Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan

30 Mac 2013

SERULING DI LEMBAH SUNYI

Seiring bersama alunan bunyi
seruling di lembah sunyi
Ku duduk disana seorang diri
menanti di malam sepi
Terkenang ku akan seorang gadisku
Gadisku.. yang telah pergi entah ke mana
Oh angin sampaikanlah salamku
ku nanti nya dilembah sunyi
  Bersama alunan seruling senja
begitu lah cintaku padanya

Teringat lagu ini masa aku dok aktif dalam Pengakap suatu masa dahulu. Aku try search di youtube. Cuma, the alunan not the way I was thought to sing the song - Lenggoknya mendayu dan boleh terasa seolah2 sedang berada di "Lembah sunyi"...

Anyway, kalau berminat nak dengar sila lah youtube sendiri ye...btw, dibawah ni the original lirik. It's an Indonesian artis song. Yang atas tu, lirik yang diajarkan kepada aku suatu masa dahulu... (mungkin sebab sudah di Bahasa Melayu kan)

Seiring bersama alunan bunyi
seruling di lembah sunyi
Disana ku duduk seorang diri
mengenang di malam hari
Terkenang ku akan seorang kasihku
yang tlah pergi entah kemana
Oh angin sampaikanlah salamku
ku nanti dilembah sunyi
Seindah alunan seruling senja
begitu cintaku padanya



29 Julai 2011

DALAM KENANGAN #26 - AIS KRIM MALAYSIA..

Dulu2 memang famous ais krim jenis ini.. Ais krim Malaysia - harganya sepuluh sen sebatang. Ais krim Malaysia ini lazimnya di jual di rumah2 orang. Cara membuatnya mudah sahaja..

Bahan2 yang diperlukan :
1) Plastik ais krim Malaysia
2) Air berperisa 

Kalau di rumah sendiri, perisa yang paling mudah ialah sirap ataupun milo. Bancuh air sirap, masukkan ke dalam plastik ais krim Malaysia, simpulkan hujungnya yang terbuka itu dan simpan di dalam peti ais tempat beku.. dah siap. Mudah aje, kan ?


 image : google

Ais krim Malaysia yang paling aku suka ialah ais krim Kacang Merah. Jenis perisa yang ini memang sukar nak jumpa. Hanya rumah2 tertentu yang menjualnya.. dan yang lebih penting - sedap. Macam2 perisa yang boleh di buat untuk ais krim Malaysia ni.. semuanya bergantung kepada kreativiti si pembuatnya. Ada jagung, durian, kacang merah, kacang hijau, laici, sirap, oren, milo dan macam2 lagi lah..

Antara rumah menjual ais krim yang popular di kawasan rumah aku dulu ialah.. Nek Sudin iaitu kawan baik 'cik Yah. Jarak rumah Nek Sudin dengan rumah 'cik Yah lebih kurang perjalanan sejauh 1 kilometer berjalan kaki. Namun, dek kerana ais krim Malaysia yang sedap, aku dan konco2 gagahkan juga.

Selalunya tugasan membeli ais krim Malaysia ni diberikan kepada yang berbasikal supaya tidaklah penat sangat nak pergi membelinya. Dan, kadang2 tukang beli boleh dapat upah sebatang ais krim Malaysia kalau yang tukang suruh beli tu ada duit lebih.

Aku paling gemar makan ais krim Malaysia dengan cara menumbuk ais krim tu supaya sedikit hancur dan mudah "dikunyah". Kalau nak "kunyah" time ais krim tu keras.. mau ngilu gigi dibuat nya. Next, kalau duit cuma ada seposen dan perlu berkongsi sebatang ais krim dengan Babuk, aku akan "patah" kan ais krim jadi dua bahagian dengan kaedah "patah-dan-pulas". So, dapat lah seorang separuh untuk enjoy makan ais krim sama2...

Dek kemaruk makan ais krim Malaysia, dan asyik menghabiskan telur dok buat ais krim ala-oshin, sekali sekala 'cik Omar akan belikan se-beban plastik ais krim tersebut untuk membolehkan aku adik beradik buat sendiri ais krim Malaysia di rumah. Tapi, perisa nya terhad kepada apa yang ada di rumah lah.. contoh nya macam sirap, oren sunkist dan milo. Lebih daripada itu, kena bergantung kepada kreativiti masing2.

Cuma, yang tak bestnya.. tukang buat orang lain.. tapi, yang tukang bedal.. bukan main lagi ramainya! Sebagai abang mithali, selalunya aku lah yang kena mengalah...

Makan ais krim Malaysia ni memang seronok.. sejuk dan menyegarkan. Nyam, Nyam!

Mana nak cari sekarang ni ye ?

22 Julai 2011

DALAM KENANGAN #25 - ROKET LALANG

Lalang - nama sejenis rumput yg tinggi dan kasar, Imperata cylindrica. (Kamus dewan)

 image : xpressminda.wordpress.com 

Apa korang nampak pada lalang ? Menyemakkan mata je kan ?

OK,  sekarang.. let's turn back time. Sila selami jiwa kanak2 anda dan lihat dengan mata anda sebagai kanak2 ribena yang ligat dengan idea dan kreativiti.. apa korang nampak ?

Mata kanak2 aku nampak.. LALANG = ROKET 

How ? Ini lah yang aku nak cerita...

Lalang ni memang senang nak jumpa walau di mana2 pun kita berada. Mudah, tiada kos dan tak ada siapa nak marah kalau kita ambil banyak mana pun. Silap2 haribulan, tuan rumah akan bayar upah kalau kita cabut semua lalang yang ada di rumah beliau. 

Sesuatu yang tidak "berguna" kepada orang lain.. mungkin ada guna nya kepada sekumpulan yang lain pula. Budak2 macam aku, mana ada duit nak main permainan orang berduit. Dan, mungkin sebab itu.. otak aku ni (dan, kawan2) sentiasa ligat mendapatkan idea2 alternative macam kayu hoki, senapang ceri, bintang ninja, roundess dan sebagainya semata2 untuk bermain bersama2 kawan2.

Ok, enough of the intro.. ini cara nya :

Barang keperluan :
1) Lalang
2) Skill me-roket-kan lalang tersebut

Cara nya :
1) "Patahkan" lalang di pangkal nya

2) "Koyakkan" sebahagian hujungnya yang lembut melentok tu

3) "Koyakkan" daun lalang di pangkal sebelah kiri dan kanan nya di antara "tulang" lalang tersebut



Keratan rentas nya kalau di lihat adalah berbentuk lengkungan. Normally, bahagian "dalam" bersifat licin dan bahagian "belakang" bersifat sedikit kasar. Dari segi warna pula, normally bahagian "dalam" lebih hijau daripada bahagian "belakang"

4) Letakkan pada posisi jari seperti dibawah

Berdasarkan keratan rentas di atas, bahagian "dalam" hendaklah di letakkan di bahagian atas, manakala bahagian "belakang" di sebelah bawah.


AMARAN : kedudukan lalang hendaklah betul dimana bahagian pangkal lalang (bahagian yang hampir ke bahagian akarnya) berada di depan, dan bahagian hujung (puncak lalang) di bahagian belakang. Ini kerana, pada tepi daun lalang ada duri2 halus yang kedudukan nya menghala ke atas (puncak lalang). Oleh itu, kalau puncak lalang di bahagian depan.. duri2 halus ini akan menyucuk jari2 anda dan boleh menyebabkan luka! AWAS! jangan kata aku tak warning pula ye....


Dan, jangan pula hala kan ke arah kawan2 especially mata... sangat bahaya!

5) Gerakkan tangan yang menyepit daun tadi (illustrasi di atas tangan kanan) ke depan. Maka, meluncurlah "tulang" lalang tersebut sebagai "roket"

The best way to play this is with your friends dan lawan siapa boleh luncurkan roket paling jauh atau paling tinggi and then be proud of it! that is if you win lah..

Permainan ini memang seronok.. kalau tak caya, anda cubalah sendiri

Nowadays, once in a while.. aku akan main juga bila jumpa kawasan2 ber-lalang tinggi.. memang seronok!

Ah! indahnya zaman itu...

08 Julai 2011

DALAM KENANGAN #24 - BATANG AIS KRIM

Ini memang famous masa aku sekolah rendah. Sebenarnya, batang ais krim tu adalah spesis "sampah" yang dibuang ke dalam tong sampah (baca : merata2) setelah ais krim nya habis di mamah. Batang ais krim pula ada macam2 jenis.. ada yang panjang, ada yang pendek dan ada yang "kurus". Tapi, "sudu" ais krim kotak tidak di terima pakai ye..

image : bicarasigadisdesa.blogspot.com

Waktu paling sesuai untuk bermain batang ais krim ini ialah selepas waktu sekolah (baca : bila2 masa terluang di sekolah). Manakala, tempat terbaik ialah meja makan di kantin sebab saiznya yang besar. Dalam permainan batang ais krim ini, perlu ada dua pemain.

Asas permainan adalah siapa kalah beliau kena "bayar" menggunakan batang ais krim yang beliau ada dimana jumlah "bayaran" telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum mula bermain - contohnya : 5 batang ais krim ("bayaran" lazim ialah 1 batang ais krim). Di samping itu, ada beberapa peraturan2 tertentu juga ditetapkan di awal permainan seperti hanya boleh guna batang aiskrim yang original sahaja atau yang sudah di "modified".

Kaedah permainan nya mudah sahaja. Kedua2 pemain akan berkedudukan bertentangan antara satu sama lain dan batang ais krim di letakkan di atas meja di depan masing2. Pemain pertama akan menghembus batang ais krim beliau ke arah pihak lawan dengan tujuan untuk menimpa batang ais krim pihak lawan. Seandainya beliau berjaya menimpa batang ais krim pihak lawan, beliau di kira menang dan akan mendapat "bayaran" daripada pihak lawan sepertimana yang telah di tetapkan sebelum permulaan permainan.

Permainan ini memerlukan strategi sebab bukan sentiasa kita boleh menimpa batang ais krim pihak lawan dengan sekali hembus. Oleh itu, susunan strategi yang betul adalah sangat penting (kecil2 dah pandai fikir pasal strategi... bagus betul lah permainan ini).Boleh hembus sikit2 atau perlahan2. Apa yang penting, objektif nya ialah untuk menimpa batang ais krim pihak lawan dengan batang ais krim kita.

Aku ni boleh lah di katakan agak2 dalam kategori pro dalam permainan batang ais krim ini. Tidak kira lah samada menggunakan batang ais krim original atau yang sudah di "modified". Waktu permainan aku biasanya selepas waktu sekolah di meja kantin sekolah. Orang sibuk balik rumah, aku pula sibuk dok bermain batang ais krim. 

Bila nak main, aku akan cari lawan yang ada segenggam batang ais krim. Kalau setakat yang ada 2 atau 3 tu baik tak payah.. buat perabih air liur je. 

Adat permainan, ada menang ada kalah.. tapi, yang terbaik nya ialah.. keseronokkan menghembus batang ais krim tersebut.. PUH! PUH!

'cik Omar kata, "tu lah! masa sekolah dulu dok puh! puh! batang ais krim.. sekarang dah kena semput!"

Itu lah perkataan yang di ulang2nya bila dengar aku batuk kokol yang giler2 punya kuat. Entah betul ke idak, tidak pasti pula aku. Apa yang penting... SERONOK!!!

03 Jun 2011

DALAM KENANGAN #23 - REZEKI TERPIJAK

Orang kata, kalau dah rezeki jangan di tolak.

"Serul, pergi kedai beli kelapa sebelah", arah 'cik Yah pada aku.

Dah memang lazimnya, sebagai cucu lelaki yang paling tua dan ter-macho, aku lah yang ditugaskan untuk ke kedai membeli barang2 keperluan memasak oleh 'cik Yah. Masakan orang melayu ni, memang tak sah kalau tak de bahan2 berlemak dan pedas seperti santan dan cili. Paling kurang pun cili padi atau cili boh.

Kadang2 tu, aku angin juga la bila aku tengah syok2 bermain.. di suruh pula pergi ke kedai. Jalan kaki tau, bukannya ada basikal pun (masa tu belum ada basikal lagi).

"Kejap Nek, orang tengah main ni..", aku membalas tanda malas..

