03 Januari 2012

PROJEK BARU PETANI BANDAR

Dekat seminggu cuti, sakit2 satu badan dibuatnya.

Pada kebiasaannya, aku kalau bercuti dah siap dengan segala bagai planning untuk buat apa hour-by-hour. Hendak2 lagi bila cuti bersendirian dirumah.. lebih panjanglah kaki aku. Tapi, cuti kali ini agak berlainana sikit sebab memang tidak plan apa2 dan purposely untuk me-lazy-kan diri semata2.

Ok, mari bercerita tentang "projek" baru petani bandar.

Pokok Mangga Chokanan dan pokok Ciku adalah hasil "projek" terbaru oleh petani bandar selepas beberapa "projek" yang lalu... macam nak gagal. Untuk rekod, "projek" yang lalu ialah... pokok Mangga Nam Dok Mai (dah sekat sebulan tak tumbuh2 pucuk baru pun) dan pokok pagar bunga raya (banyak yang layu daripada yang segar.. huhu!).

Disebabkan tanah kat tepi rumah tu macam haram je dia punya condition (berbatu), maka aku telah dinasihatkan oleh tuan penasihat-Azli untuk beralih ke tanaman dalam pasu pula. Memang pokoknya nanti akan terbantut, tapi apa yang lebih penting.. ianya boleh membesar dan berbuah. Dan, aku sangat teruja dengan cadangan tuan penasihat-Azli tersebut.

Rabu aku half day. On the way balik, aku pergi survey harga pasu di beberapa nursery yang lain setelah agak kecewa tempohari dengan harga yang ditawarkan di 2 buah nursery sekitar Kg Abu Bakar Baginda (KABB).

Tiga kedai aku tanya harga pasu yang se-akan2 sama saiznya... tiga jenis harga yang aku dapat dalam julat RM75-RM85 sepasu. Way too good kalau compare dengan harga dua nursery di KABB yang lalu. In the end, aku decide untuk beli daripada Risda Semaian yang terletak di Bangi. Harganya RM75 satu pasu yang dipanggil "Samkong" - entah apa maksudnya!

Next day, aku pagi2 dah pergi untuk beli 3 pasu Samkong + 2 pasu no 2 + 50 beg tanah campur baja. Orang Risda Semaian tu kata, kalau tanah campur baja tu.. tak perlu lagi tambah baja untuk 3 bulan! Sangat bagus untuk petani bandar yang "rajin" macam aku ni...

So, dibawah ini lah hasil nya... mudah2an ada buahnya kemudian hari nanti.. Ammmiinnn..


Ciku


Mangga Chokanan

 Good luck Petani Bandar!

3 ulasan:

Unknown berkata...

baguihnyer, rajin menanam! :)

Hanis Azla berkata...

semoga tanaman kali ini berhasil hendaknya.. dah berbuah nnt bolehlah ajak kawan2 dtg makan.. he..he..

Unknown berkata...

cuba tanam durian belanda.. permintaan tgh tggi skrg sbb khasiat dia byk.. :)