21 Julai 2010

FUTSAL DALAM KERETA

Kononnya aku malam tadi nak gi main futsal kat Sports Barn, PJ. Game antara unit kitorang lawan unit musuh (hehe.. unit satu lagi). Kalau menang bolehlah berlagak selama setahun!

Game jam 7pm. Aku bertolak jam 6pm dari rumah ikut LDP. Hari pulak hujan renyai2. Tak lebat pun. Tapi, faham2 je la KL ni.. kalau hujan jawabnya jammed panjang berjela. Keluar tol pertama dah memang jammed. Pergerakan slow je. Aku tengok jam, "Ahh.. ok lagi. Banyak masa lagi ni", ayat aku nak sedapkan hati. Sampai tol kedua, jammed giler!

Aku queue entah betul ke idak barisannya nak bayar tol guna touch-n-go. Kereta berlapis2. Nak masuk satu lorong, tapi barisannya 5. Memang parah la. Aku sabar lagi. Nasib baik kereta merah aku tu ekon dah ok dan radio boleh function. Layan lagu la. 5 minit, 10 minit.. tak bergerak juga. Relax lagi.

Dalam dok aku relax2 dan layan radio, tiba2 aku terpandang temperature gauge yang dah lebih separuh dan menuju ke kawasan merah (high temp area). "Argh.. sudah. Masak aku ni", aku mula nak panik. Aku jenguk barisan depan aku, kereta BMW 7-series tu tak bergerak2 pun. Aku tambah panik. Aku tutup ekon, radio dan buka tingkap. Konon2nya nak kurangkan penggunaan kuasa. Panik

Aku makin lama makin panik. Kereta depan jalan sikit2 je. Ada la dalam 30 meter nak sampai ke tol. Bayangkan lah 5 barisan converge menjadi 1 barisan.. memang chaos!

Temperature gauge kereta aku tambah naik, aku tambah panik. Aku dah mula fikir nak pasang lampu hazard, berhenti tengah2 jammed, buka bonet dan tambah air jam2 tu juga. Aku buka pintu dan bonet belakang - ambil air spare yang aku memang sentiasa pastikan full. "Nak isi ke idak ?", aku masih berteka-teki. "Takpe, tunggu lepas tol", aku cuba tenangkan hati. Kereta mula berebut2 nak masuk barisan yang menuju ke tol. Masing2 memang selfish la.. asal ada chance terus cilok masuk. Aku maju ke depan, sama2 berebut2 nak masuk lorong.

Sampai masuk lorong, aku mula berkira2 lagi. "Nak berenti isi air before tol ke atau lepas tol ?", aku masih berkira2 lagi. Aku takut, kalau aku berenti akan tambahkan kesesakan. Faham2 je la tabiat orang Malaysia ni yang terlebih prihatin bila ada kereta rosak berhenti. "OK. Lepas tol la", aku gagahkan hati dan menconggak strategi aku. Harap2 kereta tak overheat tengah2 jalan. Haru.

Tol.. lepas. Aku mula himpit ke tepi. Asal boleh cilok, aku terus cilok. Banyak kali juga la sebabnya aku memang betul2 kat tengah2 crowd. Cilok lagi, dan lagi, dan lagi sampai la aku kat kiri sekali. Aku mula usher2 jalan keluar daripada highway yang masih sesak panjang giler jammednya tu. "Tak boleh jadi. Kalau aku teruskan, memang sangkut la. Kalau overheat, lagi haru", aku mula cari jalan keluar. Jumpa simpang, aku terus belok dan keluar daripada jammed tu.

Aku cari area yang clear tepi jalan dan terus berenti. Bagi hazard light, buka bonet dan terus check air dalam tank. Kering. Patutla. Aku tuang air daripada tong spare air yang aku bawa tu. Ambil towel, buka sikit penutup radiator. Memancut2 air. Aku dah agak. Biarkan cool sikit, aku buka habis dan tuang sikit2 baki air spare dalam radiator. Memancut2. Tuang lagi, sampai tak memancut dah. Aku biar enjin cool down sikit

Beberapa minit lepas tu, aku tutup semua (bonet, hazard light) dan starts enjin. Alhamdulillah, temperature gauge dah turun balik ke below half. Lega

Aku decide untuk cancelled je hasrat aku main futsal dan terus balik ke rumah. On the way balik, aku singgah McD sebelah tol (arah balik ke rumah aku) untuk cool down kan enjin kereta dan juga hati aku yang agak tidak tenteram.

Apa akan jadi kalau kereta overheat ?

1) Kereta akan jammed - tak leh gerak

2) Berkemungkinan piston atau injap2 boleh bengkok. Pendek kata enjin jahanam!

Apa jadi kemudiannya ?

1) Kereta kena di overhaul dan mungkin cost ribu2an ringgit depends on model and the extent of the damages

Moral of the story :

1) Bila bawa kereta tu, rajin2 la jeling ke temperature gauge. Berhenti sebelum jarum sampai ke kawasan MERAH

2) Sentiasa pastikan :
  • bertenang dan rancang strategi tindakan
  • ada air spare dalam botol yang mencukupi (botol 2L mineral water tu tak cukup)
  • ada towel untuk buat lapik atau alas tangan bila nak pegang benda2 panas

Sudahnya, aku just enjoy my Big Mac set dan bersyukur yang kereta tak overheat..

Tiada ulasan: