10 Julai 2012

R.I.P SIVA : 1976-2012


Minggu lepas ofis kami ni agak pilu sikit sebab... kami kehilangan salah seorang rakan sekerja yang sudah lama berperang dengan penyakit yang di alami nya.... LEUKIMIA..

The story started well about 2 years ago...

Siva asalnya tak ada pun di diagnose dengan masalah leukimia... nampak sihat wal'afiyat je gayanya... dengan tubuh badan gempal nya...

Cuma, masalah kesihatan terbesar Siva ialah... beliau mengidap acute gout.. (gout yang sangat teruk)

Setiap kali kalau di serang masalah gout, beliau akan pergi ke klinik untuk mengambil injection tahan sakit... perkara tersebut berulang2... dan semakin kerap. Boleh dikatakan almost every week...

Dan, on one very unfortunate day... beliau di diagnose mengalami masalah kelebihan sel darah putih (sel darah putih lebih banyak daripada sel darah merah)

Mula daripada situ, beliau mula berulang-alik ke hospital pakar untuk tujuan rawatan... semakin hari semakin kerap. MC pada mula nya seminggu... lama2 jadi bulan... dan setahun kemudian... beliau tidak lagi datang kerja sebab MC berpanjangan...

Sampai satu masa, doktor suggest untuk buat pembedahan pemindahan sum-sum tulang. Bila dah buat pemeriksaan, di dapati salah seorang daripada abang beliau adalah donor yang match. 

Tapi, proses nya terlalu lama dan sukar... 

Bermula dengan proses kimo-therapy untuk memastikan kesihatan beliau baik sebelum proses pembedahan pemindahan sum-sum tulang dapat di lakukan. Malangnya, setiap kali beliau menjalani proses tersebut.... senantiasa ada jangkitan yang menyebabkan pembedahan tidak dapat di jadualkan seperti yang sepatutnya...

Proses kimo dan jangkitan ini berulang2 sehinggalah beliau mula berada dalam keadaan kritikal beberapa minggu yang lalu.

Minggu pertama beliau dimasukkan ke ICU, kami bertiga (En Wan, Azli dan aku) pergi melawat beliau di nit ICU tersebut. Masa tu beliau masih boleh melambai2kan tangan lagi kepada kami, tanda beliau sedar kehadiran kami di situ...

Seminggu kemudian, kami mendapat berita... "He is in his FINAL BATTLE..."

Ayat yang digunakan oleh kawan baik beliau memaklumkan kepada kami tentang keadaan beliau yang kritikal...

2 days after that... Siva is gone. Exactly at 7:47am on 04/07/2012.

And, he was a year younger than me!

R.I.P Siva a/l Muniasamy

2 ulasan:

Hanis Azla berkata...

RIP siva.. dalam sihat2 kan.. tiba2 aje.. penyakit dtg memang tak terduga.. semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan umur hendaknya supaya dengannya kita dapat manfaatkan masa yang ada dgn sebaiknya untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.. insyaAllah..

Rai berkata...

rip siva..sebenarnya..kebanyakan pesakit leukimia bukan mati sebab leukimia tu sendiri..tapi sebab proses rawatannya dan dos ubat yg tinggi..mcm adik kawan saya.. akhirnya meninggal dunia sebab paru paru berair kesan sampingan dari ubat yang diambil..