Malam tadi dengan penuh semangatnya aku join rondaan srs kawasan rumah aku yang sebenarnya baru lagi di mulakan dalam bulan puasa yang lepas. Memandangkan semangat masih panas membara aku dengan penuh iltizam mem-volunteer-kan diri untuk shif kedua iaitu bermula jam 2pagi hingga 4pagi.
Sebagaimana yang aku boleh teka, memang tak ramai yang participate walaupun senarai nama mendaftar bukan main panjang lagi sampai 2 muka surat. Tak kisah lah.
Tepat jam 2pagi, aku menuju ke rumah komuniti tempat untuk berkumpul. Daripada jauh aku dah nampak rumah komuniti terang benderang sebagai tanda ada orang yang sedang berjaga dan berkumpul. Bila aku sampai dan parking kereta memang sahih ada dalam 6 orang sedang berborak2 kosong menunggu shif giliran mereka tamat. Ya, mereka semua adalah geng shif 12tgh malam hingga 2pagi.
Masing2 rancak berborak macam2 topik yang tidak ada kena mengena dengan rondaan srs. Ketua pada malam itu ialah En Razali iaitu salah seorang daripada AJK biro keselamatan. Walaupun En Razali sudah bermula dari jam 12tgh malam, atas semangat dedikasi dan sikap kebertanggungjawaban beliau telah sambung ke shif berikut nya. Sama macam aku. Dan, seperti yang aku jangka juga.. hanya aku seorang saja yang datang untuk shif 2psgi hingga 4pagi.
Kawan2 lain daripada shif 12thg malam beransur2 pulang meninggalkan aku dengan En Razali dan En Shamsul meneruskan perjuangan. Apa yang lebih mengagumkan aku ialah.. ada juga volunteer wanita yang hadir masa shif 12tgh malam - sedikit sebanyak rasa tercabar juga untuk support aktiviti rondaan srs ini.
Macam biasa, aktiviti berborak mengisi masa lapang sehingga jam 3pagi dimana En Razali telah jadualkan untuk kami bertiga pergi meronda di sekitar kawasan jalan 13.. iaitu jalan rumah aku.
Tepat jam 3pagi kami bergerak perlahan2 meronda berjalan kaki. Kawasan yang di ronda adalah sekitar kawasan2 "panas" yang berhampiran dengan kawasan yang membolehkan "orang luar" keluar masuk ke kejiranan kami dan juga kawasan di belakang rumah jalan 13 yang bersempadan dengan bukit. Rondaan kami berbekalkan cota dan lampu suluh.
Sepanjang rondaan, beberapa isu sempat aku perhatikan antaranya ..
1) Vandalism pada kotak box tnb yang boleh mengakibatkan renjatan elektrik... na'uzubillah
2) Rumah berpenghuni yang tidak di pasang langsir pada tingkap. Atau, langsir sliding door yang di selakkan ke tepi... "ternganga" habis nampak bahagian dalam rumah
3) Menanam pokok berlebihan yang boleh dijadikan tempat persembunyian "tetamu-tidak-diundang"
4) Gril pintu tidak di kunci
5) Alarm kereta yang terlalu sensitif dan kerap berbunyi - mengganggu "ketenteraman awam"
6) Paip besar bocor di depan rumah yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa... memang satu pembaziran!
Walaupun kami hanya meronda satu jalan sahaja, masa yang di ambil berjalan kaki adalah dalam sekitar 40 minit. Rasa macam dekat je, tapi lama juga rupa2nya.
Lebih kurang jam 3:40pagi kami sampai semula ke rumah komuniti dan menamatkan rondaan malam tersebut.
Alhamdulillah, inilah kali pertama aku menyertai aktiviti rondaan srs seperti ini dan syukur tidak ada apa2 yang terjadi. Hopefully, aku akan terus bersemangat untuk shif2 yang akan datang. Selepas rondaan, aku balik ke rumah dan bersahur untuk sessi puasa siangnya.
Dekat tv ada ditayangkan cerita "Penunggu Istana" yang tak berapa nak laku dekat wayang tu. Tapi, aku layan kan juga walaupun siangnya aku nak kena kerja. Dan, natijahnya sekarang... daripada pagi sampai ke saat ini asyik sok sek sok sek je hidung aku ni berair... macam nak kena selsema. Lupa pula aku nak telah ubat lepas sahur tadi... adus.. seksanya...
Sekian
Lupa nak ambil gambar bersejarah aku gi meronda... terlalu semangat sangat agaknya.. huhuhu..
2 ulasan:
bravo.. bravo.. semoga terus bersemangat hendaknya.. waktu mula 2 pindah dulu kat kaw saya pun ada buat rondaan mcm ni.. tp menurut en.asben mmg muka org sama aje yg selalu nampak muka.. yg lain2 masukkan nama dalam senarai aje.. ada hal lain agaknya..
tq.. tq.. mudah2an..
"ada hal lain" tu maksudnya.. sibuk tido la tu.. hehehe..
Catat Ulasan