Nurin hana dah 3 tahun 9 bulan sekarang. Dan, seiring dengan pembesaran nya.. Nurin hana dah pandai almost macam2. Dah pandai merajuk, memujuk, membodek, menangis, memberontak dan macam2 lagi.
Orang kata, "Ala.. anak seorang, ikut kan sahaja lah kemahuan nya"
Tapi, patut kah aku ikut kan semua kemahuan nya ?
Satu malam tu, Nurin hana tak nak makan nasi. Puas aku dan cik puan kpp pujuk. Nurin hana tetap dengan "pemberontakan" nya tak mahu makan nasi.
Bila tak mahu makan nasi, aku pun kata : "Tak mau makan nasi, NO CARTOON!"
Maksudnya, tak boleh tengok kartun kat tv. Namun, "trick" aku tu tak menjadi. Nurin hana tetap dengan "pemberontakan" nya dan tak mau makan nasi! Sebenarnya, dah seharian Nurin hana tak makan nasi. Risau juga aku dibuatnya. Kes tak mau makan nasi (especially waktu malam) ini dah berulang2 banyak kali sebelum ini, bukan kali ini sahaja.
Cik puan kpp pula kata : "Kalau tak nak makan nasi, tak boleh lagi makan jajan, tak boleh makan sumi". Pun masih tak laku. Nurin hana buat keras dia dengan menarik muka masam serta merajuk kat tepi dinding (muka muncung sambil tangan peluk tubuh)
Aku sebenarnya agak risau dengan selera makan Nurin hana ni. Kerapkali tak nak makan nasi terutamanya sebelah malam. Apa lah masalah yang sebenarnya ?
Nurin hana punya "pemberontakan tidak tamat di situ sahaja. Bila cuba dipujuk, dia menangis.. sekuat2 hati!
Bila pujuk2 suruh makan nasi, Nurin hana kata nak makan honey star. "Malam2 mana ada orang makan honey star ? honey star makan pagi2 je", kata aku. Lagi kuat meraung nya..
"NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR", itu lah perkataan yang di ulang2 nya sambil menangis.
Lama cik puan kpp (dan aku) cuba pujuk supaya makan nasi, namun tak berhasil. Nurin hana terus menangis, sampai akhirnya dia tertidur.
Lebih kurang setengah jam dia tersedar semula, terus menangis lagi dan kata : "NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR!!", tak habis lagi "pemberontakan" nya.
Nampak gaya, merajuk nya masih tak habis dan aku dengan cik puan kpp jadi bingung! Lepas nangis2 dan "NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR" beberapa minit, Nurin hana tidur semula setelah dipujuk rayu cik puan kpp. Tidur dalam keadaan merajuk yang maha hebat!
Patutkah aku bagi saja honey star seperti yang Nurin hana minta tu ?
Patutkah aku sentiasa menurut kemahuan nya ?
Atau, patutkah aku biarkan sahaja dan berikan pengajaran kepada Nurin hana bahawa dalam dunia ini bukan semua benda kita boleh dapat (sekiranya tidak kena pada masa nya) walaupun dengan menangis sekuat hati ?
Apa patut aku buat ?
Yang benar,
Papa yang di dalam dilema
8 ulasan:
Dari dia tak makan langsung, baik bagi dia makan je Honey Star tu wat alas perut
tapi gusar plak kan? nasik dah la tak makan, tetiba nak makan honey star!!
anak saya yg bongsu pun mmg tak makan nasi.. bukan kata malam, siang pun dia selalu reject nasi..dia lebih prefer roti, coco crunch semua tu.. so saya bagi aje apa yg dia nak tu.. janji dia makan.. sbb mungkin nasi bukan selera dia kot..
kalau saya bagi je honey star tu, tak kira pagi petang malam. asalkan dia nak makan bagi. Lagipun makanan berkhasiatkan apa salahnya.
Apa kata en pala pelbagaikan menu harian dia. cthnya gantikan nasi dgn, mee, spagethi, pasta dsbnya. Budak-budak seusia Nurin mmg cepat jemu dengan sesuatu menu.
cik geli, hanis & idazs : thanks for the nasihat. lepas ni aku bagi aje lah.. daripada tak makan apa2, lebih baik ada makan something :-)
agree dgn semua pandangan :
1) baik bg something yg dia suka dr xmakan lansung
2) kids tgh discover taste dia, so dia nk tuka2 or cpt boring
3) tapi at the same time jgn bg muka sgt, sbb kids pun bijak - bila asal ngamuk je dpt, asal ngamuk je dpt so lainkali pun dia akan sentiasa ngamuk sbb dia tau yg dia akan dpt dgn cara itu.
pendek citer - kena main tarik tali.. hihihihi..
syigim : tarik tali eh? Emm..
NAMPAK GAYANYA nurin baya umai..
lahir tahun 2007
em..tak apa...biarlah dia makan apa sahaja....bila dia jemu..sure nak nasi semula..lagilah dah start sekolah...sure rasa lapar
Catat Ulasan