Last week aku dapat peluang untuk gi ke kursus Lead Auditor for ISO 9001:2008. Kursus selama 5 hari. Dan, memang aku sendiri yang gatal2 nak gi kursus ni. Saja.
Kursus dianjurkan oleh external consultant dan di buat di hotel. Hotel Puteri Park ni terletak di kawasan yang sangat famous iaitu Lorong Haji Taib. Kalau dengar aje nama jalan tu, tentu dah terbayang macamana area tu. Tapi, itu dulu. Sekarang mungkin dah kurang walaupun masih nampak lagi yang berkeliaran di sekitar lorong2
Apa itu ISO 9001:2008 ?
Ianya adalah International Organisation of Standardisation yang merupakan satu sistem yang digunapakai oleh kampeni2 untuk memastikan semua kerja2 planning, operation and control terlaksana dengan sistematik. Cuma, pada zahirnya benda ni sebenar eh macam satu bebanan keje tambahan la disamping keje hakiki yang kita dok tanggung di pejabat. Salah konsep tu. Banyak orang yang salah faham tentang ISO ni. Maklum la, tak kenal maka tak cinta
Objective ISO Audit ?
1) To check the extent of conformity to ISO standard
2) To check on the effectiveness of implementation in order to achieve organisation's goal
3) To provide room for improvement
4) To comply with statutory and regulatory requirements
Dalam kursus ada la 7 orang peserta termasuk aku. Sorang Chinese, sorang Indonesian dan lain2 semuanya Melayu yang kerja dengan GLC (berlainan dengan tempat keje aku). Aku rasa agak stress dan tension sebab kursus tu ada exams pada hari terakhirnya. Dan, tetiap hari akan ada kerja rumah yang kena buat dan esok nya kena kongsikan jawapan. Cheh! ingatkan gi kursus boleh la relax2 je. Hampeh
Struktur exams ISO ?
1) Passing marks 70. Pemarkahan terbahagi kepada dua bahagian (i) Role play - 20% (ii) Written exams - 80%
2) Ada 4 sections semuanya. Setiap section ada passing marks tersendiri. Contoh : section 1 - objective ada 10 soalan. Kena dapat minima 4 markah baru lulus. Kalau section 2,3,4 markah penuh tapi section 1 dapat 3 markah = tidak lulus ye..
3) Section 1 = 10 soalan objective. Section 2 = 4 soalan subjective (audit clause knowledge). Section 3 = 2 soalan subjective (audit preparation). Section 4 = 3 soalan subjective (audit situation)
4) Masa diberikan : International standard = 2 jam. Malaysian standard = 2 1/2 jam. Extra 1/2 jam untuk orang2 Malaysia. Bagi chance la tu
5) Open book. Cuma nota2 yang diberi & ditulis semasa kelas je boleh bawa masuk tempat periksa
Kelebihan lulus exams ISO 9001:2008 ?
1) Boleh certified sebagai Certified Auditor (3rd party). Dengan syarat, kena register dengan IRCA (international body) dengan membayar 50 pound sterling = RM300. Serta, practice as Auditor sebanyak 40 jam per year
2) Boleh gi Audit sistem kualiti syarikat2 yang nak ambil certificate ISO. Boleh jumpa kampeni CEO woo..
3) Bayaran mengikut level. New Auditor = RM600-800. Junior Auditor = RM800-1000. Senior Auditor = RM1000-1200. Principle Auditor = RM1200-1400. Semua bayaran adalah per day per Auditor. Contoh Senior Auditor rate RM1000/day. Kalau Audit untuk 5 days.. you do the maths. Lumayan kan ?
Oleh itu, jom lah kita sokong pelaksanaan ISO di tempat keje kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan