28 November 2010

DUTCH LADY KID

Nurin hana dah 3 tahun++ sekarang. Masa baby, selama dua tahun Nurin hana menyusu susu badan cik puan kpp. So, bila dah genap dua tahun cik puan kpp pun stop menyusu-badankan Nurin hana dan beralih kepada susu formula pula. Brand yang kami pilih untuk Nurin hana ialah.. "Enfagrow"

Malangnya, Nurin hana tak berapa berkenan dengan susu formula tersebut. Puas lah berperang kalau nak suruh dia minum susu formula tu. Macam2 helah dan trick in the book kami dah guna, tapi masih macam itu juga. Anehnya, kalau dekat school Nurin hana akan minum pula (menurut kata cikgu nya).  Mungkin sebab terpaksa minum, atau takut kat cikgu gamaknya.. Nurin hana minum. Bila di rumah, memang Nurin hana akan reject se-reject2 nya.

Aku dan cik puan kpp jadi buntu.

Aku perhatikan budak2 lain bukan main lazat lagi bila men'gonggong' botol susu yang berisi susu formula. Tapi, Nurin hana tidak. Aku dengan cik puan kpp agak risau juga sebab takut Nurin hana akan kekurangan zat tambahan yang biasanya ada pada susu formula (berdasarkan yang tercatat dan yang diwar2kan lah pada kotak atau tin susu tersebut).

Untuk makluman, "Enfagrow" yang kami beli tu bukan perisa asli.. tapi perisa honey. Dengan harapan, kalau ada perasa2 tentulah Nurin hana akan suka. Tapi, tak jalan.. dia tetap reject.

So, cik puan kpp cadangkan untuk try bagi minum air susu kotak "Dutch Lady" pula. Kami mula try dengan susu "Dutch Lady" kotak yang saiz besar tu. Kalau Nurin hana tak nak minum.. aku lah yang bedal :-)

Alhamdulillah, Nurin hana suka minum. Dan, kadang2 makan dengan coco crunch. Daripada kotak yang besar (dituang dalam cawan), kami tukar kepada kotak kecil2. Beli banyak2 buat stok. Bila Nurin hana nak minum, kami bagi lah susu tu satu kotak. 

image : submerryn.com

Bulan lepas, "Dutch Lady" telah meng'inovate' susu kotak nya untuk memenuhi keperluan kanak2. Di namakan "School" & "Kid". Inilah peluang untuk bagi pada Nurin hana cuba. "Dutch Lady Kid" dikhaskan untuk kanak2 berumur 1-6 tahun. Pergi ke Carrefour dan beli sedozen untuk buat stok. Alhadulillah, Nurin hana suka. Dan, hopefully berterusan suka.

Aku tak tau samada "Dutch Lady Kid" ni boleh gantikan susu formula atau tidak.. tapi, sekurang2nya Nurin hana nak minum susu berbanding sebelum ini. Lepas ni kenalah beli berdozen2 pulak. Kalau Nurin hana tak larat nak minum habis kan.. Papa nya lah pula yang akan tolong perabihkan sama..

TQ Dutch Lady Kid!

4 ulasan:

Hanis Azla berkata...

wah senanglah, tak payah bancuh2.. terus hulur sekotak ajer.. nak jalan pun tentu lg senang.

Pala Maldini berkata...

ye betul.. tapi, kalau jalan2 lagi senang.. nurin hana minum air kosong je..

Unknown berkata...

nurin sebaya umai rupanya..
umai minum anmmun...4 hari sekotak 1.3 kg tak cukup..

saya pulak risau..

IDAZS berkata...

Sama macam anak saya! tapi sekarang dia baru berumur 2 tahun lebih. Bila dan biasa dgn susu ibu mmg sukar nak cari susu formula yang sesuai. semua direject!
akhirnya susu formula tu wat masker+mandi susu..kehkehkeh

Nasiblah ada dutch lady kid ni. nak juga dia minum...