Memaparkan catatan dengan label sata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sata. Papar semua catatan

29 Julai 2010

AKU & CHERATING - 4 (part 1)

SATU PERJALANAN YANG PANJANG

Ahad. 25/07/2010.

Tamat masa bersenang lenang di hotel. Dan, masanya untuk balik.

Check out jam 1pm dan kami gi mencari makan di.. mana lagi, kalau bukan Kemaman. Aku terus je menuju ke kedai Sata Che Mah. Jam menunjukkan pukul 1:15pm, kedai lengang je. Ada satu couple berumur tengah duduk kat hujung meja kedai. Kami duduk. Meja tempat bakar Sata tu kosong je. Tak ada aktiviti pun dalam kedai, kecuali sorang makcik yang ke hulu kehilir mengemaskan sesuatu. Aku tunggu lagi. Tak de orang datang ambil order.
Aik, tak nak meniaga ke ?

"Makcik, kedai dah buka ke ?", aku tanya makcik yang kehulu ke hilir tadi. "Belum. Pukul dua nanti, orang ofis datang makang", terang makcik tu pada kami dengan slang ganu nya. Aisey, tak buka lagi la. Kedai memang buka jam 2pm ke atas je. Malas nak tunggu, kami berangkat gi ke kedai lain.

"Jom try kedai sebelum simpang tu nak ? Banyak kereta je. Sedap kot ?", aku mengajak wife aku. "Jom", pendek je jawabnya. Anak aku pula matanya asyik nak terkatup je. Mana idak nya sepanjang pagi asyik main kolam & ombak je kerja nya. Tentu lah letih. Kami bergerak ke kedai lain.

Kedai Kak Nab.

"Apa ada ?", aku tanya kat cik adik yang datang ambil order. Tak sempat cik adik tu jawab wife aku pula tanya, "Nasi goreng2 ada tak ?". "Tak dok. Makan minum petang je yang ada", cik adik tu bagi penjelasan. Aku perhatikan menu yang terpampang kat atas mesin buat abc (air batu campur). "Bagi saya mee kari.. err.. abc ada tak ?", aku order sambil bertanya. "Ada", ringkas je jawabnya. "OK. Abc satu dan sata", aku minta sata 9 butir bersamaan dengan satu cucuk panjang. "Saya.. mee kari, sirap limau.. dan nasi lemak untuk budak kecil ni", wife aku order. Cik adik tu tulis2 dan berlalu.

Kedai ni best - open air, bawah pokok dan berangin. Memang betul2 kedai kampung. Bertentangan dengan kedai ni ada sebuah rumah banglo besar. Tersergam indah. Arkitek-ture nya sangat meanarik. Penuh dengan ukir2an. Banyak tingkap. Warna rumah coklat muda, sangat padan dengan atap gentingnya yang berkilat dan berwarna ke-maroon-an. "Bestnya kalau dapat buat rumah macam gini", aku jeling kat wife aku.

Segerombolan orang datang menyerbu ke pondok membakar sata kedai Kak Nab. Pelbagai bangsa. Tak menang tangan brader yang dok membakar sata tu. Lepas sebungkus, sebungkus.. ada yang beli sampai dua tiga bungkus. Havoc kejap tempat tu. Nasib baik aku dah order awal.

Mee kari, nasi lemak, abc, sirap limau dan sata sampai ke meja kami. Tanpa lengah masa, aku terus bedal mee kari aku. Lapar. Wife aku menyuapkan nasi lemak untuk anak aku. Mee kari nya sedap, pekat kuahnya dan pedas. Kalau kena baju, memang susah nak hilang kaler nya.

"Tin, Tin, Tin..!!", terdengar bunyi hon bas yang 'memanggil2' segerombolan orang yang menyerbu pondok sata Kak Nab tadi. Masing2 cepat2 bergerak, ada yang belari2. Yang tak dapat masih menunggu sambil minta kawan2 bagitau kat drebar suruh tunggu. Aku senyum je nengok gelagat diorang.

Selesai makan, kami terus ke kedai sata Che Mah untuk tapaw sebungkus dua bawak balik untuk family dan diri sendiri. Jam dah pukul 2:30pm. Dalam perjalanan, ada accident di simpang tiga sebelum membelok ke kanan tu. Toyota Wish vs Proton Saga. Nampak kedudukan, macam Toyota Wish tu salah sebab dia keluar simpang. Proton tu jalan utama. Teruk gak la Toyota Wish tu. Habis pintu belakang dia kemek. Yang proton pulak bahagian depan nya kemek. Aku malas nak berhenti dan teruskan perjalanan untuk misi beli sata.

Sampai2 je, dah ramai orang mengerumun tempat beli sata. Hujan renyai2. Aku pun beratur sama. Agak chaos sebab tak de sistem nombor atau sistem beratur yang sistematik. "Sata 15 butir, buat 3 plastik ye bang (15 butir satu plastik). Otak2 10 butir, 2 plastik (10 butir satu plastik)", aku berikan order kat abang yang mengambil order kat tempat jual sata tu. Ramai. Hujan pulak. Tak sistematik. Memang kecoh. Semua nya bergantung pada abang yang ambil order tu untuk ingat sequence order dan siapa yang datang dulu atau datang kemudian. Dah order, aku tunggu.

Ada sorang puan tu, punya la banyak di beli nya. Total bayaran kalau tak salah aku dalam RM 80. 80 bahagi 0.40 = 200 butir ! Aku nengok, ada banyak plastik yang dia pegang - mungkin nak bahagi2 pada orang yang pesan2 kat rumah dia agaknya.

Sampai giliran aku, sata 15 butir 3 plastik dan otak2 10 butir 2 plastik. Aku bayar dan berlalu. Kereta masih bersusun2 mencari parking. Dan orang pula makin ramai yang berkerumun kat tempat beli sata tu walaupun hari hujan (ada bumbung). Aku terus masuk kereta, starts enjin dan jalan.

Lebih kurang pukul 3pm aku bertolak daripada Kemaman/Cherating menuju ke KL..


bersambung..

28 Julai 2010

AKU & CHERATING - 3 (SATA)

Memang sudah menjadi target aku kalau ke Kemaman ni untuk makan SATA sebanyak yang mungkin. Sebab, aku rasa kat sini lah SATA terbaik dunia yang aku pernah jumpa buat masa ni. So, bila dah sampai Cherating yang tak jauh pun daripada Kemaman, aku tak lepaskan peluang untuk terus gi beli SATA kat Kemaman.

Cara untuk gi ke kawasan jual SATA terbaik :

Kalau daripada Cherating, jalan terus je sampai la masuk ke Kemaman. Ada gerbang besar yang menyatakan sempadan Cherating (Pahang) & Kemaman (Terengganu). Lebih kurang 15 minit daripada Hotel Legend.

Jumpa trafik light pertama, terus. Lebih kurang tak sampai 1 km, susur ke kanan bila dah nampak Masjid Geliga yang terletak di sebelah kanan. Itu landmark nya. Takkan miss, sebab Masjid ni tepi jalan besar. Kalau follow signboard, kena cari INTAN Wilayah Timur. Betul2 selepas Masjid Geliga ada simpang masuk ke kanan. Susah sikit nak lepas simpang ni sebab jalannya besar - 3 lanes. Masuk kanan. Sebelah kiri ada stesen bas, sebelah kanan ada banyak kedai2 makan. Jalan terus sampai jumpa simpang tiga. Belok ke kanan dan terus. Sebelah kanan ada sekolah, so hati2 bila memandu. Budak2 suka main kejar2 tepi jalan.

Terus, dan akan nampak berderetan kedai menjual hasil2 laut terutamanya keropok. Terus lagi sampai la kedai yang hujung sekali iaitu kedai Sata Che Mah.

Waktu beroperasi adalah dari jam 2pm ke atas. Dan kebiasaan nya, Sata akan habis dalam jam 5 pm. Kedai Sata Che Mah ni memang ramai peminat nya. Akan selalu ada kereta bersusun kat depan kedai dan orang beratur untuk membeli Sata. Ada juga jual otok2 (otak2), pulut panggang, pais ikan, keropok lekor dan mee/meehun sup, kari dll.

Sebutir Sata Che Mah = Rm 0.40

Satu lagi kedai yang jadi pilihan aku ialah Sata Amal. Jalan yang sama. Sata amal ni kedainya kecil saja. Kalau ikut arah diatas, akan lalu Sata Amal dulu. lebih kurang 50 meter daripada sekolah. Kedai ni jual murah sikit.

Sebutir Sata Amal = err.. 10 butir = RM3.50



Sata Che Mah vs Sata Amal

Sata Che Mah :

Lembut, halus, dan kurang pedas. Mungkin di suaikan dengan citarasa 'international'. Sata nya ada rasa manis, tak pasti sebab rasa ikan atau ada tambah gula. Rasa Sata nya lebih rasa ikan daripada ingredient2 yang lain.

Ada sedikit tulang2 halus. Biasanya dalam 1 atau 2 tulang halus dalam sebutir Sata.

Perniagaan di kendali kan oleh satu keluarga yang besar. Mungkin semua family member terlibat dengan perniagaan ni. Sebab, ada yang panggil 'Mak Long', 'Angah' dan macam2 gelaran yang lazim nya untuk family2 terdekat.

Sata Amal :

Sedikit kasar, sedikit kering dan pedas. Rasa Sata nya balance antara ikan dan kelapa (rasa ikan lebih) dan pedas terutamanya bila tergigit cili padi yang ada dalam Sata tu.

Ada sedikit tulang2 halus tapi sangat jarang2 jumpa dalam sebutir Sata.

Perniagaan di kendali kan oleh, mungkin adik beradik dan ipar - semuanya perempuan. Sebab muka diorang hampir iras2 antara satu sama lain. Kalau budak2 muda (lelaki) mungkin sangat berminat untuk gi ke kedai Sata Amal sebab memang lawa2 belaka.

My verdict :

Untuk aku, aku memang suka Sata Che Mah lebih daripada Sata Amal. Tapi, kedua2nya memang sedap dan ada rasa yang compliment each other. So, suggestion nya ialah makan kedua2 nya berselang seli untuk mendapat impak yang terbaik.

Ada satu lagi kedai yang ok juga - Sata Kak Nab. Kalau dua2 kat atas tak dapat, Sata Kak Nab pun sedap juga. Kedainya kira2 100 meter sebelum sampai simpang tiga diatas tadi.

Sepanjang 3 hari kat Cherating, hari2 aku gi beli Sata dan melantak sorang2 kat dalam bilik hotel. Wife aku gi kursus. Anak aku tak minat sangat Sata, dia suka otok2 (otak2). Otok2 (otak2) kat Kemaman ni lain macam sikit, tak macam otak2 kempas yang biasa kita jumpa. Otok2 (otak2) Kemaman ni dibuat semata2 daripada isi ikan (seketul isi ikan, bukan yang dihancurkan) dan disalut dengan pes sambal nya. Tak berapa pedas. Budak2 kecil pun boleh makan. Sedap.

Kalau cerita pasal makan ni memang tak habis. Benda kalau sedap, ceruk rantau pun orang cari. Sama lah macam aku.

Kalau lah Kemaman tu sepelaung je daripada rumah aku kan ke best..