Memaparkan catatan dengan label mainan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mainan. Papar semua catatan

22 Julai 2011

DALAM KENANGAN #25 - ROKET LALANG

Lalang - nama sejenis rumput yg tinggi dan kasar, Imperata cylindrica. (Kamus dewan)

 image : xpressminda.wordpress.com 

Apa korang nampak pada lalang ? Menyemakkan mata je kan ?

OK,  sekarang.. let's turn back time. Sila selami jiwa kanak2 anda dan lihat dengan mata anda sebagai kanak2 ribena yang ligat dengan idea dan kreativiti.. apa korang nampak ?

Mata kanak2 aku nampak.. LALANG = ROKET 

How ? Ini lah yang aku nak cerita...

Lalang ni memang senang nak jumpa walau di mana2 pun kita berada. Mudah, tiada kos dan tak ada siapa nak marah kalau kita ambil banyak mana pun. Silap2 haribulan, tuan rumah akan bayar upah kalau kita cabut semua lalang yang ada di rumah beliau. 

Sesuatu yang tidak "berguna" kepada orang lain.. mungkin ada guna nya kepada sekumpulan yang lain pula. Budak2 macam aku, mana ada duit nak main permainan orang berduit. Dan, mungkin sebab itu.. otak aku ni (dan, kawan2) sentiasa ligat mendapatkan idea2 alternative macam kayu hoki, senapang ceri, bintang ninja, roundess dan sebagainya semata2 untuk bermain bersama2 kawan2.

Ok, enough of the intro.. ini cara nya :

Barang keperluan :
1) Lalang
2) Skill me-roket-kan lalang tersebut

Cara nya :
1) "Patahkan" lalang di pangkal nya

2) "Koyakkan" sebahagian hujungnya yang lembut melentok tu

3) "Koyakkan" daun lalang di pangkal sebelah kiri dan kanan nya di antara "tulang" lalang tersebut



Keratan rentas nya kalau di lihat adalah berbentuk lengkungan. Normally, bahagian "dalam" bersifat licin dan bahagian "belakang" bersifat sedikit kasar. Dari segi warna pula, normally bahagian "dalam" lebih hijau daripada bahagian "belakang"

4) Letakkan pada posisi jari seperti dibawah

Berdasarkan keratan rentas di atas, bahagian "dalam" hendaklah di letakkan di bahagian atas, manakala bahagian "belakang" di sebelah bawah.


AMARAN : kedudukan lalang hendaklah betul dimana bahagian pangkal lalang (bahagian yang hampir ke bahagian akarnya) berada di depan, dan bahagian hujung (puncak lalang) di bahagian belakang. Ini kerana, pada tepi daun lalang ada duri2 halus yang kedudukan nya menghala ke atas (puncak lalang). Oleh itu, kalau puncak lalang di bahagian depan.. duri2 halus ini akan menyucuk jari2 anda dan boleh menyebabkan luka! AWAS! jangan kata aku tak warning pula ye....


Dan, jangan pula hala kan ke arah kawan2 especially mata... sangat bahaya!

5) Gerakkan tangan yang menyepit daun tadi (illustrasi di atas tangan kanan) ke depan. Maka, meluncurlah "tulang" lalang tersebut sebagai "roket"

The best way to play this is with your friends dan lawan siapa boleh luncurkan roket paling jauh atau paling tinggi and then be proud of it! that is if you win lah..

Permainan ini memang seronok.. kalau tak caya, anda cubalah sendiri

Nowadays, once in a while.. aku akan main juga bila jumpa kawasan2 ber-lalang tinggi.. memang seronok!

Ah! indahnya zaman itu...

08 Julai 2011

DALAM KENANGAN #24 - BATANG AIS KRIM

Ini memang famous masa aku sekolah rendah. Sebenarnya, batang ais krim tu adalah spesis "sampah" yang dibuang ke dalam tong sampah (baca : merata2) setelah ais krim nya habis di mamah. Batang ais krim pula ada macam2 jenis.. ada yang panjang, ada yang pendek dan ada yang "kurus". Tapi, "sudu" ais krim kotak tidak di terima pakai ye..

image : bicarasigadisdesa.blogspot.com

Waktu paling sesuai untuk bermain batang ais krim ini ialah selepas waktu sekolah (baca : bila2 masa terluang di sekolah). Manakala, tempat terbaik ialah meja makan di kantin sebab saiznya yang besar. Dalam permainan batang ais krim ini, perlu ada dua pemain.

Asas permainan adalah siapa kalah beliau kena "bayar" menggunakan batang ais krim yang beliau ada dimana jumlah "bayaran" telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum mula bermain - contohnya : 5 batang ais krim ("bayaran" lazim ialah 1 batang ais krim). Di samping itu, ada beberapa peraturan2 tertentu juga ditetapkan di awal permainan seperti hanya boleh guna batang aiskrim yang original sahaja atau yang sudah di "modified".

Kaedah permainan nya mudah sahaja. Kedua2 pemain akan berkedudukan bertentangan antara satu sama lain dan batang ais krim di letakkan di atas meja di depan masing2. Pemain pertama akan menghembus batang ais krim beliau ke arah pihak lawan dengan tujuan untuk menimpa batang ais krim pihak lawan. Seandainya beliau berjaya menimpa batang ais krim pihak lawan, beliau di kira menang dan akan mendapat "bayaran" daripada pihak lawan sepertimana yang telah di tetapkan sebelum permulaan permainan.

Permainan ini memerlukan strategi sebab bukan sentiasa kita boleh menimpa batang ais krim pihak lawan dengan sekali hembus. Oleh itu, susunan strategi yang betul adalah sangat penting (kecil2 dah pandai fikir pasal strategi... bagus betul lah permainan ini).Boleh hembus sikit2 atau perlahan2. Apa yang penting, objektif nya ialah untuk menimpa batang ais krim pihak lawan dengan batang ais krim kita.

Aku ni boleh lah di katakan agak2 dalam kategori pro dalam permainan batang ais krim ini. Tidak kira lah samada menggunakan batang ais krim original atau yang sudah di "modified". Waktu permainan aku biasanya selepas waktu sekolah di meja kantin sekolah. Orang sibuk balik rumah, aku pula sibuk dok bermain batang ais krim. 

Bila nak main, aku akan cari lawan yang ada segenggam batang ais krim. Kalau setakat yang ada 2 atau 3 tu baik tak payah.. buat perabih air liur je. 

Adat permainan, ada menang ada kalah.. tapi, yang terbaik nya ialah.. keseronokkan menghembus batang ais krim tersebut.. PUH! PUH!

'cik Omar kata, "tu lah! masa sekolah dulu dok puh! puh! batang ais krim.. sekarang dah kena semput!"

Itu lah perkataan yang di ulang2nya bila dengar aku batuk kokol yang giler2 punya kuat. Entah betul ke idak, tidak pasti pula aku. Apa yang penting... SERONOK!!!

27 Mei 2011

DALAM KENANGAN #22 - LAGA PEN

Pen guna nya untuk menulis, bukan ?

Tapi, kalau kita tambahkan sedikit kreativiti, sebatang pen tu ada pelbagai lagi kegunaannya yang tersembunyi. Salah satu daripada nya ialah main LAGA PEN.

Permainan Laga Pen ni aku tak tau siapa kah yang empunya angkara (baca : cipta). Namun, permainan nya sangat seronok. Dan, lebih seronok lagi di mainkan di waktu lapang di kelas (waktu sekolah). Alatan yang di perlukan hanya lah sebatang pen dan beberapa orang pamain2 tegar. Kadang2 perlu di tambah sedikit kreativiti untuk meningkatkan lagi cabaran nya.

Jenis2 pen yang boleh digunakan tiada had. Boleh guna pen plastik atau pen besi. Terpulang kepada pemain. Antara yang paling popular ialah pen kilometrico dan pen stabilo.



image : yogyakartacity.olx.co.id

Pada pendapat aku sebagai pemain "professional" laga pen ini, kriteria pen terbaik ialah :

1) Pen yang berat
2) Pen yang boleh berputar

Berat - membantu pen tersebut untuk menyerap "hentaman" pen lawan dan menyebabkan pen lawan terpelanting jatuh daripada gelangang

Berputar - pen akan berputar sekiranya pen lawan "menghentam" bahagian tepi pen namun pen tersebut tidak bergerak kedudukan nya

Ada baik nya kalau aku terangkan dulu kaedah2 permainannya.

Gelanggang : Meja sekolah

Peralatan : Pen. Bergantung kepada syarat2 permainan yang awal2 dibuat. Contohnya, hanya pen plastik yang boleh main. Atau apa2 pen pun boleh. Atau pen yang sudah di"improve" (nanti aku explain selanjutnya)

Pemain : Seramai yang boleh bergantung kepada saiz meja. Ideally, dalam 5 pemain dalam satu2 masa. 

Peng-"usha" Line : Kalau cikgu datang beliau perlu berikan alert kepada semua untuk bersurai

Peraturan permainan :

1) Setiap pemain berbekalkan sebatang pen akan mengambil tempat masing2 di bucu2 meja. pemain pertama akan jentik pen beliau ke tengah gelanggang.

2) Pemain kedua pula akan jentik pen beliau dan cuba menghentam (laga) pen pemain pertama tadi dengan tujuan untuk menjatuhkan nya ke bawah. Begitulah selanjutnya dimana pemain2 akan bergilir2 menjentik pen mereka untuk menjatuhkan pen lawan

3) Last pen standing is the winner. Dan, seperti biasa, champion boleh lah berlagak hebat dan bercakap besar (itu lah rewards terhebat budak2 sekolah)

Biasanya, permainan laga pen ini akan di kecoh kan oleh penyokong2. Penuh dengan kutukan dan gelak ketawa disamping perkataan2 takbur bila pen mereka berjaya menjatuhkan pen pihak lawan. Permainan juga akan dimainkan berulang2 dan pemain yang menang paling banyak pusingan adalah di isytihar sebagai champion. 

Pen yang di"improve"- maksudnya adalah pen yang sudah diubah suai "sifat azali" nya untuk memenuhi kriteria terbaik laga pen macam yang aku nyatakan di atas tadi. Antara yang paling popular ialah :

1) Isi pen dikeluarkan dan di gantikan dengan simen supaya pen menjadi berat dan sukar untuk dijatuhkan oleh pen lawan. Pen yang selalu digunakan ialah daripada jenama stabilo.

2) Pen di panaskan dengan api untuk mewujudkan keadaan pen bengkok supaya mudah berputar. Selalunya, bahagian tengah pen akan sedikit gemuk berbanding kedua2 bahagian hujung pen supaya imbangan pen adalah terletak dibahagian tengah nya. Dengan itu, pen tersebut akan mudah berputar bila pen lawan menghentam (berlaga) dengan pen tersebut di kedua2 hujung nya. Pen yang selalu digunakan ialah daripada jenama kilometrico

Daripada kedua2 pen diatas, pen berputar adalah jenis yang paling sukar untuk di kalahkan. Pemain lawan kena target dibahagian tengah pen berputar itu untuk menjatuhkan nya. Sekiranya, hentaman terkena bahagian tepi, pen "improve" akan berputar2 sahaja dan tidak bergerak daripada kedudukan nya. Manakala pen yang menghentam pen "improve" tersebut pula yang akan terjatuh sebab terlebih lajak...

Main laga pen memang syok.. tapi, malangnya dek kerana tahap keriuhan yang melampau dan si "Peng-usha-Line" yang dok leka menonton sama... acapkali, pemain2 akan ter-kantoi dengan cikgu dan merasalah kami ketuk ketampi seorang 10 kali.. huhu!

06 Mei 2011

DALAM KENANGAN #19 - ROUNDESS

"JOM MAIN ROUNDESS!"

Roundess adalah satu permainan yang ala2 baseball yang di mainkan oleh sekumpulan budak2 di kawasan lapang. Setiap pasukan biasanya akan di anggotai oleh minimum 4-5 orang. The more the merrier. proses pemilihan anggota adalah berdasarkan lat talilat laili tamplom atau ooosooom.

Peralatan2 untuk permainan roundess :


1) Bola tenis
2) Kayu pemukul - biasa nya berbentuk rod yang panjangnya lebih kurang 1 kaki
3) Selipar - sebagai penanda base

Peralatan2 yang mudah di dapati tanpa perlu mengeluarkan duit. 

Biasanya, bola tennis tu... aku, Ijal & Babuk akan gi cari di sekitar court tenis awam di kejiranan orang2 kaya semasa kami gi main basikal. Mana2 bola tenis yang terkeluar masuk dalam semak sebab dipukul kuat biasanya orang2 kaya ni buat tak tau je.. orang kaya lah katakan. Kayu pemukul pula gunakan kayu 1x2 yang sudah di kikis bucu2nya dengan parang supaya berbentuk rod. Kadang2 gunakan sahaja batang jambu yang kami guna buat kayu hoki. Dan, tak perlu lah aku terangkan bagaimana nak mendapatkan selipar.

Padang permainan :

Padang perlu di set kan seperti berikut untuk membolehkan permainan ini di mainkan.


Perlu ada : tempat untuk pemukul bola, pembaling bola, 4 base (termasuk tempat pemukul bola) dan kawasan permainan yang agak luas.

Bila semua peralatan dan pemain dah ready dan bila kumpulan pemain dah dibahagikan.. masing2 akan mengambil tempat sebagai pasukan pemukul dan satu lagi sebagai pasukan penjaga padang untuk memulakan permainan. Ada baiknya aku terangkan dulu cara2 main dan peraturan2 "law of the jungle" permainan ini.

Cara main & Peraturan :

1) Pemain daripada pasukan pemukul akan memukul bola yang dilontarkan oleh pemain pasukan penjaga padang. Bila bola dapat dipukul, si pemukul akan lari dengan memijak base yang telah di sediakan. Bila lengkap satu pusingan, maka pasukan pemukul akan dapat satu markah. Boleh lari pusing2 seberapa banyak kali yang si pemukul suka selagi mana beliau tidak "mati". Kalau nak berhenti, si pemukul boleh stop pada  home base atau mana2 base yang ada (dengan memijak base tersebut). Sekiranya bola tidak dapat dipukul, si pemukul ada 2 lagi peluang untuk memukul. Sekiranya masih gagal, beliau dikira "mati". Hanya pukulan ke arah hadapan di ambil kira.


2) Bila bola dipukul, pemain pasukan penjaga padang akan cuba menangkap bola dan membalingkan ke arah si pemukul tadi. Atau, baling ke arah pemain pasukan penjaga padang lain yang sedang menunggu di base. Sekiranya balingan terkena pada si pemukul - beliau dikira "mati". Begitu juga kalau si pemukul sedang berlari ke arah base, tapi bola dibaling dan di tangkap oleh pemain pasukan penjaga padang sambil memijak base... si pemukul hendak lah berpatah balik ke base yang terdahulu. Sekiranya beliau dibaling dengan bola sebelum dapat ke base - beliau dikira "mati" juga (mati adalah istilah terkeluar dalam permainan ini) 

3) Begitu lah di ulang2 prosesnya sehingga semua pemain pasukan pemukul "mati". Kemudiannya, pasukan akan bertukar tempat dimana pasukan penjaga padang pula akan menjadi pasukan pemukul dan begitulah sebaliknya.

4) Pasukan yang mengumpul markah yang terbanyak dikira sebagai pemenang

Selalunya, aku antara yang ter-terror lah dalam permainan roundess ini.. ehem! ehem! Dan, kawasan permainan kami dulu biasanya di halaman rumah 'cik Yah yang sangat luas dan ber-court badminton itu. Memandangkan permainan ini dimainkan di kawasan halaman rumah, makanya perlulah sangat berhati2 supaya tidak memukul ke arah tingkap atau jalan raya yang boleh membahayakan keselamatan pemain2. Walaubagaimanapun, rumah dulu2 tak banyak pun yang menggunakan tingkat kaca dan juga jalanraya depan rumah 'cik Yah tu tak banyak kenderaan pun yang lalu lalang.

Susunan pemukul memerlukan strategi oleh ketua pasukan dimana lazimnya susunan dibuat berdasarkan.. kuat, lemah, kuat, lemah, kuat, lemah ; dimana kuat bermaksud orang yang pandai pukul manakala lemah adalah sebaliknya. Ada juga susunan kuat, kuat, kuat, lemah lemah lemah. Ini semua adalah strategi dan terpulang kepada kebijaksanaan ketua pasukan menyusunnya.

Walaupun permainan ini tak ada pengadil, seperti lazimnya dengan permainan2 lain zaman kanak2.. namun, kebanyakkan pemain bersikap jujur dan menerima keputusan "hidup" atau "mati" dengan concensus.

Dalam permainan ini, sikap berhati2 sangatlah penting terutama kepada pasukan pemukul yang berdiri dibelakang si pemukul. Kadang2 dek kerana terlalu excited, si pemukul akan melemparkan kayu pemukul ke belakang dan kalau tidak berhati2 akibatnya...

Dapat lah telor sebijik kat dahi!!


Main roundess memang seronok dan aku berani bet, budak2 sekarang tidak tau atau tidak pernah dengar pun perkataan roundess tersebut!

Sekian

01 April 2011

DALAM KENANGAN #14 - NINJA TUDUNG OREN

image : faizaladanan.blogspot.com


Teruja nak jadi ninja ?

Zaman kanak2 permainan adalah bermusim. Bila tiba musim guli, semua orang akan main guli. Kedai2 apek kat pasar pun akan sibuk jual macam2 guli. Bila tiba musim main gambar, pun sama. Begitu lah juga lagaknya bila tiba musim main gasing, main layang2, main basikal dan macam2 lagi lah.

Ada juga kadang2 bentuk permainan di zaman kanak2 aku ni di pengaruhi oleh unsur2 daripada cerita2 di tv. Contohnya, cerita ninja. Bila ada cerita ninja yang best, sure budak2 macam aku akan terpengaruh habis sampai kan semua nya pakat nak jadi ninja. Sebab apa ? sebab ninja itu COOL.. dia ada macam2 gadjet yang digunakan untuk pertarungan. Dan, yang paling famous ialah... "Bintang Ninja"

Tapi, apa pula kena mengenanya "Bintang Ninja" tersebut dengan "Tudung Oren" ?

Ini lah yang aku nak cerita ni...

Tudung oren atau tudung penutup botol air berkarbonat ini boleh di dapati dengan mudah terutamanya di kedai2 runcit di kejiranan setinggan aku. Biasanya, orang kalau beli air oren (kata ganti nama untuk air berkarbonat dalam botol) tudung nya akan dibuka di kedai tersebut yang selalunya ada menyediakan pembuka tudung botol kepada pelanggan2 mereka (yang digantungkan dengan tali pada fridge kedai). Tudung2 oren ini akan aku kumpulkan dan bawa balik ke rumah untuk di proses menjadi "Bintang Ninja".

Caranya mudah saja. Antara peralatan yang diperlukan untuk tujuan ini ialah seperti berikut :

1) Tukul
2) Gunting besi (bukan gunting baju atau kertas ye)
3) Pen atau marker
4) And, of course, tudung oren


Peralatan2 ini biasanya mudah di dapati dalam box pertukangan yang memang ada kat rumah aku. Macam2 ada dalam box tu.. apa yang perlu ialah sedikit creativity dan improvisation semasa proses penggunaan nya.

Mula2 sekali, ketuk tudung oren tersebut dengan tukul sampai menjadi leper atau rata. Buangkan getah yang biasanya ada terlekat pada penutup tersebut.


Bila dah puas hati dengan tahap ke-leper-an atau ke-rata-an tudung oren tu, lukiskan bentuk "Bintang Ninja" pada tudung oren tersebut. Ambil gunting besi dan potong mengikut lukisan tadi. Lepas potong biasanya akan bengkok2 sikit... so, ambil tukul dan ketuk bagi rata semula.

Kalau nak lebih gempak, asahkan bucu2 tajam tu dengan pengasah pisau supaya lebih uummppphhh!

Tara.. dah siap!

Maka nya, cara main "Bintang Ninja" ini ialah :

1) Baling ke arah dinding papan rumah (biasanya rumah setinggan majoritynya adalah papan)
2) Baling ke arah pokok (mangsa paling obvious ialah pokok pisang & pokok kelapa)

Terpulang lah cara mana nak main nya. Boleh lukis bulatan sebagai target.. atau apa2 sahaja berdasarkan kreativiti masing2. Kalau ndak, boleh letakkan gambar orang yang kita benci sebagai target! Kiranya, kalau siapa yang berjaya baling melekat dan dalam kawasan target tu kira "Ninja" yang hebat la.

Jadi "Ninja" memang asyik dan terasa macam hebat sebab mempunyai senjata yang sangat COOL!


Tapi, AWAS!! permainan ini sangat merbahaya kepada penyalahgunaan. Oleh itu, "Ninja2" hendaklah mempunyai tahap disiplin yang maha tinggi kalau nak main permainan ini iaitu - TIDAK BOLEH BALING KE ARAH MAKHLUK HIDUP!!!

Hait!! Arigato gozaimasu.. genki deska ?

04 Mac 2011

DALAM KENANGAN #10 - LAGA SPIDER

Pernah tengok spider ?

Spider ni terbahagi kepada dua jantina - Jantan & Betina (oooo.. baru aku perasan daripada mana datang nya perkataan "jan"tina"). Daripada mana aku belajar mana satu jantan, mana satu betina pun aku tak pasti. Tau2 je aku memang dah kenal mana satu spider jantan, mana satu spider betina. Biasanya, spider betina bontotnya besar dan ber'taring' pendek (kaki panjang yang paling depan). Manakala, spider jantan pula bontotnya kecil dan ber'taring' panjang.

Ilmu ini sangat penting supaya tidak lah di gelakkan sampai pecah perut oleh kawan2 yang dah ready dengan spider masing2 bila nak berentap nanti.

Spider ni biasanya banyak di kawasan2 yang ditumbuhi dengan pokok2 melata macam pokok sireh dan pandan. Boleh juga dapat di daun pokok kelapa dan juga pokok lengkuas. Pendek kata dimana2 sahaja lah boleh ada kemungkinan kehadirannya.

Spider2 ini biasanya akan duduk atau bersembunyi di antara dua daun yang melekat. Sebab apa melekat ? Ye lah.. spider tu sebenarnya membuat sarang beliau di situ.

Kawasan perumahan setinggan dan sekitar kawasan 'kampung' aku (walaupun letaknya sebenar eh di bandar) dulu2 dipenuhi dengan kehijauan. Memang banyak kawasan2 semak, hutan kecil dan sebagainya. Jadi, memang mudah untuk aktiviti mencari spider.

Berdasarkan pengalaman aku, spider2 yang kuat biasanya bersarang di daun pokok kelapa (kelapa renek yang rendah tu) dan daun pokok lengkuas. Manakala tempat yang banyak spider boleh didapati dengan mudah ialah di daun pandan & daun sireh.

Menangkap spider perlukan skill tinggi terutamanya kalau pada daun pokok kelapa dan daun pokok lengkuas. Ini kerana kedua2 jenis daun ini sangat sukar untuk di koyak kan - tak macam daun pandan & sireh. Lebih sukar nak koyak daun, lebih tinggi risiko yang spider akan ter-penyek @ mati.

Cara yang paling popular untuk tangkap spider ini adalah dengan menggunakan tangan. Kedua2 tangan di tekup kan kepada daun (sarang) spider supaya spider tersebut tak dapat lari. Kemudian, gunakanlah apa sahaja cara untuk megoyakkan daun tersebut daripada dahan atau pokok tersebut. Bila dah dapat, di bawa ke kawasan lapang dan spider di masukkan ke dalam rumah kotak mancis yang telah disediakan lebih awal.

Dan, makan dan minum pula akan 'disediakan' oleh pemilik spider - air paip (kadang2 air liur je) + semut mati.

OK. Bila dah ada spider, masa nya untuk mengaturkan pertarungan dengan pemilik2 spider yang lain. Selalunya, pemilik spider akan mahu berentap dengan champion kawasan tersebut yang mana telah terbukti spider beliau telah berjaya menewaskan spider2 yang lain. Setelah perlawanan di aturkan, masing2 akan mengeluarkan spider dan di letakkan di atas kotak mancis sebagai gelanggang pertarungan.

Mungkin sudah resam spider jantan kalau bertemu pasti akan bertarung. Biasanya, kedua2 spider akan mengembangkan "taring" (kaki terpanjangnya yang terletak di depan) dan berkedudukan dalam posisi pertarungan menghadap ke arah lawannya. Bila sudah sedia, kedua2 nya akan maju dan berentap sehinggalah salah seekor spider tersebut mengaku kalah dan lari meninggalkan 'gelanggang'.


Selalunya, spider yang sudah kalah tersebut pasti tidak akan mahu berentap lagi dengan spider yang mengalahkan beliau. Sangat jarang di dapati keadaan dimana 2 spider berentap berulang2 kali. Dan, kebiasaannya spider yang sudah kalah dan menjadi 'bacul' itu akan di lepaskan semula ke habitatnya

Sebagai pemenang, spider champion kebiasaannya akan mendapat habuan iaitu "tidur" di sarang di temani spider betina - atau lebih popular dengan panggilan spider mak bon (spider bontot besar). Paham2 sahaja lah kan apa tujuan nya.. hehe!

Dalam menceburi bidang laga spider ini, kalah dan menang adalah adat pertandingan. Yang menang akan riak semacam saja lah dan jalan sentiasa dada ke depan. Manakala yang kalah pula akan terus berusaha meredah segala ceruk semak & hutan untuk mencari calon spider contender yang baru.

Apa yang pasti, pemilik spider champion boleh lah berlagak hebat selama mana spider nya adalah champion!

YIHAAAA !!