04 Disember 2010

BAKAL MENTUA BERTANDANG

Eh, bukan aku..

Ini cerita Babuk.

Beberapa hari lepas..

"Along, orang nak pinjam kereta 4,5,6 hb boleh ? Orang tua Asmah nak datang. Nanti nak ambil dan hantar ke stesen bas. Kalau nak sewa.. mahal lar..", sms rayuan pertiwi daripada Babuk.

"Kereta merah boleh la", aku balas

"OK. Tak kisah. Kereta tu ok kan ?", balas Babuk

"OK"

Huh?! belum ada apa2 lagi dah kena jadi drebar eh?!

***

Haha.. belum ada ikatan apa2 lagi dah beriya2 benar Babuk membodek bakal mentuanya yang nak datang dari Ganu. Dah la masa raya haji tempohari, dia gi beraya dengan bakal mentua dia di Ganu. Ini serius punya bodek.. keh3x

Tak kisah lah. Kalau berkawan tu serius mestilah kena di tunjukkan dengan perbuatan (baca : bodek), baru lah naik saham nanti. :-)

Kalau jadi, senanglah aku nak dapatkan stok keropok losong nanti.. for FREE!!

Macam aku zaman bercinta2 dulu juga. Tapi, tak lah sampai aku ke tahap membodek bakal mentua. Cuma setakat jadi drebar cik puan kpp sebab masa tu cik puan kpp bekerja di sebuah resort di pahang.

Anyway, aku ada satu soalan kepada Babuk..

"Duit dah cukup ke ? Kahwin tidak ada SPONSORSHIP ye.."

2 ulasan:

siti fatimah berkata...

hehe mestilah kena kumpul duit dulu b4 kawin kan ?
orang kata , elak kan wat pinjaman smata2 nak majlis kawin meletop!
nanti , da beranak pinak, hutang bank xbis bayar lagi :PP

Pala Maldini berkata...

setuju.. tapi, kalau ada sponsorship sikit2 ok.. hehe

pinjam dengan along takpe, asal jangan pinjam ahlong dah la..