31 Julai 2010

LIF LRT PUTRA

Tengahari semalam aku gi keluar makan jauh sikit, saja nak tukar2 selera (sambil gi renew road tax & insurance). Aku gi naik LRT. Memandangkan aku keluar sangat awal daripada waktu makan (a.k.a mengular), tak ramai lah orang yang naik LRT.

Perut lapar, kaki pun berat je nak naik tangga. Kebetulan pula, tangga escalator tu rosak. Aku terpandang kat lif yang ada situ. "Naik lif je la. Malas aku nak memanjat tangga", aku tekan butang lif yang ada arrow naik atas.

"Ting", lif sampai dan pintunya terbuka. Aku pun naik.

"Ting", sampai ke tingkat atas platform LRT. Aku keluar lif dan tunggu train LRT sampai.

Sambil2 tunggu tu aku perhatikan sekeliling, ada la dua tiga orang yang agaknya 'mengular' macam aku jugak. Aku kalih nengok ke arah lif pula (yang aku naik tadi). Tiba2 mata aku tertangkap pada satu sign yang ada dekat lif tu. Aku peratikan betul2..

"DISABLE ONLY"


katanya. Ada la lambang untuk OKU (yang gambar orang lidi naik kerusi roda tu).

Hah ?! Aku sentap. Rupa2nya lif di LRT ni di khaskan untuk orang OKU je. Bukannya untuk orang2 yang sihat wal'afiyat macam aku ni. Aku dah salah guna kemudahan la ni. Selama ni tak pernah perasan pun.

So, ikhtibar daripada insiden ni aku sedaya upaya takmo naik lif LRT lagi. Tangga pun tangga lah. Kalau nak naik pun, aku baca dulu sign2 yang diorang letak di sekitar situ.

Baru pakcik tau..

Tiada ulasan: