Memaparkan catatan dengan label sekufu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekufu. Papar semua catatan

25 Disember 2010

NASIB PERKAHWINAN "TIDAK SEKUFU" & TIDAK DIRESTUI KELUARGA

Baru 2 minggu lepas aku tulis berkenaan SEKUFU vs TIDAK SEKUFU ini, hari ni dah terpampang berita kat dalam Harian Metro tentang masalah kahwin TIDAK SEKUFU ini. baca sini.

Lebih parah lagi, pasangan tersebut ambil keputusan "KAHWIN LARI" tanpa restu keluarga. Kemudian nya ambil keputusan untuk "berdamai" dengan keluarga (sebelah perempuan). Macamana nak berdamai kalau bawa lari anak dara orang dan menikah tanpa restu ? walaupun, atas dasar "suka-sama-suka" ? Sudah tentu bapa perempuan tu sakit hati dan tidak akan memaafkan perbuatan mereka itu!

Ini mungkin hanya satu kes contoh. Mungkin ada lebih banyak lagi. Anyway, kalau nak bercintapun.. biarlah yang "SEPADAN". Ukurlah baju di badan sendiri dulu. Bukan hendak meng-agung2-kan "pangkat" atau "darjat".. tapi, bak kata orang "SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN.. MERANA BADAN".

Sekian.

14 Disember 2010

JODOH & SEKUFU (BAHAGIAN 2)

bahagian 1 - sini

Bagaimana kalau SEKUFU dinilai daripada segi umur pula ?

Lazimnya, perbezaan umur di antara dua pasangan sejoli adalah diantara 0 - 10 tahun. Majoritinya adalah di dalam julat 0 - 3 tahun.

(nota : ini adalah fakta andaian, tidak di sokong oleh statistik yang comprehensive)

Ini terjadi kerana secara fitrahnya kita akan mencari "pasangan" yang di dalam julat umur berhampiran dengan umur kita sendiri. Ini kerana pasangan yang "berkongsi" zaman remaja yang sama adalah cenderung untuk menyukai perkara yang sama berdasarkan pengaruh persekitaran di waktu itu. Sudah barang tentu, peminat muzik rock agak sukar menyesuaikan diri dengan peminat muzik rap.. apatah lagi dengan inang & zapin.

Hj Abu Kassim bin Lebai Dolah, 52 tahun ingin berkahwin dengan Nur Natasha binti Johari, 20 tahun..... pelik ?! tetapi, adakalanya tidak dipertikaikan kerana Hj Abu Kassim bin Lebai Dolah yang "tergila2" kan Nur Natasha binti Johari. Paling tidak, orang akan label Hj Kassim bin Lebai Dolah sebagai orang tua gatal, miang merenyam! Atau worst kes, tentu Hj Abu Kassim bin Lebai Dolah dituduh menggunakan khidmat bomoh.

Bagaimana pula kalau kita terbalik kan situasinya ? Nur Natasha binti Johari bercinta dan dengan bersungguh2 sepenuh daya hendak berkahwin dengan Hj Abu Kassim bin Lebai Dolah. Antara lain orang sekeliling (terutamanya, mak2 janda yang mengidamkan Hj Abu Kassim bin Lebai Dolah) akan berkata :

"Huh?! budak perempuan tu memang mata duitan!! mesti kahwin sebab nak bolot semua harta Hj Abu Kassim"

Walau apa pun alasannya, kedua2 situasi menimbulkan prasangka dan fitnah yang maha dahsyat! hanya kerana TIDAK SEKUFU, tak gitu ?

Apa pula kesan kepada si lelaki ?

Apabila satu2 pasangan itu TIDAK SEKUFU - dalam konteks entry ini, "taraf" si perempuan lebih tinggi daripada si lelaki - akan wujud satu konflik di dalam diri si lelaki dan acapkali akan merasa rendah diri dengan "kekurangan" yang ada pada dirinya. Konflik dalaman ini seringkali di pendamkan oleh si lelaki sejajar dengan fitrah lelaki yang "malu" untuk meluahkan "kekurangan" dirinya. Malangnya, perasaan yang di pendam ini sebenarnya menjadi barah yang menjalar keseluruh denyut nadi si lelaki sehingga ianya tidak dapat di bendung lagi. Di tambah pula dengan cakap2 "sindiran pedas" orang sekeliling yang secara tidak langsung menambahkan "bisa" dan "nanah" kepada barah tersebut. 

Sehingga suatu masa, apabila semua nya sudah tidak dapat di bendung lagi.. akan meletus umpama gunung berapi menghamburkan lahar nya!

Oleh itu, pasangan yang berkasih2an hendaklah menilai tahap ke-SEKUFU-an masing2 dan memberikan pertimbangan sewajarnya supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.


image : gadis1810.blogspot.com

Tidak ada jaminan yang pasangan yang SEKUFU itu akan lebih baik daripada pasangan yang TIDAK SEKUFU. Namun, percentage kejayaan sesebuah rumah tangga itu adakalanya lebih baik di antara pasangan yang SEKUFU berbanding yang TIDAK SEKUFU.

(nota : ini adalah fakta andaian, tidak di sokong oleh statistik yang comprehensive)

sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: "Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya."

Wallahu'alam..

JODOH & SEKUFU (BAHAGIAN 1)

Satu pagi aku berborak2 dengan cik puan kpp berkenaan dengan mencari jodoh. Bukannya nak cari jodoh untuk aku, atau Nurin hana.. tapi, topiknya secara general. Orang kata borak2 kosong suami isteri di pagi hari cuti yang hening. Dan, akhirnya terpacul lah (terpacul = muncul, keluar) perkataan SEKUFU ini.

Menurut Kamus Dewan, SEKUFU ialah :

reference :  http://prpm.dbp.gov.my

Ertikata mudah, maksud SEKUFU ini ialah sama taraf dalam pelbagai bidang. Tentu kita pernah dengar peribahasa2.. "Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi" & "Macam pinang di belah dua", yang tidak lain tidaknya,  bermaksud SEKUFU - sama cantik, sama padan.. sesuuaaiii..

image : turbovtec.fotopages.com


Kepentingan SEKUFU ini dalam dunia per-jodoh-an adalah lebih berat kepada perempuan sebab pada dasarnya sekiranya seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang lebih "rendah" tarafnya, masyarakat mengklasifikasikan nya sebagai "lumrah" dunia.

(nota : "rendah taraf" disini bukan bermaksud untuk merendahkan martabat perempuan ye..)

Umumnya, masyarakat seringkali menilai SEKUFU di antara lelaki dan perempuan adalah bersandarkan kepada taraf pendidikan dan kekayaan seseorang. Contohnya, sekiranya Nurul Jannah binti Abu Bakar belajar tinggi dan mempunyai ijazah sarjana muda (kepujian) daripada universiti tempatan.. maka taraf SEKUFU kepada Nurul Jannah binti Abu Bakar adalah seorang lelaki (kita namakan sebagai Adam Muhaimin bin Muslim) yang mempunyai taraf pendidikan yang sama juga - ijazah sarjana muda (kepujian) daripada mana2 universiti.

Andaikan Adam Muhaimin bin Muslim hanyalah seorang SPM dropped out, sudah tentulah masyarakat mentafsirkan Adam Muhaimin bin Muslim sebagai TIDAK SEKUFU dengan Nurul Jannah binti Abu Bakar, bukan ?

Contoh kedua, Nurul Jannah binti Abu Bakar memegang jawatan tinggi di dalam sebuah syarikat swasta - Pengurus di bahagian sumber manusia. Manakala, Adam Muhaimin bin Muslim pula hanya lah seorang despatch rider di sebuah restoran makanan segera.. sudah tentulah mereka TIDAK SEKUFU, bukan ?

Sekiranya terjadi perkahwinan diantara kedua2 nya yang TIDAK SEKUFU, pastinya mereka "duduk tak sama rendah, berdiri tak sama tinggi" dan apabila berlaku konflik rumah tangga sudah semestinya permasalahan SEKUFU ini akan di ungkit2.

Dalam permasalah SEKUFU ini, acapkali kita mendengar keluh kesah tersebut datang daripada pihak2 di sekeliling pasangan tersebut - terutamanya ahli keluarga terdekat. Antaranya :

"Engkau tahu, budak lelaki tu.. apatah namanya.. kerja despatch je. Langsung tak sesuai dengan si Jannah tu"

"Apa lah ilmu yang budak lelaki tu dah kenakan pada si Jannah sampai dia boleh tergila2 sangat nak kahwin dengan budak tu. Langsung tak ada kelas!"

"Belanja kahwin ni, tentu pakai duit si Jannah semua nya. Kerja despatch, gaji tak berapa sen sangat pun. Dah kahwin nanti, apa lah yang dia nak bagi makan anak bini agaknya..?"

Nah.. disebabkan TIDAK SEKUFU, dah berbakul2 umpatan dan fitnah yang di hamburkan kepada Adam Muhaimin bin Muslim.

Bagaimana kalau SEKUFU dinilai daripada segi umur pula ?

bersambung..

*entry ini panjang sangat.. terpaksa dibahagi 2 bahagian..