Memaparkan catatan dengan label ais krim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ais krim. Papar semua catatan

29 Julai 2011

DALAM KENANGAN #26 - AIS KRIM MALAYSIA..

Dulu2 memang famous ais krim jenis ini.. Ais krim Malaysia - harganya sepuluh sen sebatang. Ais krim Malaysia ini lazimnya di jual di rumah2 orang. Cara membuatnya mudah sahaja..

Bahan2 yang diperlukan :
1) Plastik ais krim Malaysia
2) Air berperisa 

Kalau di rumah sendiri, perisa yang paling mudah ialah sirap ataupun milo. Bancuh air sirap, masukkan ke dalam plastik ais krim Malaysia, simpulkan hujungnya yang terbuka itu dan simpan di dalam peti ais tempat beku.. dah siap. Mudah aje, kan ?


 image : google

Ais krim Malaysia yang paling aku suka ialah ais krim Kacang Merah. Jenis perisa yang ini memang sukar nak jumpa. Hanya rumah2 tertentu yang menjualnya.. dan yang lebih penting - sedap. Macam2 perisa yang boleh di buat untuk ais krim Malaysia ni.. semuanya bergantung kepada kreativiti si pembuatnya. Ada jagung, durian, kacang merah, kacang hijau, laici, sirap, oren, milo dan macam2 lagi lah..

Antara rumah menjual ais krim yang popular di kawasan rumah aku dulu ialah.. Nek Sudin iaitu kawan baik 'cik Yah. Jarak rumah Nek Sudin dengan rumah 'cik Yah lebih kurang perjalanan sejauh 1 kilometer berjalan kaki. Namun, dek kerana ais krim Malaysia yang sedap, aku dan konco2 gagahkan juga.

Selalunya tugasan membeli ais krim Malaysia ni diberikan kepada yang berbasikal supaya tidaklah penat sangat nak pergi membelinya. Dan, kadang2 tukang beli boleh dapat upah sebatang ais krim Malaysia kalau yang tukang suruh beli tu ada duit lebih.

Aku paling gemar makan ais krim Malaysia dengan cara menumbuk ais krim tu supaya sedikit hancur dan mudah "dikunyah". Kalau nak "kunyah" time ais krim tu keras.. mau ngilu gigi dibuat nya. Next, kalau duit cuma ada seposen dan perlu berkongsi sebatang ais krim dengan Babuk, aku akan "patah" kan ais krim jadi dua bahagian dengan kaedah "patah-dan-pulas". So, dapat lah seorang separuh untuk enjoy makan ais krim sama2...

Dek kemaruk makan ais krim Malaysia, dan asyik menghabiskan telur dok buat ais krim ala-oshin, sekali sekala 'cik Omar akan belikan se-beban plastik ais krim tersebut untuk membolehkan aku adik beradik buat sendiri ais krim Malaysia di rumah. Tapi, perisa nya terhad kepada apa yang ada di rumah lah.. contoh nya macam sirap, oren sunkist dan milo. Lebih daripada itu, kena bergantung kepada kreativiti masing2.

Cuma, yang tak bestnya.. tukang buat orang lain.. tapi, yang tukang bedal.. bukan main lagi ramainya! Sebagai abang mithali, selalunya aku lah yang kena mengalah...

Makan ais krim Malaysia ni memang seronok.. sejuk dan menyegarkan. Nyam, Nyam!

Mana nak cari sekarang ni ye ?

21 Januari 2011

DALAM KENANGAN #5 - AIS KRIM ALA OSHIN

Siapa pernah tengok cerita OSHIN ?

Kalau korang cukup umur (baca : tua) macam aku, tentu pernah tengok satu drama bersiri jepun yang sangat popular suatu masa dahulu. Kalau tak silap sekitar hujung 80an & awal 90an. Tajuknya OSHIN.

Ceritanya berkisar tentang kisah hidup seorang budak perempuan bernama oshin daripada beliau kecil sampai lah beliau tua. Sirinya memang sangat panjang! Tapi, aku bukan lah nak cerita pasal cerita oshin kali ni. Tapi, entry ini di inspirasikan daripada satu babak dalam cerita tersebut.

Korang tentu penah dengar ais krim Malaysia, kan ? Air krim yang dibuat dalam plastik panjang lepas tu di bekukan di dalam tempat beku peti ais tu la.. tentu pernah dengar, kan ?

OK. ce cite, ce cite.. hehe dah macam "hantu kak limah balik rumah" la pulak!

Kecil2 dulu, mana lah ada duit banyak nak buat belanja macam sekarang ini. Kalau dapat duit belanja sekolah pun sekadar dapat beli nasi lemak bungkus kat sekolah. Tak kenyang dan tak sedap pun. Apatah lagi kalau nak beli ais krim. 

Satu hari, aku dok tengok cerita oshin tu lah. Oshin mengajar cara buat ais krim. Ini bukan cara buat ais krim Malaysia tau.. tapi, lebih kepada ais krim magnolia yang dalam bekas tu. Itu kalau nak beli kat kedai, mau nya makan ringgit2 juga. Budak2 macam aku, mana lah nak ada duit sebanyak itu.

OK, begini resepi dan caranya :

Bahan2 :
1) Susu pekat manis
2) Telur ayam
3) Air
4) Cawan plastik


Mula2, pecahkan telur dalam cawan. Sukatan ikut suka. Kalau nak banyak, bubuh banyak telur. Kalau nak sikit, bubuh satu pun boleh. Biasanya, aku akan bubuh 2 biji telur. Kemudian, tuangkan susu pekat manis kedalam telur tadi. Tuangkan sedikit air. Dikacau sehingga sebati dan kemudiannya di simpan di dalam peti ais tempat beku. So, bila dah beku.. maka siap lah ais krim dan sedia untuk di makan.

Kalau nak sedap, susu tu letak lebih2 sikit supaya terasa creamer nya dan kurang kan air supaya tidak terlalu keras.

Mudah kan ?


05 November 2010

DEMAM.. NAK ICE CREAM

Hari ni Nurin hana demam.. oh, tidak!

:-(

Demam nya mula daripada semalam masa di school. Macamana boleh demam aku pun tak pasti. Padahal, pagi tu aku hantar ok je sihat wal'afiyat.. emmm.. ini mesti kes ada parents yang hantar anak demam ke school dan kemudian nya menjangkit pada Nurin hana. Aku di fahamkan, ada 2, 3 budak lagi yang demam di school.

So, sebagai ibu mithali cik puan kpp balik awal semalam untuk ambil Nurin hana daripada school dan bawa pergi klinik.

Malam nya, badan Nurin hana masih panas. Cik puan kpp dah tidurkan dia di tingkat atas.

Bila aku balik, tukar shift dengan cik puan kpp sebab cik puan kpp nak kena masak.

Jam menunjukkan pukul 6:45pm

Tiba2 Nurin hana bangun dan berkata..

"Papa, Nurin hana nak ais krim. Nanti Nurin hana dah sihat, Papa belikan ais krim ye.."

huh?! ni mesti kerja cik puan kpp!


p/s : berhati2 berjanji dengan anak, sebab diorang akan ingat & tuntut kemudian.. selagi tak dapat!