18 Disember 2012

PERISTIWA DI IKEA

"Sakit perut lah, gi toilet jap", aku bagitau pada cik puan kpp tentang hasrat murni aku

Sampai-sampai, macam biasa kena beratur sebab sudah ada ramai yang berpenyakit seperti aku - sakit perut

Di Ikea, kepada yang sedia maklum toilet nya terbahagi kepada dua kaedah..

1) Toilet dengan air

2) Toilet tanpa air

Aku pun beratur.

Mula2 ada sorang budak kecik masuk.. dengan bapa dia. Terkepit2 menahan..

Tak lama lepas tu, ada satu toilet yang kosong.. giliran aku. Menjengah... terbantut. Itu toilet yang tak ada air...

Aku pun offer pada mat salleh yang beratur kat belakang aku untuk teruskan hajat beliau.

Beliau maju ke depan dan menjengah... tapi, berpatah balik (dan beratur semula belakang aku)

Pendek je ayat nya..

"No water"

Terus aku kagum.. sekarang mat salleh pun dah ada rasa geli dengan toilet roll...

Sekian


Tiada ulasan: