Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

08 Ogos 2011

ANAK YANG TUNGGAL

Perbualan satu masa dahulu (kalau tak salah aku pernah buat entry pasal ini)..

Situasi - Dalam kereta, mengambil Nurin Hana daripada school

Aku : Belajar apa kat school tadi ?

NH : A B C.. alif, ba, ta..

NH : Papa, Nurin Hana tak ada abang, tak ada kakak, tak ada adik. Nurin Hana ada tiga je... ada Ibu, ada Papa, ada Nurin Hana je...

***

Situasi - Bermain2 di rumah

NH : Papa, jom la main cikgu dan budak2 dengan Nurin Hana. Papa jadi cikgu, Nurin Hana jadi budak2.

Aku : Main la dulu... Papa tengah buat kerja ni (mengadap internet baca website berita bola)

NH : Ibu, ibu main dengan Nurin Hana ?

Cik Puan : Ibu nak masak ni. Nurih Hana main la...

NH : Nurin Hana main sorang2 je.. tak de kawan.. (buat muka sedih)

Aku : Ye la, ye la... jom!

***

Situasi - Depan komputer sedang ber-internet

NH : Papa, bagi lah Nurin Hana mian game..

Aku : Nanti lah.. Papa kan tengah buat kerja ni..

NH : Nak main game... asyik Papa je..

Aku : Ye la, ye la...

Aku bukakan game cooking2 dia dan bagi main...

15 minit kemudian..

NH : Papa, jom main game dengan Nurin Hana

Aku : Main la.. Papa nak tengok tv. Tadi, Nurin Hana nak main kan ?

NH : Nurin Hana main sorang2 je... Papa mari lah main sama2..

***

Sabtu Ahad, aku satu family gi buka puasa kat rumah 'cik Mori - memang sudah pre-planned dengan semua adik beradik aku pasal buka puasa sama2 rumah 'cik Mori ini. Macam biasa, kitorang go for BBQ ++ session.

Bila balik ke rumah 'cik Mori dan As anak beranak serta Zila anak beranak ada... amat gamatlah rumah 'cik Mori jadinya. Mujur di depan rumah ada lama.. boleh lah budak2 memekak di depan laman rumah. 

Cucu 'cik Mori ada 7 orang semuanya (5 perempuan, 2 lelaki). Paling tua, Wawa - umur 9 tahun. Paling kecil Dalilah - umur entah berapa bulan.. lupa.

Bila dah ramai, memang seronok lah Nurin Hana bermain. Seharian  Nurin Hana main kehulu kehilir dengan sepupu sepapatnya. Tapi, bila dah petang sikit.. agak terbatas lah sebab Wawa dan Mimin puasa.. tak larat nak min havoc2 lagi (Nurin Hana cucu ke-3 tertua). Mungkin cik puan kpp tak berapa gemar bila Nurin Hana dok main pasir habis sampai naik ke kepala pasir2 tu semua.. namun, pada aku.. kegembiraan Nurin Hana bermain dengan adanya kawan bermain tu is PRICELESS!!

Lepas berbuka, Nurin Hana dan konco2 nya sambung main lagi... dan, aku dapat rasakan yang Nurin Hana happy.. SANGAT HAPPY!

Ya Allah, berkati lah usaha kami dan permudahkan lah rezeki kami.. Amminn..

31 Januari 2011

BERNIAGA : STRATEGI BIAR LAH BETUL

Lepas ambil Nurin hana, aku ajak gi makan di food court yang terletak bertentangan dengan kawasan schoolnya.

Macam biasa, Nurin hana akan minta "air pink" dan tak mau di bungkus. Maksudnya nak minum disitu lah. Cik puan kpp pula masih tak balik lagi daripada ofis beliau yang konon2nya busy sangat lah tu. Sebab tu, tugasan ambil Nurin hana balik daripada school di serahkan secara paksa-rela kepada aku.

Berbalik kepada order Nurin hana tadi. Ok, air nya "air pink" dan makanan nya pula otak2 10 keping. Aku pulak beli air soya dalam botol. 

Bila dah ambil semuanya dan diletakkan di atas meja, aku pun cari makanan aku pula. Asalnya nak beli burger, tapi bila nampak perkataan "Laksa Kedah" jadi kecur air liur pulak. So, aku pun ke gerai yang jual laksa tu.

"Dik, minta laksa satu", aku order

"Makan sini ke ?", cik adik comel tu tanya

"Ye, makan sini ye"

Aku perhatikan harga nya.

"Loh, kalau nak berniaga tu.. biarlah kena dengan strategi nya", detik aku dalam hati

Selalunya, kalau slash harga tapi pelanggan masih boleh nampak harga yang sebelumnya, itu tanda nya nak bagi diskaun. Kalau nak tunjuk yang harga dah di naikkan, tak yah lah bagi pelanggan nampak harga yang lama... 

17 Januari 2011

SAKIT PINGGANG.. TAPI CUKUP PUAS!

Haha! Tajuk tepahaper.. sekali lagi, bukan 18SX ye..

Jumaat lepas, masa ambil Nurin hana daripada school.. aku terima sebeban buku baru Nurin hana untuk sessi tahun 4 nya. Dan, pesanan daripada cikgu Nurin hana,"Tulis nama, balut dan pulang semula hari isnin, ye"

Akibat kerja bertangguh2.. sudahnya, petang semalam baru aku gi mencari pembalut buku Nurin hana di kedai runcit. Mujur ada.

Jadi, malam tadi, satu malam aku bertungkus lumus menyiapkan balutan buku Nurin hana yang bertimbun tu. Aku mula dari jam 8pm.. sambil tengok bolasepak EPL di tv. Liverpool punya game jam 10pm. Aku budget2, sempat siap sebelum game start dan boleh lah aku tengok bola dengan aman (sambil cik puan kpp tidurkan Nurin hana kat bilik).

Mula2 sekali aku printkan nama Nurin hana besar2 dan lekatkan kat depat buku2 tersebut. Senang. Malas aku nak menulis. 

Next, balut gunakan pembalut plastik yang aku beli petang tadinya. Lepas satu, satu.. lepas satu, satu.. perghh! banyak lah pulak!!

Aku jeling jam di dinding.. hah?! dah jam 10pm, tapi masih banyak lagi yang tak berbalut. Pinggang pula dah mula rasa stress sebab buat kerja dok atas lantai. 

"YEAAHHHHHH!!!", jeritan aku tanda Liverpool score sebijik

Pastu sambung semula membalut buku. Memang tak aman la dibuatnya. Tangan membalut buku, mata pula tengok bola.

Jam 11pm, memang betul2 plastik pembalut tu tak cukup! Ah, sudah!

Masa bola berhenti rehat half-time, aku pecut kereta ke kedai runcit siang tadi. Mujur masih buka. Aku beli, balik rumah dan sambung membalut sambil tengok tv. 10 minit kemudian Liverpool kena dua biji gol.. ketinggalan 2-1. Tension!

"YES!! PENALTY!!"

"YEAAAHHHHH!!", sekali lagi Liverpool score. kedudukan 2-2 sehinggalah wisel penamat. SERI!

Kerja membalut buku aku tak habis2 lagi. Jam dah 12am dah!

In the end, aku berjaya juga siapkan kerja membalut buku Nurin hana tu pada jam 2 pagi!!

Mata pedih, badan lenguh, pinggang sakit, kaki kebas.. namun, aku puas hati sebab berjaya juga siap membalut!

Usaha tangga kejayaan weh! (walaupun Liverpool sekadar seri je game malam tadi.. huhu)

12 Januari 2011

SATU MALAM YANG HANGAT

Ini bukan cerita 18SX ye..

Isnin malam selepas balik daripada school, Nurin hana tiba2 demam. Agak pelik juga lah sebab masa aku hantar ke school paginya tak ada pula tanda2 demam. Dah agak lama juga lah Nurin hana tak demam yang panas macam gitu. 

Oleh itu, masa time tidur.. kipas di matikan (begitu juga ekon) supaya badan Nurin hana yang panas tu boleh mengeluarkan peluh. Makanya, aku dan cik puan kpp pun sama2 lah kepanasan dek kerana takde kipas malam tu. Mana idak nya, dah hari2 pulun tidur pasang ekon. Sekali kena takde kipas (atau ekon), 'bercinta' juga lah aku nak memejamkan mata. PANAS!

Tujuan asal tercapai iaitu untuk membuatkan Nurin hana berpeluh. Hasil daripada peluh tersebut, kepanasan badannya berkurangan.

Kepala Nurin hana dah ditampal dengan kool fever dengan tujuan untuk menurunkan suhunya.. namun, mungkin dek kerana kepanasan tidurnya tidak lena. Kejap2 dia tergaru2.. pastu merengek2, beralih2 posisi beberapa kali - serba serbi tak kena. 

Tapi, aku agak hairan juga lah.. sebab cik puan kpp siap boleh selimut segala bagai!

Aku pula, macam2 yang kepala otak aku ni fikirkan.. susah benar nak tidur.

Dalam jam 2 pagi, suhu kepanasannya dah turun sedikit.. aku lega. Hopefully, by morning dah kebah la. Malangnya, jam 3:40 pagi, bila aku dan cik puan kpp tersedar.. suhu badan Nurin hana kembali panas. Seterusnya badan dituam dengan air supaya boleh menurunkan kembali suhunya.

Bangun pagi.. 6:30 pagi..

"Papa, tengok.. Nurin hana dah sihat dah. Tak panas dah", kata Nurin hana pagi2 buta tu.

Bila aku pegang, "Huii.. panas lagi nih", memang panas lagi!

"Dah sihat dah..", kata nya lagi

"Hari ni, Nurin hana tak yah gi school ye. Dok rumah je", kata cik puan kpp pula menandakan yang cik puan kpp "paksa-rela" meng-EL-kan dirinya.

Kalau tak di sebabkan isnin tu aku dah EL.. harus aku EL juga!

06 Januari 2011

MESYUARAT PIBG

Ahad, 02/01/2011

Ewah.. macam real2 je. "Mesyuarat PIBG" ini sebenarnya adalah sessi briefing oleh pihak Taska & Tadika Nurin hana sebelum permulaan "sessi" 2011. Briefing di adakan di dewan serbaguna. Bagus juga sambutan nya walaupun di hari cuti (ahad pagi). Penuh dewan sampai ada yang terpaksa berdiri (bace : datang lambat)

Briefing di jadualkan kan atas kertas bermula jam 9am. Aku, cik puan kpp & Nurin hana pun ber-iya2 lah benar bangun dan sarapan segera di restoran mamak. Kena lah makan dulu. Kalau nak tunggu "pengalas perut" yang school Nurin hana sediakan, mau ber keroncong perut di buatnya nanti.

Macam biasa ucapan alu2an.. bla, bla, bla dibuat oleh penasihat school dan di ikuti dengan ucapan bla, bla bla oleh pengetua school pula. Most of the things are basic items yang memang ramai yang dah dengar dalam sessi tahun2 yang lepas lagi.

Dipendekkan cerita, apa yang menarik perhatian aku sepanjang briefing itu ialah :

1) Kanak2 yang ke tadika (4-6 tahun - termasuklah Nurin hana), di kehendaki memakai kasut ke school. Tidak digalakkan memakai selipar lagi sebab susah kalau cikgu2 nak bawa pergi bermain2 di taman permainan. So, satu item nak kena beli... kasut school

2) Ibu bapa dikehendaki menyediakan satu set telekung untuk anak masing2 bagi aktiviti keagamaan (belajar sembahyang). School nak ajar the correct way of doing it dengan "proper attire". Kena beli la.. telekung budak.

ada ibu bapa yang mengeluh : "Belajar pakai seluar panjang sudah lah.. nak pakai telekung segala bagai.."

huh?!

3) Digalakkan kanak2 tadika bawa air masak dalam botol daripada rumah ke school. Walaupun, school ada sediakan.. namun, untuk elakkan insiden perebutan atau terlalu ramai nak minum on the spot.. maka di galakkan bawa sendiri. Emm.. satu lagi. Nasib baik botol nya memang dah ada.

4) Kalau bagi kanak2 bawa cd ke school, tolong periksa dulu cd apa. Ada kanak2 yang bawa cd hantu ke school. Bukan setakat kanak2 je takut.. dengan cikgu2 sekali takut!

Haha! kalau budak2 tu bawa cd "kaler biru", tak ke haru dibuatnya.. hahahaha

Dan.. bla, bla, bla.. macam2 lagi lah yang di terangkan semasa sessi tersebut. Aku proses mana yang perlu sahaja. Semua sekali sessi briefing tu mengambil masa lebih kurang sejam setengah.

Selesai briefing, masa untuk makan & ambil baju school serta baju sukan (untuk sesiapa yang sudah bayar yuran). Cubalah bayangkan.. dewan yang penuh tadi (maunya dekat dalam 300-400 orang!), tiba2 semua converge ke arah makanan dan juga ke arah meja ambil baju.. tak ke havoc jadinya!

Tengok lah gambar dibawah ni.. macam berebut beli baju bundle!



Tugas ambil baju ini di serahkan kepada cik puan kpp.. sambil aku sedang enak menikmati bihun goreng beserta teh tarik di atas tembok batu.. 

kesian.. hehehe..

05 Januari 2011

DILEMA SEORANG PAPA

Nurin hana dah 3 tahun 9 bulan sekarang. Dan, seiring dengan pembesaran nya.. Nurin hana dah pandai almost macam2. Dah pandai merajuk, memujuk, membodek, menangis, memberontak dan macam2 lagi.

Orang kata, "Ala.. anak seorang, ikut kan sahaja lah kemahuan nya"

Tapi, patut kah aku ikut kan semua kemahuan nya ?

Satu malam tu, Nurin hana tak nak makan nasi. Puas aku dan cik puan kpp pujuk. Nurin hana tetap dengan "pemberontakan" nya tak mahu makan nasi.

Bila tak mahu makan nasi, aku pun kata : "Tak mau makan nasi, NO CARTOON!"

Maksudnya, tak boleh tengok kartun kat tv. Namun, "trick" aku tu tak menjadi. Nurin hana tetap dengan "pemberontakan" nya dan tak mau makan nasi! Sebenarnya, dah seharian Nurin hana tak makan nasi. Risau juga aku dibuatnya. Kes tak mau makan nasi (especially waktu malam) ini dah berulang2 banyak kali sebelum ini, bukan kali ini sahaja.

Cik puan kpp pula kata : "Kalau tak nak makan nasi, tak boleh lagi makan jajan, tak boleh makan sumi". Pun masih tak laku. Nurin hana buat keras dia dengan menarik muka masam serta merajuk kat tepi dinding (muka muncung sambil tangan peluk tubuh)
Aku sebenarnya agak risau dengan selera makan Nurin hana ni. Kerapkali tak nak makan nasi terutamanya sebelah malam. Apa lah masalah yang sebenarnya ?

Nurin hana punya "pemberontakan tidak tamat di situ sahaja. Bila cuba dipujuk, dia menangis.. sekuat2 hati!

Bila pujuk2 suruh makan nasi, Nurin hana kata nak makan honey star. "Malam2 mana ada orang makan honey star ? honey star makan pagi2 je", kata aku. Lagi kuat meraung nya..

"NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR", itu lah perkataan yang di ulang2 nya sambil menangis.

Lama cik puan kpp (dan aku) cuba pujuk supaya makan nasi, namun tak berhasil. Nurin hana terus menangis, sampai akhirnya dia tertidur.

Lebih kurang setengah jam dia tersedar semula, terus menangis lagi dan kata : "NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR!!", tak habis lagi "pemberontakan" nya.

Nampak gaya, merajuk nya masih tak habis dan aku dengan cik puan kpp jadi bingung! Lepas nangis2 dan "NAK HONEY STAR, NAK HONEY STAR" beberapa minit, Nurin hana tidur semula setelah dipujuk rayu cik puan kpp. Tidur dalam keadaan merajuk yang maha hebat!

Patutkah aku bagi saja honey star seperti yang Nurin hana minta tu ?

Patutkah aku sentiasa menurut kemahuan nya ?

Atau, patutkah aku biarkan sahaja dan berikan pengajaran kepada Nurin hana bahawa dalam dunia ini bukan semua benda kita boleh dapat (sekiranya tidak kena pada masa nya) walaupun dengan menangis sekuat hati ?

Apa patut aku buat ? 

Yang benar,

Papa yang di dalam dilema

09 Disember 2010

CUCU TERBARU 'CIK MORI

cerita sebelum ini




Inilah gambar cucu terbaru 'cik Mori atau anak As yang dilahirkan pada 30 Zulhijjah 1431 bersamaan dengan 06/12/2010.

Tahniah pada As dan Mizi for the newborn. Hopefully, (walaupun, belum ada 'tanda' lagi) it will be Along's turn next ya.. Ammiinnn..


06 Disember 2010

AS OPERATION

Isnin, 06/12/2010

As akan operation hari ini. Baby dia dalam keadaan songsang dan doktor decide untuk proceed dengan operation memandangkan As ada history baby meninggal dalam perut semasa mengandungkan anak yang ketiga dahulu (sekarang As dah ada 3 orang anak, ini yang ke-empat atau pregnancy yang kelima).

Rezeki As memang murah dengan anak cuma nya semua anak dia sekarang ini perempuan - wawa, mimin & tisya. Memang As mengidam2kan anak lelaki bila dia dapat tahu yang dia pregnant lagi. Puas juga dia berharap dan berdoa dan cuba mengamalkan petua2 orang dulu2..

"Nampak gaya macam 'burger' ", itulah kata2 doktor yang membuat scan keatas kandungan As beberapa minggu yang lepas.

InsyaAllah, operation akan dijalankan di Hospital Ampang pada jam 8 pagi, sebagaimana yang diberitahu oleh Mizi pada aku semalam.

Kebetulan pula aku cuti, dan kalau tak ada aral akan segera melawat bila semua dah selamat nanti.

"Ya Allah, Engkau permudahkan lah urusan adik aku. Dan, kurniakan lah adik aku dengan bayi yang sihat. Semoga dengan rahmat Mu, kedua2 ibu dan bayi yang bakal lahir terpelihara daripada segala musibah. Aaammmiiinn."



As, mimin (2nd daughther), tisya (3rd daughther)

05 Disember 2010

ULTRAMAN COSMOS & NURIN HANA

Kartun apa yang anak korang minat sekali ?

Untuk Nurin hana, sudah tentunya ULTRAMAN!!

Masa : Isnin-Khamis @ 7pm
Channel : Astro 611

Itu lah waktu temujanji nya. Memang tak boleh kacau!

Entah sejak bila Nurin hana jadi fanatik ULTRAMAN, aku sendiri pun tak pasti. Semuanya bermula daripada ULTRAMAN GAIA dulu di Astro 611. Kemudian nya, siri tu habis dan di gantikan dengan ULTRAMAN COSMOS. Siap boleh menyanyi2 dan menari2 lagi bila lagu bahasa jepun tu berkumandang di kaca tv.

Awas! kalau Nurin hana tak dapat nengok ULTRAMAN, dia akan merajuk dan menangis.

***

Berikut adalah antara perbualan2 yang membabitkan ULTRAMAN :

"Papa pulak tengok tv..", aku kata pada Nurin hana minta untuk tukar channel

"Tengok ULTRAMAN dulu.. lepas ULTRAMAN, Papa tengok bola sepak ye..", kata Nurin hana selamba je..

Tapi, tak dapat juga aku nengok.. sebab lepas ULTRAMAN, tengok conan pulak, lepas tu timmy time, lepas tu handy manny.. last sekali aku pun tido.. 

***

"OK, siap.. siap. Jom pergi pasar malam", kata aku

"Kejap. Lepas ULTRAMAN ye..", kata Nurin hana

grrr..

***

"Nurin hana kena makan sayur tau..", kata cik puan kpp

"Tak nak", kata Nurin hana

"Kalau tak makan sayur.. Nurin hana jadi RAKSASA. ULTRAMAN makan sayur", kata cik puan kpp

Nurin hana pun makan..

hehe..

***

"Ramainya ULTRAMAN..", kata Nurin hana masa nengok cerita ULTRAMAN BROTHERS & ULTRAMAN NEBIUS

"Siapa paling kuat ?", aku tanya Nurin hana

"ULTRAMAN COSMOS la.. sebab ULTRAMAN COSMOS makan sayur", jawab Nurin hana

keh3x

29 November 2010

ANAK HILANG DI HYPERMARKET

ting! tong!

"Pengumuman, ada seorang kanak2 kehilangan ibu bapa nya. Kanak2 ini berbaju belang merah dan berseluar biru. Ibu bapa kanak2 ini, sila ke kaunter pengumuman. Sekian, terima kasih"

Kedengaran pengumuman budak kehilangan ibu bapa di sound sistem hypermarket. 

"Apa lah! Shopping sampai lupa kat anak!", spontan aku mengomel

Kebetulan ada seorang mamat india terdengar ngomelan aku. Dia pun sama mencelah

"Gila! itu orang shopping tak tau jaga anak!", mamat india tu membalas. Jelas kedengaran kat telinga aku sebab memang dia tujukan percakapan tu macam dia berborak dengan aku (padahal aku tak kenal dia). Marah nampak..

Aku senyum.

***

Kadang2 aku tak faham kenapa lah sampai boleh bershopping sakan dan boleh kehilangan anak ? Boleh dikatakan almost mana2 shopping complex atau hypermarket akan ada sahaja situasi ini. Diorang ni tak sayang anak ke apa ?

Ok, aku tau. Sometimes memang ada budak yang hyper aktif dan habis semua tempat nak di godam nya. Masuk lorong situ, masuk lorong sini. berlari2 lah, melompat2 dan sebagainya. Tapi, sebagai ibu bapa bukan kah sepatutnya kita mengawal anak2 kita tu. Paling tidak pun keep an eyes so that budak tu tak hilang.

Kadang2 bila gi bershopping, kaum2 ibu ni terlalu asyik dengan task bershopping nya sampai lupa dengan anak2 berderet yang dibawanya bersama. Yang bapa pula, malas nak melayan shopping isterinya akan ambil kesempatan gi hisap rokok lah.. dok kat kerusi berehat la.. dan, macam2 peel lagi. Akibatnya, anak2 tu buat hal sendiri main2 dan akhirnya lupa tempat ibu bapa nya berada tadi.

Ok lah.. cerita pasal orang tak guna. Meh, cerita pasal aku sendiri. Kalau gi shopping, apa aku akan buat ?

Untuk makluman, cik puan kpp kalau bershopping.. memang aku boleh muntah darah lah kalau ikut sekali. Setiap sudut, setiap tempat selagi ada cik puan kpp akan masuk dan membelek2. Aku pulak jenis tak larat nak berdiri lama sebab dada aku akan sakit dan rasa macam semput nyawa (ini betul, aku tak tipu).

Selalunya, bila gi bershopping (terutamanya di shopping compleks), aku akan jadi baby sitter dan biarkan cik puan kpp shopping ikut suka hati dia. Dan, selalunya Nurin hana akan dok dengan aku atau aku akan always keep an eyes pada apa yang Nurin hana buat. Kalau dia main lari2, masuk2 lorong, sembunyi celah2 baju.. aku akan pastikan mata aku akan nampak apa yang dia buat. Apa yang jadi pada sekeliling, aku tak ambil pot sangat. My focus will be on Nurin hana.

Mungkin sebab itu, alhamdulillah aku tak pernah alami masalah kehilangan anak di shopping2 kompleks mahupun hypermarket. Ok lah, aku akui.. anak satu senang nak jaga. Kalau anak ada 4 macamana ? dan, masing2 ada peel masing2 dan asyik nak buat hal tengah ramai2 orang tu..?

Tak pe lah, untuk itu.. aku simpan dulu cerita nya sampai aku ada anak 4 nanti. Cuma, apa yang aku nak sampaikan ialah.. sentiasa lah perhatikan anak2 bila bershopping. Jangan asyik sangat dengan bershopping sampai anak pun boleh hilang! kalau jumpa kat tempat pengumuman, tak pe lah.. kalau kena kidnap dan di jual pada syndicate ?? Hah?! sapa yang nak jawab..?

Jagalah anak korang baik2.. jangan sampai nanti, menangis darah pun sudah tidak berguna lagi..

28 November 2010

DUTCH LADY KID

Nurin hana dah 3 tahun++ sekarang. Masa baby, selama dua tahun Nurin hana menyusu susu badan cik puan kpp. So, bila dah genap dua tahun cik puan kpp pun stop menyusu-badankan Nurin hana dan beralih kepada susu formula pula. Brand yang kami pilih untuk Nurin hana ialah.. "Enfagrow"

Malangnya, Nurin hana tak berapa berkenan dengan susu formula tersebut. Puas lah berperang kalau nak suruh dia minum susu formula tu. Macam2 helah dan trick in the book kami dah guna, tapi masih macam itu juga. Anehnya, kalau dekat school Nurin hana akan minum pula (menurut kata cikgu nya).  Mungkin sebab terpaksa minum, atau takut kat cikgu gamaknya.. Nurin hana minum. Bila di rumah, memang Nurin hana akan reject se-reject2 nya.

Aku dan cik puan kpp jadi buntu.

Aku perhatikan budak2 lain bukan main lazat lagi bila men'gonggong' botol susu yang berisi susu formula. Tapi, Nurin hana tidak. Aku dengan cik puan kpp agak risau juga sebab takut Nurin hana akan kekurangan zat tambahan yang biasanya ada pada susu formula (berdasarkan yang tercatat dan yang diwar2kan lah pada kotak atau tin susu tersebut).

Untuk makluman, "Enfagrow" yang kami beli tu bukan perisa asli.. tapi perisa honey. Dengan harapan, kalau ada perasa2 tentulah Nurin hana akan suka. Tapi, tak jalan.. dia tetap reject.

So, cik puan kpp cadangkan untuk try bagi minum air susu kotak "Dutch Lady" pula. Kami mula try dengan susu "Dutch Lady" kotak yang saiz besar tu. Kalau Nurin hana tak nak minum.. aku lah yang bedal :-)

Alhamdulillah, Nurin hana suka minum. Dan, kadang2 makan dengan coco crunch. Daripada kotak yang besar (dituang dalam cawan), kami tukar kepada kotak kecil2. Beli banyak2 buat stok. Bila Nurin hana nak minum, kami bagi lah susu tu satu kotak. 

image : submerryn.com

Bulan lepas, "Dutch Lady" telah meng'inovate' susu kotak nya untuk memenuhi keperluan kanak2. Di namakan "School" & "Kid". Inilah peluang untuk bagi pada Nurin hana cuba. "Dutch Lady Kid" dikhaskan untuk kanak2 berumur 1-6 tahun. Pergi ke Carrefour dan beli sedozen untuk buat stok. Alhadulillah, Nurin hana suka. Dan, hopefully berterusan suka.

Aku tak tau samada "Dutch Lady Kid" ni boleh gantikan susu formula atau tidak.. tapi, sekurang2nya Nurin hana nak minum susu berbanding sebelum ini. Lepas ni kenalah beli berdozen2 pulak. Kalau Nurin hana tak larat nak minum habis kan.. Papa nya lah pula yang akan tolong perabihkan sama..

TQ Dutch Lady Kid!

25 November 2010

DENGGI

Serangan denggi melanda kawasan kejiranan sebelah lately. Area dimana school Nurin hana berada. Ada banyak banner2 yang di naikkan oleh kementerian kesihatan (berdasarkan cop mohor kerajaan pada banner tersebut) untuk mengingatkan orang ramai tentang perihal bahayanya serangan denggi ini.



image : bg-sentinel.com

Teringat aku satu masa dulu (tak silap last year), Nurin hana di serang denggi. Alkisahnya, Nurin hana demam2 dah beberapa hari. Demam, baik, demam, baik, demam, baik. Gi klinik dah tiga empat kali, pun masih lagi macam gitu juga. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk bawa Nurin hana ke klinik pakar Az-Zahrah, berjumpa dengan doktor pakar kanak2 disana, Dr Nik.

Bila Dr Nik check, beliau suspect something is not right. Ini bukan demam biasa dan ada tanda2 nak kena denggi. So, kena buat blood test. Lepas result keluar, Dr Nik nasihatkan agar Nurin hana di masukkan ke wad untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut.

Almost a week juga lah Nurin hana dan cik puan kpp berkampung di Az-Zahrah. Mujur masa tu, cik puan kpp masih belum starts kerja lagi.. masih lagi 'honeymoon' belajar. Memang sah kena denggi tapi masih di peringkat awal. Lepas 2 hari dok di hospital, baru lah symptom2 denggi tu kelihatan seperti demam dan bintik2 merah di seluruh badan. Mujur kami ambil tindakan awal.

Akibat daripada kes denggi Nurin hana, aku telah di hubungi oleh pihak jabatan kesihatan untuk operasi semburan asap untuk aedes di rumah. Jiran2 aku pun kena sekali tempias nya (diorang sembur rumah2 bersebelahan juga). Rumah aku tidak dapat di sembur, sebab kami telah 'melarikan diri' dok di rumah in-laws aku untuk menggelakkan kejadian denggi lagi.

Moral of the story, kalau asyik2 demam, baik, demam, baik.. segera lah ke hospital untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan segera bagi mengesan denggi dari awal

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian.. sudah tidak berguna lagi

Sama2 lah kita mencegah pembiakan eades dan penularan wabak denggi

berita denggi (125 kematian sudah dicatatkan): Berita Harian

14 November 2010

MARI MENARI.. GENERASI GEMILANG

Ok. ini entry lanjutan daripada majlis semalam (entry ini) - Majlis Apresiasi dan Graduasi, Generasi Gemilang.


Nurin hana memegang kad 'J'.

Apa yang lebih aku bangga kan ialah..

Nurin hana di pilih sebagai "Pelajar ke-3 Terbaik 3 Yellow"! Dapat naik pentas dan dapat sebuah piala yang asyik di usungnya kehulu kehilir semenjak daripada itu.

TQ Nurin hana sebab buat Papa & Ibu rasa sangat2 bangga!! Especially aku lah.. sebab nama aku di sebut sekali bila nama Nurin hana di umumkan. Kembang sih!!


Anyway, aku enjoy the event semalam dan hopefully in future dapat melibatkan diri lagi..


nota : aku bersyukur kerana Allah mengurniakan aku anak dan dapat melihatnya membesar di depan mata aku.. ammmiinnn

13 November 2010

MAJLIS TARI MENARI.. YEY!

Aku akan ke majlis tari menari sat gi.. yey!

Haha.. actually bukannya majlis tari menari yang sebenar. Dan, bukan juga untuk aku tapi Nurin hana. Hari ni adalah hari graduation untuk school Nurin hana kepada yang berumur 6 tahun. So, school akan mengadakan satu majlis graduation di sebuah dewan.. err, ntah apa namanya tah.

Last year aku tak join this event memandangkan Nurin hana baru je 2 years old dan takde ambil bahagian dalam apa2 persembahan dan sebagainya.

So, this is a new experience for me and another step towards parenthood.. I guess

Oleh itu, aku harap Nurin hana akan dapat buat persembahan (berkumpulan) yang baik nanti dan of course aku akan rasa bangga!

You go Girl!

05 November 2010

DEMAM.. NAK ICE CREAM

Hari ni Nurin hana demam.. oh, tidak!

:-(

Demam nya mula daripada semalam masa di school. Macamana boleh demam aku pun tak pasti. Padahal, pagi tu aku hantar ok je sihat wal'afiyat.. emmm.. ini mesti kes ada parents yang hantar anak demam ke school dan kemudian nya menjangkit pada Nurin hana. Aku di fahamkan, ada 2, 3 budak lagi yang demam di school.

So, sebagai ibu mithali cik puan kpp balik awal semalam untuk ambil Nurin hana daripada school dan bawa pergi klinik.

Malam nya, badan Nurin hana masih panas. Cik puan kpp dah tidurkan dia di tingkat atas.

Bila aku balik, tukar shift dengan cik puan kpp sebab cik puan kpp nak kena masak.

Jam menunjukkan pukul 6:45pm

Tiba2 Nurin hana bangun dan berkata..

"Papa, Nurin hana nak ais krim. Nanti Nurin hana dah sihat, Papa belikan ais krim ye.."

huh?! ni mesti kerja cik puan kpp!


p/s : berhati2 berjanji dengan anak, sebab diorang akan ingat & tuntut kemudian.. selagi tak dapat!

18 Ogos 2010

PERBUALAN NURIN HANA & PAPA

Satu petang di minggu pertama bulan puasa aku ditugaskan oleh cik puan kpp untuk gi ambil anak kat taska. So, on the way balik aku singgah kat taska dan ambil anak aku, Nurin Hana. Masa dalam kereta, aku pun tanya..

"Puasa tak ?", aku tanya anak aku.

"Puasa.. ", katanya

"Tadi makan apa kat school ?", aku tanya lagi

"Makan bihun, makan biskut..", jawabnya. Aku senyum

Mana la budak kecil 3 tahun ni tau apa erti puasa, ye tak ? Lepas pada tu aku tanya lagi..

"Belajar apa tadi kat school ?"

"Alif, ba, ta..", jawabnya.

"A B C tak de belajar ?", aku tanya lagi

"Tak. Hari ni cikgu ajar alif, ba, ta je..", jawabnya dengan sedikit penerangan

"Cuba baca Papa nak dengar..", sambil aku belok ke kanan menuju hala keluar dari simpang taska ke jalan besar. Laju je dia baca alif, ba, ta.. sampai ya.. ber irama.

"Tadi, Nurin Hana nampak Iwan (kawan taska dia)", tiba-tiba anak aku bagitau

"Ye ke ? kat mana ?", aku tanya

"Dekat school la.. emak dia datang. Iwan ada abang..", dia explain. Aku dengar je.

"Nurin Hana tak ada abang. Nurin Hana sorang2 je", katanya lagi. Aku dengar je.

"Nurin Hana ada Papa, ada Ibu, ada Nurin Hana je. Tiga orang je", sambil di gerakkan jarinya mengira satu sampai tiga.

"Nurin Hana sayang Ibu.. sayang Papa", sambungnya lagi.

Aku senyum. Terharu.

"InsyaAllah nanti ada rezeki lagi", terdetik di hati aku.