25 Mac 2013

PHYSIO AT WORK



Problem : Stiff & pain ankle

Penyebab : Tackle keras pemain amatur semasa perlawanan bolasepak persahabatan amatur yang tidak di iktiraf oleh FIFA

Akibatnya : Setelah sepuluh tahun berlalu, kesan nya sekali sekala masih aku terasa (macam lagu Gersang)

Dah x-ray (suatu masa dahulu) - Ampang Puteri - ok katanya

Dah jumpa doktor sukan (suatu masa dahulu) - KL - ok katanya

Dah jumpa doktor klinik panel (bulan lepas) - Bangsar - ok katanya... siap suspek mungkin ghout (oh, tidak!!)

Akhirnya, aku ambil kesempatan bersempena adanya klinik sphysio kat ofis ini untuk ke physio pula.

Pagi tadi adalah sessi yang pertama.

Physio tu pun macam tak percaya je yang ankle aku tu "kadang-kadang sakit". Bila dia lentuk ke kiri kanan, tekan tekan, picit picit... semuanya jawapan aku,"Tak sakit"

Abis, apa yang sakit ? haha!

Last2, dia letak benda panas kat ankle aku, macam tungku pulak. lepas 15minit kot, dia masuk balik dan kata...,"ok, kita KARAN"

Erkk!

Basically, physio pasang alat KARAN tu kat ankle aku dan naikkan KARAN nya... katanya,"saya naik kan KARAN sampai tahap sebelum sakit ye.."

Aku dengan suspen nya, menganguk aje...

Takut punya pasal, belum cukup sakit, aku dah kata sakit... haha!

Tapi, best juga benda KARAN tu.. nanti next time aku tanya apa nama mesin tu.

Lebih kurang 30minit treatment, aku pun dibenarkan balik. Next appointment - Rabu

Suspect : Otot lemah sebab kurang stretching

Nasihat Physio : Pagi2 bangun tidur buat stretching ye..

Baiklah.