28 September 2011

FIRST TIMER ASTRO FIRST

Last Saturday aku buat makan2 di rumah untuk family sempena Aidilfitri yang dah sampai penghujung. Kalau aku tak buat macam gitu, jawabnya memang tak ada lah orang yang datang beraya ke rumah aku yang "terpencil" daripada family2 yang lain tu semua.

Faham2 saja lah bila chef (cik puan kpp) dan pembantu chef (aku lah tu) bekerja berdua2an sahaja di dapur... dan, makanan yang nak dimasak pulak pelbagai jenis, memang lah tidak menang tangan dibuat nya. 

Janji mula jamuan pada jam 7 petang. Siap dalam sms aku sebut supaya jangan datang awal, takut nanti makanan belum siap. Tapi, hakikatnya... memang tak siap juga. Around 8:30 malam baru semua juadah betul2 complete. Menu kami hari itu ialah... Nasi butter, Ayam Rendang, Udang sambal, Sayur campur, nasi impit, kuah kacang (beli), tauhu sumbat, spegetthi, tempe goreng, Nugget tempura, Air punch buah2an dan baki kueh2 raya. Memang meriah, dan yang lebih penting memang penat dan lenguh berdiri.. huhu!

Ok, actually aku nak tulis pasal Astro first yang first time aku "beli" tempohari.

Mudah je rupa2nya. SMS dan 5 minit kemudian dah boleh tengok cerita sampai muntah. Every 2 hours cerita akan repeat semula di channel yang sama. Mungkin lebih menjimatkan. Ditambah pula ramai ahli keluarga yang datang ke rumah aku malam tu... so, sekali harung lah depa pakat menonton sama.

Simple matematik, kalau aku sekeluarga ke panggung wayang... Aku, cik puan kpp & Nurin hana... tiket wayang nya je dah RM25 (Nurin hana half price). Campur lagi dengan pop corn, air dan segala bagai... easily jadi RM40 - 50 per sessi menonton. 

Tapi, dengan Astro first... walaupun skrin nya hanya lah 42" saiznya... kosnya baru RM15. Boleh makan dan minum sesuka hati buat sendiri dalam keselesaan rumah sendiri. Oh ye, viewing pulak for 48hours.

Aiyoo.. dah macam promo Astro first lah pulak entry bi!

Ceritanya : Hantu Bonceng 

image : google

Sinopsis :

Kisah dimulakan dengan adengan seorang mat rempit, Amran (Zizan Razak) yang menang pertarungan merempit dan menerima "habuan" seorang perempuan yang baru datang dari kampung, Maya (Juliana Evans). Sebaik sahaja Amran keluar simpang sambil di bonceng oleh Maya, motosikal beliau terlibat dengan kemalangan dilanggar oleh sebuah lori. Amran sempat melompat menyelamatkan dirinya dan membiarkan Maya diatas motor dilanggar lori.

Sejak daripada peristiwa itu, Amran sering diganggu oleh "hantu bonceng" Maya yang meminta bantuan beliau sepuya membantu menyempurnakan mayat beliau (dikuburkan) yang tidak di tuntut oleh sesiapa. Beberapa peristiwa seram dan lucu terjadi apabila "hantu bonceng" acapkali muncul dalam kehidupan Amran. Kawan Amran, Kunyit (Sallehuddin) pada mula nya tidak percaya dengan cerita2 Amran... namun, akhirnya membantu beliau setelah melihat sendiri kelibat "hantu bonceng" tersebut.

Kekasih Amran, Halimaton (Jue Aziz) yang bekerja sebagai jururawat juga membantu Amran untuk mengesan keluarga Maya dengan tujuan supaya mayat Maya dapat dituntut dan disempurnakan. Setelah di sempurnakan, "hantu bonceng" tidak mengganggu Amran lagi.

Cerita beralih pula kepada konflik percintaan diantara Amran, Halimaton dan Ayu - adik kembar Maya (Juliana Evas) dan masalah2 sosial seperti kelab malam, pergaulan bebas dan gangsterism.

Di akhir cerita, terbongkar lah kegiatan haram abang Halimaton, Dani (Azlan Kami) dan juga peranan jahat Ayu dalam memerangkap kakak kembarnya sendiri iaitu Maya untuk dijadikan habuan pertaruhan perlumbaan mat rempit.

Tamat.

Pandangan aku :

1) Cerita ini memang kelakar dan aku sangat kagum dengan watak yang dibawakan oleh Sallehuddin sebagai Kunyit. Memang kelakar habis dengan gaya poyo nya! No wonder boleh kutip sampai RM8 juta! Syabas Ahmad Idham!

2)  Unsur2 kelakar nya baik dan aku tak rasa bosan walaupun menonton berulang2 kali... 

3) Babak pergaduhan diantara Ayu & Halimaton ada sedikit kureng real. Nampak macam nor well choreograph dimana masing2 macam menanti2 apa nak di buat seterusnya. Dan, it is obvious (in the ending scene) yang penumbuk Halimaton memang tak kena pun. Possibly, angle kamera yang kurang baik.

4) Beberapa blog mempertikaikan perkataan "Apa celup" yang berulang kali digunakan dalam dialog filem tersebut kerana menyamakan nya dengan "wtf" atau yang se-maksud dengan nya. Tapi, personally aku tidak lah nampak isu disitu kerana perkataan itu tidak lah directly melambangkan the 4-letter-words meaning

5) Lakonan pelakon2 agak baik terutamanya Sallehuddin yang membawakan watak Kunyit. Aku tak pernah nampak mamat ni berlakon sebelum ini. Tapi, watak dan lakonan nya memang sempoi. Ketawa terbahak2 weh! Walaupun Zizan di potray kan sebagai pelakon utama... namun, pelawak utama pada aku dalam filem ini ialah Sallehuddin (watak Kunyit) - Tak hensem tapi, kelakar gila!

In the end, aku rasa sangat puas hati dengan cerita ini walaupun beberapa shot angle kamera dan scene2 tertentu macam di cedok daripada himpunan cerita2 yang lain seperti scene depan bilik mayat (Khurafat) dan scene gaduh dalam kelab (KL Gangster).

Highly recommended to those yang suka cerita2 komedi-tapi-seram-sikit2

Thumb up to Ahmad Idham! Finally, beliau dapat juga filem yang meletop yang dikeluarkan oleh syarikat nya sendiri! TAHNIAH!

27 September 2011

KISAH JUMAAT YANG LALU - RAYA MERDEKA

Jumaat, 23/09/2011

Raya! Raya! Raya! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ofis aku buat jamuan Merdeka Raya. Kali ini, setiap unit sudah diberikan tugasan untuk menyediakan jenis makanan dan minuman yang telah di agih2kan tugasan nya. Contoh macam unit aku di tugaskan untuk bahagian dessert. Tak kisah apa yang nak disediakan, janji berunsurkan dessert.

The catch ialah... setiap unit diminta membuat gerai dan ada pertandingan Best Gerai yang mana hadiah yang telah disediakan berupa hamper setinggi 1 meter (lebih kurang). Selain daripada Best Gerai, ada dua lagi kategori iaitu... Best Dress Man & Best Dress Woman.

Memandangkan sambutan Hari Raya... aku dah berkira2 untuk berbaju melayu lengkap dengan samping dan songkok segala bagai. Cadang di hati nak pakai yang kaler oren... tapi, last minit aku tukar ke warna coklat. Malu pulak lah rasanya nak berbaju melayu orang yang sangat striking itu!

Seminggu sebelum unit kami sudah berbincang tentang persiapan dan yang paling penting... tentang gerai. Alang2 masuk bertanding.. biar sampai grand!

Ketua gerai dilantik... iaitu Ju dan sehari sebelum kami sudah mula menghias gerai sebagai persiapan awal supaya tidak kelam kabut keesokkan harinya. Makanan pun sudah dibahagi2kan kepada person in charge masing2. Tinggal untuk di susun di atas meja untuk di perabihkan.

Antara dessert yang unit aku sediakan.. tembikai, pisang (cara presentation nya tu yang kelas!), thriffle, puding roti, kek batik, dodol, kerepek jawa, kueh mueh moden dan roti jala. Memang mengancam lah! Tengok aje gambar model2 dibawah ni...


Makanan main course (disediakan oleh gerai lain) termasuk lah... Nasi Dagang, Nasi Tomato, Lemak Wak Hassan, Rendang Kak Limah (sukahati je bagi nama) dan Satey. Manakala air pula... Sirap Bandung Soda & Teh Tarik... memang mengancam sih!
Semuanya sedap2 belaka..

Dipendekkan cerita, setelah masing kenyang makan macam2 makanan di semua gerai yang ada... tiba lah masa pengumumman untuk pemenang Best Gerai, Best Dress Man & Best Dress Woman.

Tanpa dakwa-dakwi, unit aku bolot semua hadiah! Dan, yang terbaik tentulah BEST GERAI! tak sia2 menghias dengan segala kreativiti bagai... dibantu oleh kehadiran lampu lip lap lip lap yang gerai lain tak ada... cayalah!

Perut dah kenyang, hati dah senang sebab dapat bolot semua hadiah... masanya untuk gambar kenang2an...


TERBAIIIKKK!!!

20 September 2011

VISA SIGNATURE

 image : google

Woo Woo.. sabar, sabar... bukan aku punya. Bos yang punya.

Alkisah lunch time semalam beliau panggil ke meja, ingatkan nak discuss apa benda... rupa2nya salah satu agendanya nak bagitau beliau dah dapat Visa Signature!

Haa.. bila dah dapat Visa Signature, automatik la yang Platinum  di lupuskan. On the spot call card centre, cancelled dan gunting kad.  Banyak2 nak buat apa, betul tak ? Kredit limit nya... umang ai.. 50k sih!

Ok la.. ok la... walaupun 50k, ianya tetap.. hutang!

Teringat pula aku masa awal2 kerja dulu nak memohon kredit kad segala bagai. Masa tu aku kerja tak sampai 6 bulan lagi - bermakna belum dapat surat confirmation lagi. Ada satu booth di buka di persekitaran kilang tempat aku kerja, bukan main ber-iya2 lagi minah tu dok promote. Aku pula cepat benar cair nya... terus aku apply.

Tapi, bila bab kena bagi surat confirmation... memang aku kalah la sebab masa tu surat confirmation memang tak ada. Yang buat aku teruja untuk register dengan bank tersebut ialah masa tu diorang bagi free gift jam tangan berjenama bank tersebut.. hehe.. kelakar pulak pakai jam jenama bank!

Walaupun tak pasti samada permohonan aku boleh berjaya atau tidak... aku tetap apply juga. Macam minah bank tu kata, submit je application dulu. Ok la..

Aku tak puas hati... aku pergi ke bank lain pula untuk apply kad kredit lagi. Kali ni bank tu bantai suruh aku apply tiga jenis sekali - Visa, Master & Amex. Aku tak kira, aku bantai apply semua. Dan, masih lagi problem yang sama dimana diorang minta confirmation letter yang terang2an aku tak ada.

Pastu, aku jalan2 kat shopping complex, terjumpa lagi booth bank untuk kad kredit. Aku apply lagi... gigih!

Masih lagi dengan isu yang sama --> confirmation letter.

Akhirnya, aku give up walaupun semua bank2 tadi tu aku dah apply. Tapi, dengan harapan yang tipis lah... pada pandangan aku.

Selang sebulan dua lepas tu... nah nko! Semua bank approved aku punya application ! Ambik!!

Sampaikan wallet aku tak muat nak simpan semua nya... kalau tak salah aku ada 6 kad pelbagai bank dan pelbagai jenis - Visa, Master, Amex & JCB. Perghh!!!

Bila cukup setahun, nah.. jenuh aku nak membayar yearly fees nya. Bukan aku guna semua pun... gunanya satu je, tapi nak kena bayar RM80 per kad. Tak ke membuang duit nama nya tu ? 

Masa mohon seronok2 je aku isi borang... alih2 bila nak terminate, nah.. jenuh aku memanjat satu2 bank untuk cancelled semua nya kecuali satu (yang aku dah guna tu). Sudah lah begitu, bila nak terminate.. macam2 pula pegawai bank tu dok pujuk dan offer fees waive lah segala bagai...

Ada satu bank tu, hari ni aku submit borang untuk terminate... lusa, dia pakat offer aku untuk continue with yearly fees waived! huh?!

Sekarang, natijah daripada "langkah awal" aku memohon kad kredit tersebut.... sampai la ni hutang sentiasa saja ada dan makin hari makin bertambah!

Mungkin betul orang kata... Kad Kredit ni memang BERHANTU!! Sekali guna.. sampai bila2 "terpaksa-guna".. huhu!

13 September 2011

SATURDAY

Last saturday she wore a new headscarf with new style... it's a black scarf with white polka-dot..... sooooo lovely!

I wish I had said something to compliment her... but, for some particular reason... I restraint...

And, the moment had passed...

R.I.P "SPARTACUS"

 
 image : google

Andy Whitfield - Hero series Spartacus telah meninggal dunia pada usia 39 tahun. click sini.

Hero siri kegemaran aku ini telah meninggal dunia akibat penyakit non-Hodgkin Lymphoma - satu penyakit cancer yang berkaitan dengan darah. 

Pada asalnya, siri Spartacus di rancang untuk kesinambungan nya tetapi tertangguh sebab penyakit yang dihidapi oleh Andy Whitfield (melakonkan watak Spartacus). Dan, kerana itu juga pihak penerbit telah membuat prequel siri ini yang diberi tajuk Spartacus - Gods of the Arena... mengisahkan tentang peristiwa sebelum kehadiran Spartacus ke arena Batiatus.

Oleh kerana kematian ini, mungkin juga siri kegemaran aku itu tidak di sambung lagi... kot? huhuhu

R.I.P Spartacus!

09 September 2011

LAGENDA BUDAK SETAN (FILEM)

Opsst... mungkin aku dah ketinggalan zaman. Baru semalam aku beriya2 benar menonton cerita ini di tv. Padahal, sudah berbulan2 aku download movie nya dahulu (sebelum semuanya di banned oleh SKMM.. huhu!).

image : google

Cerita ini adalah adaptasi daripada novel yang sangat popular satu masa dulu hasil nukilan saudara Ahadiat Akashah. Memang sangat popular. Tapi, to be honest... aku sekadar tahu tajuk nya saja. Sumpah tak pernah baca. Lagipun, buku2 ni aku alergic sikit!

Cerita ini sudah lama... ala2 basi lah orang kata. Oleh itu, tak perlu lah aku bagi sinopsisnya lagi. Kalau nak tahu juga jalan cerita nya.. google-kan saja ye.

Dalam cerita ini, digambarkan keikhlasan cinta Kasyah kepada Ayu yang sangat hebat. Walaupun Kasyah digelarkan budak setan di kolej kerana sikap super-nakal beliau... namun kehadiran Ayu dan cinta nya kepada Ayu telah merubah segala2nya. Sugguhpun Ayu mengaku pernah terlanjur dengan bekas kekasihnya Azmi, Kasyah masih tetap dengan cinta nya... Cintanya hanya untuk Ayu.

Oh, masih adakah lelaki seperti itu ?

Adakah cinta aku sehebat cinta Kasyah kepada Ayu nya ?

Adakah aku juga pencinta yang sejati itu ?

08 September 2011

RONDAAN SRS YANG PERTAMA

Malam tadi dengan penuh semangatnya aku join rondaan srs kawasan rumah aku yang sebenarnya baru lagi di mulakan dalam bulan puasa yang lepas. Memandangkan semangat masih panas membara aku dengan penuh iltizam mem-volunteer-kan diri untuk shif kedua iaitu bermula jam 2pagi hingga 4pagi.

Sebagaimana yang aku boleh teka, memang tak ramai yang participate walaupun senarai nama mendaftar bukan main panjang lagi sampai 2 muka surat. Tak kisah lah.

Tepat jam 2pagi, aku menuju ke rumah komuniti tempat untuk berkumpul. Daripada jauh aku dah nampak rumah komuniti terang benderang sebagai tanda ada orang yang sedang berjaga dan berkumpul. Bila aku sampai dan parking kereta memang sahih ada dalam 6 orang sedang berborak2 kosong menunggu shif giliran mereka tamat. Ya, mereka semua adalah geng shif 12tgh malam hingga 2pagi.

Masing2 rancak berborak macam2 topik yang tidak ada kena mengena dengan rondaan srs. Ketua pada malam itu ialah En Razali iaitu salah seorang daripada AJK biro keselamatan. Walaupun En Razali sudah bermula dari jam 12tgh malam, atas semangat dedikasi dan sikap kebertanggungjawaban beliau telah sambung ke shif berikut nya. Sama macam aku. Dan, seperti yang aku jangka juga.. hanya aku seorang saja yang datang untuk shif 2psgi hingga 4pagi.

Kawan2 lain daripada shif 12thg malam beransur2 pulang meninggalkan aku dengan En Razali dan En Shamsul meneruskan perjuangan. Apa yang lebih mengagumkan aku ialah.. ada juga volunteer wanita yang hadir masa shif 12tgh malam - sedikit sebanyak rasa tercabar juga untuk support aktiviti rondaan srs ini.

Macam biasa, aktiviti berborak mengisi masa lapang sehingga jam 3pagi dimana En Razali telah jadualkan untuk kami bertiga pergi meronda di sekitar kawasan jalan 13.. iaitu jalan rumah aku.

Tepat jam 3pagi kami bergerak perlahan2 meronda berjalan kaki. Kawasan yang di ronda adalah sekitar kawasan2 "panas" yang berhampiran dengan kawasan yang membolehkan "orang luar" keluar masuk ke kejiranan kami dan juga kawasan di belakang rumah jalan 13 yang bersempadan dengan bukit. Rondaan kami berbekalkan cota dan lampu suluh.

Sepanjang rondaan, beberapa isu sempat aku perhatikan antaranya ..

1) Vandalism pada kotak box tnb yang boleh mengakibatkan renjatan elektrik... na'uzubillah
2) Rumah berpenghuni yang tidak di pasang langsir pada tingkap. Atau, langsir sliding door yang di selakkan ke tepi... "ternganga" habis nampak bahagian dalam rumah
3) Menanam pokok berlebihan yang boleh dijadikan tempat persembunyian "tetamu-tidak-diundang"
4) Gril pintu tidak di kunci
5) Alarm kereta yang terlalu sensitif dan kerap berbunyi - mengganggu "ketenteraman awam"
6) Paip besar bocor di depan rumah yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa... memang satu pembaziran!

Walaupun kami hanya meronda satu jalan sahaja, masa yang di ambil berjalan kaki adalah dalam sekitar 40 minit. Rasa macam dekat je, tapi lama juga rupa2nya.

Lebih kurang jam 3:40pagi kami sampai semula ke rumah komuniti dan menamatkan rondaan malam tersebut.

Alhamdulillah, inilah kali pertama aku menyertai aktiviti rondaan srs seperti ini dan syukur tidak ada apa2 yang terjadi. Hopefully, aku akan terus bersemangat untuk shif2 yang akan datang. Selepas rondaan, aku balik ke rumah dan bersahur untuk sessi puasa siangnya.

Dekat tv ada ditayangkan cerita "Penunggu Istana" yang tak berapa nak laku dekat wayang tu. Tapi, aku layan kan juga walaupun siangnya aku nak kena kerja. Dan, natijahnya sekarang... daripada pagi sampai ke saat ini asyik sok sek sok sek je hidung aku ni berair... macam nak kena selsema. Lupa pula aku nak telah ubat lepas sahur tadi... adus.. seksanya...

Sekian

Lupa nak ambil gambar bersejarah aku gi meronda... terlalu semangat sangat agaknya.. huhuhu..

07 September 2011