OK, aku sahut cabaran ini.. hehe
Aku sebenarnya di tag oleh Syigim, namun tag ini sebenarnya berasal dari sini
apakah status anda :
- Berkahwin dengan seorang isteri dan ada seorang anak perempuan
- Anak sulung daripada 4 orang adik beradik (dua pasang)
- asal : Lahir di HKL, membesar di Ampang. Emak orang Melaka, Ayah orang Selangor.. dan aku mengaku aku orang KL
- pekerjaan : Seorang pekerja di sebuah syarikat GLC di KL
- cita-cita : Arkitek. tapi, terpaksa dilupakan kerana tidak pandai melukis :-(
- hobi : Bersukan. terutamanya bolasepak - penyokong tegar Liverpool FC (self proclaimed)
- 15 perkara anda mungkin nak tau
apa pandangan anda tentang dunia blog? : Semua orang boleh menulis (err.. menaip) tanpa perlu minta permit atau kebenaran daripada sesiapa. Your words is your responsibility
nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog : Tulis lah apa2 sahaja. Sebab pengalaman dan idea kita adalah berbeza2
nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda : Pengalaman aku cuma aku seorang sahaja yang lalui. Sebab itu, ianya unik
sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog : Aku nak buat buku kehidupan aku suatu hari nanti. Semua tulisan2 aku di dalam blog ini akan aku kumpulkan dan jadikan satu bahan bacaan yang aku akan gelakkan/tangiskan sambil duduk di kerusi malas dengan secawan kopi panas suatu hari nanti yang masih jauh daripada hari ini
akhir sekali, kena tag org yang anda nak kenal sangat :
Tak tau sempat atau tidak. Sebab segmen ini (berdasarkan syarat2nya disini ) ber-tarikh tutup pada 03 January 2011. Aku tag beberapa blogger yang pernah tinggalkan komen di dalam blog aku ini. Kalau berkesempatan, boleh la buat :
1) Khairi
2) Hanisazla
3) GC
4) Citarasa rinduan
5) Nurkaloi
OK. Siap!
3 ulasan:
takyah mention 'hobi bolasepak' tu pun mesti semua tau! :P haha
eh eh aku x penah tau asal usul sesuatu tag tu ye. main buat je kalo org tag :P
suka baca sumer jawapan..semoga segala cita2 dihati tercapai sempena tahun baru ni!
kalau rajin jemputlah ziarah blogger segmen jom berkenalan di blog saya..
salam perkenalan dri saya bakal guru SP n Biology!
bang, ni sy dh buat la. hehe. thanks tag sy.
Catat Ulasan