Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan

23 Ogos 2011

CDM TELAH MENELAN DUIT SAYA!

Aduh! satu hal lah pulak!

Mentang2lah hari ini gaji, mesin masuk duit (CDM) kat tingkat bawah ofis ni asyik2 panjang berjela2 pula orang beratur nak masukkan duit. Sejak daripada pagi, sampailah ke petang ini masih lagi pada panjang yang sama. Dah dua tiga kali aku pergi mengintai... masih lagi belum surut.

Namun, mesin di satu lagi bank sudah tak ada orang. Tanpa lengah aku terus ke situ untuk masukkan bahagian 'cik Mori bulan ini... dan bulan2 yang lalu..

Sedang aku dok menekan2 butang mesin untuk ke menu yang sepatutnya, handphone berbunyi... nombornya sangat pelik bermula dengan +22-something-something. Lagaknya seperti panggilan daripada oversea.. kot? Tak sempat aku nak jawab, dah jadi missed call. Aku fokus pada mesin CDM semula...

Sedang nak masukkan duit, handphone bunyi lagi.. kali ini nombor jiran rumah di Kajang pula yang call. Sambil masukkan duit, sambil aku menjawab telefon. Oleh itu, fokus aku sudah lari daripada mesin CDM ke menjawab telefon.

Duit dah masuk dan mesin CDM sedang memproses. Aku pulak sedang sibuk melayan panggilan telefon jiran yang berkisar tentang rumah yang kami sewakan itu.

Tiba2, ada sekeping duit di reject daripada mesin CDM. Malangnya, duit itu tersangkup pada roller keluar mesin dan terkeronyok. Aku cuba2 tarik... gagal. Dua tiga kali aku ulang.. masih gagal. Aku panggil pengawal keselamatan untuk tolong. Beliau pula panggil pegawai bank. Handphone masih lagi melekat di telinga.

Pegawai bank tu pun tak boleh nak tarik.. tapi, di tarik nya juga. Natijahnya, terkoyak lah note RM50 tu. Sementara mesin CDM pula dah jadi gila dan tidak paparkan skrin yang sepatutnya. Proses berulang2 kali... dan akhirnya resit tidak keluar. Paparan skrin kata, "Sila berhubung dengan cawagan anda". Shoot!!!

Pegawai bank minta aku isi borang untuk buat laporan. Masalahnya, akaun penerima tersebut bukan akaun bank itu... dan bukan juga akaun aku sendiri. Akaun penerima tu ialah 'cik Mori. Aduh!!

Aku isi borang dan pegawai bank kata kena report pada Tabung haji juga.. aisey!! satu kerja pula aku nak ke hulu ke hilir. Tension! Nasib baik aku puasa, kalau idak... sure aku dah mengamuk!

Mujur juga duit itu bukan tujuan untuk 'cik Mori belanja raya. Hanya sekadar untuk simpanan beliau sahaja.

In the end, aku tertanya2... tidak berkat kah duit aku itu ?! huhuhu...

03 Jun 2011

DALAM KENANGAN #23 - REZEKI TERPIJAK

Orang kata, kalau dah rezeki jangan di tolak.

"Serul, pergi kedai beli kelapa sebelah", arah 'cik Yah pada aku.

Dah memang lazimnya, sebagai cucu lelaki yang paling tua dan ter-macho, aku lah yang ditugaskan untuk ke kedai membeli barang2 keperluan memasak oleh 'cik Yah. Masakan orang melayu ni, memang tak sah kalau tak de bahan2 berlemak dan pedas seperti santan dan cili. Paling kurang pun cili padi atau cili boh.

Kadang2 tu, aku angin juga la bila aku tengah syok2 bermain.. di suruh pula pergi ke kedai. Jalan kaki tau, bukannya ada basikal pun (masa tu belum ada basikal lagi).

"Kejap Nek, orang tengah main ni..", aku membalas tanda malas..

"Bagus, bagus.. main tu boleh buat nko kenyang, kan? Hari ini tak payah makan", kata 'cik Yah

"Ye lah.. ye lah..", aku mengalah dalam protes

Aku tulis senarai barang2 yang 'cik Yah nak beli atas kertas supaya tak lupa nanti. Kelapa sebelah, cili padi 50 sen, asam jawa, garam dan bla bla bla. Maka menapak lah aku ke kedai yang terletak lebih kurang 500 meter daripada rumah 'cik Yah. Letih jalan kaki tu. Pergi balik dah 1 km!

Setelah dengan gigih aku ke kedai dan beli barang2 yang 'cik Yah minta, berpatah semula lah aku sejauh 500 meter lagi untuk balik. Letih.

Dalam perjalanan, aku terpijak sesuatu...

Bila aku tengok ke bawah... WOW! rezeki tu..

Sekeping duit RM50 berada bawah tapak selipar aku... 

Pandang kiri, pandang kanan... tak ada orang. Yes. Aku dengan pantas ambil dan masuk poket. Dan, terus memecut lari balik ke rumah sambil terbayangkan permainan mesingun yang di jual di kedai apek kat pasar, YES!!!

Mungkin ini lah yang orang kata "REZEKI TERPIJAK" kot. Dan, berkat aku menolong 'cik Yah ke kedai beli barang untuk masakan lauk tengahari.. hehe!

Yahooooo!

nota : aku simpan duit tu 3 hari sebelum dibelanja kan.. 

31 Mei 2011

SIMPANAN : FORCE-SAVING

Berapa banyak simpanan anda sekarang ?

Secara dasarnya aku memang orang yang sangat liat bab2 simpanan ini. Bila time gaji, mula lah asyik ingat nak joli katak. Belum masuk bulan baru, gaji dah tiga suku habis. Lepas tu, baru lah tahu nak makan meggi.

