20 Disember 2012

MISTERI JAMBU -- ((PETANI BANDAR))

Pokok jambu yang petani bandar tanam dah lebih beberapa minggu berbuah. Segar, menghijau dan semakin membesar. Bila di hitung, ada 4 biji semua nya..

Suatu hari, selepas petani bandar balik berjalan2 dengan cik puan kpp..

"Yang, buah jambu ni macan kena gigit lah", ayat penyata cik puan kpp

"Emm.. masa pergi pagi tadi, elok je kan?", petani bandar musykhil


Petani bandar agak2 budak2 yang selalu main lati2 depan laman yang punya angkara. So, petani bandar ambil keputusan untuk bungkus guna plastik.

"Ok, dah wrapped. Pasti selamat", kata petani bandar dalam hati

Beberapa hari kemudian..

"Oh sayangku, redho aje lah..", cik puan kpp post satu gambar di fb



Apa dah jadi ?

Bila balik dari kerja, petani bandar tanpa menlengahkan masa terus mengadap pokok buah jambu didepan rumah...

Sah! kali ni bukan tokak lagi... memang makan bersungguh2!

Tapi, siapa punya angkara ?

Kucing ? tak mungkin... mana ada kucing makan jambu

Budak2 ? emm.. kalau budak2, apa susah payah dia nak gigit kat pokok. Baik dia terus cabut dan makan sambil berlari2

Anjing ? ada anjing makan jambu ke ?

Bingung!

Selang beberapa hari..

Setelah puas petani bandar berdiskusi dnegan cik puan kpp dan "pakar pertanian tanpa tauliah" si Azli... masih lagi menemui jalan buntu...

Sehinggalah suatu petang, petani bandar ternampak kelibat seekor tupai berlari2 anak di koridor rumah..

Huh?! Sah! ini mesti kerja sang tupai!

Untuk menggelakkan kekecewaan serupa... petani bandar terus memetik kesemua buah yang masih selamat untuk di simpan di dalam peti.

Dan, alhamdullillah.. bila di makan bersama2 cicah mak bee... "amboii.. sedapnyaaaa.." (tonasi macam lagu Jambu masa Maharajalawak minggu yang lalu)

Sekian

Tiada ulasan: