"Mungkin lebih biru, langit mu di seberang situ.." itu bait2 lagu yang popular Mawi nyanyikan suatu masa dulu. Mungkin kita ingat benda yang kita kejar tu lebih baik daripada benda yang sudah kita miliki.
Ada pepatah melayu lama yang mengatakan, "Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran".
Hari ni aku dapat tahu satu berita yang kurang enak bila kawan aku yang sama-sama kerja dulu dan kemudian nya berpindah ke kampeni lain dengan nilai gaji yang berganda.. dah RESIGN! dan sedang mencari kerja baru.
Ape ke he ?
Alkisahnya, ada pergolakkan jiwa yang tidak serasi dengan pihak pengurusan di tempat baru dia yang mana melibatkan prisip kawan-kawan jadi lawan. Masa kawan aku tu join kampeni yang direkemen oleh kawan dia yang agak rapat tu, tidaklah dia tahu yang kampeni tu sebenarnya adalah milik kawan dia tu. Bila dah tau, dan ada konflik prinsip dalam etika kerja secara professional.. kawan aku tu ambil keputusan untuk tinggalkan kampeni tersebut. So, jadi lah dia pengganggur terhormat dalam sebulan yang lepas. Yang sadis nya, wife dia baru je bersalin anak ketiga. Nasib baik panel kampeni yang wife dia kerja (GLC yang sama dengan aku) tu tanggung. Kalau idak..?
Sekarang dia tengah giat mencari kerja dan alhamdulillah, dia dah pun dapat tawaran yang dalam pertimbangan. Kena reply by 5pm today!
Masa kami borak-borak tadi, dia betul-betul rasa menyesal resign daripada kampeni GLC ni dan join kampeni tu. Dan, ini jadi pengajaran pada aku dan mungkin kawan-kawan lain tentang pentingnya menghargai sumbangan dan jasa sebuah kampeni GLC macam yang aku tengah kerja ni!
Mungkin kita ingat.. pulau lain lebih indah berbanding dengan pulau yang telah berjasa kepada kita ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan