku buat ? 

Yang benar,

Papa yang di dalam dilema

31 Disember 2010

DALAM KENANGAN #2 - PERANG2 SENAPANG CERI

Wah! aku dah mula dah..

Siapa pernah main senapang ceri ? Inilah bahana nya kalau kecil2 cita2 nak jadi askar. Eh, setahu aku majority budak2 zaman dulu kalau cikgu tanya, "Apa cita2 awak ?"

"Jadi askar, cikgu", ramai2 jawab

OK. Kalau nak beli senapang kat kedai tentulah tak ada duit. Budak2 dok rumah setinggan bukannya anak2 orang kaya. Oleh itu, setiap barang mainan tu hendaklah datang daripada pemikiran yang kreatif supaya ianya menjadi lebih menarik dan adventurous!

Bahan2 untuk membuat senapang ceri ini ialah :

1) Creativity
2) Creativity
3) Dan, bahan2 di dalam gambar dibawah :




Semuanya boleh di dapatkan dengan tidak menggunakan sesen pun. Mungkin itu lah nilai survival.

Cara membuat nya :

Lukiskan bentuk senapang pada papan. Boleh lukis bentuk macamanapun tak kisah. Nak lukis.. M-16, AK-49, Senapang patah, Mesingun.. semua boleh. Kuncinya ialah.. laras launcher mesti lurus dan ada tempat untuk picu senapang.

Bila dah lukis, potong hati2 kerana kalau silap boleh merosakkan struktur senapang. Kalau tak jadi rupa senapang, tak rock la! Guna parang boleh, gergaji boleh.. ikut mana yang sesuai. Then, ikatkan getah pada hujung senapang termasuk getah launcher. Lebih tegang getah launcher tu, lebih laju lah peluru akan pergi nanti.. natijahnya, siapa yang kena lebih terasa sakitnya. Kemudian ikatkan picu di bontot senapang. SIAP!

Tugasan seterusnya, mencari peluru = ceri. Pokok ceri selalunya rimbun dan banyak dalam satu2 kawasan tanah lapang terbiar (bukan padang). Boleh juga gunakan buah "gatal" (aku tak tau namanya). Getahnya kalau kena memang gatal2 jadinya. So, ambil buah2 ceri yang hijau sebagai peluru. Yang merah, buat makan. Semasa memetik ceri, pastikan dipetik dengan tangkai nya sekali.. kalau tidak, macamana nak sepit kat picu nanti ?



OK, senapang dah siap. Peluru pun dah ready. Apa yang diperlukan ialah dua pasukan yang akan berperang antara satu sama lain. Pemilihan pasukan biasanya menggunakan teknik lat-talilat-laili-tam-plom atau ooo-som. Kawasan peperangan akan dipersetujui diantara dua pasukan yang berperang.. macam medan tempur lah kiranya.

Kubu atau tempat persembunyian terpulang kepada kreativiti masing2. Ada yang menyorok balik pokok, ada yang balik tembok atau di mana2 saja lah. 

Bila dah ready peperangan pun bermula!

Harus di ingat, buah ceri tu keras dan agak sakit rasanya kalau kena tempat2 yang sensitif seperti muka dan leher. So, semua askar2 kena pandai2lah sembunyi untuk mengelakkan di tembak kat bahagian2 sensitif tersebut.

Beberapa undang2 rimba juga diguna-pakai dalam peperangan. Contohnya, kalau terlalu dekat ie: 1 kaki daripada lawan.. tidak boleh tembak untuk mengelakkan kecederaan serius (kalau kena mata terutamanya). Juga, sesiapa yang ditawan, akan dirampas semua pelurunya.



Main perang2 memang seronok. Tapi, lebih "SERONOK" bila aku tembak muka Babuk dan lepas tu kena libas dengan getah paip kat dalam bilik air dengan 'cik Mori.. huhuhuhu.. Ya Ampun!!!

28 Disember 2010

BIRTHDAY - FAMILY DAY - HJ & HJH - BIRTHDAY : SEPINTAS LALU..

17/12/2010

Hari lahir budak ini. Selalunya, budak ini akan mengambil cuti tahunan sebagaimana lazimnya pada tahun2 yang lalu. Namun, pada tahun ini, budak ini tidak mengambil cuti pada hari lahirnya atas sebab2 yang tertentu. 

Dan, pada tengahari tersebut di ofis, bos beliau telah murah hati membelanja sebiji kek untuk tujuan sambutan harijadi budak tersebut. Memandangkan ada di antara staf2 yang tidak makan cheese, maka kek yang dibeli terpaksa lah menjadi seperti yang boleh di lihat didalam gambar dibawah :


kek sekerat + sekerat. Macam blogger Ieda kata, sekerat resipi. Untuk makluman, ini kek daripada secret recipe. Terima kasih bos.. dan, rakan2 sekerja sekalian.

Pada sebelah malamnya..

Sebagaimana kebiasaan nya, di adakan makan2 besar sempena sambutan hari kelahiran budak ini yang berlangsung di Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang. Makan malam mega ini di sponsor oleh cik puan kpp.Dengan ikan kerapu, ikan siakap, udang, ketam, pepahat, kerang, sayur.. perrghh..

Nengok lah atas meja tu.. memang MEGA!!



19/12/2010

Ofis family day.

Lokasi : Ulu Yam (Laman Nur Bestari)
Event : Day trip get-together

Sehari sebelum aku dah sibuk2 membuat tugasan yang di pertanggungjawab kan ke atas batu jemala patik iaitu membungkus hadiah. Hadiah2 yang menjadi pilihan hati aku adalah, 13 hamper pelbagai rasa dan 3 buah blackberry untuk pemenang2 cabutan bertuah.

(nota : blackberry tu berharga RM4.50, so faham2 aje lah ye..)

Pagi2 lagi aku dah bertolak ke destinasi yang di janji kan. Dengar khabar nya, kawasan tu takde line mobile. So, untuk mengelakkan sesat.. celik2 je mata aku terus google maps kan kawasan tersebut. Maklumla, takde gps. Alhamdulillah, tak sesat.

Aktiviti hari keluarga tak lain tak bukan ialah makan2 dan mandi-manda di sungai. Ada sedikit game dibuat sekadar untuk memeriahkan acara.



Mandi sungai memang marvelous lah sebab ainya sangat2 sejuk. Kebetulan pula hari mendung je daripada pagi sampai ke tengahari. Makanan pula, sangat marvelous!! Tahniah kepada AJK2 makanan sekalian. Set BBQ yang Azli bawak tu memang best. Dan, aku percaya harganya beribu2 lemon juga lah.

Menu bbq : kambing (marvelous!), ayam, sotong, udang, hotdog, kerang (direbus), roti perancis + garlic spread (marvelous!)

Menu2 lain : nasi lemak (sarapan), nasi putih, asam pedas ikan tongkol, patin masak tempoyak, telur dadar, buah2an macam pisang, buah lai dan epal. 

Memang best! hopefully, next will be grand-er!



20/12/2010

Hj Rosni & Hjh Ro

Lokasi : KLIA



Hj Rosni dan Hjh Ro selamat kembali ke Malaysia setelah selesai mengerjakan ibadah haji dengan jaya nya. Aku telah join konco2 adik beradik cik puan kpp untuk pergi menjemput kepulangan Hj Rosni & Hjh Ro. Pagi2 buta - 5:30am - kami dah bertolak daripada rumah (semua berkumpul di rumah Hj Rosni). Nurin hana belum celik pun lagi. Aku pun masih mamai2 lagi pagi tu. Sebabnya, flight Hj Rosni & Hjh Ro dijangka sampai pada jam 7:00am.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Campur lagi dengan masa menunggu 1 jam, sudah nya Hj Rosni & Hjh Ro keluar jam 8:00am. Elok2 pula time Nurin hana nak ke toilet. Hehehe.. sudahnya, tak dapat lah cik puan kpp nak feeling2.. menyambut kepulangan kedua2 orang tua nya. Feeling2 kat toilet aje lah.. hehehehe..

TAHNIAH! dan selamat kembali Hj Rosni & Hjh Ro.

Apa yang aku dapat ? Dua (2) bentuk cincin, sepasang jubah, kopiah dan makan a lot of kurma..

Malamnya..

Sambutan hari lari Shafiq (anak buah aku) dibuat.. walaupun, sebenarnya dah lepas (16/12/2010). Ulang tahun lahir yang pertama (1). Semoga membesar dengan sihat dan kuat !!

24 Disember 2010

DALAM KENANGAN #1- SETINGGAN EPISOD AIR

Nowaday, memang agak sukar untuk jumpa kawasan setinggan lagi.. terutamanya di bandar KL ini. Most of the setinggan sudah pun di robohkan dan didirikan dengan kawasan perumahan, bangunan atau kemudahan baru.

Masih jelas di memori aku pasal kehidupan di kawasan setinggan ini sebab masa zaman aku kanak2 dulu, memang aku duduk di kawasan setinggan. Bezanya cuma, kawasan kejiranan setinggan aku itu adalah setinggan yang tersusun dan tidak lah rumah rapat2 dan "kotor" macam setinggan2 yang lain.

Seronoknya rumah setinggan aku dulu sebab kawasan laman rumah yang sangat luas. Belakang rumah pula ada sungai.. walaupun tak boleh buat mandi macam swimming pool, tapi masih boleh buat macam2 aktiviti lain yang "berfaedah" untuk budak2 "panjang akal" macam aku and the geng.

Kawasan setinggan aku dulu ada semua kemudahan asas seperti elektrik dan jalan ber-tar (termasuk lampu jalan), tapi tak ada bekalan air direct ke rumah. Yang di sediakan ialah satu main paip umum yang di kongsi oleh beberapa buah rumah sekitarnya. 

 

Setiap rumah akan ada getah paip yang panjang bermula daripada rumah masing2 sehinggalah ke paip utama tersebut. Getah2 paip ini di tanam di dalam tanah dan hanya muncul di sekitar paip utama tadi. Panjang getah paip bergantung kepada kedudukan dan jarak rumah masing2 ke paip berkenaan. So, bayangkan lah.. dengan getah2 paip yang berselirat dan berbagai2 dan ada yang sama warna nya.. memang sukar lah kalau nak menentukan mana satu yang kita punya. Kebanyakkan tuan punya getah paip akan buat tanda pengenalan pada hujung getah paip masing2 supaya tidak tersalah cucuh bila tiba masa untuk menakung air.

Giliran rumah aku ialah jam 8pm - 10pm. Dan, sebagai anak sulung yang paling hensem.. aku kadang2 ditugaskan untuk gi mencucuh getah paip tersebut bila tiba masanya. Cuba lah bayangkan, berbekalkan lampu suluh yang samar2, aku meraba2 dalam gelap mencari getah paip yang entah mana satu yang rumah aku punya! 


"SUDAH KE BELUM ?", aku jerit dari luar rumah minta check samada betul apa yang aku cucuhkan itu

Takut2 nanti apa yang aku cucuh tu rumah orang lain punya.. rugi la. Dan, memandangkan setiap rumah hanya diperuntukkan 2 jam.. air2 tadi di takung samada di dalam tong drum ataupun kolam untuk kegunaan sehari2. Makanya, berulang2 lah aktiviti itu setiap hari selama aku dok kat kawasan setinggan itu. Di rumah aku ada dua tempat tadahan.. satu - kolam mandi (untuk air mandi),  kedua - tong drum (untuk kegunaan memasak, mencuci pinggan dsbnya).

Aktivity yang paling seronok masa ini ialah.. hehe.. berendam dalam kolam mandi! kiranya ala2 membuang air lama untuk membasuh kolam lah. Most of the time, 'cik Mori tak tau pun aku berkubang dalam kolam tuh! hahahaha.. sebab, lepas tu air kubangan tu semua akan dibuang dan di 'salin' (maksud salin disini = ganti) baru.

Duduk setinggan dengan serba kekurangan juga perlukan kreativiti yang maha hebat. Sekali sekala nak juga merasa mandi air hujan @ air pancut. Tapi, mana lah orang2 setinggan nak buat air pancut kat rumah.. ye tak ? Air paip direct pun takde.. mana pulak nak dipancutkan. So, macamana ?

Macam ini lah..