Memaparkan catatan dengan label nurin hana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nurin hana. Papar semua catatan

11 Julai 2013

SELAMAT HARI BERTIH..

Ini gambarnya..


Nurin hana yang tulis pada board fisher-price beliau.

Di samping tulisan ini, ada pula susunan anak2 patung hello kitty yang sedang mengadap meja yang dipenuhi dengan jamuan..

Agak2 apa yang ditulisnya ?

Apa yang dimaksudkan oleh Nurin hana ialah..

"Selamat Hari Birthday"

Cuma dia tak pandai nak tulis "Birthday".... tapi, di translatekan berdasarkan bunyi. Maka, jadi lah "Bertih"

:-)

Isn't  that soooooo sweeeet ?


note : anyway, aku dah ajar Nurin hana cara ejaan yang sebenar...

08 Ogos 2011

ANAK YANG TUNGGAL

Perbualan satu masa dahulu (kalau tak salah aku pernah buat entry pasal ini)..

Situasi - Dalam kereta, mengambil Nurin Hana daripada school

Aku : Belajar apa kat school tadi ?

NH : A B C.. alif, ba, ta..

NH : Papa, Nurin Hana tak ada abang, tak ada kakak, tak ada adik. Nurin Hana ada tiga je... ada Ibu, ada Papa, ada Nurin Hana je...

***

Situasi - Bermain2 di rumah

NH : Papa, jom la main cikgu dan budak2 dengan Nurin Hana. Papa jadi cikgu, Nurin Hana jadi budak2.

Aku : Main la dulu... Papa tengah buat kerja ni (mengadap internet baca website berita bola)

NH : Ibu, ibu main dengan Nurin Hana ?

Cik Puan : Ibu nak masak ni. Nurih Hana main la...

NH : Nurin Hana main sorang2 je.. tak de kawan.. (buat muka sedih)

Aku : Ye la, ye la... jom!

***

Situasi - Depan komputer sedang ber-internet

NH : Papa, bagi lah Nurin Hana mian game..

Aku : Nanti lah.. Papa kan tengah buat kerja ni..

NH : Nak main game... asyik Papa je..

Aku : Ye la, ye la...

Aku bukakan game cooking2 dia dan bagi main...

15 minit kemudian..

NH : Papa, jom main game dengan Nurin Hana

Aku : Main la.. Papa nak tengok tv. Tadi, Nurin Hana nak main kan ?

NH : Nurin Hana main sorang2 je... Papa mari lah main sama2..

***

Sabtu Ahad, aku satu family gi buka puasa kat rumah 'cik Mori - memang sudah pre-planned dengan semua adik beradik aku pasal buka puasa sama2 rumah 'cik Mori ini. Macam biasa, kitorang go for BBQ ++ session.

Bila balik ke rumah 'cik Mori dan As anak beranak serta Zila anak beranak ada... amat gamatlah rumah 'cik Mori jadinya. Mujur di depan rumah ada lama.. boleh lah budak2 memekak di depan laman rumah. 

Cucu 'cik Mori ada 7 orang semuanya (5 perempuan, 2 lelaki). Paling tua, Wawa - umur 9 tahun. Paling kecil Dalilah - umur entah berapa bulan.. lupa.

Bila dah ramai, memang seronok lah Nurin Hana bermain. Seharian  Nurin Hana main kehulu kehilir dengan sepupu sepapatnya. Tapi, bila dah petang sikit.. agak terbatas lah sebab Wawa dan Mimin puasa.. tak larat nak min havoc2 lagi (Nurin Hana cucu ke-3 tertua). Mungkin cik puan kpp tak berapa gemar bila Nurin Hana dok main pasir habis sampai naik ke kepala pasir2 tu semua.. namun, pada aku.. kegembiraan Nurin Hana bermain dengan adanya kawan bermain tu is PRICELESS!!

Lepas berbuka, Nurin Hana dan konco2 nya sambung main lagi... dan, aku dapat rasakan yang Nurin Hana happy.. SANGAT HAPPY!

Ya Allah, berkati lah usaha kami dan permudahkan lah rezeki kami.. Amminn..

11 April 2011

NURIN HANA KINI 4 TAHUN

Delayed entry

09/04/2011


Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Nurin hana,
Happy birthday... to youuuu..

Pagi2 buta aku dan cik pun kpp dah menyanyikan lagu happy birthday pada Nurin hana bersempena hari lahir nya yang ke-4. Dah empat tahun masa berlalu rupanya.

Plan of the day - Aquaria, Rio (Wayang) & Senandung Malam (Bagan Lalang).

Satu perkara yang tidak cukup pada hari tersebut ialah - Kek Harijadi. :-(

For some reason, tahun ini happy birthday Nurin hana adalah atas perancangan ad-hoc. After 3 years of careful planning, it is a bit disappointing that this year was an ad-hoc one :-(

Walaumacamanapun, aku cuba juga try menggembirakan Nurin hana on her special day - although she might not really know the difference.

Flashed back on time. Kehadiran Nurin hana betul2 memeriahkan kehidupan aku & cik puan kpp. Dah jenuh kami dengar cakap2 orang dan macam2 yang telah dicuba. But, we never lost hope.

The moment she came to this world is my proudest moment.. EVER!

I am proud to be there in the labour room and certainly even more proud now everytime I heard she call me PAPA!

HAPPY 4TH BIRTHDAY NURIN HANA..


aisey sedih pula aku pagi2 ni...