05 Julai 2013
PETANI BANDAR : BETIK DEPAN RUMAH
Apa macam ? teruja tak tengok gayutan betik tu ? Perghh..
Tapi, sayang... seribu kali sayang...
Buah nya lebat tapi rasa... tidak manis. Bukan tahap kurang manis, dah boleh kata tidak manis..
Arakian alkisah, petani bandar membeli anak pokok betik ini di sebuah nursery di Bangi. Masa beli tu masih kecil anak lagi... kecil sangat2. Dengan harga RM5
Keterujaan petani bandar nak beli benih pokok betik ini sebab di nursery tersebut ada pohon betik jenis ini yang besar dan buah nya.. masyaAllah, besar2 lah.. (sebut slang arab sikit untuk menambah effect)
Memang tak di nafikan, buah nya kalau menjadi betul2.. besarnya lain macam. Kalau dipotong, biji dalamnya ada lah dalam 3-4 biji.. pelik bebenor!
Petani bandar tak tahu apa nama pokok betik ini, tapi.. mungkin juga buah nya digunakan untuk buat rojak, kot? ntah lah..
Seriously, agak kecewa dengan tahap rendah kemanisan nya.
Pak mentua petani bandar gemar lah.. sebab nanti boleh suruh 'cik Ro buat masak sayur.
Yang ipar petani bandar pun sama.. dia gemar yang baru masak sikit2.. masa betik tu ala2 mengkal lagi. Lebih sedap makan masa tahap masak yang begitu.. katanya.
cik puan kpp jangan kata lah... rasanya, baru sekali dia menjamah buah betik tersebut walau dah berkali2 petani bandar memetik dan memotong nya.
Nurin Hana juga lah yang setia menemani petani bandar membaham buah betik tersebut bila petani bandar memotong nya. Itu pun, kami berdua tak pernah dapat habiskan walau sebiji. Pasti ada saja baki nya yang dibuang
Nak dipotong terasa sayang, tapi.. nak di makan.. tak lalu lah pulak rasanya.. huhu!
Nasib nko lah betik!
p/s: rindunya nak makan betik kat rumah lama dulu tu yang tersangat manis dan ranum..... huhu!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan