12 Januari 2012

1 MILLION MONEY DROP

Malam tadi aku dok melayan 1 Million Money Drop yang di-acara kan oleh AC Mizal. Sebelum ini tak pernah pula aku terliur nak nengok rancangan game show terbaru ini sehingga lah aku mendengar daripada kawan2 ofis yang game show tu seronok juga.

Actually, rancangan yang sebenarnya adalah pada hari sabtu. Oleh itu, apa yang aku nengok semalam adalah siaran ulangan episod yang entah ke berapa aku tak pasti.

Contestant pertama adalah 2 orang lelaki yang mungkin umur agak2 lebih sikit daripada aku di ukur daripada tahap ke-boroi-an mereka. Tak payah lah aku mention kan nama.

Masuk2 ke gelanggang dengan muka ceria. Mana idak nya, nah nko selonggok "duit" RM 1 juta depan mata di ikat dalam himpuanan RM20k satu ikatan. Mau terbelalak mata kalau betul2 semua jadi milik aku!!

Lepas AC borak lebih2 kurang dan menerangkan peraturan permainan, maka permainan pun di mula kan dengan soalan pertama (setelah peserta memilih kategori) seperti berikut :

Soalan 1 : Di antara berikut, yang manakah berlari paling pantas ?

Pilihan jawapan : Koala, Zirafah, Manusia, Buaya

so, apa korang punya jawapan ?

Masa yang diberikan adalah 1 minit untuk menjawab dengan meletakkan sejumlah duit di atas "petak" jawapan yang mereka pilih. Setelah habis berbincang dan berdebat, dan sedikit keraguan.... mereka berdua decide untuk letak..

RM700k untuk jawapan MANUSIA

RM300k untuk jawapan ZIRAFAH

mujur diorang tak pilih BUAYA!

Dan, bile keputusan diumumkan. Zass!! gedebuk RM700k menggelongsor jatuh ke bawah  sebab jawapan MANUSIA yang diorang pilih tu.... of course lah salah!

Bila tengok diorang berdua konfiden letak sikit punya banyak duit pada jawapan MANUSIA... aku memang betul2 angin satu badan. Memang emo habis... biar betul bro! Nkorang berdua lari lagi laju daripada ZIRAFAH ke ? &%%&^*&*%*&!!!

AC pun tanya pada kedua2 mereka.

AC : Pernah tengok zirafah ke tak ?
Peserta : Pernah
AC : Pernah tengok zirafah lari ?
Peserta : Pernah. Dekat zoo..

Hahaha! AC nak tergelak pun tak sampai hati. Ini memang geng2 tak pernah tengok National Geographic gamaknya nih.... seriously aku memang emo menengokkan jawapan diorang!

Berbekalkan RM300k yang masih tinggal, mereka berdua meneruskan permainan... dan berjaya menjawab soalan2 seterusnya sehinggalah soalan yang ke-enam dimana mereka gagal dengan soalan "Tahun bilakah Aznil menang pengacara terbaik asia ?". Jawapannya 2005.

Ok, soalan ini memang aku kalah, memang tak tau jawapannya.

Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah... rancangan tu menarik walaupun ada kawan aku kata unsur judi.. bla, bla, bla..

Soalannya nampak macam senang. Tapi, ramai juga peserta yang gagal mungkin sebab nervous dengan tekanan kat atas pentas. Ada 8 soalan sahaja, kalau dapat jawab semua... duit yang masih ada di atas petak itu lah habuan nya.

Setakat hari ini yang aku tahu, ada 3 pemenang dah kot... paling tinggi RM100k.

Seronoknya kalau dapat sejuta! pakcik kayooo... apa aku akan buat agaknya ye...

*emm, berangan*

5 ulasan:

sitinaminah02 berkata...

haha. manusia lari lg laju dr zirafah?? hmmm..

Hanis Azla berkata...

tgk juga episod yg tu utk pertama kalinya.. mmg tepuk dahi bila dia boleh jawab manusia.. tp mungkin faktor nervous buatkan masing2 jd blur.. best juga rancangan tu.. boleh buat kita rasa benggang dan berangan.. he..he..

Syigim berkata...

mmg mcm best! aku kat dubai ni laaaagilah xtau menahu psl 'money drop' game kat astro tu. aku first dgr psl 'money drop' ni pun lepas tgk kump boboi perform masa semi final - masa hang tuah punya balaci main moneydrop dgn nenek kebayan! :D

ctpayong berkata...

KakCT pon tergelak jugak bila diaorg boleh agihkan lagi duet. Dahlah tu letak lebih banyak kat petak manusia. Ingat zirafah sarkes ke!

Last 3 soalan mmg susah tapi pilih kategori pun kekadang tu nasib2 jugaklah.

Anyway bolehlah tambah pengetahuan am kalau tengok rancangan berbentuk gini.

Irfa berkata...

sy pun tgk yg tu..mmg 'panas' la bila dia jawab manusia..adoi

dan peserta lepas tu adalah kawan saya yg pakai sedondon kaler merah laki bini..tapi sy kagum dia boleh jawab smpi soklan no 4..pasukan mana kegemaran Tony Fernandes..of kos org akan jawab Queen Park Rangers sbb dia baru beli team tu..rupanya salah.beli tak bermakna suka..boleh gitu?mmg nasib la kalau nak menang pun