19 Januari 2012

HARI INI SAYA 10% LEBIH KAYA

Alhamdulillah, pucuk dicita ulam pula yang mendatang.

Lain yang aku doa2kan.. lain pula perancangan Allah untuk aku.

Dulu, aku ada doa yang panjang selepas solat.. yang aku reka sendiri lah, of course. Dan, sudah pastinya dalam bahasa melayu. Di akhir doa, aku akan baca doa lazim  dalam bahasa arab yang orang2 lain baca (kot?) sebagai penutup.

Tapi, sebab doa yang panjang itu mengandungi banyak sangat permintaan aku kepada Allah...  aku pendek kan dan memohon sesuatu yang sangat2 spesifik --> zuriat.

Namun, mungkin Allah ada perancangan yang lebih hebat untuk aku di masa2 mendatang.

Dan, salah satu daripadanya ialah... aku telah menjadi 10% lebih kaya pada hari ini sebab mendapat elaun insentif terbaru daripada syarikat. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah tidak akan menduga hambanya kecuali kalau hambanya mampu untuk menanggungnya.

Aku akan terus berdoa, mengharap... dan, berusaha keras...

4 ulasan:

Irfa berkata...

doa dalam bahasa yg kita paham lebih mendalam maknyanya sbb kita doa dengan menghayati ;)
saya juga begitu

Siti Noor Aminah berkata...

Allah tau apa yg terbaik untuk kita. semoga Allah perkenankan doa2 kita. amin.

Hanis Azla berkata...

Alhamdulillah.. semoga terus dimurahkan rezeki hendaknya.. insyaAllah..

ctpayong berkata...

Alhamdulillah...abeh, bila nak belanja kakCT ni?