05 Disember 2010

ULTRAMAN COSMOS & NURIN HANA

Kartun apa yang anak korang minat sekali ?

Untuk Nurin hana, sudah tentunya ULTRAMAN!!

Masa : Isnin-Khamis @ 7pm
Channel : Astro 611

Itu lah waktu temujanji nya. Memang tak boleh kacau!

Entah sejak bila Nurin hana jadi fanatik ULTRAMAN, aku sendiri pun tak pasti. Semuanya bermula daripada ULTRAMAN GAIA dulu di Astro 611. Kemudian nya, siri tu habis dan di gantikan dengan ULTRAMAN COSMOS. Siap boleh menyanyi2 dan menari2 lagi bila lagu bahasa jepun tu berkumandang di kaca tv.

Awas! kalau Nurin hana tak dapat nengok ULTRAMAN, dia akan merajuk dan menangis.

***

Berikut adalah antara perbualan2 yang membabitkan ULTRAMAN :

"Papa pulak tengok tv..", aku kata pada Nurin hana minta untuk tukar channel

"Tengok ULTRAMAN dulu.. lepas ULTRAMAN, Papa tengok bola sepak ye..", kata Nurin hana selamba je..

Tapi, tak dapat juga aku nengok.. sebab lepas ULTRAMAN, tengok conan pulak, lepas tu timmy time, lepas tu handy manny.. last sekali aku pun tido.. 

***

"OK, siap.. siap. Jom pergi pasar malam", kata aku

"Kejap. Lepas ULTRAMAN ye..", kata Nurin hana

grrr..

***

"Nurin hana kena makan sayur tau..", kata cik puan kpp

"Tak nak", kata Nurin hana

"Kalau tak makan sayur.. Nurin hana jadi RAKSASA. ULTRAMAN makan sayur", kata cik puan kpp

Nurin hana pun makan..

hehe..

***

"Ramainya ULTRAMAN..", kata Nurin hana masa nengok cerita ULTRAMAN BROTHERS & ULTRAMAN NEBIUS

"Siapa paling kuat ?", aku tanya Nurin hana

"ULTRAMAN COSMOS la.. sebab ULTRAMAN COSMOS makan sayur", jawab Nurin hana

keh3x

5 ulasan:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
gua teringat gaban dan suria perkasa hitam

Pencacai Alim berkata...

lama tk mai sini..byk entri miss ni..bru balek dr kursus..apa kabo? :)

Pala Maldini berkata...

brutalsolo : gaban best

pencacai alim : alhamdulillah.. sihat

Syigim berkata...

khaleef dulu terjebak ngan ultraman ni sejak antar dia ke nursery. tp kat dubai ni dia asyik ben10 je la :P power rangers pun gile jgk. ultraman dubai x import! hihi

hmmm, sini pun sama. kita pulak nk kena ikut schedule cartoon diorang.. :P

IDAZS berkata...

hikhikhik...lucu. budak pompuan pun suka ultraman yea... :)