Memaparkan catatan dengan label bola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola. Papar semua catatan

01 Februari 2011

TRANSFER WINDOW - TORRES IS GONE!

Semalaman malam tadi aku tak tidur dek kerana nak mengikuti berita tentang transfer window yang heavily involving Liverpool FC.
Bermula 6pm petang tu aku dah monitor semua website2 yang ada menyediakan life feed berkenaan transfer window. Interest aku yang paling utama ialah..

Will Torres move ? For how much ?

And, in return who will Liverpool sign ?

Semenjak daripada jumaat dah memang obvious yang Torres sungguh2 nak keluar daripada Liverpool dan join Chelsea. Nothing much The King can do about it. Sebagai situasi menang-menang, Liverpool minta 50 milloins pound daripada Chelsea.

Dan, sepanjang malam tadi.. every half an hour aku akan tengok website2 berkenaan. Memang tak tenteram nak tidur dibuatnya!

Daripada jam 12.. pergi ke jam 2.. pergi ke jam 4.. dan, it is more obvious yang Torres will be gone by morning (Malaysia time)! 

Siapa yang Liverpool beli ?

Andy Caroll from Newcastle United for 35 millions pound!

Wow! aku rasa harga tu tersangat lah exagerrated memandangkan Andy Caroll tu baru this season main dalam premiership!! I believed, the price is because he is English!!

Well, aku harap dia can live up to the price tag dan improve Liverpool fire power up front together with new signing Luis Suarez (a 22.8 millions pound buy from Ajax Amsterdam). Their latest task would be Stoke at home esok malam.

Therefore, I wish..

Good luck to Torres with the Blues

Welcome Andy Caroll & Luis Suarez.. 

YNWA!!

17 Januari 2011

SAKIT PINGGANG.. TAPI CUKUP PUAS!

Haha! Tajuk tepahaper.. sekali lagi, bukan 18SX ye..

Jumaat lepas, masa ambil Nurin hana daripada school.. aku terima sebeban buku baru Nurin hana untuk sessi tahun 4 nya. Dan, pesanan daripada cikgu Nurin hana,"Tulis nama, balut dan pulang semula hari isnin, ye"

Akibat kerja bertangguh2.. sudahnya, petang semalam baru aku gi mencari pembalut buku Nurin hana di kedai runcit. Mujur ada.

Jadi, malam tadi, satu malam aku bertungkus lumus menyiapkan balutan buku Nurin hana yang bertimbun tu. Aku mula dari jam 8pm.. sambil tengok bolasepak EPL di tv. Liverpool punya game jam 10pm. Aku budget2, sempat siap sebelum game start dan boleh lah aku tengok bola dengan aman (sambil cik puan kpp tidurkan Nurin hana kat bilik).

Mula2 sekali aku printkan nama Nurin hana besar2 dan lekatkan kat depat buku2 tersebut. Senang. Malas aku nak menulis. 

Next, balut gunakan pembalut plastik yang aku beli petang tadinya. Lepas satu, satu.. lepas satu, satu.. perghh! banyak lah pulak!!

Aku jeling jam di dinding.. hah?! dah jam 10pm, tapi masih banyak lagi yang tak berbalut. Pinggang pula dah mula rasa stress sebab buat kerja dok atas lantai. 

"YEAAHHHHHH!!!", jeritan aku tanda Liverpool score sebijik

Pastu sambung semula membalut buku. Memang tak aman la dibuatnya. Tangan membalut buku, mata pula tengok bola.

Jam 11pm, memang betul2 plastik pembalut tu tak cukup! Ah, sudah!

Masa bola berhenti rehat half-time, aku pecut kereta ke kedai runcit siang tadi. Mujur masih buka. Aku beli, balik rumah dan sambung membalut sambil tengok tv. 10 minit kemudian Liverpool kena dua biji gol.. ketinggalan 2-1. Tension!

"YES!! PENALTY!!"

"YEAAAHHHHH!!", sekali lagi Liverpool score. kedudukan 2-2 sehinggalah wisel penamat. SERI!

Kerja membalut buku aku tak habis2 lagi. Jam dah 12am dah!

In the end, aku berjaya juga siapkan kerja membalut buku Nurin hana tu pada jam 2 pagi!!

Mata pedih, badan lenguh, pinggang sakit, kaki kebas.. namun, aku puas hati sebab berjaya juga siap membalut!

Usaha tangga kejayaan weh! (walaupun Liverpool sekadar seri je game malam tadi.. huhu)

09 Januari 2011

LIVERPOOL FC - THE RETURN OF LIVERPOOL'S FAVOURITE SON

Hail for King Kenny!!

 King Kenny (Kenny Dalglish)
image : liverpoolfc.tv

As expected, setelah result dan tahap permainan Liverpool yang sangat2 mengecewakan.. Roy Hodgson (RH) telah dijadikan korban pemecatan seterusnya. Aku pernah buat entry (sini, sini) pasal RH appointment suatu masa dulu. Dan, as expected.. he is not up to the task.

OK, maybe RH tidak diberikan secukupnya masa yang beliau perlukan.. namun, pada pendapat aku keputusan yang dibuat oleh owner is the right one. Obviously, RH failed to show yang dia sebenarnya up to the task even from the word go lagi.

Oleh itu, aku dengan open arm me-welcome Liverpool's Favourite Son - KENNY DALGLISH - as Liverpool new manager. Hopefully, he will show the world who Liverpool really are!!

WELCOME KING KENNY!!!!

You'll Never Walk Alone!

30 Disember 2010

SYABAS MALAYSIA !!

Tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya menumbangkan "Timnas Garuda" malam tadi untuk menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali nya.

Yang lebih seronok nya, PM telah umumkan hari Jumaat @ 31/12/2010 sebagai cuti umum.. YEAHOO!!!

Rata2 tajuk berita muka depan dan belakang akhbar2 hari ini berkisar tentang kejayaan Malaysia menjadi juara Piala AFF Suzuki. Termasuk juga media2 online yang kebanyakkan nya mengulas tentang kejayaan Malaysia dalam kejohanan tersebut.

Apa yang menarik pada aku ialah banyak blog pada hari ini men-dedikas-kan entry atas kejayaan skuad Harimau Malaya tersebut. Tak kira lah tuan punya blog itu lelaki atau perempuan ke.. Tiba2 aku terasa macam ramai pulak yang secara tidak langsung menjadi "pakar" pengulas sukan bola sepak tanah air!

Kebanyakkan nya memuji kehebatan dan kecekapan Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia. Aku tak pasti samada pujian itu sebab kecekapan beliau atau sebab ke-hensem-an beliau :-)

Personally, aku suka aksi Mohd Muslim (pertahanan tengah), Mohd Fadzli Shas (pertahanan tengah), Kunalan (midfield kanan/kiri) & Amar Rohidan (defensive midfield). Kerja keras dan ketajaman mengawal ruang mereka telah menafikan peluang2 terbuka kepada skuad lawan - terutamanya, Amar Rohidan. Jelas sekali bila Amar dikeluarkan, Malaysia dibolosi dengan 2 gol oleh pihak lawan. He is the true unsung hero for the Harimau Malaya!

Walaubagaimanapun, semangat bermain sebagai satu pasukan, bekerja keras untuk satu sama lain dan mental strength telah memungkinkan rakyat Malaysia sekali lagi berbangga untuk mengatakan yang..

MALAYSIA BOLEH !!

MALAYSIA IS THE CHAMPION !!

SYABAS SKUAD HARIMAU MALAYA!

27 Disember 2010

TAHNIAH MALAYSIA!!

MAS 3 - 0 INA

Tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia yang berjaya menewaskan Indonesia 3 - 0 dalam perlawanan akhir (pusingan pertama) piala AFF Suzuki di stadium nasional bukit jalil.

Apa yang lebih membanggakan, pasukan Malaysia pada kejohanan kali ini rata2 nya terdiri daripada pemain2 muda yang berusia lingkugan 20-26 tahun.

TAHNIAH! We are proud of all of you!

Personally, aku suka kelibat Mohd Muslim, Mohd Fadli & Kunalan. But, the rest of the team were great and work hard for each other. 
Harap2 pusingan kedua nanti yang akan berlangsung di stadium bung karno, indonesia akan menghasilkan keputusan dan permainan yang baik juga. Seterusnya, Malaysia berjaya menjulang piala AFF Suzuki sebagai ASEAN CHAMPION !!
Walaubagaimanapun, perlawanan sedikit tersemar dengan gelagat sebahagian penonton (dipercayai penonton Malaysia) yang menggunakan pancaran "laser pen" ke arah pemain2 indonesia. Juga, perbuatan segelintir yang membaling dan membakar mercun semasa menonton perlawanan tersebut.

Semoga semua pihak (terutamanya penonton) dapat learned the lesson dan bersikap bersemangat kesukanan tinggi supaya dapat mempertingkatkan nama Malaysia di mata dunia melalui BOLASEPAK!!

TAHNIAH!!

MALAYSIA BOLEH !!

04 November 2010

'PAUL' THE OCTOPUS.. KEMBALI

Paul sudah kembali ! berita lanjut

Dah jadi hantu ke apa si Paul ni ? Ada ke hantu sotong ? hahahahaha..

Sebenarnya, owner Paul telah menggantikan Paul dengan 'Paul' yang baru.

Hahahaha.. kalau dasar kaki judi tu.. ada2 je la! Tak kuasa aku..

Tokey judi jugak yang kaya..

27 September 2010

BOLA ITU BULAT 2

Huh?!! Menyampah betul aku. previous entry

Liverpool 2 - 2 Sunderland

Main tempat sendiri pun kena 'buli'. Game di kontrol oleh pihak lawan a.k.a Sunderland

Bila la nak main dengan lebih baik ni !!!

TENSIONNNN !!!