13 Disember 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU IDZHAM

Ahad, 12/12/2010
Sungai Buloh



Selamat Pengantin Baru Idzham !

Musim cuti sekolah memang meriah dengan jemputan kenduri kahwin. So, aku telah berkesempatan untuk menghadiri kenduri kahwin kawan ofis aku, Idzham di Sungai Buloh. 

Perjalanan ke Sungai Buloh mengambil masa campur tolak 1 jam dengan menempuh segala highway yang ada. Aku risau kalau ikut jalan 'biasa', jawabnya memang berjanggut lah kalau nak sampai. Untuk mengelakkan kesesatan melampau sebab tak ada GPS, aku telah rikki jalan gunakan google maps dan juga panduan daripada seorang kawan aku yang tinggal di Kuang.

"Oh, tempat tu senang je. Depan sikit daripada traffic light Sg Plong, kat sebelah kanan", sms daripada kawan aku Eddith.

Dengan kadar tol RM7.80 + RM1.40, dan sejam kemudian aku berjaya sampai ke destinasi yang di tuju dengan kadar kesesatan yang sangat minima. Thank God!

"Nak tengok orang pak-pong-pak-pong..", kata Nurin hana sebaik celik mata nya bila dah sampai

Kebetulan masa kami sampai tu, pengantin tengah berarak. So, dapat lah nengok orang pak-pong-pak-pong. Tetamu memang ramai gila. Khemah memang crowded dan aku cepat2 minta cik puan kpp cari spot untuk duduk.

"Booking tempat dulu lah, pastu baru pergi ambil nasi", aku kata pada cik puan kpp

"OK"

Sebaik dapat tempat, terus kami duduk dan cik puan kpp pergi mengambil nasi + lauk.. untuk diri sendiri dan Nurin hana. Lepas tu, giliran aku pula. Cepat2 aku sambar bubur.. err.. macam bubur labu rasanya tapi tak de guna labu. Ada cube2 tepung sagu agak nya. Anyway, bubur tuh memang marvelous la.. sedap! Ok, basically semua lauk pauk orang kahwin tu memang sedap2 belaka. Aku pulak sampai makan nasi bertambah..



Lauk2nya : Ayam goreng rempah (ayamnya digoreng lembut dan berempah), Kari daging (pekat dan dagingnya nicely lembut), Sambal Sotong (tidak terlalu pedas), Nenas masak lemak, Pucuk ubi masak lemak tempoyak (terasa lemak dan tempoyaknya).

Caterer : Sri Rasa caterer (http://srirasacaterer.blogspot.com)

Paling nak puji, dan cik puan kpp pun setuju, pucuk ubi masak lemak tempoyak.. memang sangat sedap!

Lepas ambil gambar lebih2 kurang, aku pun gi jumpa pengantin yang tengah makan suap-bersuapan. Salam pengantin "ambil berkat".. hehe..

In the end, it's truely a nice "kampung" kind of wedding with a touch of modernity.

IDZHAM, SELAMAT PENGANTIN BARU..

SEMOGA KASIH YANG DI SEMAI BERKEKALAN SEHINGGA AKHIR HAYAT.. AMMIINNN..

And, Welcome to the next level..

4 ulasan:

sitinaminah02 berkata...

terasa nak makan nasik kenduri jugak..

Hanis Azla berkata...

amboi ambil berkat lagi ker?? ha..ha. makanan dia mmg nampak sedap..

Mak Su berkata...

uuiittt, sedapnya..... slmt pengantin baru kat kedua2 mempelai

Pala Maldini berkata...

GC : aiks.. Nko kan baru lepas makan nasi kenduri diri sendiri..?

Hanis : hehehe..

Maksu : memang sedap..