"Bagus, bagus.. main tu boleh buat nko kenyang, kan? Hari ini tak payah makan", kata 'cik Yah

"Ye lah.. ye lah..", aku mengalah dalam protes

Aku tulis senarai barang2 yang 'cik Yah nak beli atas kertas supaya tak lupa nanti. Kelapa sebelah, cili padi 50 sen, asam jawa, garam dan bla bla bla. Maka menapak lah aku ke kedai yang terletak lebih kurang 500 meter daripada rumah 'cik Yah. Letih jalan kaki tu. Pergi balik dah 1 km!

Setelah dengan gigih aku ke kedai dan beli barang2 yang 'cik Yah minta, berpatah semula lah aku sejauh 500 meter lagi untuk balik. Letih.

Dalam perjalanan, aku terpijak sesuatu...

Bila aku tengok ke bawah... WOW! rezeki tu..

Sekeping duit RM50 berada bawah tapak selipar aku... 

Pandang kiri, pandang kanan... tak ada orang. Yes. Aku dengan pantas ambil dan masuk poket. Dan, terus memecut lari balik ke rumah sambil terbayangkan permainan mesingun yang di jual di kedai apek kat pasar, YES!!!

Mungkin ini lah yang orang kata "REZEKI TERPIJAK" kot. Dan, berkat aku menolong 'cik Yah ke kedai beli barang untuk masakan lauk tengahari.. hehe!

Yahooooo!

nota : aku simpan duit tu 3 hari sebelum dibelanja kan.. 

27 Mei 2011

DALAM KENANGAN #22 - LAGA PEN

Pen guna nya untuk menulis, bukan ?

Tapi, kalau kita tambahkan sedikit kreativiti, sebatang pen tu ada pelbagai lagi kegunaannya yang tersembunyi. Salah satu daripada nya ialah main LAGA PEN.

Permainan Laga Pen ni aku tak tau siapa kah yang empunya angkara (baca : cipta). Namun, permainan nya sangat seronok. Dan, lebih seronok lagi di mainkan di waktu lapang di kelas (waktu sekolah). Alatan yang di perlukan hanya lah sebatang pen dan beberapa orang pamain2 tegar. Kadang2 perlu di tambah sedikit kreativiti untuk meningkatkan lagi cabaran nya.

Jenis2 pen yang boleh digunakan tiada had. Boleh guna pen plastik atau pen besi. Terpulang kepada pemain. Antara yang paling popular ialah pen kilometrico dan pen stabilo.



image : yogyakartacity.olx.co.id

Pada pendapat aku sebagai pemain "professional" laga pen ini, kriteria pen terbaik ialah :

1) Pen yang berat
2) Pen yang boleh berputar

Berat - membantu pen tersebut untuk menyerap "hentaman" pen lawan dan menyebabkan pen lawan terpelanting jatuh daripada gelangang

Berputar - pen akan berputar sekiranya pen lawan "menghentam" bahagian tepi pen namun pen tersebut tidak bergerak kedudukan nya

Ada baik nya kalau aku terangkan dulu kaedah2 permainannya.

Gelanggang : Meja sekolah

Peralatan : Pen. Bergantung kepada syarat2 permainan yang awal2 dibuat. Contohnya, hanya pen plastik yang boleh main. Atau apa2 pen pun boleh. Atau pen yang sudah di"improve" (nanti aku explain selanjutnya)

Pemain : Seramai yang boleh bergantung kepada saiz meja. Ideally, dalam 5 pemain dalam satu2 masa. 

Peng-"usha" Line : Kalau cikgu datang beliau perlu berikan alert kepada semua untuk bersurai

Peraturan permainan :

1) Setiap pemain berbekalkan sebatang pen akan mengambil tempat masing2 di bucu2 meja. pemain pertama akan jentik pen beliau ke tengah gelanggang.

2) Pemain kedua pula akan jentik pen beliau dan cuba menghentam (laga) pen pemain pertama tadi dengan tujuan untuk menjatuhkan nya ke bawah. Begitulah selanjutnya dimana pemain2 akan bergilir2 menjentik pen mereka untuk menjatuhkan pen lawan

3) Last pen standing is the winner. Dan, seperti biasa, champion boleh lah berlagak hebat dan bercakap besar (itu lah rewards terhebat budak2 sekolah)

Biasanya, permainan laga pen ini akan di kecoh kan oleh penyokong2. Penuh dengan kutukan dan gelak ketawa disamping perkataan2 takbur bila pen mereka berjaya menjatuhkan pen pihak lawan. Permainan juga akan dimainkan berulang2 dan pemain yang menang paling banyak pusingan adalah di isytihar sebagai champion. 

Pen yang di"improve"- maksudnya adalah pen yang sudah diubah suai "sifat azali" nya untuk memenuhi kriteria terbaik laga pen macam yang aku nyatakan di atas tadi. Antara yang paling popular ialah :

1) Isi pen dikeluarkan dan di gantikan dengan simen supaya pen menjadi berat dan sukar untuk dijatuhkan oleh pen lawan. Pen yang selalu digunakan ialah daripada jenama stabilo.

2) Pen di panaskan dengan api untuk mewujudkan keadaan pen bengkok supaya mudah berputar. Selalunya, bahagian tengah pen akan sedikit gemuk berbanding kedua2 bahagian hujung pen supaya imbangan pen adalah terletak dibahagian tengah nya. Dengan itu, pen tersebut akan mudah berputar bila pen lawan menghentam (berlaga) dengan pen tersebut di kedua2 hujung nya. Pen yang selalu digunakan ialah daripada jenama kilometrico

Daripada kedua2 pen diatas, pen berputar adalah jenis yang paling sukar untuk di kalahkan. Pemain lawan kena target dibahagian tengah pen berputar itu untuk menjatuhkan nya. Sekiranya, hentaman terkena bahagian tepi, pen "improve" akan berputar2 sahaja dan tidak bergerak daripada kedudukan nya. Manakala pen yang menghentam pen "improve" tersebut pula yang akan terjatuh sebab terlebih lajak...

Main laga pen memang syok.. tapi, malangnya dek kerana tahap keriuhan yang melampau dan si "Peng-usha-Line" yang dok leka menonton sama... acapkali, pemain2 akan ter-kantoi dengan cikgu dan merasalah kami ketuk ketampi seorang 10 kali.. huhu!

