18 Julai 2012

((PETANI BANDAR)) - BUAH SULUNG MIRACLE BERRY

Alhamdulillah... happy nya petani bandar semalam!

Selepas dapat tahu lulus exams ITIL paginya, balik kerja pulak dapat berita gembira lagi...

Pokok Miracle Berry petani bandar menerbitkan buah sulung nya... yeahoooooo! Seronok gila..

Synsepalum dulcificum also known as the miracle fruit is a plant with a berry that, when eaten, causes sour foods (such as lemons and limes) subsequently consumed to taste sweet. This effect is due to miraculin, which is used commercially as a sugar substitute. Common names for this species and its berry include miracle fruit[2], miracle berry, miraculous berry,[2], sweet berry... wiki

Sebenarnya dah lama petani bandar beli pokok miracle berry tu kat pasar malam. Asal2 beli dulu memang macam dah berbunga... tapi, setiap kali itu bunga nya tak menjadi. Daripada sehari ke sehari... masih sama. Walau banyak mana bunga ynag keluar, akhirnya bunga nya menjadi hitam dan 'mati'... semua gagal menjadi buah.

Petani bandar tidak pasti apa sebenarnya yang tak kena dengan pokok tersebut. Nak kata tak cukup baja, sebulan sekali petani bandar dok top-up baja. Tak cukup baja organic (baja tahi ayam), bubuh pula baja kimia yang petani bandar beli kat UPM.

Tapi, semua keresahan terlerai petang semalam bila tak semena2 petani bandar terpandang buah miracle berry muda yang semakin membesar di dahan pokok miracle berry nya...



Berdasarkan pembacaan, ke-istimewaan buah miracle berry ini ialah bila kita makan buah nya... semua makanan selepas itu menjadi manis. Contoh kalau minum air suam, rasa manis juga... 

Ini adalah disebab kan oleh sejenis tindak balas kimia yang terdapat pada buah tersebut yang menyebabkan semua benda berasa manis.

Petani bandar difahamkan, buah miracle berry tersebut berwarna hijau ketika muda dan berwarna merah bila sudah masak. Dan, ianya tidak ada rasa apa2 pun.

Actually, petani bandar sangat teruja nak test sendiri ke-istimewaan yang di canang2kan itu... sebab tu lah jadi sangat excited bila petang semalam petani bandar nampak pokok tersebut berbuah.

Disamping itu, 'cik Mori yang ada penyakit diabetes tu mungkin boleh gunakan miracle berry untuk merasa kemanisan pada makanan atau minuman... sekaligus, boleh mengurangkan penggunaan gula yang menjadi 'musuh' utama.

Harap2, pokok tersebut berbuah lebat dan boleh lah petani bandar hantar sepokok kepada 'cik Mori pula nanti. Dah terbayang2 nak gi beli sepokok lagi kat pasar malam jumaat nanti...

3 ulasan:

Ai One berkata...

Salam,

Waa..tahniah, seronoknya... pokok dah berbuah...

Tapi kena hati-hati, takut dimakan dek burung... burung agak gemar dengan buah ajaib nie..

Hmm , maaf, nak buat sikit pembetulan dengan info petani bandar, untuk makluman buah ajaib nie hanya akan memeberi kesan manis pada makanan yang masam dan pahit sahaja . Makanan yang sedia manis akan kekal manis seperti sediakala ataupun agak sedikit lebih manis daripada biasa & air masak/kosong/suam dan yang seperti dengannya tetap akan dirasa seperti air masak/kosong/suam juga , tiada apa apa perubahan.

salam.

Ai One berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ai One berkata...

Buah Ajaib @ Buah Seribu Manis

Buah Ajab @ Buah Seribu Manis

Kepada yang berminat nak mencuba buah ajaib nie , saya ada jual dengan harga berpatutan . Stok Terhad.

globalincomes@gmail.com