29 November 2010

ANAK HILANG DI HYPERMARKET

ting! tong!

"Pengumuman, ada seorang kanak2 kehilangan ibu bapa nya. Kanak2 ini berbaju belang merah dan berseluar biru. Ibu bapa kanak2 ini, sila ke kaunter pengumuman. Sekian, terima kasih"

Kedengaran pengumuman budak kehilangan ibu bapa di sound sistem hypermarket. 

"Apa lah! Shopping sampai lupa kat anak!", spontan aku mengomel

Kebetulan ada seorang mamat india terdengar ngomelan aku. Dia pun sama mencelah

"Gila! itu orang shopping tak tau jaga anak!", mamat india tu membalas. Jelas kedengaran kat telinga aku sebab memang dia tujukan percakapan tu macam dia berborak dengan aku (padahal aku tak kenal dia). Marah nampak..

Aku senyum.

***

Kadang2 aku tak faham kenapa lah sampai boleh bershopping sakan dan boleh kehilangan anak ? Boleh dikatakan almost mana2 shopping complex atau hypermarket akan ada sahaja situasi ini. Diorang ni tak sayang anak ke apa ?

Ok, aku tau. Sometimes memang ada budak yang hyper aktif dan habis semua tempat nak di godam nya. Masuk lorong situ, masuk lorong sini. berlari2 lah, melompat2 dan sebagainya. Tapi, sebagai ibu bapa bukan kah sepatutnya kita mengawal anak2 kita tu. Paling tidak pun keep an eyes so that budak tu tak hilang.

Kadang2 bila gi bershopping, kaum2 ibu ni terlalu asyik dengan task bershopping nya sampai lupa dengan anak2 berderet yang dibawanya bersama. Yang bapa pula, malas nak melayan shopping isterinya akan ambil kesempatan gi hisap rokok lah.. dok kat kerusi berehat la.. dan, macam2 peel lagi. Akibatnya, anak2 tu buat hal sendiri main2 dan akhirnya lupa tempat ibu bapa nya berada tadi.

Ok lah.. cerita pasal orang tak guna. Meh, cerita pasal aku sendiri. Kalau gi shopping, apa aku akan buat ?

Untuk makluman, cik puan kpp kalau bershopping.. memang aku boleh muntah darah lah kalau ikut sekali. Setiap sudut, setiap tempat selagi ada cik puan kpp akan masuk dan membelek2. Aku pulak jenis tak larat nak berdiri lama sebab dada aku akan sakit dan rasa macam semput nyawa (ini betul, aku tak tipu).

Selalunya, bila gi bershopping (terutamanya di shopping compleks), aku akan jadi baby sitter dan biarkan cik puan kpp shopping ikut suka hati dia. Dan, selalunya Nurin hana akan dok dengan aku atau aku akan always keep an eyes pada apa yang Nurin hana buat. Kalau dia main lari2, masuk2 lorong, sembunyi celah2 baju.. aku akan pastikan mata aku akan nampak apa yang dia buat. Apa yang jadi pada sekeliling, aku tak ambil pot sangat. My focus will be on Nurin hana.

Mungkin sebab itu, alhamdulillah aku tak pernah alami masalah kehilangan anak di shopping2 kompleks mahupun hypermarket. Ok lah, aku akui.. anak satu senang nak jaga. Kalau anak ada 4 macamana ? dan, masing2 ada peel masing2 dan asyik nak buat hal tengah ramai2 orang tu..?

Tak pe lah, untuk itu.. aku simpan dulu cerita nya sampai aku ada anak 4 nanti. Cuma, apa yang aku nak sampaikan ialah.. sentiasa lah perhatikan anak2 bila bershopping. Jangan asyik sangat dengan bershopping sampai anak pun boleh hilang! kalau jumpa kat tempat pengumuman, tak pe lah.. kalau kena kidnap dan di jual pada syndicate ?? Hah?! sapa yang nak jawab..?

Jagalah anak korang baik2.. jangan sampai nanti, menangis darah pun sudah tidak berguna lagi..

7 ulasan:

ctpayong berkata...

tu la pasal...jgn dah terhantuk baru betol benjol..airmata berlian pun tak guna wei...

Mak Su berkata...

x suka nak supping bawak anak kecik, dia lasak , takut tak terkawal... dok umah aje ler... huhuhu

Unknown berkata...

aku pernah hilang masa kecik2 dulu, tapi tak salah kan makpak aku, sebab aku mmg nakal, lari sana sini, hehehe! mak saya minta ampun ye :)

Pala Maldini berkata...

ctpayong : kalau keluar berlian besar penumbuk.. errr, macam best je.. eh, tak.. tak.. anak lebih penting..

maksu : kalau nak beli baju, susah pulak nak ukur

Ieda : oooo.. kalau lari kat sekolah masa sukan tentu dapat pingat

wahida berkata...

takutnye kalau jd kat saya mcm ni...saya kalau shopping, selalunye balik keje pegi ngan hubby, anak2 tinggal dulu kat taska...mudah2an kita semua dijauhkan dr sebarang malapetaka...

Unknown berkata...

wah...kalau kes hilang nie..selalu kat pusat membeli belah..
bisalah...

ps: apa kata kita ikat tangan anak dengan kita sekali gn reben...gerenti tak risaukan anak ke mana2

mie berkata...

bahaya tu!!!!
tambah2 bila musim menculik..
heheee