28 Julai 2010

AKU & CHERATING - 3 (SATA)

Memang sudah menjadi target aku kalau ke Kemaman ni untuk makan SATA sebanyak yang mungkin. Sebab, aku rasa kat sini lah SATA terbaik dunia yang aku pernah jumpa buat masa ni. So, bila dah sampai Cherating yang tak jauh pun daripada Kemaman, aku tak lepaskan peluang untuk terus gi beli SATA kat Kemaman.

Cara untuk gi ke kawasan jual SATA terbaik :

Kalau daripada Cherating, jalan terus je sampai la masuk ke Kemaman. Ada gerbang besar yang menyatakan sempadan Cherating (Pahang) & Kemaman (Terengganu). Lebih kurang 15 minit daripada Hotel Legend.

Jumpa trafik light pertama, terus. Lebih kurang tak sampai 1 km, susur ke kanan bila dah nampak Masjid Geliga yang terletak di sebelah kanan. Itu landmark nya. Takkan miss, sebab Masjid ni tepi jalan besar. Kalau follow signboard, kena cari INTAN Wilayah Timur. Betul2 selepas Masjid Geliga ada simpang masuk ke kanan. Susah sikit nak lepas simpang ni sebab jalannya besar - 3 lanes. Masuk kanan. Sebelah kiri ada stesen bas, sebelah kanan ada banyak kedai2 makan. Jalan terus sampai jumpa simpang tiga. Belok ke kanan dan terus. Sebelah kanan ada sekolah, so hati2 bila memandu. Budak2 suka main kejar2 tepi jalan.

Terus, dan akan nampak berderetan kedai menjual hasil2 laut terutamanya keropok. Terus lagi sampai la kedai yang hujung sekali iaitu kedai Sata Che Mah.

Waktu beroperasi adalah dari jam 2pm ke atas. Dan kebiasaan nya, Sata akan habis dalam jam 5 pm. Kedai Sata Che Mah ni memang ramai peminat nya. Akan selalu ada kereta bersusun kat depan kedai dan orang beratur untuk membeli Sata. Ada juga jual otok2 (otak2), pulut panggang, pais ikan, keropok lekor dan mee/meehun sup, kari dll.

Sebutir Sata Che Mah = Rm 0.40

Satu lagi kedai yang jadi pilihan aku ialah Sata Amal. Jalan yang sama. Sata amal ni kedainya kecil saja. Kalau ikut arah diatas, akan lalu Sata Amal dulu. lebih kurang 50 meter daripada sekolah. Kedai ni jual murah sikit.

Sebutir Sata Amal = err.. 10 butir = RM3.50



Sata Che Mah vs Sata Amal

Sata Che Mah :

Lembut, halus, dan kurang pedas. Mungkin di suaikan dengan citarasa 'international'. Sata nya ada rasa manis, tak pasti sebab rasa ikan atau ada tambah gula. Rasa Sata nya lebih rasa ikan daripada ingredient2 yang lain.

Ada sedikit tulang2 halus. Biasanya dalam 1 atau 2 tulang halus dalam sebutir Sata.

Perniagaan di kendali kan oleh satu keluarga yang besar. Mungkin semua family member terlibat dengan perniagaan ni. Sebab, ada yang panggil 'Mak Long', 'Angah' dan macam2 gelaran yang lazim nya untuk family2 terdekat.

Sata Amal :

Sedikit kasar, sedikit kering dan pedas. Rasa Sata nya balance antara ikan dan kelapa (rasa ikan lebih) dan pedas terutamanya bila tergigit cili padi yang ada dalam Sata tu.

Ada sedikit tulang2 halus tapi sangat jarang2 jumpa dalam sebutir Sata.

Perniagaan di kendali kan oleh, mungkin adik beradik dan ipar - semuanya perempuan. Sebab muka diorang hampir iras2 antara satu sama lain. Kalau budak2 muda (lelaki) mungkin sangat berminat untuk gi ke kedai Sata Amal sebab memang lawa2 belaka.

My verdict :

Untuk aku, aku memang suka Sata Che Mah lebih daripada Sata Amal. Tapi, kedua2nya memang sedap dan ada rasa yang compliment each other. So, suggestion nya ialah makan kedua2 nya berselang seli untuk mendapat impak yang terbaik.

Ada satu lagi kedai yang ok juga - Sata Kak Nab. Kalau dua2 kat atas tak dapat, Sata Kak Nab pun sedap juga. Kedainya kira2 100 meter sebelum sampai simpang tiga diatas tadi.

Sepanjang 3 hari kat Cherating, hari2 aku gi beli Sata dan melantak sorang2 kat dalam bilik hotel. Wife aku gi kursus. Anak aku tak minat sangat Sata, dia suka otok2 (otak2). Otok2 (otak2) kat Kemaman ni lain macam sikit, tak macam otak2 kempas yang biasa kita jumpa. Otok2 (otak2) Kemaman ni dibuat semata2 daripada isi ikan (seketul isi ikan, bukan yang dihancurkan) dan disalut dengan pes sambal nya. Tak berapa pedas. Budak2 kecil pun boleh makan. Sedap.

Kalau cerita pasal makan ni memang tak habis. Benda kalau sedap, ceruk rantau pun orang cari. Sama lah macam aku.

Kalau lah Kemaman tu sepelaung je daripada rumah aku kan ke best..

Tiada ulasan: