24 Julai 2010

AB TAUFAN

Beberapa hari lepas aku ada nengok satu cerita drama kat TV3 - Saham Neraka. Ceritanya mengisahkan pasal skim cepat kaya dinamakan AB Taufan yang dok ambil duit daripada orang ramai yang dipanggil downline. Dan, duit yang diambil tu di convert menjadi 'points' serta boleh dimonitor melalui website AB Taufan - logonya siap ada gambar animated taufan sedang berputar-putar lagi. Dengan men 'deposit' kan duit dan tanpa buat apa2 - pulangannya, memang lumayan.

Ada dua keluarga yang berjiran, lakonan erma fatima/ahmad tarmimi & hamidah wahab/jalaludin hassan yang terjebak kedalam skim AB Taufan ni. click sini untuk sikit sinopsisnya.

***

Bila aku tengok drama tu, aku jadi senyum sendiri. Macam pernah kena je.. tapi, dimana ya ?

Dulu, aku dan kawan2 sekerja pernah gila dengan benda2 'internet investment scheme' ni. Hari2 semangat je gi kerja sebab nak bincang dan update atau completekan clicking untuk 'internet investment scheme'. Waktu lunch kami dipenuhi dengan cerita2 pasal tu aje. Sentiasa ada yang jumpa scheme2 baru dan mula la nak mencari downline.

Dalam otak masa tu tak de fikir lain dah, duit, duit, duit, downline, duit, duit, investment, duit, duit, duit. Semua topik berkisar sekitar 'internet investment scheme'.

Almost satu bulan kami di buai dengan mimpi nak kaya. Yang membuatkan masing2 makin galak tu sebab sudah ada kawan2 yang dapat pulangan seperti yang dijanjikan. Lebat!

Ada yang sanggup jual unit trust semata2 untuk 'melabur' dalam scheme2 yang berkenaan. Tak kurang juga ada yang 'mengorbankan' balance kad kredit semaksima mungkin untuk tujuan sama. Aku pulak pilih guna cash. Apa aku buat, aku 'beli' credit daripada kawan2 yang memang dah ada melambak 'credit' dalam 'akaun internet' diorang untuk di transfer kepada 'akaun internet' aku. Dan, dari situ aku 'melabur' la dalam scheme2 yang ada.

Lepas satu, satu scheme aku join. Kawan2 lain pun sama. Memang heavy la masa tu. Tak de benda lain yang dicari kat internet melainkan scheme2 'pelaburan' ni. Ada HYIP (High Yield Investment Program), Click-and-get-paid, 12dp dan macam2 lagi. Memang kelabu mata.

Tiba-tiba, 'program' yang paling dipercayai dan paling ramai yang join dengan 'investment' yang besar - jadi problem. Semua jadi gelabah. Website mula tak boleh nak masuk. Berdasarkan berita2 yang dirisik, 'Owner' di tangkap dan dalam siasatan. Semua 'akaun' dibekukan. Tak boleh bawa keluar, dan tak boleh bawa masuk. Agak sadis bila ada antara kami yang baru je join the day before. Sadis.

Masa tu memang down habis la. Semua muka sugul je. Topik makan tengahari dah tak semeriah dulu. Daripada cerita sedih pasal 'investment' dah kantoi, lama2 bertukar menjadi bahan lawak jenaka sesama kami. Sama2 gelak besar bila cerita balik kes2 yang dah jadi. Lawak tapi sedih.

Sebulan. Dua bulan. Tiga bulan. Lama2 semua putus harapan dan keadaan balik kembali normal. Borak2 pasal 'internet investment scheme' dah tak ada lagi. Diganti dengan cerita2 mengutuk bos dan kawan2 yang tak sehaluan.

Tak lama lepas tu, semua nya terus dilupakan. Nak jadi Investor konon.. Cheh!

Moral of the story :

1) Jangan percaya skim2 cepat kaya tak kira dalam internet atau di luar internet - Pembohong!

2) Jangan percaya kalau sesuatu skim tu ada guna sistem upline/downline dan tak memerlukan kita buat apa2 selain daripada mencari orang untuk join - Pembohong!

3) Yang kaya - Owner skim dan geng2 sepenipuan nya!

So, hati2 la..

Aku pun dah insaf. Baik aku masuk ASB lagi baik..

Tiada ulasan: