Memaparkan catatan dengan label mati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mati. Papar semua catatan

27 April 2011

AKU LIHAT ORANG DIHUKUM GANTUNG

Aku pergi ke hospital atas sebab2 yang tertentu dan dalam perjalanan pulang tu aku lalu di satu kawasan yang merupakan kawasan untuk orang2 yang dihukum gantung. Masa tu waktu subuh dan azan baru sahaja berkumandang.

Terlihat aku dalam bilik hukuman tu ada 8 orang sedang menanti nasib untuk di hukum gantung. Sambil di perhatikan oleh orang2 yang bertanggungjawab untuk tujuan perlaksaan hukuman tersebut. Aku lihat dengan tekun muka mereka2 yang sedang menanti ajal tersebut. Ada yang muda, ada yang agak berumur. Atas kesalahan apa mereka di jatuhi hukuman gantung, aku tak pasti.

Pesalah pertama sedang disediakan untuk menjalani hukuman. Setelah semuanya sedia, doa dibaca dan hukuman di laksana kan. Sekali sentap, aku dapat rasakan yang ianya satu kematian yang pantas - Tanpa bunyi, tanpa suara. Semuanya hanya diam dan kemudian doa dibacakan. Mayat di uruskan oleh petugas2 yang sudah sedia ada di dalam bilik tersebut.

Aku perhatikan lagi mereka2 yang sedang berdiri. Satu2 aku amati muka mereka. Tiba2, aku tersentak! sebab ada dua muka yang aku kenal betul. 

Satu : Sam - kawan sekolah asrama aku dulu; 
Kedua : Busu - pakcik aku (adik sebelah emak)

Aku terkejut dan tersedar daripada mimpi. Terus aku mengadu pada cik puan yang sedang lena di ulit mimpi.

Arghh.. aku bermimpi rupanya. Saspen betul lah!
 
Aku search "Tafsir mimpi" dalam internet untuk saja suka2. Amaran : Tidak dibenarkan untuk percaya!

Berikut antara yang aku jumpa :
 
Mimpi melihat orang digantung
Maka orang yang diimpikan itu akan menerima ganjaran Tuhan serta kurnia.

Mimpi melihat orang yang dihukum mati
Pertanda harus waspada terhadap perkataan dan perbuatan dalam pekerjaan


Wallahu'alam.

23 Februari 2011

BELASUNGKAWA - LONG HAMZAH..

Innalillahi wa inna ilaihirojiuun..


image : mazaaida.blogspot.com

Semalam Long Hamzah meninggal dunia. Long Hamzah ialah pakcik aku sebelah En Omar. Beliau disahkan doktor telah meninggal dunia lebih kurang jam 11:50 pagi, 22/02/2011.

Aku tau pun setelah di maklumkan oleh As. Terus call bos dan minta balik awal untuk menziarah.

Jenazah dah dibawa ke masjid semasa aku sampai dan dalam proses untuk di mandi dan di kafankan. Waktu tu baru solat Zohor.

Babuk : "Along nak tungu sini ke ?"

Aku : "Entah lah. Katanya nak kebumi lepas asar. Lama lagi tu"

Babuk : "Macamana ?"

Aku : "Balik rumah emak dulu la.. petang nanti datang balik"

Babuk : "Jom"

So, petang tu aku lepak kat rumah 'cik Mori yang jaraknya dengan rumah arwah Long Hamzah selang 3 buah rumah. Lama lagi nak asar, aku pun pakat tido.. zzzZzzZzzzzZzz..

Petang, 5pm..

"Nak gi kubur terus ke gi masjid dulu ?", Babuk tanya aku

"Gi masjid dulu la.. pastu follow gi kubur", aku jawab. Dongak ke langit hari macam nak hujan. Awan gelap!

Lepas sembahyang asar dan sembahyang jenazah, semua menyusul ke kubur pula. Sebab aku dengan Babuk naik motor je, kami yang pertama sampai kat tanah kubur. Ada dua tiga orang masjid yang menguruskan kerja korek kubur dah siap sedia menunggu. Sekejap lepas tu, van jenazah pun sampai.

Disebabkan tak ramai orang lagi yang dah sampai masa pak imam sampai.. aku pun sama2 bantu untuk usung keranda ke lubang kubur. Di letakkan di posisi siap sedia untuk di turunkan ke dalam kubur dan seterusnya ke liang lahad. 

Bila ahli keluarga Long Hamzah dah sampai, jenazah pun di turunkan ke dalam kubur perlahan2. 

"Haa.. masuk dalam tu", tok imam bagi arahan pada anak2 Long Hamzah untuk bersedia menurunkan jenazah - yang masuk dalam - Mamat, Kenneth & Shidee.

"Tangan kanan seluk bawah jenazah, tangan kiri peluk daripada atas. Dua orang tolong jaga sangga keranda. Bila jenazah diangkat, terus alihkan ke tepi ye", tok imam bagi arahana cara2 untuk menurukkan jenazah

1.. 2.. 3..

Jenazah diangkat, sangga keranda di alihkan. Posisi jenazah diletakkan di dalam kubur dan kemudian nya dalam liang. Bahagian belakang disendalkan dengan kepal2 tanah supaya jenazah kekal posisi mengiring. Ikatan dibuka untuk mengenakan bahagian muka jenazah ke tanah. Bila semuanya sudah selesai, papan liang lanhad di letakkan dan tanah mula di kambuskan ke dalam kubur perlahan2. Bergilir2 menyangkul dan menyodok. Kalau tak gilir2, memang pancit la. Memandangkan kebanyakkan yang ada di situ sudah biasa dengan kerja2 perkuburan ini, proses tukar2 orang tu jadi senagat smooth dimana sesiapa yang kelihatan letih akan cepat2 diganti oleh orang lain pula. Begitulah seterusnya sehingga selesai.

Sebaik sahaja selesai, hujan mula turun dengan sangat lebat! siap dengan angin2 yang kuat sampaikan air hujan tadi bukan lagi tempias, tetapi seolah2 datang daripada arah tepi! lebat gila! So, orang2 yang berada di sisi2 khemah memang basah kuyup lah.. termasuk aku.

Mujur jugalah pihak masjid menyediakan khemah besar (saiz khemah ornag kahwin) untuk 'memayungi' kuburan tadi, kalau tidak.. memang susahlah imam nak bacakan talkin.

Hujan bertambah lebat, tapi imam tetap terus dengan bacaan talkin nya. Aku pulak, dok menahan sejuk kat sisi khemah dan sudah basah kuyup! "Aku basah takpe, janji henpon tak basah!". Kalau basah masuk air.. harus aku terpaksa beli blackberry lah pulak!!

Selesai semuanya, selepas doa dan di aminkan.. aku dengan Babuk mula bergerak semula ke rumah 'cik Mori - meredah hujan yang masih ada renyai2 lagi.

***

SEMOGA ROH LONG HAMZAH DI TEMPATKAN DIKALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN.. AAAMMMIINNN..

AL-FATIHAH

29 Oktober 2010

DAN, SESUNGGUHNYA MATI ITU ADALAH PASTI

ini bukan gambar mayat.. dalam kain itu adalah patung

Maksud Firman Allah s.w.t :

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." surah al-jumu'ah, ayat 8

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." surah Ali Imran ayat 185

Menurut hukum syarak, apabila seseorang Islam itu meninggal dunia, wajiblah ia dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.

Kewajipan ini adalah FARDU KIFAYAH.

rujukan


***


peserta kursus di surau an-nur


Weekend lepas aku pergi ke satu kursus yang di panggil - KURSUS PENGURUSAN JENAZAH - dibawah kelolaan dan anjuran jawatankuasa KRT kawasan aku. Kursus dibuat di Surau kawasan komuniti dan di kendalikan oleh Ustaz Asri - Imam Masjid Al-Mizan.

Honestly, aku memang tak pernah nak ambil tahu berkenaan perkara ini.

Tapi, bila email dalam yahoogroups dihantar oleh penganjur, terus terdetik kat hati aku nak join walaupun weekend tu dah plan nak gi balik 'kampung' - tido rumah emak aku. Kursus sampai tengahari je, lepas tu masih boleh balik lagi. Lagipun, bukannya jauh sangat pun.

OK. Actually, aku ada ambil video. Tapi, memandangkan tahap amatur aku dengan dunia blogging ni.. aku tak tau macamana nak share. So, aku cerita lah serba sedikit apa yang aku pick-up daripada kursus tersebut.

Ada empat perkara dalam pengurusan jenazah :

1) Di mandikan
2) Di kafankan
3) Di sembahyangkan
4) Di kebumikan

Yang sentiasa menjadi 'mitos' dan kegerunan kepada kita ialah bab 1 hingga 3 - terutamanya bab 3. Seringkali orang kata, susah lah.. nak sembahyang 'tak bersih' la dan macam2 lagi. Sedangkan yang sebenarnya, kita tak RETI (reti = tahu, boleh buat). Sebab apa tak reti ? - sebab kita tak cuba ambil tahu. Alasannya :

"Ala, Fardu Kifayah.. orang lain buat, aku tak payah" - ini ungkapan yang biasa kita dengar bila berkaitan dengan hukum Fardu Kifayah ini, kan?

***

1) Di mandikan jenazah :

Yang wajibnya adalah merata kan air keseluruh jenazah


demo mandi jenazah


2) Di kafankan jenazah :

Yang wajibnya, kain kafan satu helai. 3 helai adalah sunat untuk jenazah lelaki. 5 helai sunat untuk jenazah wanita


demo kafan jenazah - lelaki


3) Di sembahyangkan jenazah :

Niat. 4 takbir yang di iringi oleh bacaan tertentu. Jenazah kedudukan nya di hadapan imam. Sunat di buat 3 saf

takbir pertama : Alfatihah
takbir kedua : selawat nabi
takbir ketiga : doa "Allahuma fir lahu, warhamhu.." (kalau jenazah wanita - 'hu' ganti dengan 'ha', kalau banyak jenazah campur2 - 'hu' ganti dengan 'hum')
takbir keempat : doa

doa di takbir ketiga dan keempat tu, rujuklah kitab2 untuk doa penuhnya. Aku tak hafal. Lagipun, kita kan ke mengikut imam.

4) Di kebumikan jenazah :

Di iringkan ke sebelah kanan dan di hadapkan ke arah kiblat. Sebaik2nya muhrim (lelaki) si mati yang berada di dalam kubur untuk menguruskan nya

Disepanjang proses pengurusan jenazah, hendaklah di jaga aurat jenazah daripada terdedah hatta kepada orang2 yang menguruskan nya.

***

Bukan nak kata aku DAH PANDAI lepas pergi kursus tersebut, cuma at least terbuka sikit lah mata aku dan tahu serba sedikit adab dan aturan perjalanan pengurusan jenazah. Orang kata, sikit2 tu tau la..

Anyway, masa kursus tempohari ada di buat 'praktikal' menggunakan model patung. Dapat jugalah pengetahuan asas serba sedikit apa yang wajib dan apa yang sunat serta mana yang bida'ah.

Oleh itu, aku strongly recomended pada korang semua untuk at least pergi kursus seperti ini supaya sekurang2nya ada pengetahuan berkenaan perkara Fardu Kifayah ini.

Ustaz menasihatkan, mungkin kita perlu ubah :

Fardhu Kifayah tu daripada "biar orang dulu aku tak payah" perlu ditukar kepada "biar aku dulu orang tak payah"

Fardu Kifayah : kalau tiada seorang pun dalam kawasan (mukim) itu membuatnya, maka semua orang di dalam kawasan (mukim) itu berdosa.


wallahu'alam..


disclaimer : sekiranya ada percanggahan tentang apa yang aku tulis dengan Al-Quran & Hadis, maka terbatal lah pandangan atau tulisan aku ini. Untuk itu, aku memohon keampunan daripada Allah, semoga Allah memaafkan kelemahan dan kekurangan aku.