30 Julai 2010

ROAD TAX & INSURANCE

Inilah masanya untuk renew road tax & insurance kereta merah aku.

Routine tahunan aku diulangi lagi. Ke syarikat insurance & pos office untuk renew. For the past 11 years, aku akan ke tempat yang sama untuk renew insurance & kemudiannya ke pos opis untuk renew road tax.

Tapi, tahun ni aku agak konpius sikit. Sebabnya, syarikat insurance yang aku selalu gi tu.. macam dah takde kat situ. "Aiks, mana pulak pergi nya ?", aku pelik. Ofis yang aku selalu gi tu dah tukar nama lain, tak macam nama syarikat insurance pun. Dua tiga kali aku ulang alik sekitar situ. Tak pula aku nak cuba tanya orang2 yang sekitar situ. Malu. Bodoh sombong.

Last2 aku redah je masuk ofis yang aku biasa pergi tu. Aku nak tolak pintu, baru aku terperasan dekat signboard kampeni tu ada tulis Chartis : Formerly known as AIG (M).

Laa.. memang tempat yang betul la, dah tukar nama rupanya. Aku yang tak prihatin. Masuk dalam, ambil nombor, tunggu giliran. 20 minit nombor aku naik. Aku ke kaunter disambut oleh seorang Puan yang sangat mesra alam. Aku duduk.

"Nak renew insurance", aku bagitau ringkas. "Boleh saya tengok geran tu", sambil dia menghulurkan tangan minta fail merah yang aku bawa. Aku hulur. Dia check kat komputer.

"Encik, ini dah tak boleh buat 1st party. Kalau 3rd party boleh la. Sebab value nya dah dibawah daripada yang dibenarkan", dia explain kat aku. "Kalau saya insured kan pada value minima tu tak boleh ke ?", aku tanya. "Kejap. Saya check dulu", dia check dan telefon seseorang yang aku agak daripada bahagian lain. Aku tunggu.

"Tak boleh la Encik. 3rd party je boleh", dan dia explain panjang lebar sebab apa tak boleh bila aku tanya kenapa. "Kalau dah tak boleh, 3rd party je la", aku malas nak pikir panjang. "OK', jawab wanita kaunter tu ringkas dan terus proses permohonan aku. Aku tunggu.

Lebih kurang 10 minit, semuanya siap. Aku bayar dan dia bagi resit. "Terima kasih", aku senyum dan terus berlalu.


***

Dah 11 tahun kereta merah aku tu guna insurance 1st party, akhirnya terpaksa juga guna 3rd party. Memang 3rd party lebih murah, tapi aku tak gemar sebab :

1) 3rd party insurance, kalau aku yang langgar.. aku yang kena bayar kat kereta yang aku langgar dan aku tak boleh claim insurance. Kereta orang aku kena repair, kereta aku pun aku kena repair. Duit sendiri.

2) Kalau orang langgar aku.. kalau nak claim, kena claim kat insurance orang tu. Aku tak leh claim kat insurance aku. Menyusahkan.

Oleh itu, moral story nya :

1) Aku kena lebih extra berhati2 supaya tak langgar kereta orang

2) Jangan bagi orang langgar lari kereta aku


Mungkin dah sampai masanya aku perlu tukar kereta baru. Emm.. Interesting!

Tiada ulasan: