14 Disember 2010

JODOH & SEKUFU (BAHAGIAN 1)

Satu pagi aku berborak2 dengan cik puan kpp berkenaan dengan mencari jodoh. Bukannya nak cari jodoh untuk aku, atau Nurin hana.. tapi, topiknya secara general. Orang kata borak2 kosong suami isteri di pagi hari cuti yang hening. Dan, akhirnya terpacul lah (terpacul = muncul, keluar) perkataan SEKUFU ini.

Menurut Kamus Dewan, SEKUFU ialah :

reference :  http://prpm.dbp.gov.my

Ertikata mudah, maksud SEKUFU ini ialah sama taraf dalam pelbagai bidang. Tentu kita pernah dengar peribahasa2.. "Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi" & "Macam pinang di belah dua", yang tidak lain tidaknya,  bermaksud SEKUFU - sama cantik, sama padan.. sesuuaaiii..

image : turbovtec.fotopages.com


Kepentingan SEKUFU ini dalam dunia per-jodoh-an adalah lebih berat kepada perempuan sebab pada dasarnya sekiranya seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang lebih "rendah" tarafnya, masyarakat mengklasifikasikan nya sebagai "lumrah" dunia.

(nota : "rendah taraf" disini bukan bermaksud untuk merendahkan martabat perempuan ye..)

Umumnya, masyarakat seringkali menilai SEKUFU di antara lelaki dan perempuan adalah bersandarkan kepada taraf pendidikan dan kekayaan seseorang. Contohnya, sekiranya Nurul Jannah binti Abu Bakar belajar tinggi dan mempunyai ijazah sarjana muda (kepujian) daripada universiti tempatan.. maka taraf SEKUFU kepada Nurul Jannah binti Abu Bakar adalah seorang lelaki (kita namakan sebagai Adam Muhaimin bin Muslim) yang mempunyai taraf pendidikan yang sama juga - ijazah sarjana muda (kepujian) daripada mana2 universiti.

Andaikan Adam Muhaimin bin Muslim hanyalah seorang SPM dropped out, sudah tentulah masyarakat mentafsirkan Adam Muhaimin bin Muslim sebagai TIDAK SEKUFU dengan Nurul Jannah binti Abu Bakar, bukan ?

Contoh kedua, Nurul Jannah binti Abu Bakar memegang jawatan tinggi di dalam sebuah syarikat swasta - Pengurus di bahagian sumber manusia. Manakala, Adam Muhaimin bin Muslim pula hanya lah seorang despatch rider di sebuah restoran makanan segera.. sudah tentulah mereka TIDAK SEKUFU, bukan ?

Sekiranya terjadi perkahwinan diantara kedua2 nya yang TIDAK SEKUFU, pastinya mereka "duduk tak sama rendah, berdiri tak sama tinggi" dan apabila berlaku konflik rumah tangga sudah semestinya permasalahan SEKUFU ini akan di ungkit2.

Dalam permasalah SEKUFU ini, acapkali kita mendengar keluh kesah tersebut datang daripada pihak2 di sekeliling pasangan tersebut - terutamanya ahli keluarga terdekat. Antaranya :

"Engkau tahu, budak lelaki tu.. apatah namanya.. kerja despatch je. Langsung tak sesuai dengan si Jannah tu"

"Apa lah ilmu yang budak lelaki tu dah kenakan pada si Jannah sampai dia boleh tergila2 sangat nak kahwin dengan budak tu. Langsung tak ada kelas!"

"Belanja kahwin ni, tentu pakai duit si Jannah semua nya. Kerja despatch, gaji tak berapa sen sangat pun. Dah kahwin nanti, apa lah yang dia nak bagi makan anak bini agaknya..?"

Nah.. disebabkan TIDAK SEKUFU, dah berbakul2 umpatan dan fitnah yang di hamburkan kepada Adam Muhaimin bin Muslim.

Bagaimana kalau SEKUFU dinilai daripada segi umur pula ?

bersambung..

*entry ini panjang sangat.. terpaksa dibahagi 2 bahagian..

9 ulasan:

Syigim berkata...

ade member, wife dah ade master, husband diploma je, tapi pelan2 'mensekufukan' diri kat tmpat kerja. pelan2 dia naik top mgmt melalui seniority & pengalaman.

mcm ni ok jgk kan? ;)

Pala Maldini berkata...

syigim : setuju.. actually, orang keliling yang lebih2 nya.. pasangan tu ok2 je...

♥cikmOt♥ berkata...

tumpang tanya...
anak ada anto kat taska generasi P9 jugak ker...
datang dari blog ahkak geli...

wahida berkata...

mmg sekufu ni digalakkan dlm islam...sekarang pun mmg dah banyak pompuan komplen itu ini bila x sekufu ngan pasangan...eh, itu bukan saya yer...hehehehe...

Pala Maldini berkata...

cik mot : soalan anda sudah dijawab di ruangan komen blog anda ye..

wahida : baru lah "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi".. bukan sama tinggi sebab tumit tinggi semata2

♥cikmOt♥ berkata...

mekasih sebab sudi jawab
makanya sama taska ngan kedua anak saya lah....hehehe...

Pala Maldini berkata...

cik mot : :-)

Hanis Azla berkata...

tak sekufu tak semestinya tak bahagia.. begitu juga sebaliknya.. apa yg penting penerimaan pasangan itu sendiri..

Pala Maldini berkata...

hanis : orang sekeliling yang "tak bahagia" tengok orang lain bahagia sebenarnya.. hehe