14 Oktober 2011

BEREBUT TV

 
Kalau dulu2 aku dok berebut dengan cik puan kpp... la ni aku dah ada saingan yang baru iaitu  Nurin Hana.

Bila Nurin Hana dah besar dan pandai menonton tv juga menukar channel sendiri... aku jadi serba salah. Bila Nurin Hana balik daripada school sure beliau akan buka tv dan channel six-one-three. Dulu hanya six-one-three je yang Nurin Hana tahu... tapi, sekarang hasil didikan cik puan kpp... beliau dah tahu six-one-six, six-one-five dan six-one-one.

Secara lazim nya Nurin Hana akan sampai rumah dahulu daripada aku. Dan, bila aku sampai beliau biasa nya sedang menonton tv. Program waktu petang kira ok lah... nothing much yang aku nak tengok.

Yang menjadi issue ialah Nurin Hana akan mengadap channel2 kegemaran beliau tu sampai ke malam. Bila beliau dah mengadap tv, jangan harap lah aku nak dapat tukar channel. Biar lah merayu mcamana pun... umpan apa2 pun memang tak laku.

Waktu tidur cik puan kpp dah tetapkan pada jam 9:30 malam.. oleh itu, sehingga waktu itu lah aku kena sama2 terpaksa-rela melayan channel2 Nurin Hana juga.

Pernah satu ketika, dek kerana tak nak bagi aku tukar channel.. Nurin Hana akan sorok kan remote tv selepas beliau tukar channel kegemaran nya. Kadang2 tu dia dok pujuk aku "please.. please.. please.." sampai aku cair. Dan, ada juga alasan nya.. "Papa kan suka tengok cerita princess, kan ?"... bztt, bzztt, bzzttt...

Walaupun tv sebenar nya ada 2 (satu di tingkat bawah, satu di tingkat atas) dengan subscription yang hanpir2 sama... namun, tak sampai hati pula aku nak biarkan Nurin Hana tengok sorang2 kat bawah. 

Mungkinkah aku perlu pindahkan tv dan subscription nya sekalike bawah ? Huh? Dilema...

7 ulasan:

Ahkak Geli berkata...

oh..saya paham perasaan anda

walau kenit saya baru dekat 2 tahun..tapi dia punya veto memang tak bole buat apa apa..

aku dah lama tak tengok CSI, NCIS, Family Guy nih..siot..

paling haru, sekarang punya style, terjaga tido kol 2 pagi, nak tengok katon!!

Syigim berkata...

so sweet at least nurin ckp pls pls pls, instead of hentak2 kaki or guling2 kat carpet :P ok la tu :)

for me, i teach my boys fairness. lepas habis ONE cartoon, it's mak's turn! after habis mak punya citer, br bole change blk to their channel. FAIR! ;)

nurkaloi berkata...

hehe kaloi selalu berebut tv ngan abah

Hanis Azla berkata...

remote kat rumah mmg selalu kena sorok.... oleh budak2 bertiga tu.. haru betul.. nasib baik rancangan yg bermula dengan six tu best2 juga.. so layan samalah..

Pala Maldini berkata...

cik geli - mujur bab terjaga nak tengok karton tu... tak ada lah..

syigim - tak laku la... nanti dia kata "Nurin Hana belum tengok cerita karton lagi.." *sambil buat muka sedih*

kaloi - memang resam anak perempuan suka rebut dengan bapa nya kot.. hehe

hanis - layan.. layan juga... tapi, kalau asyik ulang2 siri yang sama, letih juga

Siti Noor Aminah berkata...

layan je la cerita princess pun.. haha..

Irfa berkata...

bujang saya pun suka sorok remote.
hangen tau