22 Disember 2011

MANDI @ AL RAWSHA

Ok, beberapa kali aku dok baca entry2 pasal Mandi Rice di sini, contohnya entry ini. So, tengahari semalam  Azli ajak aku ke Al Rawsha sempena event membelanja staff yang akan berpindah unit. Mungkin ada sedikit perbezaan antara Mandi @ Dubai against Mandi @ Al Rawsha (which is a Labanese-based). Anyway, dua2 pun namanya Mandi.. ok lah tu.

Masa Azli dok pukul canang nak ke Al Rawsha, aku dah set kan nak try Mandi Rice disana (ejaan pada buku menu nya Mandy Rice). Al Rawsha ni sangat popular lah di KL ni. Letak nya di sekitar bulatan kg pandan yang mana kalau tak salah aku... dulu2 area tu adalah lot2 banglo lama. Masa kami sampai, sudah ada agak ramai orang disana sedang menikmati makanan masing2... 

Meja kami betul2 bersebelahan dengan kaunter manisan. Oleh itu, baru nak duduk semerbak harum manisan2 tu memang sangat memikat. Antaranya Baklava, Basbosa, Shoaybayet dan macam2 lagi. Jangan tanya aku apa benda tu.. aku syak semua tu kueh-mueh yang manis2 belaka berdasarkan bau nya yang harum.

Menu aku - Lamb Mandy & Ice Lemon Tea

 image : atuk-phd.blogspot.com


Perghh.... dengan nasi mandi yang panjang berderai dan lamb yang sangat lembut.. mana boleh tahan!

Ini pertama kali aku try something called Mandy. Bukan aku tak pernah makan nasi arab di tempat lain... tapi, nama nya bukan lah Mandy. Contohnya kat Saba' aku selalu pesan Lamb Hanith atau Chicken Grill with rice. So, this is considered new territory for me although my guts feeling was saying that... "it should taste the same"... ala, nasi arab.. what else to expect, right ?

Ok, my verdict. The food is a little bit dry. The "sambal" (tomato + cili padi blended together) is a must have item kalau makan Mandy rice ini. Kalau tidak, memang sangat kesat lah nak masuk dalam tekak. Nasi memang lembut, begitu juga dengan Lamb nya... I wonder how did they do it. Teringin nak try kat rumah!

Agak malang bila aku dapat some part daging yang tebal (macam dada ayam punya stail daging) yang mana dagingnya tidak lah se-juicy atau se-tender kalau dibandingkan dengan daging2 di bahagian bertulang.

Overall, aku makan licin sepinggan dan siap makan kan separuh pinggan orang lain punya yang dalam proses diet (konon).

To be honest, kalau serah pada aku.. aku lebih prefer nasi arab @ Saba' Cyberjaya compared to Al-Rawsha Kg Pandan. But, it taste equally good.

Sekian.

6 ulasan:

Hanis Azla berkata...

aduh.. terliur tgk mandy set tu.. saba cyberjaya pun tak sampai2 lagi.. al rawsha ni entah bilalah jugak nak sampai.. he..he..

Siti Noor Aminah berkata...

carrot dan cabai ijau tu nampak comel je. hahha

Syigim berkata...

thanks linkkan blog aku :) to me, rawsya punya nasi mandi sedap tu sedap, tp rasa lebih mcm nasi ayam. hihi...dgaing kalo xpandai buat mmg akan jadi kering2 mcm tu. nasi mandi terbaeekk tentunya juicy berminyak2 haha dr YEMEN, sbb tu negara asal dia :)

mmg ramai aku dgr prefer saba cyberjaya though yg ni aku xpenah try. blk msia nanti musti mau try!

wahida berkata...

oh, saba punya food mmg sedap2 weh...terbaik!!

tapi rawsha ni aku ingat nak try jugak one day nnt...sbb ramai ckp service di rawsha lagi ekslusif dari Saba tu..ye ke weh??

nurkaloi berkata...

perghhh
wat orang terliur time mcm niee

Irfa berkata...

teringin nak try kat al rawsha sbb tu ari promo bagus kat Nona..tapi xde kesempatan nak kesana..so kalau tingin nak makan gi saba je la paling dekat dan x menyesal