06 Disember 2012

((PETANI BANDAR)) - MIRACLE BERRY : KOMEN PEMBACA

Tiba2 terasa macam nak menjengah ke dalam blog aku ni yang dah lama terbiar begitu saja. Agak tertarik kerana ada orang komen berkenaan dengan Miracle Berry dalam entry yang lepas.


Ok, last few weeks ada 2 biji buah Miracle Berry yang masak meranum di pokok Miracle Berry aku tu. Punya lah excited, sebab yang batch lepas ntah kemana hilangnya. Aku suspect kena bedal dengan burung memandangkan warna merah nya yang sangat menarik perhatian itu.

Ok, bila aku dah confirmed ada 2 biji yang masih selamat masak meranum di pokok... terus aku whatsapp Azli...

"Li.. miracle berry dah masak. Ada 2. Kalau ada rezeki, isnin kita try"

"Ok", balas Azli

"Kita buktikan mitos buah miracle berry ini..!"

"Yeah! mythbuster..", balas Azli

On monday yang dijanjikan, aku bawa 2 biji Miracle Berry yang sudah masak merah meranum.

"Ok Li.. nko satu, aku satu.."

"Nko biar betul. Buat nya dua2 pitam kang ?", Azli was-was

"Takpe, biar aku try dulu.."

Terus aku makan sebiji. Tinggalkan sebiji lagi untuk Azli.

"Kalau aku pengsan, nko tau lah apa sebab nya Li..", aku 'wasiat'kan kepada Azli... hehe

Berbekalkan air suam segelas, lepas makan Miracle Berry tersebut... aku pun teguk air 'reverse osmosis' segelas... gulp, gulp!

"Emmm.. tak de rasa apa2 pun Li.."

"Betul ke buah yang nko makan ni ?", Azli was-was lagi

"Betul lah.. ornag pasar malam tu yang kata itu pokok 'buah ajaib'"...

Tak puas hati... lepas makan tengahari, aku bedal sebiji lagi (yang reserved untuk Azli). Sebabnya, Azli was-was nak try..

Aku teguk lagi air 'reverse osmosis'.... emmm... masih sama!

Maka, aku buat kesimpulan...

Miracle Berry + Air Suam = Air rasa manis ---> adalah MITOS semata!

Jadi, experiment aku ni sebenarnya, meng-iya-kan komen yang di tulis oleh Ai One dalam entry yang berkenaan..

2 ulasan:

ctpayong berkata...

assalamualaikum wbt.

ermmm...lama xupdate. buzy mustinya. sebenarnya, apa yang ajaibnya ttg buah tu???

Pala Maldini berkata...

Orang kata, kalau kita makan benda masam (contohnya limau, atau mangga masam), akan terasa manis.. (ini belum cuba lagi.. tunggu buah baru)

ada juga yang kata, kalau minum air suam pun manis.. yang ini sudah dibuktikan TIDAK BETUL