Aku mula belajar untuk menyimpan bila hati sudah ada taman. Masa tu, perbelanjaan memang sangat tight dan di kontrol. Hari2 makan roti cicah kuah meggi. Kesian, kan ? Bila kawan2 ajak makan, aku cakap "dah kenyang" atau "korang pergi dulu, nanti aku follow". Yang mana sudahnya, memang aku takkan muncul.

Aku pernah tanya pada beberapa orang kawan2 soalan berikut :

"BERAPA BANYAK DUIT SIMPANAN YANG PERLU ADA UNTUK RASA SELESA ?"

Rata2 kawan2 aku cakap dalam RM15-RM20 ribu. Bila aku tengok dalam bank, memang masih jauh tersasar daripada sasaran yang di tetapkan. Namun, naluri aku masih belum terdetik untuk menyimpan sehinggalah suatu hari di kedai makan...

Kawan2 bercerita tentang simpanan ASB mereka dan benefit yang boleh dapat dengan pinjaman ASB. Rata2 semua yang ada di situ ada simpanan ASB kecuali aku dan Mansor. Entah kenapa, aku memang tak pernah nak terdetik untuk menyimpan di ASB.. jauh sekali kalau aku nak buat pinjaman ASB pula!

Dalam kerancakan kawan2 berborak, aku mula rasa terpukul..

KENAPA AKU SORANG JE YANG TAK ADA ASB ?

Satu persoalan besar yang berlegar2 di kepala otak aku masa tu. Dan, bermula daripada situ.. baru aku sedar akan kepentingan untuk menabung!!

Bermula daripada detik itu aku memulakan langkah untuk menabung. As much as possible apa saja income yang aku dapat, aku cuba untuk memperuntukan sebahagian besar untuk tabungan aku. Dalam proses menabung ini, aku ada satu masalah. DISIPLIN!!

Sejak azali lagi, disiplin adalah seteru utama aku! Walaupun, aku tahu sebenarnya disiplin itulah kunci kejayaan. Tapi, naluri pemberontak dalam diri aku ni lebih hebat. Mana mungkin aku boleh menabung secara konsisten kalau tidak ada disiplin ?

Sehingga lah aku ke temu jawapan kepada masalah aku tersebut iaitu... FORCE-SAVING!

Apa itu FORCE-SAVING ?

Ini bukan perkataan baru, namun lebih banyak digunakan oleh bank2 bila nak memujuk kita supaya "menyimpan" dengan membuat pinjaman. 

Force-saving ialah kaedah menyimpan dangan cara "paksa" iaitu menggunakan kaedah potong gaji dan di masukkan terus ke dalam akaun untuk tujuan simpanan. Dalam kes aku ini, kedalam akaun ASB. Senang, bukan ?

Tapi, masih ada satu masalah. Bila force-saving, pada dasarnya aku tahu yang aku sebenarnya ada duit yang di simpan di ASB. Oleh itu, tahap kegatalan tangan untuk keluarkan duit tersebut adalah sangat tinggi. Macamana aku nak "lupakan" tentang duit tabungan tersebut ? Ye, memang tak boleh lupa... tapi, aku usaha buat2 lupa.

Dengan simpanan di ASB yang tidak ada ATM card itu maka sedikit sebanyak membantu aku di mana kalau nak keluarkan duit kena "beratur" di kaunter bank dan keluarkan duit menggunakan buku. Juga, aku tidak kerap mengupdate buku ASB supaya aku "lupa" yang aku sebenarnya ada  menabung di situ. Inilah "force-disiplin" aku yang paling sukar sekali.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun aku buat force-saving sekarang aku boleh nampak hasil nya. Memandangkan kejayaan method tersebut kepada aku, aku kembangkan pula ke Tabung Haji dengan proses yang sama. Aku percaya, Tabung Haji akan lebih berjaya sebab kalau nak keluarkan duit nya, tidak boleh di bank. Kena pergi ke cawangan Tabung Haji yang penuh sesak itu!

Apa yang lebih membanggakan, kaedah "force-saving" aku tu kini diguna pakai oleh kawan aku juga.

Walaupun aku bermula lambat (selepas 7 tahun bekerja baru nak sedar!), namun aku tetap bersyukur yang aku akhirnya sedar. Aku belum tiba di zon selesa lagi, tapi sekurang2nya aku sudah memulakan langkah ke arah itu...

It's never too late to starts your saving! 

01 November 2010

REZEKI TERPIJAK ?

Pagi tadi macam biasa aku hantar Nurin hana ke school jam 7:15am. Lepas hantar, aku teruskan perjalanan menuju ke stesen 'keretapi' untuk ke pejabat.

Sedang aku nak belok di satu selekoh, mata aku terpandang 'seolah2' sehelai 'duit hijau' sedang berterbangan di tengah2 jalan. Secara spontan aku berhenti dan parking kat bahu jalan. kebetulan pula time tu memang tak ada kereta, aku pun menuju ke arah 'duit hijau' yang berterbangan tu.

Makin aku hampir, makin terbang jauh. Makin aku dekat, makin terbang jauh.

"Ai.. macam nak lari daripada aku je"

Aku berlari2 anak sambil membongkok untuk mendapatkan 'duit hijau' tu. Nasib baik tak tertonggeng kat atas jalan bila kaki tersadung kaki satu lagi. Huh?!

In the end, dapat juga aku 'duit hijau' tu dan terus menuju semula ke arah kereta aku untuk meneruskan perjalanan.

Yang aku 'jumpa' adalah duit note RM5. Mungkin ini yang ornag kata rezeki terpijak?!

:-)


p/s : double joy pagi ni, selepas Liverpool menang malam tadi

mood : masih berdebar2..