03 Disember 2010

RESTORAN MOHD CHAN ABDULLAH - SHARK FIN SUP

Cik puan kpp jumpa restoran ini dalam aktiviti blog walking. Restoran makanan cina muslim yang terletak di Bangi area sini

First time kami pergi tempohari, kedainya tutup.. tak pasti kenapa. Namun, berkat ke-tidak-sabaran.. kami pergi lagi di hari kemudian nya dan alhamdulillah kedai buka.

Restoran ini terletak di deretan kedai di pusat bandar baru bangi tetapi lokasinya di blok yang menghadap ke arah dalam dan bukannya bertentangan dengan jalan besar. Walaupun signboardnya besar, sekali imbas, memang sukar nak nampak kecuali kalau kita masuk kedalam kawasan deretan kedai kawasan perniagaan tersebut. 

Restoran ini ada macam2 menu. Ada goreng2 contoh macam Set2 Nasi goreng, Set2 Mee/Meehun, Dim Sum dan menu2 masakan sepeti ikan, ayam, udang, daging dan sebagainya. Pendek kata, macam2 ada lah..

Ok. Macam biasa, aku biarkan cik puan kpp yang order. Nurin hana pulak dah tidur, mungkin keletihan banyak main di school gamaknya.Cik puan kpp pun mula lah melihat kepada list menu yang ada dan banyak yang tak pernah lihat namanya. Sebab, ada antaranya dinamakan dengan nama cina.

Pilih punya pilih.. inilah yang menjadi pilihan hati kami :

1) Siakap Stim Cheong Zheng




Nampak rupanya dalam gambar macam menarik. Ber'sambal' dan merah kehitaman warnanya. Tentu lah sedap dan padas. Malangnya, stim Cheong Zheng ni adalah masakan ala2 masak tauchu yang tidak pedas. 

Harga : Ikut harga pasaran
My verdict : Err.. not my taste la..

2) Butter Prawn




Tujuan order butter prawn ini untuk compare dengan butter prawn di Red Wok yang kami pernah makan dulu. Harganya sedikit mahal. Namun, udang yang digunakan adalah udang besar saiz XXL. Dalam sepinggan tu ada dalam 6 ekor semuanya.

Harga : RM22
My verdict : Sedap!

3) Kailan masak Garlic




Asalnya, cik puan kpp order Brokoli with Prawn.. tapi, aku minta tukar ke sayur murah sedikit sebab tiba2 tekak aku ni gatal nak merasa Shark Fin Sup. So, Kailan masak Garlic jadi pilihan (beza harga RM8). Sayur Kailan nya rasa fresh. Mungkin sebab di masak sekejap untuk preserved the freshness and crunchy-ness. Tapi, masak Garlic nya langsung tak ada rasa garlic pun. Even sebijik garlic pun tak ada dalam sayur tu. Aku dok expect, berbiji2 lah garlicnya..

Harga : RM10
My verdict : Aku suka freshness & crunchy-ness nya tapi kurang garlic-ness

4) Shark Fin Sup




Asalnya, tiada dalam perancangan. Tapi, bila aku jeling menu orang kat meja sebelah ada sesuatu yang menarik minat aku untuk cuba. So, aku minta Shark Fin Sup (small) size sebagai percubaan pertama aku untuk merasa Shark Fin Sup. Pada hemat aku, kecil aje lah bowl nya.. tapi, nah nko! macam sepuluh orang punya makan. Shark Fin Sup tu pekat dan penuh dengan macam2 isi di dalam nya. Ada crab meat, telur, su'un, Shark Fin (??), dan mushroom. 

Aku tanya cik puan kpp,"Mana nak tau yang mana satu Shark Fin ?"

Cik puan kpp cuma mengangkat bahu tanda tak tau. Aku suspect Shark Fin nya hanya sejemput buat syarat je kot. Yang lebihnya, telur & crab meat je. Sebab terlalu banyak, kami tapaw bawak balik.

Harga : RM18 (small)
My verdict : Aku macam suka.. tapi, tak dapat nak enjoy sebab gedabak (gedabak = besar) sangat bowl nya. May be next time aku nak try lagi. And, this time I definitely try to enjoy it more!

5) Epal Asam Boi




Ini pun saja nak try sebab tengok meja sebelah dua tiga orang yang order. So, aku dan cik puan kpp dua2 orang order air yang sama. Jus epal hijau di mesin dan di letakkan asal boi di dalam nya. Aku punya ber-ais. Cik puan kpp jaga kesihatan, so.. minta yang suam.

Harga : Err.. lupa la
My verdict : Sedap! this is a must try one lah..

Secara keseluruhannya, aku dan cik puan kpp tak enjoy makan combination menu di atas. Don't get me wrong! bukannya tak sedap, tapi combination menu yang tidak kena antara satu sama lain. Semua makanan rasa 'tawar'. Tidak ada rasa pedas, masam & manis. So, aku dan cik puan kpp agak regret jugalah dan kecewa dengan pilihan menu yang kami buat dan berazam untuk tidak mengulangi kesilapan sama bila kami bertandang lagi ke Mohd Chan Abdullah, Bangi

Anyway, aku strongly recomend this restoran kepada pengemar2 atau sesiapa yang nak cuba makanan cina muslim.

Selamat mencuba!

5 ulasan:

Hanis Azla berkata...

butter prawn kat situ mmg sedap.. shark fin sup x pernah try lg.. kena try juga ni.. Jus kedondong dia pun sedap. a must try menu kat mohd chan tu..

ctpayong berkata...

bismillahirrahmanirrahim

makan kena mula dgn basma..

suka mena 2 dan 3 aja.

alhamdulillah...kenyang sudah.

wahida berkata...

butter prawn tu mcm memanggil saya jer...

Unknown berkata...

perghhh sharkfin sup tu peberet saya, sedapppp! butter prawn tu nampak sedap giler tapi meslahnye ieda takleh mkn udang, waaa!!! :)

OKje berkata...

Pernah makan jugak kat MC ni mmg puas hati le walaupun agak mahal! suka dim sum dia!