Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan

29 November 2010

ANAK HILANG DI HYPERMARKET

ting! tong!

"Pengumuman, ada seorang kanak2 kehilangan ibu bapa nya. Kanak2 ini berbaju belang merah dan berseluar biru. Ibu bapa kanak2 ini, sila ke kaunter pengumuman. Sekian, terima kasih"

Kedengaran pengumuman budak kehilangan ibu bapa di sound sistem hypermarket. 

"Apa lah! Shopping sampai lupa kat anak!", spontan aku mengomel

Kebetulan ada seorang mamat india terdengar ngomelan aku. Dia pun sama mencelah

"Gila! itu orang shopping tak tau jaga anak!", mamat india tu membalas. Jelas kedengaran kat telinga aku sebab memang dia tujukan percakapan tu macam dia berborak dengan aku (padahal aku tak kenal dia). Marah nampak..

Aku senyum.

***

Kadang2 aku tak faham kenapa lah sampai boleh bershopping sakan dan boleh kehilangan anak ? Boleh dikatakan almost mana2 shopping complex atau hypermarket akan ada sahaja situasi ini. Diorang ni tak sayang anak ke apa ?

Ok, aku tau. Sometimes memang ada budak yang hyper aktif dan habis semua tempat nak di godam nya. Masuk lorong situ, masuk lorong sini. berlari2 lah, melompat2 dan sebagainya. Tapi, sebagai ibu bapa bukan kah sepatutnya kita mengawal anak2 kita tu. Paling tidak pun keep an eyes so that budak tu tak hilang.

Kadang2 bila gi bershopping, kaum2 ibu ni terlalu asyik dengan task bershopping nya sampai lupa dengan anak2 berderet yang dibawanya bersama. Yang bapa pula, malas nak melayan shopping isterinya akan ambil kesempatan gi hisap rokok lah.. dok kat kerusi berehat la.. dan, macam2 peel lagi. Akibatnya, anak2 tu buat hal sendiri main2 dan akhirnya lupa tempat ibu bapa nya berada tadi.

Ok lah.. cerita pasal orang tak guna. Meh, cerita pasal aku sendiri. Kalau gi shopping, apa aku akan buat ?

Untuk makluman, cik puan kpp kalau bershopping.. memang aku boleh muntah darah lah kalau ikut sekali. Setiap sudut, setiap tempat selagi ada cik puan kpp akan masuk dan membelek2. Aku pulak jenis tak larat nak berdiri lama sebab dada aku akan sakit dan rasa macam semput nyawa (ini betul, aku tak tipu).

Selalunya, bila gi bershopping (terutamanya di shopping compleks), aku akan jadi baby sitter dan biarkan cik puan kpp shopping ikut suka hati dia. Dan, selalunya Nurin hana akan dok dengan aku atau aku akan always keep an eyes pada apa yang Nurin hana buat. Kalau dia main lari2, masuk2 lorong, sembunyi celah2 baju.. aku akan pastikan mata aku akan nampak apa yang dia buat. Apa yang jadi pada sekeliling, aku tak ambil pot sangat. My focus will be on Nurin hana.

Mungkin sebab itu, alhamdulillah aku tak pernah alami masalah kehilangan anak di shopping2 kompleks mahupun hypermarket. Ok lah, aku akui.. anak satu senang nak jaga. Kalau anak ada 4 macamana ? dan, masing2 ada peel masing2 dan asyik nak buat hal tengah ramai2 orang tu..?

Tak pe lah, untuk itu.. aku simpan dulu cerita nya sampai aku ada anak 4 nanti. Cuma, apa yang aku nak sampaikan ialah.. sentiasa lah perhatikan anak2 bila bershopping. Jangan asyik sangat dengan bershopping sampai anak pun boleh hilang! kalau jumpa kat tempat pengumuman, tak pe lah.. kalau kena kidnap dan di jual pada syndicate ?? Hah?! sapa yang nak jawab..?

Jagalah anak korang baik2.. jangan sampai nanti, menangis darah pun sudah tidak berguna lagi..

11 November 2010

SELAMAT HARI LAHIR... 'CIK MORI

11/11/1948 - tarikh lahir 'cik Mori. Kiranya hari ini genaplah umur 'cik Mori 62 tahun. Alhamdulillah, masih sihat walaupun ada penyakit diabetis - namun masih terkawal.

'cik Mori masa zaman kanak2nya melalui zaman2 yang sukar. Bapa 'cik Mori garang ya amat - panas baran. Duduk pula rumah setinggan. Masa remaja lagi bapa 'cik Mori dah meninggal dan arwah emak 'cik Mori ('cik Yah) yang membesarkan mereka adik beradik.

Adik beradik 'cik Mori ada 4 orang semuanya - 'cik Mori anak yang ketiga dimana yang lain2 semuanya lelaki. Jangan terkejut pula kalau aku katakan 'cik Mori bersekolah di convent bukit nanas - sekolah yang famous di tengah2 bandar KL tu. Sebab itu english 'cik Mori agak baik dan mampu berkomunikasi dengan baik.

'cik Mori masa zaman anak dara nya adalah seorang yang sangat cantik - ini serious, aku tak tipu. Kalau tengok gambar2 zaman muda 'cik Mori tentu ramai lelaki yang akan luruh jantungnya! Kalau nak dibandingkan dengan artis dulu2.. aku boleh contohkan dengan Zaiton (kekasih ajis dalam bujang lapuk) kalaupun tak Rose Yatimah - serious.

Muda2 lagi 'cik Mori dah bekerja memandangkan keadaan keluarga yang serba kekurangan dimana hanya bergantung kepada pendapatan 'cik Yah mengambil upah kerja dirumah orang dan dibantu oleh abang 'cik Mori, Long Seman yang kerja biasa2 saja.

'cik Mori berkahwin dalam usia 27 tahun dan setahun kemudian lahir lah aku - anak sulung dan cucu lelaki sulung dalam keluarga 'cik Yah.

Seingat aku, 'cik Mori pernah bekerja di sebuah hotel di KL sebagai pengemas bilik. Sehingga lah hotel tu tutup dan semua pekerja diberhentikan kerja (kemudian nya bertukar menjadi Concorde hotel). Demi membantu menambahkan pendapatan keluarga, 'cik Mori kemudian nya bekerja pula di sebuah kilang baju sebagai pemotong benang. Walaupun pendapatan nya tidak seberapa, masih lagi dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga.

Beberapa tahun bekerja, kilang tersebut akhirnya ditutup dan 'cik Mori menjadi suri rumah sepenuh masa. Pendapatan keluarga telah menjadi sedikit baik memandangkan telah ada 2 pintu rumah sewa yang menjana pendapatan bulanan.

Cabaran terbesar 'cik Mori ialah bila 'cik Yah jatuh sakit dan tidak dapat menguruskan diri sendiri dengan baik. 'cik Yah sebenarnya tinggal berasingan di rumah sendiri dan apabila 'cik Yah jatuh sakit, 'cik Mori telah membawa 'cik Yah ke rumahnya untuk di jaga memandangkan hanya 'cik Mori sahaja lah anak perempuan yang 'cik Yah ada.

Dekat tiga tahun 'cik Mori menjaga dan menguruskan 'cik Yah sehingga lah 'cik Yah meninggal dunia akibat penyakit diabetis nya yang semakin meruncing sehingga terpaksa di potong kaki separas buku lali (kemudian nya 'cik Yah meninggal selepas operation terakhir itu). Pada waktu itu aku masih belajar di sebuah pusat pengajian persediaan dan sedang menghadapi peperiksaan akhir - lebih kurang umur 21 tahun.

Banyak lagi cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh 'cik Mori kemudian nya yang tak sanggup nak aku ceritakan. Terlalu banyak dan terlalu pedih. Namun bukan semua nya sedih2 belaka.. banyak juga waktu2 gembiranya..

Mungkin yang lebih menyedihkan.. aku tak pernah pun cakap..

"EMAK, ALONG SAYANGKAN EMAK! "

wah! sedih pulak aku..

Kata orang.. kasih ibu membawa ke syurga!

SELAMAT HARI LAHIR.. 'CIK MORI


nota : masa aku menaip entry ini, 'cik Mori ada kat depan aku..