31 Januari 2012

A RACE AGAINST OVERHEAT

Ini cerita Jumaat lepas.

Pagi2 bangun terasa macam malas nak pergi kerja... entah kenapa, aku tak pasti.

Jam dah tunjuk 7:20am, tapi masih belum gerak2 lagi... ah, sahih aku dah lepas jadual keretapi jam 7:30am. Cik puan kpp dah siap2 masuk kereta beliau dan terus memecut pantas meninggalkan aku dan Nurin hana untuk naik kereta merah itu.

Macam biasa, pagi2 aku akan starts enjin untuk tujuan warm-up.

Tapi, entah apa hal pagi tu tiba2 aku terasa macam nak "ramp" enjin kereta se-pam dua. Aku pun tekan padel minyak sampai habis... Vvrroooommm! Vvrooooooomm! 

Di hujung vroom yang kedua,  terdengar bunyi lain macam di sekitas enjin pusss! puss! pussss! bunyi nya. Aku dah suspens! Alamak! apahal pulak ni... Dalam hati, harap2 jangan lah enjin rosak ke apa ke..

Aku off dan starts enjin semula. Hidup, tapi bunyi nya lain macam! Check2 kat enjin rupa2nya.... Loh!! Fan belt putus sih!! dan, Air-cond belt pun dah misplaced. Panik!

Nurin hana tanya, "Kenapa papa?"

"Kereta papa rosak", jawab aku

"Kan Nurin hana dah kata, kereta papa ni dah tua", balas Nurin hana

Huh?! ini mesti kerja "ajaran sesat" cik puan kpp !
Tanya2 kawan samada boleh jalan tak kalau keadaan kereta macam tu ? Dia kata boleh.. tapi, jangan jauh2 katanya. 

Malas nak fikir panjang, aku pun gamble starts enjin menuju ke worksyop di bangi. Dalam perjalanan aku dropped Nurin hana kat school beliau dan teruskan misi berani mati aku. Ini kalau apa2 jadi tengah jalan... maunya haru.

Suku perjalanan aku perasan yang temperature makin naik dah nak dekat merah. Rupa2nya, bila belt tu putus, fan pun tak boleh kicked sebab bateri tak charged. As a result, enjin jadi panas lah..

Aku berhenti tepi jalan (sebelum temperature dalam kawasan merah) dan biar enjin cool down sikit. Tuang2 air lebih kurang dan beberapa minit kemudian aku starts enjin dan teruskan perjalanan lagi. Beberapa kali aksi yang sama aku ulang untuk menggelakkan enjin jadi overheat yang mungkin lebih merobek pokok aku nanti! 

Alhamdulillah, in the end aku berjaya sampai ke worksyop yang di tuju tanpa ada insiden yang tidak di ingini dan tidak overheat - Lega!

Dan, RM168 + 3 jam kemudian... semuanya back to normal. Lega

Root cause :
1) Bracket attenuator longgar sebab ada skru yang sudah hilang

Pengajaran :
Kalau nak gamble... make sure yang ianya "Calculated gamble" dengan erti kata lain... pastikan kita tahu apa yang kita buat dan akibatnya

Sekian

2 ulasan:

Hanis Azla berkata...

selalu tak perasan kalau ada kelainan bunyi enjin.. he..he.. tahu bawak aje..

ctpayong berkata...

aiekkk...ada hati nak masok F1 nampak...heheheheeee.