Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu..
Tinggi lagi saya SAYANG kamu..
Biru-biru hujung Kinabalu..
Tengok dari jauh.. hati saya RINDU..
image : buzzera.blogspot
Sinopsis :
Hatiku Di Kinabalu mengisahkan Anuar (Zul Arifin) dan Qistina (Yana Shamsudin) yang jatuh cinta semasa bergelar mahasiswa dan seterusnya berkahwin dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Malangnya, Qistina jatuh koma akibat kecederaan serius akibat diragut. Anuar setia menjaga Qistina yang terlantar di hospital dengan sepenuh hatinya. Pada masa yang sama, dia juga menjaga anak perempuannya, Maya.
Keadaan menjadi bertambah rumit kerana Maya semakin membesar. Pada masa itulah Anuar menemui Lara (Irma Hasmie), jatuh cinta cinta dan akhirnya Anuar mengahwini Lara selepas dipujuk oleh ibu bapa Qistina. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa dan mereka terus menjaga Qistina yang masih terlantar di hospital.
Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Qistina yang terlantar koma selama 10 tahun akhirnya tersedar. Keadaan ini semestinya merumitkan keadaan Anuar menguruskan keluarga, Lara menjaga hati madunya dan Maya untuk menerima ibu kandung yang selama ini hanya dilihat hanya kaku di atas katil hospital
Pagi2 ni terasa macam nak berjiwang lah pulak.
Cerita Hatiku di Kinabalu ni aku tengok di Astro kalau tak salah beberapa minggu yang lepas kot. Entah apahal tiba2 pagi ni terasa macam nak menulis mengenai nya.
Tahukah anda mitos asal usul nama Gunung Kinabalu ?
Begini ceritanya. Satu masa dahulu ada seorang perempuan cina yang menunggu kepulangan suaminya (yang sudah mati) daripada laut di gunung tersebut. Namun, suaminya tidak pulang2. Demi cinta dan kasih nya, perempuan cina itu tetap menunggu kepulangan suaminya itu. Sebab itu, di panggil Gunung "Cinabalu", dimana lama kelamaan menjadi "Kinabalu".
Ini kisah cinta setia yang ada sedikit drama dan trajis. Bermula sebagai rakan satu kuliah, usik mengusik dan ajuk meng-ajuk. Anuar & Qistina akhirnya jatuh cinta ketika sama2 bercuti ke Gunung Kinabalu. Bibit2 cinta berputik dan di teruskan ke jinjang pelamin. Cinta mereka makin mekar apabila dikurniakan seorang anak yang comel, Maya.
Malangnya, Qistina terlibat dalam satu kemalangan ragut dan terlantar koma di hospital bertahun2 lama nya. Namun, demi cinta sejatinya Anuar setiap menunggu dan setiap hari datang melawat Qistina disamping membersarkan Maya seorang diri. Beliau tidak putus harapan.
Aku pesan pada cik puan kpp, kalau aku koma macam tu punya lama... tak payah lah tunggu. Suruh je doktor cabut plug sokongan hayat dan move on...
Bertahun2 Anuar menuggu Qistina kembali sedar daripada Maya masih bayi sehingga lah beliau sudah meningkat remaja. Lama betul koma nya!
Namun, cinta dan sayang Anuar masih tidak pudar. Beliau masih terus menaruh harapan...
Sehingga suatu hari Anuar berkenalan dengan seorang gadis bernama Lara. Hubungan mereka semakin rapat dan Maya juga amat menyenangi kehadiran Lara yang di lihat sebagai penganti ibunya. Ibu bapa Qistina menggesa Anuar berkahwin dengan Lara untuk kebaikan Maya yang dahagakan kasih sayang seorang ibu.
Walaupun dengan berat hati, Anuar telah melamar Lara dan mereka berkahwin.
Tidak lama selepas itu, Qistina secara tidak semena2 tersedar daripada koma yang 10 tahun lamanya! Bayangkan, koma sampai 10 tahun... lama gila!
Dan, terjadi lah drama air mata dan pengorbanan oleh Lara (sesuai sangat dengan namanya.. jiwa yang lara). Juga, sessi pemberontakan oleh Maya yang mahu kan belaian manja "ibu" beliau - Lara.
Setelah beberapa ketika, akhirnya Qistina sedar bahawa cinta Anuar sudah terbahagi dua antara dirinya dan juga Lara. Dan di akhir cerita Qistina mengambil keputusan untuk melepaskan cinta Anuar demi kebahagiaan Anuar & Maya.
Cinta siapakah yang lebih agung ? Cinta Anuar kah ? atau, cinta Qistina kah ?
***
Cinta itu sentiasa memerlukan semaian dan bajaan kasih sayang. Mungkin kah setelah sekian lama bercinta dan berkahwin.... kita semakin lupa pada asas cinta kita ?
****
****
6 ulasan:
mak aku aritu ada gak suh aku donload citer ni..katanya sedih..
lepas tu laki aku ada ckp gak suh aku tengok citer ni..katanya pun sedih..
eh, sedih ke ada maksud tersurat?
ohh.. gitu ke asal usul nama g.kinabalu tu.. baru hari ni tahu.. thanks ye.. menarik jalan ceritanya.. klu ada ulangan nnt boleh juga tgk..
aku tak pernah tgk tapi cara ko citer ni mcm best je...tapi aku tak leh la tgk citer yg ada pasal hidup bermadu ni...mesti aku emosi...huhu..
Assalamualaikum.
Saya menonton sedikit sahaja berkenaan drama ini. Boleh tahan ceritanya cuma saya sebenarnya lebih fokuskan keindahan Gunung Kinabalu.
Salam ukhuwwah.
oh cina balu
ni citer zul yg kena gosip ngan abby tu kan?
Nak tau asal usul sebenar G.Kinabalu klik link bawah ni
http://www.sabahforum.com/forum/current-issues/topic1251.html
...'Cinabalu' hanya rekaan semata-mata oleh org2 yg kerja berkaitan pelancungan...saja nak memudahkan pemahaman pelancung2 dan meromantikkan G.Kinabalu
Catat Ulasan