20 Mei 2011

DALAM KENANGAN #21 - MADU IXORA

Tahukah anda sebenarnya nama kereta MPV pertama Malaysia keluaran Proton itu di namakan sempena nama sejenis bunga ? Bunga IXORA.

***

Aku bukan lah mat bunga. Namun, resam budak pen'jahanam' benda2 yang cantik dan kepunyaan jiran.. bunga Ixora ni seringkali menjadi mangsa aku dan konco2. Secara lazimnya, bunga Ixora ini di tanam sebagai pokok hiasan atau lebih tepat lagi sebagai pokok pagar. Maksudnya, Ixora di tanam di sempadan rumah untuk di jadikan 'pagar'. 

 image : newdayforus.blogspot

Bunga Ixora ini warna nya merah dan tumbuh "berkumpulan". Dengan warna merahnya itu seringkali akan menarik minat burung terutamanya burung kelicap.

Apa pula kena mengenanya bunga Ixora ni dengan aku ?

Ye.. ianya adalah sumber madu percuma untuk budak2 macam aku.

Bagaimana cara nak mendapatkan madunya ?

Dalam setiap bunga tersebut ada "madu manis" yang sebenarnya seringkali jadi buruan burung2 kecil. Oleh itu, bila berjalan2 balik daripada bermain2... mana2 pokok bunga Ixora akan menjadi mangsa aku dan kawan2 untuk mendapatkan "madu manis" nya.

Caranya mudah sahaja. Kalau diperhatikan betul2, rupa bunga Ixora ini adalah seperti dibawah (closed-up)

image : kuizikel.com

Cara mendapatkan madunya ialah dengan mencabut tunjang tengahnya perlahan2 dan "madu manis" tersebut akan terlekat pada tunjang yang ditarik tadi. Maka, boleh lah anda menikmatinya. Juga, ada boleh sedut (selepas ditarik tunjang tengahnya) untuk mendapatkan "madu manis" tersebut. Mudah, kan ?

Kadang2 kalau tidak bernasib baik (atau tak pandai sedut), anda hanya akan dapat rasa pahit getah bunganya sahaja berbanding dengan "madu manis" nya. 

Itu kira nasib lah..

"Madu manis" bunga Ixora ni memang asyik... sambil berjalan balik dan berborak2, sambil menyedut "madu manis" nya.. oh, bahagianya...

13 Mei 2011

DALAM KENANGAN #20 - PANGGILAN MANJA

Dalam family aku dipanggil "Along" sesuai dengan status aku sebagai anak sulung dalam keluarga. Adik beradik semua ada dua pasang - lelaki, perempuan, lelaki, perempuan.

Tapi, bukan itu yang aku nak ceritakan actually.

Aku percaya dalam sesebuah keluarga itu tentu akan ada panggilan2 tertentu yang merujuk kepada ahli keluarga tertentu. Panggilan yang aku maksudkan ini bukan lah panggilan yang lazim macam Along, Angah, Alang, Acu dan sebagainya. Tapi, merujuk kepada panggilan2 macam montel, busyuk dan sebagainya.

Aku,
Panggilan untuk aku ialah KELICAP MALAS.

Bab malas tu memang aku faham. Tapi, kalau bab kelicap tu aku tak berapa nak pasti apakah kaitan nya dengan malas.

Makanya, daripada gabungan perkataan itu sahaja tentu orang dah tau yang aku ni sangat pemalas! haha!

As,
Beliau dipanggil MINAH RONGGENG.

Kerjanya asyik nak meronggeng je masa kecil2 dulu, tu sebab dia di gelar minah ronggeng. Suka menghabiskan masa pergi ber"peleseran" dengan kawan2.

Babuk,
Beliau dipanggil SI CENGGENG.

Muka ganas, badan besar, tinggi.. tapi, alahai.. dalam hati ada taman! haha! Babuk ni cepat nak menangis kalau tak dapat apa benda yang beliau minta. 

Zila,
Beliau dipanggil MINAH KEPOH.

Sesuai dengan tahap ke-kepoh-an beliau kalau bercakap. Dia ni kalau dah cakap, mau nya roboh satu rumah. 

Macam gitu lah panggilan2 manja aku adik beradik kat rumah suatu masa dulu. Namun, sekarang sudah agak jarang kedengaran. Sekali sekala bila nak meng-ajuk atau untuk memprovoke mula lah keluar semula panggilan2 manja tersebut.

Aku berani bet, korang pun tentu ada.. kalu sudi, sila lah share

Sekian

06 Mei 2011

DALAM KENANGAN #19 - ROUNDESS

"JOM MAIN ROUNDESS!"

Roundess adalah satu permainan yang ala2 baseball yang di mainkan oleh sekumpulan budak2 di kawasan lapang. Setiap pasukan biasanya akan di anggotai oleh minimum 4-5 orang. The more the merrier. proses pemilihan anggota adalah berdasarkan lat talilat laili tamplom atau ooosooom.

Peralatan2 untuk permainan roundess :


1) Bola tenis
2) Kayu pemukul - biasa nya berbentuk rod yang panjangnya lebih kurang 1 kaki
3) Selipar - sebagai penanda base

Peralatan2 yang mudah di dapati tanpa perlu mengeluarkan duit. 

Biasanya, bola tennis tu... aku, Ijal & Babuk akan gi cari di sekitar court tenis awam di kejiranan orang2 kaya semasa kami gi main basikal. Mana2 bola tenis yang terkeluar masuk dalam semak sebab dipukul kuat biasanya orang2 kaya ni buat tak tau je.. orang kaya lah katakan. Kayu pemukul pula gunakan kayu 1x2 yang sudah di kikis bucu2nya dengan parang supaya berbentuk rod. Kadang2 gunakan sahaja batang jambu yang kami guna buat kayu hoki. Dan, tak perlu lah aku terangkan bagaimana nak mendapatkan selipar.

Padang permainan :

Padang perlu di set kan seperti berikut untuk membolehkan permainan ini di mainkan.


Perlu ada : tempat untuk pemukul bola, pembaling bola, 4 base (termasuk tempat pemukul bola) dan kawasan permainan yang agak luas.

Bila semua peralatan dan pemain dah ready dan bila kumpulan pemain dah dibahagikan.. masing2 akan mengambil tempat sebagai pasukan pemukul dan satu lagi sebagai pasukan penjaga padang untuk memulakan permainan. Ada baiknya aku terangkan dulu cara2 main dan peraturan2 "law of the jungle" permainan ini.

Cara main & Peraturan :

1) Pemain daripada pasukan pemukul akan memukul bola yang dilontarkan oleh pemain pasukan penjaga padang. Bila bola dapat dipukul, si pemukul akan lari dengan memijak base yang telah di sediakan. Bila lengkap satu pusingan, maka pasukan pemukul akan dapat satu markah. Boleh lari pusing2 seberapa banyak kali yang si pemukul suka selagi mana beliau tidak "mati". Kalau nak berhenti, si pemukul boleh stop pada  home base atau mana2 base yang ada (dengan memijak base tersebut). Sekiranya bola tidak dapat dipukul, si pemukul ada 2 lagi peluang untuk memukul. Sekiranya masih gagal, beliau dikira "mati". Hanya pukulan ke arah hadapan di ambil kira.


2) Bila bola dipukul, pemain pasukan penjaga padang akan cuba menangkap bola dan membalingkan ke arah si pemukul tadi. Atau, baling ke arah pemain pasukan penjaga padang lain yang sedang menunggu di base. Sekiranya balingan terkena pada si pemukul - beliau dikira "mati". Begitu juga kalau si pemukul sedang berlari ke arah base, tapi bola dibaling dan di tangkap oleh pemain pasukan penjaga padang sambil memijak base... si pemukul hendak lah berpatah balik ke base yang terdahulu. Sekiranya beliau dibaling dengan bola sebelum dapat ke base - beliau dikira "mati" juga (mati adalah istilah terkeluar dalam permainan ini) 

3) Begitu lah di ulang2 prosesnya sehingga semua pemain pasukan pemukul "mati". Kemudiannya, pasukan akan bertukar tempat dimana pasukan penjaga padang pula akan menjadi pasukan pemukul dan begitulah sebaliknya.

4) Pasukan yang mengumpul markah yang terbanyak dikira sebagai pemenang

Selalunya, aku antara yang ter-terror lah dalam permainan roundess ini.. ehem! ehem! Dan, kawasan permainan kami dulu biasanya di halaman rumah 'cik Yah yang sangat luas dan ber-court badminton itu. Memandangkan permainan ini dimainkan di kawasan halaman rumah, makanya perlulah sangat berhati2 supaya tidak memukul ke arah tingkap atau jalan raya yang boleh membahayakan keselamatan pemain2. Walaubagaimanapun, rumah dulu2 tak banyak pun yang menggunakan tingkat kaca dan juga jalanraya depan rumah 'cik Yah tu tak banyak kenderaan pun yang lalu lalang.

Susunan pemukul memerlukan strategi oleh ketua pasukan dimana lazimnya susunan dibuat berdasarkan.. kuat, lemah, kuat, lemah, kuat, lemah ; dimana kuat bermaksud orang yang pandai pukul manakala lemah adalah sebaliknya. Ada juga susunan kuat, kuat, kuat, lemah lemah lemah. Ini semua adalah strategi dan terpulang kepada kebijaksanaan ketua pasukan menyusunnya.

Walaupun permainan ini tak ada pengadil, seperti lazimnya dengan permainan2 lain zaman kanak2.. namun, kebanyakkan pemain bersikap jujur dan menerima keputusan "hidup" atau "mati" dengan concensus.

Dalam permainan ini, sikap berhati2 sangatlah penting terutama kepada pasukan pemukul yang berdiri dibelakang si pemukul. Kadang2 dek kerana terlalu excited, si pemukul akan melemparkan kayu pemukul ke belakang dan kalau tidak berhati2 akibatnya...

Dapat lah telor sebijik kat dahi!!


Main roundess memang seronok dan aku berani bet, budak2 sekarang tidak tau atau tidak pernah dengar pun perkataan roundess tersebut!

Sekian

29 April 2011

DALAM KENANGAN #18 - TAMBANG BAS

Dah letih main video game arked, dan dah habis duit.. aku dengan Shed tunggu bas depan Ampang Park - Bas nombor 176.

"Duit nko banyak lagi ke ?", tanya Shed perihal baki duit yang dia bagi kat aku sebelum ke APKR tadi

"Cukup la buat bayar tambang", aku jawab 
 

Sekejap tu, bas 176 pun datang. Kami tahan dan naik. Jam dah menunjukkan pukul 5:30pm - memang masa packed orang ramai balik daripada kerja. Kami naik ikut pintu yang belakang (bas ada dua pintu). Bila semua dah naik, konduktor bas mula lah "memotong" tiket (istilah untuk jual tiket dalam bas).

"TIKET, TIKET", sayup2 suara konduktor bas di hadapan bas sedang sibuk dok memotong tiket bagi penumpang2 yang baru naik sebentar tadi. Memang packed! mengalahkan tin sardin!

Selang dua bas stop, konduktor bas masih belum sampai lagi. Beberapa penumpang turun dan ada dua tempat kosong. Sangat cantik lah.. aku satu, Shed satu. Shed dah mula pasang strategy...

Konduktor bas lalu di kawasan tempat duduk kami tapi tak minta tambang. Mungkin beliau tak perasan yang kami belum bayar lagi. Aku buat2 tak pandang. Tapi, Shed lagi hebat.. dia buat2 tido! Lepas satu, satu bas stop lepas.. masih belum lagi konduktor bas tu minta duit tambang. Aku buat dono je.. buat muka tak bersalah. Shed pula pejam mata rapat2!

Tinggal lagi 2 bas stop nak sampai ke destinasi kami. Hati aku dah riang.. tak bayar tambang, makna nya boleh lah buat beli ais krim connetto nanti! Yes!

Tapi, mungkin riak muka aku agak mencurigakan. Tiba2 konduktor bas datang..

"Dik, tiket dah bayar ke ?", tanya konduktor bas

"Eh, tak perasan pula tadi", aku buat2 amnesia..

"Haa.. sila bayar. Naik daripada mana tadi ?", konduktor bas tanya lagi

"Ampang park", aku jawab. Alamak, KANTOI!!

"Bayar sekali dengan kawan awak ni ye.. 80sen", konduktor bas tunjuk ke arah Shed yang beriya2 benar pejam mata konon2nya tido mati!!

Maka, terpaksa lah aku bayar.. untuk dua orang.

Sampai destinasi aku dan Shed pun turun (pandai pula dia buka mata bila dah sampai.. cheh! siap buat2 aksi mengeliat lagi..)

Sudahnya, tak dapat lah aku beli ais krim connetto.... ais krim malaysia pun jadi lah.. huhu!


22 April 2011

DALAM KENANGAN #17 - "APKR"

Masa : Darjah 5

Masa sekolah rendah dulu aku ada seorang kawan rapat, namanya Shed. Dia ni anak orang kaya lah kiranya di kawasan "kampung" aku tu sebab rumah nya banglo batu dua tingkat dan ada ekon. Aku mula satu kelas dengan Shed masa darjah 5 Raya - kelas terpandai dalam hirarki kelas di sekolah aku tu.. ehem! ehem!

Kami memang sangat rapat dan sama2 meminati P. Ramlee! 

Kerap juga aku singgah ke rumah Shed dulu bila balik daripada sekolah. Kebetulan pula, jalan balik daripada sekolah tu pasti akan menempuh rumah Shed dulu. Mak bapak Shed dua2 kerja. Oleh itu, yang ada di rumah hanya lah orang gaji mereka sahaja. Dan, bila aku melepak di rumah Shed.. tak de lah pulak orang gaji dia tu nak banyak songeh tanya macam2. Bila dah puas melepak, aku balik ke rumah 'cik Yah sementara menunggu kedua orang tua aku balik. Bila 'cik Yah tanya mana aku pergi... aku akan jawab,"Pergi rumah Shed" dan biasanya 'cik Yah takde tanya2 lagi..

Kalau dah namanya anak orang kaya, tentulah duitnya banyak. Satu hari..

Shed : "Rul, jom gi main game" (maksudnya gi main game arked kat shopping complex) 

Aku : "Aku mana ada duit.."

Shed : "Takpe, aku belanja"

Bila sebut perkataan "belanja" je.. harus lah aku setuju, "Jom!"

Tempat yang kami tujui ialah - "Ampang Park : Keluarga Ria" 

image : curiositieschamber.com

Tempat ni letaknya di shopping complex Ampang Park di Kuala Lumpur (sekarang masih wujud) iaitu shopping complex tertua sekali di Kuala Lumpur! Kalau nak pergi ke sana.. harus lah naik bas len seng sebab kalau jalan kaki, pasti akan lenguh dan berpeluh2 - mungkin ambil masa 2 jam. Tambang bas nya 40 sen.

Di Ampang Park : Keluarga Ria, ada banyak video game arked yang memerlukan syilling 20 sen untuk main game. Memang seronok! ada macam2 game kat situ. Ada game lawan2, game kapal terbang tembak2, game perang2, game gaduh2, game bola dan macam2 lagi lah. Hendak2 pula budak macam aku ni yang segalanya di sponsor oleh Shed. Memang seronok giler!!

Secara dasarnya, Ampang Park : Keluarga Ria ini adalah tempat larangan untuk budak2 dibawah umur macam aku. Namun, sebab tokey tempat tu nak untung.. mereka biarkan saja aku dan Shed ber-maharajalela kat situ. Syaratnya, kena pakai baju biasa.. tak boleh baju sekolah. 

Bila dah puas main (bace : duit dah habis), aku dan Shed akan balik semula ke rumah Shed dengan menaiki bas. Kemudiannya, aku akan balik ke rumah 'cik Yah untuk makan sebab dah kebulur tak makan tengahari.

Sejak daripada itu, pada bila2 masa Shed nak ajak aku lagi.. dia akan kata : "Rul, APKR!"

Dan, haruslah jawapan aku ialah, "JOM!"

15 April 2011

DALAM KENANGAN #16 - SUKAN ANTARA SEKOLAH

Masih ingat lagi cerita sukan sekolah yang lalu ?

Lanjutan daripada kehebatan aku masa sukan sekolah tersebut, aku telah terpilih untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Sukan Sekolah2 Selangor (Peringkat Daerah) mewakili sekolah aku. Sepanjang berkecimpung dalam arena per-sukan-an, ini lah kali pertama nya aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam sesuatu kejohanan yang besar dan berprestij. Memang aku sangat teruja. 

Aku dah lupa tempat berlangsungnya kejohanan tersebut, tapi keadaan nya seolah2 macam sebuah padang majlis perbandaran. 

Sebagai pemenang pingat emas acara lompat tinggi, aku secara automatiknya menjadi wakil sekolah bersama2 dengan Awe yang mendapat perak. Bagaimanapun, aku juga di calonkan untuk mewakili sekolah bagi acara lompat jauh kerana cikgu melihat potensi aku jauh lebih baik berbanding dengan pemenang pingat perak (aku lupa nama nya). Mungkin cikgu review semula catatan kelima2 lompatan di antara aku (pingat gangsa) dengan pemenang pingat perak dan mendapati catatan aku lebih baik dan consistent. So, aku dipilih untuk mewakili sekolah bagi acara lompat jauh bersama2 kawan se-rumah-biru aku iaitu Nik yang menang emas dalam acara tersebut.

Tiba hari pertandingan, selepas persediaan dan latihan yang ala2 kadar saja sebab tidak diperuntukkan jurulatih atau masa khas untuk tujuan latihan.. aku melangkah ke arena.

Memang ramai betul pada hari tersebut - hingar bingar. Namun, aku tetap focus!

Lompat Jauh

Acara lompat jauh di pertandingkan dahulu. Mulanya, peringkat saringan elimination. Pemilihan untuk ke peringkat akhir. Lepas seorang, seorang lagi melompat. Sampai giliran aku, aku pun lompat lah dengan sepenuh jiwa dan raga.. hasilnya..

Awal2 lagi dah tersingkir!!

Ok lah, bukan acara favourite aku pun <-- ayat menenangkan hati.. huhu!

Lompat Tinggi

Ini acara favourite! dan, aku memang sungguh2 focus untuk buat terbaik bagi acara lompat tinggi ini..

Macam biasa, aku akan gunakan kaedah "lompat terbang" bagi acara lompat tinggi ini. Kaedah yang memang aku dah sangat master dan mahir!

Cabaran kali ini lebih getir lagi. Ada macam2 lagi gaya melompat tinggi yang di gunakan. Dan, yang paling famous dan effective adalah gaya "lompat back-flip" (aku tak tau nama sebenarnya). Gaya ini adalah gaya lompat tinggi yang digunakan oleh atlit2 lompat tinggi professional yang biasa kita tengok kat dalam tv tu. So, boleh bayangkan lah macam mana cara nya, kan ?


Sacara lazimnya, acara lompat tinggi seringkali di kuasai oleh budak2 cina sebab kebanyakkan mereka menggunakan gaya "lompat back-flip" tersebut. Huh?! kat sekolah cikgu takde lah pulak nak ajar teknik tersebut!! Aku masih dengan teknik "lompat terbang" dan Awe masing mengekalkan teknik "lompat gunting" nya.

Namun, aku tak mudah patah semangat. Focus!

Ketinggian palang sudah di perkemaskan.. peserta2 termasuk lah aku sudah bersedia.. bila tiba giliran aku..

Lompatan pertama.. Gagal

Lompatan kedua .. pun Gagal

Akhirnya, lompatan ketiga..


Dengan focus yang bersungguh2.. akhirnya aku lompat.. Gagal lagi!

Oleh itu, sampai di situ sahaja lah cabaran aku dalam kejohanan tersebut. Serba serbi tidak menjadi.. Aku salahkan ketebalan tilam itu yang menyebabkan aku gagal.. huh?!

In the end, walaupun ianya satu pengalaman yang sangat bermakna pada aku.. namun, nothing much to be proud of sebab actually, aku gagal berikan saingan sebagaimana yang aku harap2kan.

Maju lah sukan untuk negara.. huhu!

08 April 2011

DALAM KENANGAN #15 - DOKTOR PAKAR BEDAH

"Apa cita2 kamu ?", cikgu tanya dalam kelas

Lepas seorang, seorang bangun dan berikan jawapan cita2 masing2.. tiba giliran aku..

"Askar", kata aku dengan penuh confident

Typikal, eh ? Biasa lah budak2 lelaki kalau masa kecik2 zaman aku dulu semuanya nak jadi askar atau polis je. Sebab apa ? sebab depa ada senapang dan pistol - sangat bergaya! (pengaruh filem2 koboi kat tv). Juga mungkin sebab kerap benar main perang2 senapang ceri..

Balik daripada sekolah, macam biasalah.. takkan nak ulangkaji pelajaran pulak ? Tentu lah pergi merayap dan main segala mak nenek mainan yang terlintas dalam kepala masa tu.

Entah apa ke hal hari tu tiba2 aku terasa macam nak jadi pakar bedah pula. Oleh itu, "patient" pun di cari untuk me-realisasi-kan "cita2" terbaru aku tu. Padahal baru je pagi tadi nya aku kata cita2 nak jadi askar. So, "siapa" yang nak jadi "patient" aku ?

"Bok, jom main bedah2 nak ?", aku cadang pada Babuk

"Nak bedah apa ?", tanya Babuk untuk kepastian. Sila ambil maklum yang perkataan yang digunakan adalah "APA" bukan "SIAPA" ye..

"Emm.. jom bedah cicak!", aku teruja sebab kebetulan mata aku terpandang seekor cicak yang dah bergelimpangan mati. Mungkin terkejut dengar aku kata nak 'bedah cicak'.. haha!

Sebagai persediaan, bahan2 pembedahan dicari iaitu :

1) Pisau bedah @ pisau lipat sepuluh sen
2) Patient @ cicak (yang dah mati terkejut tadi)
3) Tempat bedah @ kayu/papan
4) Beberapa batang jarum peniti

Aku pun mula potong... zass! sekali toreh dan terkoyak kulit dada "patient" aku. Then, berhati2 pula supaya tidak mencederakan organ dalaman nya. Aku singkap kulit dada "patient" dan cucuk kan ke "tempat bedah" supaya kekal terbuka. Ooo.. macam2 ada rupanya. Aku agak2 ada jantung, hati dan limpa.. mana lah aku tau actually apa benda yang tersembul tu semua. Habis semua yang boleh dipotong, aku potong. Mana bahagian yang aku boleh godek, aku godek. Pendek kata, lunyai lah "patient" tu aku kerja kan. Maklum lah.. doktor pakar bedah. haha!

Agaknya lah, kalau "patient" tu masih hidup.. tentu dah meraung bergema satu alam!

Bila dah takde benda nak di bedahkan lagi.. "patient" tu pun di semadikan..

RIP "patient" cicak

Maka, sah lah aku sebagai.. PAKAR BEDAH CICAK.

01 April 2011

DALAM KENANGAN #14 - NINJA TUDUNG OREN

image : faizaladanan.blogspot.com


Teruja nak jadi ninja ?

Zaman kanak2 permainan adalah bermusim. Bila tiba musim guli, semua orang akan main guli. Kedai2 apek kat pasar pun akan sibuk jual macam2 guli. Bila tiba musim main gambar, pun sama. Begitu lah juga lagaknya bila tiba musim main gasing, main layang2, main basikal dan macam2 lagi lah.

Ada juga kadang2 bentuk permainan di zaman kanak2 aku ni di pengaruhi oleh unsur2 daripada cerita2 di tv. Contohnya, cerita ninja. Bila ada cerita ninja yang best, sure budak2 macam aku akan terpengaruh habis sampai kan semua nya pakat nak jadi ninja. Sebab apa ? sebab ninja itu COOL.. dia ada macam2 gadjet yang digunakan untuk pertarungan. Dan, yang paling famous ialah... "Bintang Ninja"

Tapi, apa pula kena mengenanya "Bintang Ninja" tersebut dengan "Tudung Oren" ?

Ini lah yang aku nak cerita ni...

Tudung oren atau tudung penutup botol air berkarbonat ini boleh di dapati dengan mudah terutamanya di kedai2 runcit di kejiranan setinggan aku. Biasanya, orang kalau beli air oren (kata ganti nama untuk air berkarbonat dalam botol) tudung nya akan dibuka di kedai tersebut yang selalunya ada menyediakan pembuka tudung botol kepada pelanggan2 mereka (yang digantungkan dengan tali pada fridge kedai). Tudung2 oren ini akan aku kumpulkan dan bawa balik ke rumah untuk di proses menjadi "Bintang Ninja".

Caranya mudah saja. Antara peralatan yang diperlukan untuk tujuan ini ialah seperti berikut :

1) Tukul
2) Gunting besi (bukan gunting baju atau kertas ye)
3) Pen atau marker
4) And, of course, tudung oren


Peralatan2 ini biasanya mudah di dapati dalam box pertukangan yang memang ada kat rumah aku. Macam2 ada dalam box tu.. apa yang perlu ialah sedikit creativity dan improvisation semasa proses penggunaan nya.

Mula2 sekali, ketuk tudung oren tersebut dengan tukul sampai menjadi leper atau rata. Buangkan getah yang biasanya ada terlekat pada penutup tersebut.


Bila dah puas hati dengan tahap ke-leper-an atau ke-rata-an tudung oren tu, lukiskan bentuk "Bintang Ninja" pada tudung oren tersebut. Ambil gunting besi dan potong mengikut lukisan tadi. Lepas potong biasanya akan bengkok2 sikit... so, ambil tukul dan ketuk bagi rata semula.

Kalau nak lebih gempak, asahkan bucu2 tajam tu dengan pengasah pisau supaya lebih uummppphhh!

Tara.. dah siap!

Maka nya, cara main "Bintang Ninja" ini ialah :

1) Baling ke arah dinding papan rumah (biasanya rumah setinggan majoritynya adalah papan)
2) Baling ke arah pokok (mangsa paling obvious ialah pokok pisang & pokok kelapa)

Terpulang lah cara mana nak main nya. Boleh lukis bulatan sebagai target.. atau apa2 sahaja berdasarkan kreativiti masing2. Kalau ndak, boleh letakkan gambar orang yang kita benci sebagai target! Kiranya, kalau siapa yang berjaya baling melekat dan dalam kawasan target tu kira "Ninja" yang hebat la.

Jadi "Ninja" memang asyik dan terasa macam hebat sebab mempunyai senjata yang sangat COOL!


Tapi, AWAS!! permainan ini sangat merbahaya kepada penyalahgunaan. Oleh itu, "Ninja2" hendaklah mempunyai tahap disiplin yang maha tinggi kalau nak main permainan ini iaitu - TIDAK BOLEH BALING KE ARAH MAKHLUK HIDUP!!!

Hait!! Arigato gozaimasu.. genki deska ?

25 Mac 2011

DALAM KENANGAN #13 - DALAM HUTAN ADA BEG ?

Musim laga spider kembali lagi. So, macam biasa aku akan meredah segala semak samun dan hutan sekitar "kampung" untuk mencari spider.

"Shed, nak cari kat mana ni ?", aku tanya

"Kita try cari kat hutan tepi jalan besar tu la, nak ? Tapi, situ seram sikit la.. gelap juga", Shed bagi cadangan

"Tak kisah la.. siang2 mana ada hantu. Lagipun, situ budak2 jarang cari.. tentu ada 'spider king' nanti", aku berikan galakan

(Spider King =  untuk istilah spider yang besar dan kuat)

"Jom", kata Shed.

Maka aku dengan Shed pun pergilah mencari spider di hutan tepi  jalan besar yang agak suram2 cahaya menembusinya tu. Mula2 nak masuk agak suspen juga. Walaupun kawasan nya besar, cuma ada denai kecil sebagai "laluan masuk" ke dalam hutan tu.

"Wey, janji jangan lari walau apa pun jadi, ye", aku minta kepastian daripada Shed

"OK"

Daripada sehelai ke sehelai daun kami selak. Mula daripada pinggir2 hutan kecil, sampai masuk ke bahagian tengah. Makin tengah makin samar2 je cahaya yang masuk. Tapi, 'spider king' yang kami cari masih lagi tak ketemuan. 

"Wey, bunyi apa tu ?", tiba2 bunyi macam 'benda' menyusur

"Diam.. diam. Jangan gerak", Shed bagi arahan. Dan, sekejap lepas tu.. tiada bunyi lagi. Mungkin hanya khayalan kami sahaja!

Seraya itu, kami teruskan dengan misi kami yang asal. Dalam cari punya cari punya cari... makin lama makin ke dalam. Tapi, semangat kental budak2 adventurous mana nak kenal takut segala bagai. Bertambah gigih aku dengan Shed membelek2 setiap helai daun yang melekap. Tiba2...

"Rul, apa benda tu ?", Shed maklum kat aku bila dia seolah2 ternampak satu benda asing yang tak sepatutnya berada dalam hutan. Biasanya, benda macam tu duduknya di shopping kompleks!

"Eh, beg tangan la", aku berikan jawapan

"A'ah lah.. jom tengok", Shed terus meluru dan ambil. Isinya dah kosong (maksud, takde duit). Cuma macam2 kad yang masih tinggal seperti IC. 

"Wey, letak balik la. Tak pasal2 kita kena tuduh mencuri pula karang", aku nyatakan kebimbangan

"Tak boleh.. ada IC ni. Kita hantar gi balai la", cadang Shed

"Gila! kalau polis tuduh kita curi macamana ?", soal aku

"Takkan la.. kita kata jumpa dalam hutan ni. Takkan budak2 macam kita ni polis nak tangkap masuk jel pula", Shed confident

"OK la.. jom"

So, kami pun keluar daripada hutan menuju ke balai polis yang tak jauh pun daripada situ - lebih kurang 300 meter. 

Sampai balai..

"Tok, kami nak report jumpa beg tangan ini dalam hutan tepi jalan sana", kata Shed

Polis tu ambil dan belek2. "Bukan kamu curi ke ?", tanya polis

"Eh, betul tok.. kami jumpa tepi hutan sana", aku support statement Shed

"Jangan main2 ye", polis bagi amaran

"Betul.. sumpah", kata Shed

Polis tu pandang kami semacam je macam lah kami ni geng peragut professional! "Dah, pergi balik", arah polis

Aku dengan Shed bergegas keluar daripada balai...

"Haa.. kan aku dah kata! nko tak caya", kata aku pada Shed

Sudahnya, tak jadi sambung cari spider.. kami balik rumah, main guli..