Wah! aku dah mula dah..
Siapa pernah main senapang ceri ? Inilah bahana nya kalau kecil2 cita2 nak jadi askar. Eh, setahu aku majority budak2 zaman dulu kalau cikgu tanya, "Apa cita2 awak ?"
"Jadi askar, cikgu", ramai2 jawab
OK. Kalau nak beli senapang kat kedai tentulah tak ada duit. Budak2 dok rumah setinggan bukannya anak2 orang kaya. Oleh itu, setiap barang mainan tu hendaklah datang daripada pemikiran yang kreatif supaya ianya menjadi lebih menarik dan adventurous!
Bahan2 untuk membuat senapang ceri ini ialah :
1) Creativity
2) Creativity
3) Dan, bahan2 di dalam gambar dibawah :
Semuanya boleh di dapatkan dengan tidak menggunakan sesen pun. Mungkin itu lah nilai survival.
Cara membuat nya :
Lukiskan bentuk senapang pada papan. Boleh lukis bentuk macamanapun tak kisah. Nak lukis.. M-16, AK-49, Senapang patah, Mesingun.. semua boleh. Kuncinya ialah.. laras launcher mesti lurus dan ada tempat untuk picu senapang.
Bila dah lukis, potong hati2 kerana kalau silap boleh merosakkan struktur senapang. Kalau tak jadi rupa senapang, tak rock la! Guna parang boleh, gergaji boleh.. ikut mana yang sesuai. Then, ikatkan getah pada hujung senapang termasuk getah launcher. Lebih tegang getah launcher tu, lebih laju lah peluru akan pergi nanti.. natijahnya, siapa yang kena lebih terasa sakitnya. Kemudian ikatkan picu di bontot senapang. SIAP!
Tugasan seterusnya, mencari peluru = ceri. Pokok ceri selalunya rimbun dan banyak dalam satu2 kawasan tanah lapang terbiar (bukan padang). Boleh juga gunakan buah "gatal" (aku tak tau namanya). Getahnya kalau kena memang gatal2 jadinya. So, ambil buah2 ceri yang hijau sebagai peluru. Yang merah, buat makan. Semasa memetik ceri, pastikan dipetik dengan tangkai nya sekali.. kalau tidak, macamana nak sepit kat picu nanti ?
OK, senapang dah siap. Peluru pun dah ready. Apa yang diperlukan ialah dua pasukan yang akan berperang antara satu sama lain. Pemilihan pasukan biasanya menggunakan teknik lat-talilat-laili-tam-plom atau ooo-som. Kawasan peperangan akan dipersetujui diantara dua pasukan yang berperang.. macam medan tempur lah kiranya.
Kubu atau tempat persembunyian terpulang kepada kreativiti masing2. Ada yang menyorok balik pokok, ada yang balik tembok atau di mana2 saja lah.
Bila dah ready peperangan pun bermula!
Harus di ingat, buah ceri tu keras dan agak sakit rasanya kalau kena tempat2 yang sensitif seperti muka dan leher. So, semua askar2 kena pandai2lah sembunyi untuk mengelakkan di tembak kat bahagian2 sensitif tersebut.
Beberapa undang2 rimba juga diguna-pakai dalam peperangan. Contohnya, kalau terlalu dekat ie: 1 kaki daripada lawan.. tidak boleh tembak untuk mengelakkan kecederaan serius (kalau kena mata terutamanya). Juga, sesiapa yang ditawan, akan dirampas semua pelurunya.
Main perang2 memang seronok. Tapi, lebih "SERONOK" bila aku tembak muka Babuk dan lepas tu kena libas dengan getah paip kat dalam bilik air dengan 'cik Mori.. huhuhuhu.. Ya Ampun!!!
2 ulasan:
pernah main juga senapang ceri ni.. seronok sgt.. nostalgialah pulak..
Selamat tahun baru 2011 untuk Pala Maldini & family..
Hahahahaha best siottt
Catat Ulasan