Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan

09 November 2011

RUMAH BARU, SMILE, SERI-SERI-SERI, TUTTI FRUTTI RAYA HAJI, JERANTUT & WJX YANG MARAH

Salam.

Panjang betul himpunan tajuk entry aku kali ni. Lama betul tak menaip semnjak berpindah ke rumah baru.

RUMAH BARU


Alkisah, kami sudah berpindah ke rumah baru... yey! Seronok dapat duduk rumah yang sedikit besar dengan design yang sedikit lebih baik berbanding dengan rumah yang lama. Dan, rumah baru ini ada halaman yang sangat luas - sebagaimana yang aku idam2kan. Yey!

Sudah kurang lebih 7 tahun kami menetap di rumah yang lama tu. Mula2 masuk dulu masa 'taman' tersebut baru dibuka. Rumah pun masih belum dipasang grill. Tapi, sekarang dah macam2 ada dalam kawasan 'taman' tersebut. Sedih juga nak tinggalkan kawasan tersebut sebab sudah agak selesa dengan persekitaran dan apatah lagi aku adalah Timbalan Pengerusi KRT kawasan.. ehem, ehem!

Tapi, rumah baru lebih baik... dan lebih baik lah kami pindah.

Proses pindah rumah memang memenatkan. Mujur juga kami dah gagahkan bawa sikit2 barang2 yang boleh di angkut dengan kereta. Tinggal barang2 yang besar sahaja untuk diangkut dengan lori. Walaupun macam tu, 3 trip juga lah nak settle semuanya. Memang letih. Mujur kaum kerabat ramai yang datang membantu. Thanks All!

Semua dijamu dengan mee kari cik puan kpp yang best dan mendapat pujian itu... ehem, ehem!

Kini dah masuk minggu kedua berpindah secara rasmi. Kunci rumah lama pun sudah di serahkan. Namun, barang2 kesan pindah tempohari masih lagi bersepah2 dan belum habis di punggah dan susun. huhu!

The most thing yang aku akan miss ialah... jiran kiri kanan yang sangat baik. Terutamanya Syahmi-Ana. Memang jiran yang terbaik lah!


SMILE

Smile ini bukan senyum ye... ianya singkatan kepada nama kursus (ofis hantar & wajib) yang aku attend - seminggu di Semua house. So, the whole of last week memang kerja aku berulang alik ke Semua house je. 

Kursus ini actually ialah salah satu 'Certification course' yang mana at the end of each segment akan ada test. All in all ada 3 phases semuanya. Yang aku attend ni adalah phase 1.

Kursus nya boleh tahan la...being handle with some activities and a bit of fun. But, when come the time for the test.. emmm.. agak tense juga sebab test nya bukan open book.  But, the trainer sometime give us tips and purposesly leave the room during the test session. Sure depa tau yang kami tka sabar2 nak meniru dan open book!

The best part pergi training ialah... kita boleh ignore other thing that happened at the office.. hehe! Awal2 lagi aku dah assign one of the staff to be the team leader. So, apa2 hal they will refer to him lah... smart eh ?


SERI-SERI-SERI

Sudah tiga weekend jiwa aku terbakar sebab Liverpool asyik2 seri je. Those game sepatutnya boleh menang sebab The Reds yang menguasai permain. First game with ManU. Lawan tempat endiri. Control game gila2... tapi, last 10 minutes lacked of concentration membuatkan Liverpool hanya seri dengan musuh ketat nya ManU. Baru ingat nak berlagak dan 'membakar' peminat2 ManU di facebook... hampeh!

The next week lawan dengan Norwich pun seri - frustrating 1-1 draw. Liverpool control most part of the game but the Canaries got their luck when a mixed up and confusion in front of Liverpool's goal granted them their goal. Too bad.

The other game was last saturday, bila Liverpool seri dengan Swansea - frustrating goaless draw. terkebil2 mata aku dok menahan mengantuk malam2 raya haji tu sebab nak nengok Liverpool menang. But, to my dissappointment... seri lagi di tempat sendiri pulak tu!

Next 2 games will be the toughest around.. away to Chelsea and at home to high flying Man City... fingers-cross.

TUTTI FRUTTI RAYA HAJI

  
Petang sebelum raya, sempat lagi gi 'makan' Tutti Fruity di Putrajaya. Baru buka outlet di situ. Sebabnya, Nurin hana yang dah lama 'mengidam' nak 'makan' Tutti Fruiti.. tapi disebabkan batuk yang masih belum baik maka nya terpaksa di tangguh2 sehinggalah petang sabtu yang lalu.

Tahun ini beraya di rumah 'cik Mori. Oleh itu, kami sekeluarga berangkat ke rumah 'cik Mori pada petang sabtu tersebut. 

Sampai di rumah 'cik Mori, nengok di dapur sedang sibuk memasak mee kari. Kata 'cik Mori, tahun ni malas nak masak2 rendang segala bagai... hanya ada mee kari, nasi impit dan kuah kacang sahaja. Oleh itu, my favourite asam pedas daging tetel... TAK ADA! huaaaa!!

Alasan 'cik Mori sebab Raya Haji tahun ini 'cik Mori join korban di Gombak (kawasan bisan beliau) dan semua kenalah pergi sana untuk makan. 

Tapi udahnya, aku tak pergi pun. Secara lazimnya, kalau pagi di rumah 'cik Mori... petang pula kami sekeluarga akan ke rumah 'cik Ro pula. Kena lah pergi dua2 side baru adil. Petang tu memang mengantuk gila dan ditambah pula dengan hujan sepoi2 bahasa... juga selepas melantak berpinggan2 mee kari, aku pakat tidur je kat rumah 'cik Ro. Entah apa benda yang 'cik Mori bubuh dalam kari beliau sampaikan semua orang mengantuk gila2 hari tu...

Dok sibuk melantak mee kari, kubur pun aku tak gi melawat hari tu... emmm..


JERANTUT

Isnin, raya kedua. Sepupu aku, Idan, bertunang dnegan orang Jengka 17. Asalnya majlis tersebut nak dibuat pada hari raya haji. Tapi, setelah puas aku dan Busu Hashim 'bersilat'... akhirnya, kedua2 pihak telah bersetuju untuk buat pada hari raya kedua yang kebetulan nya adalah cuti umum. Ada ke patut nak buat majlis bertunang masa hari raya haji ? emm...

Perjalanan ke Jengka 17 ambil masa lebih kurang 3 jam. Tapi, adat berkonvoi.. tunggu punya tunggu semua jadi lambat. Janji jam 12 tengahari.. alih2 lewat 30 minit sebab dok tunggu-menunggu punya hal.

Majlis bertunang nya serba ringkas. Kami serombongan sahaja dah dekat sepuluh buat kenderaan (kereta dan van). Mujur lah rumah ornag felda sekarang ni besar2 belaka... sumbat punya sumbat, penuh satu rumah. Hampir2 nak ke dapur!

Wakil kedua2 pihak berbicara dan menetapkan dan memperjelaskan janji2 yang telah di persetujui. Bila dengarkan jumlah hantaran nya, emm... lumayan - RM10 ribu ko.. Mujur sekarang ni orang dah tak pakai dah 'serba-satu' atau 'serba-tegak' lagi. Kalau idak, memang kes naya la. Bank Rakyat, boleh bantu ?

Selesai majlis aku sekeluarga meneuskan agenda kami ke Jerantut - rumah keluarga angkat cik puan kpp. Kurang lebih perjalanan mengambil masa dalam 1 jam - tanpa sesat.

Masa sampai tu, ramai juga yang ada kat rumah tersebut. Aku tak kena semua nya. yang aku pernah jumpa hanya mak, kak long dan abang long sahaja. Lebih2 tu, cik puan kpp lah layan...

lebih kurang lepas maghrib kami bertolak balik ke KL. Orang kata, sengaja nak mencari nahas dok pakat balik petang tu sebab it is expected yang jalan akan jammed sebab semua orang dok pakat berebut nak balik kerana esok nya kerja - untuk rekod, aku dan cik puan kpp dah mohon cuti awal2 dah untuk esok hari nya.


WJX YANG MARAH

As expected jammed bermula di sekitar Bentong menghala ke tol Gombak. Bila dari jauh aku dah nampak lampu merah berderetan.. memang sah, jammed!

Lazim bila jammed, barisan ke arah tol memang tidak jelas. Semua kereta berhimpit2 nak masuk - termasuklah aku. Mujur juga aku dah top up touch-n-go. Kalau nak harapkan lorong tunai, tentu lagi parah. Bila kenderaan bersesak2 macam itu, tentulah memerlukan skit menghimpit dan mencelah tahap dewa.

Selalunya, bila aku bawa kereta hitam.. aku akan mengalah supaya dapat mengelakkan kejadian kemek-cara-tak-sengaja dalam berhimpit2 tu. Tapi, masa tu perasaan ego jadi lain macam. Orang himpit, aku lagi himpit. Dua barisan nak jadi satu, tentu lah akan haru. Sepatutnya, bila dua barisan converge menjadi satu ke arah tol... sudah tentulah kenderaan akan masuk dengan kaedah berselang seli. Tapi, kereta WJX di sebelah aku tu nak tunjuk skill dia mencelah... dia follow rapat kereta kenari di depan. Aku apa lagi... "Oh, ok... nak tengok siapa punya skill lebih hebat ye..", aku tak bagi chance.. di maju, aku maju.. sampaikan hampir2 nak tergesel side mirror.

Aku tak nak mengalah... bila kereta depan bergerak, aku terus bergerak... WJX pun sama. Tapi, aku tahu aku akan menang sebab aku dah masuk lane utama. Manakala WJX pula, datang dari aranh sisi. Sama2 masih bersaing nak berebut kedepan. Dia maju, aku maju... dia maju, aku maju.. tak bagi chance. Aku senyum je, sebab aku tahu.. kalau dia maju lagi bersaing dengan aku, dia akan sangkut kat tembok tol!

Sudahnya, WJX terpaksa mengalah dengan skill aku yang lebih hebat. Maka, dapat lah aku bayar tol dulu.. hehe! bukan boleh laju pun, sebab selepas tol tu... jammed lagi teruk!

sebaik aku bayar dan maju, tiba2 ada sebuah kereta bergerak laju je pergi sebelah kerata aku... rupa2nya mamat WJX tadi. Mungkin nak tunjukkan gangster dia kot. Tapi, aku gelak dalam hati sebab aku tahu yang ego beliau betul2 tercalar tadi sebab kalah dengan aku di tol.. haha!

Dia pandang, aku buat bodoh je... lalalalala.. lalalalalala..

Malam tu, kami sampai rumah jam 12 tengah malam.. 

***

Ok, ini kiranya aku buat entry balas dendam sebab lama tak buat entry kat sini... lepas ni, entah bila lagi lah entry baru.. 

Sekian.

11 Mac 2011

DALAM KENANGAN #11 - RESEPI KEK DARIPADA BUKU HIKMAT 'CIK MORI

Kedua orang tua aku bekerja.. makanya, aku adik beradik di "tinggal"kan dibawah jagaan 'cik Yah yang rumahnya adalah berhampiran ("kampung" sebelah) - lebih kurang campur tolak 500 meter jaraknya. Tapi, dengan teknik masuk rumah tanpa guna kunci yang aku ada.. aku selalunya tidak lah dok di rumah 'cik Yah sepanjang hari selepas balik daripada sekolah.

Bila dah dok di rumah pula, mula lah macam2 idea yang datang untuk mengisi "masa lapang" sepanjang petang.. sebelum orang tua aku balik kerja.

Untuk makluman, 'cik Mori ada satu buku resepi kuih muih tulisan tangan sendiri yang cuma digunakan bila nak buat kuih raya yang aku namakan sebagai "Buku Hikmat". Dalam "Buku Hikmat" itu ada macam2 resepi kuih muih (yang ditulis dengan tangan sendiri oleh 'cik Mori - mungkin di salin daripada mana2 atau daripada resepi kawan2) daripada resepi & kaedah membuat biskut2 raya tradisional & moden sehingga lah ke resepi2 kek2 yang beraneka rupa dan rasa. Pendek kata, kalau terbitkan buat buku masakan... chef wan pun boleh tabik spring lagaknya... kot?

"Jom kita buat kek nak ?", aku bagi cadangan pada Babuk.

"Boleh tengok resepi dalam buku hikmat emak tu", aku sambung lagi

Habis semua rak2 di dapur tu aku selongkar untuk mencari bahan2 untuk membuat kek berdasarkan resepi dalam "Buku Hikmat" 'cik Mori tu.

Baking powder - checked
Vanilla essence - checked
Tepung gandum - checked
Telur - checked
dan, bla bla bla.. lupa dah la. Tapi, lebih kurang gitu lah senarainya

Bila bahan2 dah sedia, aku pun mula kan proses membuat kek berdasarkan kaedah2 yang dinyatakan di dalam "Buku Hikmat" tersebut. Bahan2 di campur, di gaul dan di pukul.. kira2 15 minit kemudian.. aduanan kek pun siap sedia untuk dibakar.

"OK, nampak rupa sama macam yang emak buat", aku berikan pandangan "professional" aku

Babuk angguk saja.

"Jom pasang api oven"

Bila semuanya sudah sedia, aku pun masukkan adunan tadi (yang sudah di masukkan dalam loyang kek) ke dalam oven untuk tujuan pembakaran kek. Sudah terbayang dah kek yang lazat itu - macam yang 'cik Mori biasa buat. Nyum, Nyum!

Selepas 30 minit..

"Dah boleh angkat ni", aku perhatikan kek yang aku bakar tadi nampaknya sudah "naik" seperti yang sepatutnya. "OK, angkat.. angkat"

Warnanya memang menarik (macam contoh dibawah)... coklat kekuning keemasan - macam yang 'cik Mori biasa buat! Yes!!

 
image : boxhousestudio.fotopages.com

"Biar sejuk dulu lah..", aku berikan cadangan

15 minit kemudian..

"Jom makan kek.. jom makan"

Dengan ke-tidak-sabaran, aku pun potong kek dan menyuapkan ke mulut.. emm..

Bluueeekkkkk !! Hampeh !!

Beginilah nasib kesudahan kek tersebut..


Sekian.

24 Januari 2011

KERJA BODOH YANG NYARIS MEMBAKAR RUMAH !!

Bekas mengisi surat2 dah penuh sarat sampai melimpah ruah lagaknya. Namun, masih di sumbat2 lagi selagi boleh. Kebanyakkan yang ada kat dalam bekas surat tu adalah bil2 lama yang mana lepas baca, terus di ponyok kan ke situ. Aku tak ambil pot sangat, pasal semua bil2 itu sebenarnya dibayar dengan kaedah direct debit. So, bil2 tak perlu dibawa ke kedai atau pejabat pos untuk membayar. Cuma bil2 api & air sahaja yang tidak dimasukkan kedalam bekas tersebut sebab kedua2 bil tu aku cucukkan kepada satu besi penyangkut yang memang di sediakan khas untuk tujuan itu.

Bila bekas surat tu dah sarat dengan surat2 yang kebanyakkan nya sebenar eh tidak lah ada niat nak digunakan lagi, mata aku pun jadi sakit lah sebab keadaan nya sangat serabut! Kebetulan pula cuti umum, oleh itu aku ambil keputusan untuk "mengemas" bekas surat tersebut.

Sesudah diasing2kan mana nak dibuang dan mana nak di simpan, aku pun mulakan operasi untuk "menghapus"kan surat2 yang tidak diperlukan lagi itu. Caranya? Cik puan kpp kata kalau nak buang begitu sahaja, kena lah di koyak2kan. Takut kalau2 ada orang salah guna maklumat yang ada kemudian nanti. Tapi, surat2 tu banyak! dekat setengah jengkal juga lah tinggi nya bila disusun elok2. Letih kalau nak koyak satu2. Maunya berbirat jari nanti dibuatnya.

Jadi, aku decide untuk BAKAR!

Dekat depan rumah aku ada "sand-trap". Yang mana tujuan nya adalah.. untuk perangkap sampah2 atau pasir yang datang dengan air (air hujan @ air paip). "Sand-trap" ini berdindingkan simen dan saluran2 air yang berkenaan akan mengalir ke situ sebelum ianya di salirkan ke longkang utama.


Bila dah siap sedia, aku pun mulakan operasi membakar di dalam "sand-trap" tersebut. Wah! sangat mudah. Dah macam orang homeless bakar kertas dalam tong drum lagak nya. Seronok je aku menyuakan kertas ke api yang marak di dalam "sand-trap" tersebut. Lepas, satu, satu.. tak thrill bubuh satu, aku campak 3-4 helai sekali gus.

Sedang aku leka membakar, terdengar satu bunyi macam angin panas menderu dalam terowong. Aku buat tak kisah sambil menambahkan lagi kertas untuk dimakan api. Namun, bunyi tadi tidak hilang.. malah berterusan, macam ada sesuatu yang tak kena.

Aku cuba perhatikan keadaan dalam "sand-trap" tersebut. Nampak berkepul2 asap keluar daripada salah satu lubang saluran air yang ada.
"Eh, pahal pulak ni?"

Segera aku pasang paip air dan curahkan ke atas api tu. Bila semuanya dah padam, aku cuba perhatikan kedalam lubang saluran air tersebut. Saluran tu sebenarnya adalah saluran air hujan yang bersambung sehingga ke bahagian atap rumah. Kemudian aku raba2 dengan tangan.

"YA ALLAH! NASIB BAIK TAK TERBAKAR!!"

Rupa2nya, bahang panas api tu dah "meresap" kedalam saluran air tersebut dan membakar bahagian dalam nya! Aku pegang saluran yang ada kat dinding. PANAS!! maksudnya, bahang tersebut sebenarnya dah jauh memakan bahagian dalam saluran air tersebut. Aku siramkan air kepada nya supaya cepat ia cool down.


Mujurlah aku ada perasaan curious dengan bunyi yang terhasil tadi dan juga kepulan asap2 tu. Kalau lah aku buat tak tau, dah tentu... na'uzubillah.

07 Januari 2011

DALAM KENANGAN #3 - SETINGGAN EPISOD MASUK RUMAH TANPA GUNA KUNCI

Masa kecil2 dulu, kedua orang tua aku bekerja. Aku adik beradik akan tinggal di rumah 'cik Yah bila balik daripada sekolah. Jarak antara rumah 'cik Yah dengan rumah setinggan kami ada lah dalam 500 meter kot.

Namun, sebagai seorang yang adventurous.. apa barang dok rumah 'cik Yah ? Jadi, bila balik daripada sekolah.. aku akan makan siap2 di rumah 'cik Yah kemudian terus gi balik ke rumah orang tua aku - rumah setinggan papan.



Ambil maklum yang aku balik ke rumah atas dasar tidak mendapat restu 'cik Yah. Oleh itu, kunci rumah memang tak dapat lah aku kidnap untuk buka pintu nanti. Namun, orang2 yang adventurous tentulah panjang akal nya. Tiada kunci tidak bermakna tak boleh 'masuk' rumah !



Untuk makluman, tingkap rumah papan biasanya menggunakan selak tingkap seperti gambar di atas ini. So, kalau dah selak.. macamana nak buka ?

Strategi sebenarnya bermula pada sebelum keluar rumah lagi - senang cerita pada malam hari. Tingkap rumah di selak dengan selak besi yang biasa kita tengok di rumah2 papan di kampung2 tu. Untuk membolehkan ianya dibuka daripada luar rumah, selak tu hendak lah di posisikan seperti berikut :


Adat rumah yang di pertukangan tangan kan sendiri @ kontraktor tidak bertauliah, gap diantara tingkap dan frame tingkap membolehkan sepasang kayu kecil celus. Oleh itu, dengan keadaan selak yang telah diposisikan supaya boleh dibuka.. kerja membuka tingkap tersebut akan menjadi sangat mudah.

Cuma masukkan kayu tersebut diantara gap tingkap-frame tadi dan songketkan selak ke atas.. maka terbuka lah tingkap tersebut! Aksi "professional" ini hanya mampu dilakukan oleh golongan "professional" macam aku dan Babuk sahaja. Orang lain, tidak cukup "professional" untuk membukanya.

Bila tingkap dah terbuka, panjat ke atas dan buka lah pintu2 lain yang tidak di mangga daripada luar. Maka, bermaharajalela lah aku and the geng dekat rumah tanpa pengawasan orang dewasa.. hehe.

Walaubagaimanapun, segala tingkap dan pintu yang dibuka.. perlu lah di tutup balik bila petang nya sebelum kedua orang tua aku balik. Aku dan Babuk akan balik semula ke rumah 'cik Yah dan berlakon seolah2 tiada apa yang telah kami lakukan.

Sebabnya, kalau 'cik Mori dapat tahu, memang sepanjang malam lah aku kena ceramah !!

24 Disember 2010

DALAM KENANGAN #1- SETINGGAN EPISOD AIR

Nowaday, memang agak sukar untuk jumpa kawasan setinggan lagi.. terutamanya di bandar KL ini. Most of the setinggan sudah pun di robohkan dan didirikan dengan kawasan perumahan, bangunan atau kemudahan baru.

Masih jelas di memori aku pasal kehidupan di kawasan setinggan ini sebab masa zaman aku kanak2 dulu, memang aku duduk di kawasan setinggan. Bezanya cuma, kawasan kejiranan setinggan aku itu adalah setinggan yang tersusun dan tidak lah rumah rapat2 dan "kotor" macam setinggan2 yang lain.

Seronoknya rumah setinggan aku dulu sebab kawasan laman rumah yang sangat luas. Belakang rumah pula ada sungai.. walaupun tak boleh buat mandi macam swimming pool, tapi masih boleh buat macam2 aktiviti lain yang "berfaedah" untuk budak2 "panjang akal" macam aku and the geng.

Kawasan setinggan aku dulu ada semua kemudahan asas seperti elektrik dan jalan ber-tar (termasuk lampu jalan), tapi tak ada bekalan air direct ke rumah. Yang di sediakan ialah satu main paip umum yang di kongsi oleh beberapa buah rumah sekitarnya. 

 

Setiap rumah akan ada getah paip yang panjang bermula daripada rumah masing2 sehinggalah ke paip utama tersebut. Getah2 paip ini di tanam di dalam tanah dan hanya muncul di sekitar paip utama tadi. Panjang getah paip bergantung kepada kedudukan dan jarak rumah masing2 ke paip berkenaan. So, bayangkan lah.. dengan getah2 paip yang berselirat dan berbagai2 dan ada yang sama warna nya.. memang sukar lah kalau nak menentukan mana satu yang kita punya. Kebanyakkan tuan punya getah paip akan buat tanda pengenalan pada hujung getah paip masing2 supaya tidak tersalah cucuh bila tiba masa untuk menakung air.

Giliran rumah aku ialah jam 8pm - 10pm. Dan, sebagai anak sulung yang paling hensem.. aku kadang2 ditugaskan untuk gi mencucuh getah paip tersebut bila tiba masanya. Cuba lah bayangkan, berbekalkan lampu suluh yang samar2, aku meraba2 dalam gelap mencari getah paip yang entah mana satu yang rumah aku punya! 


"SUDAH KE BELUM ?", aku jerit dari luar rumah minta check samada betul apa yang aku cucuhkan itu

Takut2 nanti apa yang aku cucuh tu rumah orang lain punya.. rugi la. Dan, memandangkan setiap rumah hanya diperuntukkan 2 jam.. air2 tadi di takung samada di dalam tong drum ataupun kolam untuk kegunaan sehari2. Makanya, berulang2 lah aktiviti itu setiap hari selama aku dok kat kawasan setinggan itu. Di rumah aku ada dua tempat tadahan.. satu - kolam mandi (untuk air mandi),  kedua - tong drum (untuk kegunaan memasak, mencuci pinggan dsbnya).

Aktivity yang paling seronok masa ini ialah.. hehe.. berendam dalam kolam mandi! kiranya ala2 membuang air lama untuk membasuh kolam lah. Most of the time, 'cik Mori tak tau pun aku berkubang dalam kolam tuh! hahahaha.. sebab, lepas tu air kubangan tu semua akan dibuang dan di 'salin' (maksud salin disini = ganti) baru.

Duduk setinggan dengan serba kekurangan juga perlukan kreativiti yang maha hebat. Sekali sekala nak juga merasa mandi air hujan @ air pancut. Tapi, mana lah orang2 setinggan nak buat air pancut kat rumah.. ye tak ? Air paip direct pun takde.. mana pulak nak dipancutkan. So, macamana ?

Macam ini lah..

22 Disember 2010

SETINGGAN - SEKEJAP ADA, SEKAJAP TAK ADA

Lokasi : Berhampiran dengan stesen LRT Kerinchi


30/07/2010
 



Beberapa hari yang lalu..



eh, magik lah pulak!

Ye.. rumah setinggan yang menyakitkan mata memandang itu sudah di robohkan !

Arakian, rumah2 setinggan seperti ini sudah banyak yang dirobohkan oleh kerajaan kerana tarafnya yang "haram" di sisi undang2.
Lately, sudah makin berkurangan rumah taraf setinggan seperti ini yang masih bertapak di KL. 

Yang lebih men-cucuk mata ialah, setinggan2 seperti ini di diami oleh puak2 pendatang haram yang bercampur-gaul yang mana kita sendiri tidak pasti taraf perhubungan antara mereka. 

Aku pun pernah duduk di kawasan setinggan masa zaman budak2 dulu. Tapi, kawasan setinggan aku duduk tu agak "kelas" dan "high standard" sikit la. More like tanah2 lot yang mempunyai sempadan antara rumah yang jelas.

Mungkin ianya sudah patut di dokumentasi kan sebagai bahan sejarah dan di masukkan ke dalam arkib negara..

27 November 2010

BANJIR.. ALMOST

Hujan lebat mencurah2 hampir sepanjang petang.. 

Secara dramatiknya air sungai belakang rumah 'cik Mori bertambah banyak. Dulu2 kawasan rumah 'cik Mori ini memang kawasan banjir. Cuma, last 10 years sudah berkurangkan kerana sungai telah di lebarkan dan sistem perparitan depan rumah sudah di perbaiki.

Walaumacamanapun, a red flag situation (berhati2) masih lagi diperlukan.. mana tau kot2 banjir melanda lagi. Bila aku balik daripada kerja untuk ambil 'cik Mori (untuk ke rumah aku), hujan masih lebat mencurah2. Kuyup jugak lah aku dibuatnya.

Tanpa melengah masa, aku terus ke belakang rumah untuk monitor paras air sungai yang semakin menaik tu. Ada lebih kurang 2 kaki lagi kot nak melebihi tembok pemisah sungai dengan kawasan rumah. Aku terus sms pada konco2 semua (meaning adik beradik aku)..

"Sila siap sedia. Air sungai semakin naik. Kalau hujan lagi satu jam, mungkin...", aku tekan send to As, Babuk & Azila


Aku kembali jadi pemerhati air sungai.

Lebih kurang 45 minit aku dok kat belakang rumah memerhatikan air sungai yang laju warna nescafe susu tu..
Dan, aku perhatikan dalam sungai tu ada..

1 ekor kura2 sedang cuba menyelamatkan diri daripada terus hanyut dibawa arus
5 ekor mengkarung yang berlari2 menyelamatkan diri
35 biji bola termasuk bola sepak, bola plastik, bola mainan dan bola getah
125 biji botol pelbagai saiz daripada botol air mineral ke botol susu
95 buah tin minuman pelbagai perisa
30 selipar sebelah

Bayangkan lah..
Ok, aku tipu.. aku tak kira pun sebenarnya. Tapi, benda2 dan binatang2 tu memang aku perhatikan sepanjang 45 minit tersebut.

Punya lah tercemarnya sungai tu sampai segala macam benda boleh jumpa. Patutlah kerajaan terpaksa berbelanja bermillion2 untuk tujuan pembersihan (pun, masih tak bersih2 juga).

Anyway, lepas 45 minit aku dapat perhatikan air sungai makin surut - Lega!
Bila dah surut dalam 2 kaki (2+2 = 4 kaki) & hujan pula dah reda, aku pun mula beredar untuk menempuh jammed balik ke rumah pulak!


pesanan penaja : Sayangi lah sungai kita!

06 November 2010

POTONG RUMPUT

Lokasi : rumah aku

Sedang aku sekeluarga duduk ber senang- lenang di ruang tamu..

"Assalamu'alaikum..", bunyi slang 'bangla' bagi salam di depan pintu

Aku bingkas bangun sambil jawab salam.

"Potong rumput ?", kata mat bangla tu

Kebetulan rumput kat rumah aku memang dah panjang semenjak mesin rumput aku dipinjam dan tak dipulang2kan lagi oleh kawan aku lama dulu.. huh?!

"Berapa ?", aku tanya harga

"Ikut suka, abang", balas mat bangla

"Sepuluh, boleh ?", aku bagi harga aku. Ye la.. dah dia kata suka hati aku

"Naik sikit bang.. ada dua orang", mat bangla minta naik harga

Eh! tadi kata ikut suka hati aku ? Alih2 nak demand pulak!

"Lima belas. Depan belakang. Potong pendek sampai nampak tanah", aku bagi condition

"Naik sikit lagi bang.. dua puluh", mat bangla tu demand

"Kalau nak, lima belas.. kalau tak, tak payah lah", aku buat keras

Elok aku nak tutup pintu.. mat bangla tu pun geleng2kan kepala nya (orang keturunan ala2 india kalau geleng2 kepala tu tanda setuju).

"OK. Lima belas", aku setuju

Mat bangla tu pun potong rumput sampai siap depan belakang. Bila dah siap, aku pun bayar..

Cheh! kata ikut suka hati aku.. tepahaper!!