23 Julai 2010

JAM TANGAN CASIO

Agak lama jugalah tangan aku ni tak ber jam. Semenjak jam casio aku tu terputus talinya (tali besi) gara2 pin talinya tertanggal dan jatuh hilang entah kemana. Kalau tak salah berbulan2 juga la. Alternatively, aku gunakan jam yang ada pada henfon untuk tengok masa. Amatlah tidak 'professional'nya.

Bila nak tengok jam je aku akan buka la henfon aku dan nengok. "Ahh.. baru kol satu". "Ahh.. baru kol satu setengah". Natijah daripada itu, aku ni nampak macam sangat busy la sebab asyik2 nak menengok kat henfon je. Konon2nya banyak sangatlah sms yang aku terima tu gamak eh.

Tak larat dengan lakonan menengok jam dekat henfon, aku pun mula la cari balik jam casio aku yang entah kemana aku terebankan (tereban = buang/campak ; e bunyi seperti e dalam perkataan perang bermaksud warna, bukan war). Aku simpan dalam beg kerja aku yang hari2 aku bawa kehulu kehilir.

Walaupun macam tu, aku masih tetap tak repair2 lagi jam casio aku tu. Ntah apa pasal aku pun tak pasti. Seronok benar agaknya menengok jam kat dalam henfon aku tu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Sampaikan henfon aku pun dah berganti juga. Tapi, jam casio aku tu masih lagi tak di repair2 juga. Susah benar agaknya nak cari kedai jam.

Sampai la satu masa dalam 2 minggu lepas, aku pun akhirnya menanam azam untuk repair jam tu. Aku cari kedai di sekitar KL yang boleh repair tali yang terputus tu.

Sampai satu kedai, "Hallo, u boleh repair jam ni tak?", aku tanya kat tokey kedai tu. Dia belek2 jam tu dan kata, "Boleh. Duduk dulu", dia ambil jam dan terus mencari2 spare pin yang tercabut untuk diganti. Aku pusing2 kedai dia dan nampak satu jam yang aku berkenan.. Titan - RM 469. Bukan shape bulat macam jam2 aku sebelum ni. Menarik.

5 minit, "Ok. siap", tokey tu kata kat aku. "Berapa?", aku tanya. "2 ringgit saja", katanya. Aku senyum dan hulur 2 ringgit. Terus aku berlalu. Finally.

Apa istimewanya jam casio aku tu ? Jam itu hadiah harijadi aku yang wife aku hadiah kan.

Moral of the story :

1) Jangan lah malas sangat nak repair jam

2) Jangan buat kerja bertangguh2

3) Henfon gunanya untuk bercakap bukan nya untuk tengok jam

4) Bukannya mahal pun, 2 ringgit je. Itu pun liat nak repair

Aku senyum sendiri dengan entry yang aku tulis ni..

Tiada ulasan: